Selalu kita dikaburi dengan kebahagiaan yang ditunjuk di media sosial. Sedangkan kita tak tahu yang setiap hari makan hati. Apa yang ditunjuk dan dicanang itu hanyalah satu lakonan semata-mata.
Namun, tidak semua yang tunjuk bahagia itu setiap hari makan hati. Mungkin ia betul-betul bahagia. Cuma bimbangnya ada pula yang dengki dan cuba nak rosakkan rumahtangga dan kebahagiaan kita.
Sebab itu, jangan terlalu ghairah nak buktikan kita bahagia, hakikatnya setiap hari makan hati. Kebahagiaan itu hanya dirasa tanpa suara.
Tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dimiliki. Setiap orang punya masalah dan ujian hidup yang berbeza. Kita mungkin bahagia tapi pasangan lain mungkin sedang berduka jadi tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dikecapi ini.
IKLAN
Tak guna membandingkan hidup kita dengan orang lain atau merasakan kehidupan kita lebih baik dari mereka. Bahagia jangan tunjuk, kaya jangan tunjuk, senang jangan tunjuk. Sebab apa?.. Sebab tak semua orang suka tenguk kita bahagia.
Yang ramai suka tenguk kita jatuh, itulah manusia. Biarlah tak menunjuk, biarlah orang tak nampak kebahagian kita, yang penting kita sendiri rasa bahagia. Daripada tunjuk bahagia tapi hakikatnya hari-hari makan hati.
Orang yang bahagia tidak akan tunjuk dia bahagia. Tapi orang yang derita akan bersungguh-sungguh tunjuk yang dia sedang bahagia.
Dengan duit yang tak berapa ada, kita membeli barang yang kita tak perlu ada untuk menunjukkkan pada orang yang kita tak suka.
Auditlah diri kita!.
IKLAN
Bahagia Tanpa Suara
Kebahagiaan itu selalunya di rasakan tanpa suara. Jika kita terpaksa ‘menjerit’ untuk memberitahu orang lain yang kita bahagia, kita sebenarnya belum bahagia lagi.
Kebahagiaan sejati akan menjadikan seseorang lebih rendah diri dan menghayati maknanya. Mereka faham bahawa setiap pasangan itu bahagia dengan caranya sendiri. Apa yang buat kita bahagia, belum tentu buat orang lain bahagia jadi untuk apa ia dicanang?
Manusia ni level kebahagian tak sama. Tuhan tak bagi sama rata nikmat-nikmat hidup ni pada setiap hambaNya. Tapi tu tak bermakna Tuhan tak adil. Tuhan tu Maha Adil cuma kita manusia ni kena sedar yang adil itu adalah meletakkan sesuatu di tempatnya, bukan semua wajib dapat kesamarataan hidup.
Sewajarnya, elakkanlah bercerita atau terlalu menunjukkan kebahagiaan kita di media sosial. Ini kerana kita tidak tahu mata-mata yang melihat akan terbit perasaan iri hati dan dengki.
IKLAN
Kita tidak dapat menilai isi hati orang lain. Ditakuti ada anasir-anasir yang dengki akan cuba merampas kebahagiaan kita. Jangan buat orang berdosa sebab dengki melihat kebahagian kita. Kita tak perlu buktikan punyai kehidupan yang baik pada semua orang.
Mingguan Wanita : Bahagia tak bermakna nak kena tunjuk semua kat media sosial. Bahagia kita-kita sudahlah.
Kejadian menyayat hati ini berlaku di Krabi Thailand. Tergamaknya meninggalkan bayi yang masih bertali pusat dalam sebuah mesin basuh selama 4 hari tanpa setitik susu.
Ini kisahnya.. Sejak Jumaat lalu, Sangduen Khaorueng, 47 menutup premis perniagaannya, kedai dobi layan diri. Sebaik pulang dari urusan perniagaan di tempat lain, dia kembali ke kedai.
Hati perempuannya rasa tak keruan dengar tangisan yang semakin panjang. Tergerak hatinya mahu menjenguk ke dalam mesin basuh yang ada di kedainya.
Alangkah terkejutnya apabila suara tangisan itu milik bayi lelaki yang masih lengkap bertali pusat dengan berbalut tuala semata. Dia tergamam..
Bayi Dalam Mesin Basuh Itu Sangat Lapar
Bayi itu menangis semakin galak. Segera dia menghubungi pihak polis dan paramedik untuk mendapatkan bantuan dan memeriksa bayi yang ditinggalkan sendirian dalam mesin basuh itu.
Dipercayai bayi itu berusia lima hari. Fizikalnya dalam keadaan baik namun dia teramat kelaparan.
Kejam sungguh pelakunya sanggup meninggalkan anak yang tidak berdosa itu sendirian. Tak boleh bayang si comel ini bergelap, bersendirian dalam mesin basuh pulak tu.
Syukurlah, bayi itu masih hidup walaupun empat hari tidak menerima walau setitik susu.
Selepas empat hari ditinggalkan sendirian, bayi ini sudah pun selamat dihantar ke hospital untuk dirawat.
Pihak polis Krabi, Leftenan Sanya Kaewnui memaklumkan pihaknya akan memeriksa kamera rakaman berhampiran untuk mencari ibunya.
Jika ibunya tak dapat ditemui, bayi itu akan diserahkan ke rumah anak yatim untuk dijadikan anak angkat.
MW : Semoga ibu dan ayah bayi berkenaan dapat ditemui dengan segera.
Sumber/Foto : Kosmo , Astro Awani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kepenatan bergelumang dengan anak. Bukan calang-calang hebat ujian saat memikul peranan sebagai surirumah. Pendek katanya, saat suami keluar bekerja, semua yang berlaku dirumah atas tanggungjawab seorang isteri.
Tugas isteri tidak pernah selesai, bangun saja tidur mahu bergegas sediakan sarapan dan kemudian melayan anak-anak kecil.
Tugas isteri tidak pernah selesai, bangun saja tidur mahu bergegas sediakan sarapan dan kemudian melayan anak-anak kecil.
Kepenatan Bergelumang Dengan Anak
Sebagai suami sememangnya anda perlu faham, walaupun penat pulang dari kerja tapi sebenarnya tanggungjawab yang digalas isteri juga sangat berat. Dari memasak, menghantar anak sekolah, mengemas rumah dan melayan anak-anak kecil.
Seperti mana yang dikongsi oleh Tuan Taufiq Razif menerusi akaun Facebooknya, isteri juga perlu ada masa untuk bersendirian. Malah tenaga yang hilang perlu dikembalikan dengan memberikan rehat buat isteri.
Mengambil contoh dirinya, Taufiq akan membiarkan isterinya ‘bersembunyi’di dalam kereta.
“Jadi saya akan biarkan je isteri saya bersendirian jika itu yang dia perlukan untuk recharge kembali diri dia setelah penat bergelumang dengan anak anak seharian.
Sesekali..
Berikanlah ruang pada pasanganmu untuk berehat. Berikan juga ruang untuk mereka bersendirian..
Isteri saya ni bila dia penat sangat dia akan ‘bersembunyi’ dalam kereta
Kadang dia main handphone, kadang dia baca buku
Dan saya akan biarkan je isteri saya di dalam kereta dan saya takkan ganggu dia sampai la dia keluar sendiri
Sebab walaupun isteri saya ni nampak macam Extrovert tapi dia ada sisi Introvert dia. Semua orang pun macam tu sebenarnya. Tak ada orang 100% introvert dan 100% extrovert. Benda ni spektrum sebenarnya.
Jadi saya akan biarkan je isteri saya bersendirian jika itu yang dia perlukan untuk recharge kembali diri dia setelah penat bergelumang dengan anak anak seharian.
Sesekali..
Berikanlah ruang pada pasanganmu untuk berehat. Berikan juga ruang untuk mereka bersendirian..
Masa seorang manusia ada 5 bahagian sebenarnya :
Masa untuk agama dan Pencipta
Masa untuk orang ramai
Masa untuk anak dan keluarga
Masa untuk pasangan
Masa untuk diri sendiri
Jadi sesekali biarlah isteri dengan dirinya. Makin dia bahagia dengan dirinya, makin dia mudah bahagia dengan keluarga,” begitulah perkongsian yang cukup bermanfaat buat para suami di luar sana.
Pandemik Covid-19 sememangnya memberi kesan dalam kehidupan masyarakat Malaysiahari ini. Tidak terkecuali salah seorang anggota kumpulan Caliph Buskers, Fendy Adlun.
Dirinya bagai mati kutu memikirkan nasib hidup. Memandangkan duit simpanan semakin menyusut sejak lebih setahun lalu kerana tiada undangan persembahan akibat pandemic COVID-19. Terutamanya membabitkan sewa rumah yang tinggi perlu dilunaskan setiap bulan.
Apatah lagi bapa tunggal yang juga golongan Orang Kurang Upaya (OKU) kepada Nurazalea Zafirah, 6, ini tergerak hati memuat naik video memohon perhatian pihak kerajaan untuk memudahkan dirinya mendapat kelulusan rumah mampu milik atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) di akaun media sosial Jumaat lalu.
Fendy Caliph Buskers Bersyukur
Hasrat dan impian Fendy untuk mendapatkan rumah mampu milik atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) dijangka akan menjadi kenyataan tidak lama lagi
Tindakan itu akhirnya menarik perhatian beberapa pihak kementerian termasuk Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun yang menyantuni Fendy dan anaknya baru-baru ini di kediaman mereka di Sentul.
“Saya memuat naik video berkenaan kerana berharap pihak kerajaan dan kementerian tertentu boleh memudahkan urusan saya meluluskann permohonan rumah sama ada secara menyewa atau sewa beli
“Tak sangka Datuk Seri Rina Harun, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Timbalan Menteri Belia dan Sukan) serta wakil dari Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan) sudi menjenguk saya di kediaman.
“Mereka datang ada memberi sumbangan makanan serta wang ringgit dan turut memberi jaminan untuk memudahkan permohonan saya mendapatkan rumah.
“Ikutkan saya pernah memohon untuk mendapatkan rumah sekitar tahun 2017. Namun ia berlalu sepi begitu saja,” kata Fendy ketika ditemui di rumahnya.
Rezeki Hadir Tanpa Diduga
Menurut Fendy lagi, tatkala ini dirinya masih cukup makan pakai. Malah saban hari, rezeki makanan tetap datang tanpa diduga.
“Saya belum tergerak untuk mengibarkan bendera putih kerana masih berdaya. Yang saya benar khuatirkan ialah soal rumah.
“Duit simpanan yang ada pun semakin terhakis. Sejak pandemik menjelma, memang bab undangan persembahan terputus. Kali terakhir buat show dengan Caliph Buskers pada November 2019
“Bulan Disember 2019, pandemik sudah menyerang dunia. Sekitar bulan Februari 2020, sempat jugalah rasa buat ‘show’ masa pandemik.
“Ikut kiraan duit simpanan, saya boleh bayar duit sewa rumah yang didiami di Sentul ini untuk bulan depan saja. Selepas itu saya tak tahu bagaimana nak bayangkan apa akan terjadi,” katanya.
Bimbang Tak Mampu Bayar Sewa Rumah
Tambah Fendy lagi, dia kini menyewa di apartmen di Sentul itu dengan sewa bulanan RM1300.
Bekas isterinya turut menyewa di lokasi dan blok sama namun di tingkat berbeza. Mereka masing masing bergilir menjaga anak.
“Sebelum ini saya menyewa dengan kawan di Bangsar, manakala bekas isteri pula di Brickfields. Anak kami pula ketika itu harus berulang alik ke sekolah pendidikan golongan istimewa GENIUS Kurnia di Sentul.
“Selepas mempertimbangkan banyak perkara termasuk kos harian, saya dan bekas isteri sepakat berpindah ke Sentul. Ini semua bagi memudahkan urusan persekolahan anak terutama lokasi lebih dekat.
“Namun saban hari, saya mula memikirkan banyak pertimbangan kalau terus menyewa di Sentul. Itulah sebab saya berharap dapat diperkenankan permohonan rumah PPR atau mampu milik,” katanya.
Jual Set Dram Untuk Bertahan
Demi meneruskan survival hidupnya juga, Fendy turut menjual dua set dram selain perkakasan alat muzik berkenaan.
“Hasil jualan dua set dram itu saya berjaya dapat dalam RM3,000 lebih. Adalah serba sedikit pulangan.
“Macam saya cakap bab makan itu tak ada masalah. Saya pun makan serba sederhana. Mee segera pun saya boleh layan berhari hari. Cuma kalau giliran anak ada di rumah, dia nak makan itu ini. Terutama makanan kegemarannya, roti canai. Jadi terpaksa ‘order’ menerusi aplikasi penghantaran makanan.
“Saya pun enggan berpeluk tubuh dan meminta minta. Jadi saya manfaatkan bakat muzik yang ada. Kalau celik mata, saya boleh buat pelbagai kerja demi meneruskan kelangsungan di era pandemik ini. Tapi apakan daya, saya OKU,” ungkapnya.
Buat Persembahan Live Di Facebook
Sejak empat minggu lalu juga dia mula mengambil inisiatif buat persembahan langsung di Facebook menerusi halaman Fendy Caliph Buskers setiap Sabtu 9 malam
“Saya sertakan juga nombor akaun bank (Fendy bin Adlun 7636586540 CIMB) untuk mereka yang mahu menyumbang ketika menonton persembahan saya. Masa awal buat adalah serba sedikit rezeki boleh diraih,” jelas Fendy.
Datuk Seri Rina Harun Turun Membantu
Sementara itu, Daruk Seri Rina Harun juga berharap DBKL dapat mempermudahkan proses permohonan rumah yang diidamkan Fendy.
Ketika menyantuni Fendy, beliau turut menyerahkan bantuan Bakul Makanan, pek Ready to Eat selain menyerahkan sumbangan tunai oleh Yayasan Kebajikan Negara dan Tabung Bantuan Segera (TBS) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
“Insya-Allah saya harap urusannya untuk mendapatkan rumah PPR atau mampu milik dapat disegerakan pihak DBKL. Malah saya juga ada menghubungi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah untuk membantu Fendy dalam mendapatkan dana membuat Hiburan Dari Rumah.
“Malah Fendy turut menerima elaun RM500 untuk tiga bulan. Elaun itu di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diberikan kepada golongan OKU yang telah kehilangan pekerjaaan, ketiadaan kerja, dibayar separuh gaji atau diarahkan bercuti tanpa dibayar gaji,” ungkap Rina.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Nahas tragedi helikopter TLDM, lelaki buat hantaran jelik didenda RM23,000. Gara-gara menghina nahas tragedi dua helikopter bertembung di udara dua hari lalu, seorang peniaga...