Jika dekat rumah tu ada pintu almari jenis ‘sliding’ yang dah rosak, memang membuatkan kita rasa nak buang je. Bukan apa pintu almari jenis macam ni memang mudah rosak, lagi-lagi kalau ada anak kecil yang suka main dekat pintu tu.Sebenarnya sebelum fikir nak buang tu, boleh baiki dulu sendiri dengan modal kurang dari RM2.00 je.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi bila pintu almari rosak tu, tak perlulah nak buang. Baiki dulu ikut tip yang dikongsikan ini, modal tak sampai RM2 pun. Selamat almari.. boleh digunakan lagi dan jimat duit tak perlu beli almari baru.
Kadang-kadang kita tidak menyangka bahan terpakai seperti tuala terpakai yang acapkali kita jadikan sebagai kain buruk dapat menjadi sesuatu yang bernilai. Bayangkan daripada sehelai tuala terpakai, dicelupkan di dalam simen serta dikeringkan. Cat mengikut kesukaan terus mampu menjadi pasu hiasan atau pasu tanaman.
Banyak masa terluang ketika PKP ini mungkin, mak ayah boleh mencuba diy yang dikonsgikan oleh Puan Hajah Rohida atau mesra dengan panggilan Cikgu Ida ini bersama keluarga tercinta:
Puan Hajah Rohida Hamzah merupakan Guru Akademik Subjek Seni Visual. Dia lebih dikenali dengan panggilan Jemariseni Cikgu Ida telah acap kali menjadi fasilitator beberapa penghasilan kraf dari bahan-bahan kitar semula terutama kepada ahli Kelab Pencinta Alam di luar Putrajaya.
Aktiviti kraf DIY ini telah dilaksanakan juga di sekolah terutama kepada ahli Kelab Pencinta Alam. Secara tidak langsung ianya dapat mengaplikasikan aktiviti 3R dalam kehidupan seharian iaitu menggunakan barangan terpakai sebagai bahan untuk dikitar semula dan menghasilkan sesuatu hasil yang sangat kreatif.
Dia menggunakan pasu DIY untuk jualan gubahan bunga yang telah sedia mendapat tempahan. Jom kita cuba buat sendiri Gubahan R&R Pasu Tuala yang ingin dikongsikan oleh Cikgu Ida, proses pembuatannya amat mudah dan murah.
Masa terluang terutama masa Perintah Kawalan Pergerakan dapat dimanfaatkan dengan hasilan kraf DIY bersama anak-anak.
Bahan yang diperlukan amat murah dan mudah didapati. Kebetulan bahan telah disediakan sebelum PKP lagi.
PROSES:
Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
Langkah 1:
Sediakan simen dan tuala mengikut saiz pasu yang dikehendaki. Tuala perlu dilembabkan.
Langkah 2:
Bancuh simen dengan kadar sukatan satu cawan simen dan setengah cawan air di dalam baldi atau besen.
Celupkan tuala ke dalam simen cair dan pastikan simen meliputi keseluruhan tuala.
Langkah 3:
Letak tuala tadi di atas acuan pasu mengikut saiz tuala iaitu seperti di atas cawan plastik untuk saiz kecil.
Jika mahu saiz besar acuan boleh menggunakan, pasu plastik, baldi dan sebagainya yang bersesuaian dengan saiz tuala.
Buat kemasan kedutan tuala dan akhir sekali biarkan seharian supaya tuala kering.
Langkah 4:
Setelah kering, pasu tuala disapu cat undercoat putih atau spray mengikut warna yang disukai.
Langkah 5:
Gubah hiasan sama ada menggunakan bunga plastik atau pokok hidup seperti kaktus.
INFO MENARIK
MW: Rupa-rupanya tuala terpakai pun boleh dijadikan pasu hiasan atau pasu untuk menanam pokok tanaman. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sudah tentu mengujakan apabila dapat melukis di atas kasut sendiri bukan? Apatah lagi dapat memilih atau mereka sendiri corak yang diidamkan. Walaupun pada mulanya hanya sepasang kasut putih yang makin dilupakan.
Namun apabila dilukis dan diwarnakan dengan kemas dan cantik, kasut putih tadi berubah wajah dan nampak mahal. Puan Syarul Nadia Hamdan yang merupakan guru Pendidikan Seni Visual (PSV) berkongsi bagaimana caranya melukis di atas kasut kanvas. Rupanya mudah sahaja.
Tentulah seronok apabila dapat menghasilkan kasut dengan corak pilihan hati. Kelebihannya apabila buat sendiri, kita akan rasa lebih puas dan sentimental value lebih tinggi.
Lagi pula kalau kita buat untuk orang yang kita sayang iaitu anak-anak. Of course, saya lakukan dengan sepenuh hati dan mahukan yang terbaik. Selain itu hasil corak kasut tak akan sama dengan orang lain dan sudah semestinya tiada di pasaran.
Sebenarnya, tugasan ini merupakan salah satu soalan Kajian Rekaan Seni Visual (KRSV) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, iaitu bertajuk reka corak kasut. Jadi saya test dahulu buat kasut itu sebelum mengajar.
Kiranya karya ini seperti bahan bantu mengajar untuk pelajar tingkatan 5 lah. Alang-alang buat, saya rasa lebih elok apabila boleh terus dipakai. Saya hasilkan tiga pasang untuk semua anak-anak.
Corak setiap kasut adalah tema pilihan anak-anak sendiri. Kemudian barulah, saya buat rujukan di internet dan ubah-ubah sedikit mengikut kesesuaian.
Jika tidak berada dalam tempoh PKP mungkin lebih mudah mencari kasut kanvas yang lebih murah. Namun disebabkan oleh PKP, kebanyakan peralatan dibeli secara online.
Bahan-bahan:
Sepasang kasut sekolah berwarna putih
Warna akrilik
Berus
Pensel
Langkah-langkah:
Langkah 1:
Proses melukis atas kasut menggunakan pensil. Lakarlah corak yang anda mahukan.
Langkah 2:
Proses mewarna menggunakan cat akrilik.
Langkah 3:
Biarkan cat betul-betul kering.
INFO TAMBAHAN:
Sebenarnya cat akrilik tidak memerlukan waktu yang lama untuk kering dan tak perlu dijemur. Hanya dibiar pada suhu bilik sudah memadai. Warna akrilik juga kalis air apabila DIBIARKAN betul-betul kering.
MW: Mak, ayah mungkin dapat jadikan aktiviti ini untuk mengisi terluang ketika PKP ini. Galakkan anak-anak untuk melukis bersama mak, ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
DIY sabun? Biar betul! Sekali pandang, cantik dan nampak sedap! Ops! Ini bukan puding buah-buahan ye tapi Sabun Aircond. Kenapa panggil SABUN AIRCOND? Sebab bila pakai akan rasa sejuk sangat! Sesuai dipakai musim panas macam sekarang ni. DIY je kat rumah.
Resipi pembuatan sabun yang sangat sejuk ini telah dikongsikan oleh Dr. Nurhidayah Roslan, wanita yang berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan Genetik Dan Sains Biomolekul. Nak dapatkan bahan pun mudah. Dia ada kongsikan di laman fb miliknya:https://www.facebook.com/profile.php?id=100010642691835
Mak-mak boleh ajak anak-anak untuk sama-sama dalam projek Sabun Aircond ini. Mesti anak-anak teruja!
Ada TIGA FUNGSI UTAMA sabun ini iaitu:
50 gram Transparent soap base
1ml Minyak pati lemon
Sedikit pewarna untuk sabun (kuning dan oren)
50 gram Transparent soap base
0.5 gram Activated charcoal/carbon coloring for soap (hitam)