“Perkahwinan pertama gagal dapat zuriat.’ Syukur selepas 10 tahun, kini menanti hari bergelar ayah. Reaksi lelaki ini menerusi video yang dikongsikan isterinya menerusi akaun TikTok, giftboxbabycayang meraih perhatian ramai.
Reaksi terharunya apabila mendapat kejutan tentang berita kehamilannya isterinya membuatkan ramai tersentuh. Dia seakan-akan tidak percaya dengan berita yang disampaikan kerana terlalu gembira.
Luah pemilik video ini, sebenarnya ramai yang salah faham tentang video tersebut dan beranggapan bahawa dia dan suami telah menunggu kehadiran cahaya mata sejak 10 tahun yang lalu.
Sebaliknya bukan begitu, sebenarnya suaminya yang sudah lama menanti saat bahagia ini kerana sebelum ini pernah berkahwin, tetapi tidak mempunyai rezeki untuk peroleh zuriat.
Gagal Dapat Zuriat
Disebabkan sebelum ini suaminya tidak memiliki anak, sedari awal wanita ini membuat persiapan rapi termasuklah mengambil pil agar impian suaminya untuk menjadi seorang “ayah” termakbul.
“Saya kahwin dengan suami pada bulan Febuari yang lalu, syukur saya bunting pelamin. Video yang saya share itu adalah reaction suami saya yang menunggu zuriat selama dia pernah jadi suami.
“Masa nikah dia pernah cakap, semoga saya dapat beri dia zuriat pada dia sebab dia pernah gagal dapat zuriat ketika perkahwinan dulu.
“Ketika awal-awal dulu masa kahwin dengan saya, dia takut saya tak boleh pregnant juga. Jadi saya sebagai isteri, memang saya berusaha untuk tunaikan harapan dia.
Ads
“Sebab saya pun risau juga saya pun lambat dapat zuriat sebab saya ada endometriosis semasa awal perkahwinan. Malah triple risau tentang kehamilan sebab doktor beritahu endometriosis akan buat wanita susah hamil,” katanya.
Syukur Selepas 10 Tahun
Jelasnya lagi, setelah sebulan bernikah dia hamil dan bunting pelamin. Sudah semestinya dia cukup gembira kerana penantian suami untuk bergelar bapa akan berakhir tak lama lagi.
Oleh sebab itu, wanita ini mengatur kejutan buat suami tercinta dan reaksinya sangat mahal.
“Alhamdulillah dia sangat seronok sebab dia tahu dia tidak ada problem dan dia juga akui Allah akan beri zuriat bila tiba masanya. Asalkan dengan usaha doa dan tawakal.
“Saya memang berharap dapat beri dia zuriat,sebab dia teringin sangat nak anak sebab umur dia sudah 35 tahun. Kakak, abang dan adik-adik dia semua sudah ada anak. Semestinya saya pun gembira dapat tunaikan harapan besar suami,” luahnya sebak di ruangan komen.
Ads
Kini Menanti Hari Bergelar Ayah
Jelas wanita ini, sekarang dirinya sudah hamil hampir tujuh dan telah mengetahui jantina bayi iaitu anak lelaki setelah melakukan scan di klinik.
Dalam masa dirinya berkongsi bahawa dia mengalami endometriosis ketika kehamilan kali ini. Malahan menurutnya, dia sering melakukan pemeriksaan dan setiap bulan untuk memantau endometriosis yang dialami. Setakat ini ianya tidak menggangu tumbesaran bayi.
Wanita ini turut berkongsi amalan dan tip agar cepat hamil, iaitu enam bulan sebelum berkahwin, dirinya amalkan makan asid folic, multivitamin dan dalam masa yang sama membuat pemeriksaan kesuburan.
Disamping itu, dirinya juga mendoakan semoga pasangan yang menunggu zuriat agar Allah berikan cahaya mata yang soleh dan solehah. Amin Ya Rabb.
Mingguan Wanita : Semoga pasangan di luar sana yang masih menanti kehadiran cahaya mata tidak akan pernah putus asa. Semoga urusan kalian dipermudahkan.
Perangai wanita, sukar untuk dijangka. Kadang manjanya melampau, ada masanya degil sampai tak boleh bincang. Hinggakan lelaki sendiri tidak tahu apa yang diinginkan oleh wanita ini.
Begitu juga dengan pasangan kita, berpuluh tahun kahwin, belum tentu suami tahu perangai isteri. Tak boleh nak baca sebab ada kalanya isteri ‘berangin’, pujuk pun tak jalan.
