Pesanan ‘Mahal’ Erma Fatima Buat Adik Ipar, Damis ‘Jangan Lokek Beritahu Pasangan Kita Sayangkan Dia’

Benarlah ‘Cinta itu perlu diluah, sayang itu perlu ditunjuk.’ Usah terlalu ego sampai buatkan pasangan memendam rasa cinta sendirian. Begitulah berharganya pesanan seorang kakak, Erma Fatima buat adik iparnya, Ardy Damis.

Ini bukan dongeng atau cerita kelakar. Ini realiti. Bagaimana kita hendak hidup sebagai suami isteri kalau kita sendiri tidak pernah dengar ucapan cinta itu dari mulutnya.

Benar.. cinta itu bukan hanya dari lafaz tetapi dari perilaku. Kalau dua-dua pun tak ada. Kan ke naya. JANGAN LOKEK UNTUK MEMBERITAHU PASANGAN KITA YANG KITA SAYANGKAN DIA. KITA PERLUKAN DIA DALAM HIDUP KITA.

Barulah pasangan kita akan merasa dia dicintai. Dia diperlukan…”

 

Pesanan ‘Mahal’ Erma Fatima Buat Adik Ipar, Damis ‘Jangan Lokek Beritahu Pasangan Kita Sayangkan Dia’

 

Adik ipar bongsunya itu juga perlu melalui satu fasa perjalanan yang panjang untuk tempoh 2 setengah bulan dalam melengkapkan permintaan MAHAR kakak iparnya itu. Berulang alik ke masjid demi menghabiskan bacaan ayat suci Al Quran. Sebagaimana mahar yang diminta Erma iaitu ‘Khatamkan Al Quran’.

Mahar yang diakui Betty Rahmad yang juga isteri Ardy Damis kini telah mengubah sisi baru suaminya. Dan sama seperti mana-mana kakak yang begitu kasihkan adiknya, Erma Fatima juga telah menyempurnakan tanggungjawabnya dengan penuh cinta.

IKLAN

KERANA adik aku bukanlah wanita yang sempurna, Maka mahar ini akan menyempurnakan mereka berdua melayari mahligai cinta ini. Tidaklah selayaknya buat kami meminta yang berlebihan.

Kerana wang bukan pengukur kepada sesebuah keharmonian rumah tangga. Wang mereka boleh cari di mana-mana. Tetapi iman dan taqwa tak boleh dijual beli oleh sesiapa.

Aku percaya keteguhan sesebuah rumah tangga itu bermula dari khalifahnya. Dan syukur Alhamdulillah.. adik ipar aku memulai dirinya sebagai khalifah dengan mahar ini.

Aku percaya DAMIS mampu mendidik adik aku menjadi Isteri Solehah. Dan MAHAR ini bukan kerana cinta kau pada adik aku TETAPI kerana Allah. Maka kau akan laksanakan tanggungjawab kau menjaga adik ku sebagai amanah dari Allah juga.

 

Pesan Erma Lagi…

Tidak ada manusia yang mahu berkahwin untuk kehancuran. Andai ada kekurangan maka jangan pernah putus asa untuk memperbaikinya.

IKLAN

Kerana putus asa itulah yang boleh menghancurkan segalanya dalam kerukunan sesebuah rumah tangga. Jangan jadi seperti aku Betty Rahmad dan Ardy Damis.”

Ternyata pesanan penuh cinta ini bukan saja membuatkan dua pasangan baru suami isteri ini sebak, malah turut dirasai oleh sesiapa saja yang membacanya.

Andai satu hari nanti adik aku tak lagi cantik di pandangan mata kau. Tidak ada lagi kasih dan cinta kau kepadanya. Maka pulangkanlah dia kepada kami dengan penuh adab sepertimana dengan penuh peradaban dia ku serahkan kepada kau.”

Cukup istimewa Betty Rahmad ini yang begitu disayang kakak-kakaknya, Erma Fatima mahupun Datin Seri Umie Aida. Penyatuan dua keluarga ini ternyata mengembirakan malah menyenangkan kedua-dua belah pihak.

36 tahun kami hidup bersama. Suka duka.. susah senang.. dan hari ini selesai sudah tanggungjawab aku kepadanya. Aku percaya silaturahim ini akan kekal hingga ke Jannah.”

Selepas selesai semua acara perkahwinan ini. Tentulah yang paling sukar untuk melayari bahtera perkahwinan. Namun, segalanya akan jadi mudah andai ada sikap toleransi, saling bekerja sama dan paling penting CINTAKAN PASANGAN SEPENUH JIWA dengan meletakkan Allah yang utama.

IKLAN

Mingguan Wanita mendoakan pasangan suami isteri, Betty Rahmad dan Ardy Damis moga jodoh mereka berkekalan hingga ke Jannah dan dipermudahkanNya dalam setiap urusan mereka. Amin.

Mulanya Di Sini : Permintaan Mahar Dari Seorang Kakak

 

Apabila Damis Penuhi, Betapa Indah Di Penghujung Cerita

 

 

Sumber/Foto/Video : Instagram Erma Fatima, Instagram Umie Aida

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI