Sakitnya mata bila tengok kuali dan periuk berkerak di dapur. Macam-macam cara dan petua untuk sental dan bersihkan tapi kurang menjadi.
Rupanya ada cara mudah nak sental periuk berkerak ini. Paling penting campuran cucian ini boleh guna untuk sental peralatan dapur lain. Kira boleh buat stoklah untuk cucian lain.
Main kutu, cara yang selalu mak-mak gunakan untuk simpan duit. Duit inilah yang digunakan untuk beli emas atau nak bercuti bersama keluarga, mahupun untuk simpanan.
Namun, kalau main kutu dengan orang yang salah, kita pula yang rugi. Belum lagi yang lambat bayar dan ada juga yang lari, lepas tangan bila dah dapat gilirannya.
Tak dinafikan, main kutu turut disenaraikan sebagai salah satu kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta (LaranganP Kumulan Wang Kutu 1971. Sebabnya sering berlaku penipuan yang melibatkan ribuan ringgit.
Tak perlu nak pening kepala, cari orang nak main kutu. Kita boleh simpan sendiri dan selamat dengan menggunakan goal saving plan di maybank2U seperti yang dikongsikan ini.
Mungkin ramai yang tidak tahu atau tak ambil tahu tentnag Goal Saving Plan dalam maybank2U. Sebenarnya, iniah cara main kutu paling selamat dan tak melibatkan orang lain. Hanya kita seorang.
Kita set sendiri kutu atau simpan duit untuk apa. Beli emas. Bercuti atau untuk renew roadtax. Ikut apa tujuan kita. Cara nak set kutu moden di Maybank2U ini:
Macam main kutu cara lama kita akan serah duit ikut jumlah yang ditetapkan dalam satu tempoh masa yang kita sendiri tetapkan. Cukup tempoh baru akan diserah tapi semua ini dilakukan dengan autodebit. Jadi tak perlu pakai ibu kutu.
Caranya
Apa kata kita main kutu dengan diri sendiri je kat akaun Maybank kita saja. Ramai yang suka main kutu kan. Tapi risau takut kena tipu. Lepas tu, time emergency nak guna duit tak boleh atau susah nak tukar giliran.
Mula-mula kenalah login akaun Maybank2u kita. Buka website www.maybank2u.com.my ye, bukan apps tau.
Dah login nanti akan jumpa ‘create goal’ (anak panah merah tu). Klik dan nanti keluar macam next gambar.
Okay dah klik create goal, akan keluar kotak macam ni. Isilah tempat kosong. Boleh set nak simpan total berapa. Setiap bulan nak deduct berapa RM. Tarikh untuk deduction berapa haribulan. Nak capai goal tu selama berapa bulan. Okay dah isi klik ‘start’.
Kemudian akan keluar macam ni kat skrin kita. Kena Request TAC untuk proceed kita punya Goals tu. Selesaikan hal TAC tu ye. Next.
Yeay! Selesai dah kita punya goal saving. Bank akan auto tolak duit kita untuk masukkan dalam ‘goal saving’ ni. Janji kena ada duit untuk dia tolak nanti. Dan yang bestnya, kita boleh create seberapa banyak goal saving yang kita nak. Just tekan [Create Goal +] sebelah atas kanan tu.
Nota: Jangan sesekali beri TAC kepada mana-mana pihak jika diminta. Tak kisahlah untuk tujuan apa sekalipun atau mereka dakwa wakil bank sekalipun. TAC nombor kita hanya untuk kegunaan kita sahaja. JAGA NOMBOR TAC KITA!
Okay ni pulak kalau tetiba ada emergency case nak kena guna duit, terpaksa korek tabung jugak. No hal, benda boleh setel.
Ada 3 titik dalam bulatan goals kita tu, klik situ.
Dah tekan akan keluar kotak hitam tertera remove goal. Klik situ.
Next akan keluarlah macam ni.
Tekan remove goal, nanti kena masuk nombor TAC untuk proceed step ni. Dan selepas kita remove goal, nilai duit yang dah saving akan masuk ke dalam akaun kita semula. Beres.
.
Okay. Dah tak payah main kutu dah.
Tapi bila kita dah buat goal saving ni, kalau boleh cuba untuk istiqamah. Barulah goal kita akan tercapai dengan jayanya.
Semoga bermanfaat,
Mingguan Wanita : Main kutu hanya kalangan kawan-kawan yang rapat dan kenal, rasanya tiada masalah pun. Tapi kalau nak lagi selamat, boleh terus guna saving plan kat maybank2U ni. Kalau ada kecemasan nak guna pun boleh keluarkan terus.
Sumber: Wafa Ahmad & Akak Pesan
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Bila beli ayam mentah di pasar, macam mana mak-mak pastikan dan pilih ayam segar. Mungkin ayam mentah yang dijual itu masih baru tapi tak mustahil ada yang dah lama dan tak ‘fresh’.
Ditambah sekarang ini, ayam mentah semakin anik harga, buatkan mak-mak pun pening kepala. Maklum sajalah ayam ni menjadi kegemaran anak-anak. Goreng saja pun dah cukup sedap.
Dengan kenaikan semua barang termasuklah ayam, mak-mak k enalah pastikan yang dibeli itu berbaloi terutamanya dalam pilih ayam segar. Boleh simpan dan bertahan tnuk beberapa hari, sebelum beli stok baru.
Macam mana nak tahu itu ayam segar dan elok, tak berbau. Ini caranya nak tahu macam mana nak pilih ayam segar di pasar. Ikuti perkongsian daripada Ruqayyah Muhd ini.
Sejak saya mula bertugas menyelia perkhidmatan makanan di dapur hospital di samping memberi rawatan terapi diet kepada pesakit di wad, salah satu tugasan adalah memeriksa bekalan makanan yang sampai. Antaranya adalah ayam.
Setiap pagi bekalan ayam segar akan tiba ke dapur kami dan penyelia bertugas harus memastikan bekalan mentah yang sampai memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
Ayam mesti segar. Tidak beku dan tidak ada bau. Dan baru disembelih pastinya.
Memastikan ayam itu elok untuk diterima pihak kami adalah satu ilmu baru yang saya tidak arif. Selalu saya main tunjuk saja ayam di pasar. Tak kisah betul segar atau tidak.
Ilmu memilih ayam ini saya belajar daripada Chef saya di dapur dan daripada penyelia perkhidmatan makanan. Mujur ada mereka yang rajin turun ilmu. Kalau tak, sampai ke tua pun tak pandai pilih ayam.
Tip Memilih Ayam Segar
1. Warna ayam.
Ayam yang kulitnya berwarna putih kemerah-merahan adalah ayam yang segar. Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan disejuk bekukan.
2. Tekstur ayam
Ayam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu di tasik madu pastinya.
Isi yang segar apabila ditekan terasa empuk akan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan ia tenggelam, ayam itu ayam lama.
Ayam yang kenyal biasanya diletakkan formalin. Manakala ayam yang kelihatan bengkak biasanya telah disuntik.
3. Darah ayam
Apabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak darahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.
4. Bau ayam
Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.
5. Lalat
Sekiranya ada lalat yang mengurung atau hinggap pada ayam, biasanya ayam ini tidak lagi segar. Berpindah ke penjual yang lain dan elakkan membeli pada penjual yang dihurung lalat.
Mingguan Wanita : Alah membeli. Kenalah pandai pilih. Begitu juga penjual, jangan ambil kesempatan sanggup suntik atau formalin untuk bagi nampak ayam mentah segar dan elok.
Orkid, pokok yang menjadi pilihan mak-mak. Nampak eksklusif dan mahal. Apa yang menjadi masalahnya, ia kedekut atau malas berbunga. Tak pasti berapa lama yang diambil untuk berbunga.
Bukan setakat malas berbunga tapi tak kena cara langsung tak berbunga. Mungkin salah percaturan. Baja tak sesuai dengannya pun boleh jadi juga.
Tak perlu nak pening-pening, kalau pokok orkid malas berbunga atau kedekut nak keluarkan bunga. Nurul Maranee ada caranya untuk mak-mak cuba baja 2 in 1. Confirm menjadi.
Rendam muka dalam air sejuk, bukan hanya kurangkan mata sembap tapi reset emosi. Masih ramai yang pandang remeh dengan tip ini tetapi sebenarnya merendam muka dalam air sejuk waktu pagi banyak manfaat.