Dikatakan, kalau nak tahu perangai wanita atau pasangan lihat pada anggota badannya. Mungkin ada maksud tersirat dan tersurat. Bukan untuk percaya tapi ada kalanya betul juga.
Ulasan daripada Pak Utih yang sangat popular di tiktok tentang cara nak tahu perangai wanita atau pasangan.
Perangai Wanita, Sukar Dijangka Tapi Ketahui Melalui Tangan?
Dalam video Pak Utih, ada yang bertanyakan tentang cara nak tahu perangai pasangan.
Antara jawapan daripada Pak Utih:
“Ini adalah paling simple nak tahu perangai wanita Ia diperkenalkan oleh Professor John Manning dalam bukunya Digit Ratio. Sebenarnya, apa yang dikatakan itu sekadar petunjuk dan mungkin juga tidak betul bagi sesetengah orang.
Cuba lihat jari telunjuk pasangan (isteri), lihat tangan sebelah kiri. Bandingkan antara jari telunjuk dengna jari manis pasangan.
“Orang perempuan kalau jari manis lebih panjang dari telunjuk, dia terlebih hormon testostoren dan pemikiran lebih maskulin.
“Wanita ini berani, cakap tak banyak, pakaian simple, tapi kalau ada perkara yang tak berkenan, dia aka terus lawan. Tak cakap banyak dan berani.
“Kalau jari manis sama panjang dengan jari telunjuk atau lebih pendek dari jari telunjuk. Ini bermakna minda dia sangat feminin, sangat beremosi, overthinking dan sangat bergantung dengan pasangan.
“Wanita jenis ini suka luah, kongsi cerita dan setiap masa inginkan perhatian. Dia cepat emosi. Agar sukar juga kalau dapat pasangan PJJ.
“Daripada apa yang dikongsikan ini, lebih 60% adalah wanita jenis feminin.
Mingguan Wanita : Cuba tengok tangan kiri dan jari manis serta jari telunjuk. Betul tak apa yang dikatakan itu?
Bukan mudah menguruskan rumahtangga dan anak-anak bersendirian. Lebih-lebih lagi jika suami selalu sibuk bekerja, jarang ada masa dengan anak dan isteri di rumah.Pesanan buat para suami, bila nampak isteri kepenatan mula marah-marah dan muram kenalah main peranan penuhkan tangki emosi isteri tu. Jangan buat tak tahu je dan abaikan perasaan isteri.
Sebenarnya ada 5 cara yang para suami boleh dilakukan. Jemput baca perkongsian daripada Dr Taufiq Razifsebagai rujukan. Barulah rumahtangga aman bahagia.
Berikut antara yang dikongsikan;
Muram betul wajah isteri saya semenjak saya balik ni. Biasanya dia la paling murah senyuman.
Fikir punya fikir, laaaa.. TANGKI EMOSI dia tengah kering rupanya. Yela, baru ni seminggu saya takde kat rumah. Dia la yang jaga rumah, dia la yang jaga anak. Seminggu buat kerja tu semua sorang sorang. Memang kepenatan dan kering kontang la tangki emosi dia.
Banyak cara sebenarnya nak isi balik tangki emosi isteri tu. Antaranya :
Cara Pertama – Words of Affirmation
Banyakkan pujian & luahan cinta dan rindu kat si dia
Cara Kedua – Physical Touch
Kena buat buat manja dengan berdempek je dengan si dia
Cara Ketiga – Act of Service
Kena banyak tolong dia buat kerja kat rumah terutamanya yang berkaitan dengan anak anak
Cara Keempat – Quality Time
Berada di samping dia, dengar luahannya & jangan sibuk main game dan smartphone di depannya
Cara Kelima – Receiving Gift
Belikan dia sesuatu yang membuatkan dia rasa dihargai dan diingati
Daripada kelima lima cara untuk penuhkan tangki emosi isteri saya tu, semalam saya cuba pilih cara yang kelima tu, iaitu Receiving Gift.
Jadi, kebetulan semalam kat Mydin Jasin tu ada kedai emas Wah Chan. Saya sengaja bagi dia shopping mata kat situ. Tengah dia belek belek anting anting kat situ, saya tanya dia ;
“Sayang nak yang mana? “
Terkebil kebil dan terkejut dia bila saya tanya macam tu. Saya ni dah la jenis tak reti beli emas sebenarnya tapi kali ni saya beranikan diri je la demi mengisi tangki emosi si dia yang sedang kekeringan.
Balik je rumah semalam, terus dia hidangkan saya serawa durian cicah roti. Fuh! Nikmat betul! Tapi yang paling nikmat malam tu adalah bila saya tengok wajah muram dan redup isteri saya tu dah bertukar cerah dan penuh senyuman!
