Sakit mata pula bila kupas telur tak cantk dan terkupas dengan isinya sekali. Terus terbantut selera nak makan. Nak hidang pun rasa segan pula, tambah-tambah kalau nak dihidangkan buat tetamu.
Biasanya rebus telur untuk dijadikan pelengkap untuk nasi lemak, mee kari dan sebagainya. Memanglah untuk dimakan tapi kalau menggerutu sebab kupas telur tak cantik, terus tak selera.
Ada cara nak pastikan telur rebus cantik dan mudah. Ikuti perkongsian ini.
Jagung rebus memang sedap, apatah lagi makan panas-panas. Ada cara untuk rebus jagung agar elok cantik tak kecut. Bukan apa, walaupun hanya rebus jagung, kalau salah caranya ia jadi keras, kecut dan tak sedap.
Jangan tambah garam semasa merebus jagung. Ia akan keraskan isi jagung. Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus.
Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap.
Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.
Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas, bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dalam keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi.
Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih.
Kalau ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk.
Mingguan Wanita:Jadi jika nak rebus jagung, isi cantik & kekal manis tak kecut ikut tip yang dikongsikan ini. Paling penting jangan letak garam semasa jagung sedang direbus.
Rasanya baru saja habuk yang lekat pada permukaan perabot, sekali masih ada yang melekat. Sakit hati betul. Rimas bila ada banyak habuk kat rumah.
Kebiasaan, bila ada permukaan perabot berhabuk, ia boleh jadi rumah nampak kotor dan tidak dibersihkan. Walhal, setiap masa sentiasa bersihkan. Habuk tetap juga muncul.
Lebih nampak ketara bila nampak habuk di permukaan perabot yang gelap seperti kabinet televisyen, almari, meja solek dan sebagainya.
Bagaomana nak pastikan habuk tak melekat pada permukaan perabot dan elak cepat berhabuk. Dalam perkongsian Jason-jezi dalam video tiktoknya, ada tip untuk pastikan habuk tak lagi melekat.
1 sudu minyak zaitun
2 sudu sabun
2 sudu cuka
1 cawan air
Sedikit essential oil
Caranya:
1. Masukkan semua bahan-bahan tersebut dan goncangkan sehingga sebati.
2. Letakkan ke dalam botol penyembur.
3. Sembur pada bahagian tempat yang berhabuk dan lap bersih.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Hujung minggu, masa untuk bersihkan rumah bagai terutamanya bagi mak-mak bekerja. Bolehlah cub acara ini. Anak-anak pun boleh tolong. Mudah sangat.
Selalunya, mak-mak akan simpan ubi kentang bersama-sama dengan barang dapur lain seperti bawang merah dan bawang putih. Tak tahannya, baru seminggu dua simpan dah keluar tunas pula.
Konon dengan simpan ubi kentang, bolehlah tahan lama dan tak semua masakan akan guna ubi kentang. Bagaimana nak bagi ubi kentang tahan lama.
Ada caranyan nak simpan ubi kentang supaya tahan lama dan bestnya boleh simpan sampai 4 bulan. Ikuti cara Yatie Eimra ini.
Kentang ni kalau betul cara simpan, boleh bertahan hingga 4 bulan walaupun hanya simpan di dapur.
1. Jangan simpan kentang bersama bawang merah/bawang putih kerana bawang-bawang ini hasilkan gas yang cepatkan kentang bertunas.
2. Kentang perlukan pengudaraan yang cukup. Sebaiknya simpan kentang dalam bakul/jaringan supaya cukup aliran udara.
3. Jangan simpan kentang bersebelahan dapur gas/tempat memasak kerana suhu panas akan cepatkan kentang bertunas. Wap-wap terhasil pula akan sebabkan kelembapan udara tinggi & jadikan kentang mudah berkulat/busuk. Jika ruang dapur terhad, pastikan tempat simpanan kentang tak kena wap panas ketika masak.
4. Penting untuk pastikan kentang di simpan di tempat yang kering tapi tak terlalu terang atau kena cahaya matahari/lampu secara terus.. Jika kentang mula bertunas & berwarna kehijauan, tu tandanya kentang terdedah pada cahaya lampu. Kalau perasan, bukan semua kentang bertunas akan jadi hijau. Biasanya kentang jadi hijau sebab kena banyak cahaya. Warna hijau tu sebenarnya klorofil, terhasil akibat proses fotosintesis.
5. Jika tempat simpanan kentang pada tempat agak terang & kena cahaya yang banyak, boleh juga tutup sedikit lapisan atas kentang dengan kain guni/burlap ataupun kain muslin. Tujuannya supaya cahaya tak kena secara langsung pada kentang tapi dalam masa yang sama kentang masih dapat pengudaraan yang baik.
.
Elakkan Simpan Cara Ini
1. Sesekali periksa keadaan kentang & gunakan kentang yang mula bertunas dulu.
2. Jangan Simpan Kentang Mentah Dalam Peti Sejuk
Sesetengah orang gemar simpan kentang mentah dalam peti sejuk untuk panjangkan hayat kentang. Tapi sebenarnya bila kentang disimpan dalam peti sejuk (terutama dalam tempoh yang lama), suhu sejuk akan tukarkan kandungan kanji dalam kentang kepada gula. Akibatnya..
a) Rasa kentang akan jadi lebih manis
b) Kentang akan berwarna kehitaman semasa dimasak akibat gula dalam kentang dikaramelkan
c) Kentang yang disimpan dalam peti sejuk mempunyai kandungan gula yang tinggi, jadinya cara ini sangat tak digalakkan bagi mereka yang perlu kawal pengambilan gula terutama yang mengalami masalah diabetes, ibu² mengandung yang mengalami GDM, dll.
d) Kandungan gula yang tinggi juga boleh menyebabkan kandungan toksin akrilamida lebih tinggi (bila kentang dimasak dengan suhu tinggi)
P/S: Saya simpan kentang dalam bakul & anyam sendiri jer penutup dari tali hemp dengan bahagian tepi (atas) dibiarkan kosong. Boleh cover sikit kentang dengan kain guni/kain muslin tapi pastikan tak mengganggu pengudaraan
Disclaimer: Sy bukan galakkan orang simpan kentang lama-lama ye. Tapi sy beri tip cara simpan kentang supaya tak bertunas terlalu awal/lebih cepat dari masa yang sepatutnya.
Mingguan Wanita : Kalau dah bertunas dah tentu tak elok digunakan. Sekurangnya, cara ini boleh elak pembaziran.
Buang bayi lelaki baru lahir belakang rumah bongkar sumbang mahram dua beradik bawah umur di Besut. Ketahui kronologi penuh, siasatan polis dan tindakan lanjut.