Sampai ke pagi tadi pun si dia tak berhenti henti senyum. Memang penuh sungguh tangki emosinya! Kalaulah para suami di luar sana tahu rahsia ini dan mempraktikkannya, alangkah indahnya dunia.
Taufiq Razif
Suami Yang Sibuk Ke Sini Sana
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dijadikan panduan dalam melayani perasaan dan emosi isteri. Buat para suami, ada macam-macam cara untuk penuhkan tangki emosi isteri. Tak semestinya kena bagi hadiah, ringankan tulang bantu kerja rumah dan pinjamkan telinga mendengar luahan isteri pun dan memadai sebenarnya.
Sedihnya rasa hati bila mana apa saja yang dibuat tetap menjadi buah mulut orang lain. Ada saja tak kena di mata, walhal sudah sehabis baik anda lakukan yang terbaik.
Dibanding-bandingkan pula dengan yang lain. Makin lelah lah perasaan. Ibu ini, Syahirah Omar juga pernah mengalaminya. Sejak kecil sudah dibanding-bandingkan. Biar pun diri punya kelebihan, tetap kekurangan juga yang orang nampak.
Dan ini pesannya, pada sesiapa yang berdepan situasi seumpama.
Serba Tak Kena Dipandangan Orang
Saya ingat lagi.
Waktu saya kecil, saya selalu dibandingkan. Saya ada kelebihan diri saya, tapi orang tetap nampak kekurangan saya. Saya tak pandai itu, tak pandai ini. Orang cuma nampak apa yang saya tak ada.
Bila saya dah ada anak,
Pun begitu juga. Saya lahirkan anak secara C-section, orang cakap sebab saya banyak dosa. Bersalin secara normal barulah terhapus segala dosa. Bersalin secara normal lagi sakit, semuanya serba tak kena.
Bila tak berjaya susukan anak, orang cakap itu ini juga.Membazir saja beli susu mahal. Sedangkan saya sudah cukup berusaha, cuma rezeki anak saya minum susu formula saja.
Alhamdulillah. Bila saya jadi surirumah,
Orang bercakap saya tak ada apa-apa fungsi dalam rumahtangga. Duduk rumah, goyang kaki. Menghabiskan duit saja. Tak ada apa yang nak dibanggakan.
Bila duduk rumah sebab jaga anak istimewa,
Orang cuma nampak saya seorang yang kera sumbang. Tak pandai bergaul. Sedangkan bila saya bawa anak ke rumah orang, orang pula tak senang duduk tengok anak saya. Anak saya banyak kurangnya dimata mereka. Ada saja dibandingkan itu ini dengan anak mereka. Jadi lebih baik saya menyendiri saja.
Dah tua begini,
Saya sedar satu perkara. Orang tetap akan bercakap dan mencari silap kita. Pandangan mereka samalah seperti seekor lalat. Terbang sana sini akhirnya tempat yang busuk juga yang dicari.
Jadi saya belajar kecilkan circle saya. Saya tak peduli lagi orang lain yang tak menghargai dan bercakap buruk tentang saya.
Saya hidup dengan mereka yang benar-benar terima diri saya dan menyokong saya sepenuhnya. Jika saya salah, mereka menasihati saya. Jika saya menangis, mereka ada tenangkan saya.
Dan jika tak ada satu makhluk pun yang memahami saya, Allah tetap ada dan sekalipun tidak pernah tinggalkan saya. Yang jauh dari Allah itu cuma diri saya.
Benarlah kata-kata Syeikh Thanhwowi, Grand Syeikh Al Azhar Asy Syarif.
1.Kita semua adalah orang biasa dalam pandangan orang-orang yang tidak mengenal kita. 2.Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita. 3.Kita istimewa dalam penglihatan orang-orang yang mencintai kita. 4.Kita adalah peribadi yang menjengkelkan bagi orang yang penuh kedengkian. 5.Kita adalah orang-orang jahat di dalam tatapan orang-orang yang iri.
Pada akhirnya, setiap orang memiliki pandangannya masing-masing, maka tak usah berlelah lelah agar tampak baik di mata orang lain.
Cukuplah dengan redha Allah bagi kita, sungguh mencari redha manusia adalah tujuan yang tak kan pernah tergapai.
Sedangkan Redha Allah, destinasi yang pasti sampai.
Mingguan Wanita : Setiap orang itu baik rezekinya, kehidupannya takkan sama dengan orang lain. Tidak adil jika disamakan malah dibanding-bandingkan.
Ibu ayah risau keselamatan di sekolah. Susulan kejadian pagi tadi tiada siapa menyangka hari persekolahan biasa itu akan berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa...