Pengantin perempuan pilih kain kapan mahar mas kahwin, lambang ikatan cinta hingga ajal pisahkan. Menjelang hari bahagia, setiap pasangan tentunya sudah merancang yang terbaik bagi memastikan segala-galanya tampak sempurna.
Sepasang pengantin di Lombok, Indonesia menjadi viral di media sosial apabila pengantin perempuan, Baiq Sri Ratna Wahyuningsih menjadi tumpuan apabila menolak kereta sebaliknya berkeras mahukan kain kapan sebagai mahar mas kahwinnya.
Pengantin Perempuan Pilih Kain Kapan Mahar Mas Kahwin
Kisah pasangan ini mula menjadi viral apabila video ini dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai It’s Me di TikTok.
Bukan saja ahli keluarga pengantin perempuan terperanjat tetapi pengantin lelaki juga turut tidak percaya hingga menawarkan mahal lain seperti kereta dan bukannya kain kapan namun jelas pengantin perempuan tetap mahukan kain kapan sebagai mahar mas kahwinnya.
Dalam video yang viral ini, jelas kedengaran pengantin lelaki menyebut mahar perkahwinan adalah kain kafan serta wang tunai berjumlah Rp2.58 juta rupiah atau bersamaan RM753.
“Saya nikahkan saudara dengan Baiq Sri Rtana Wahyuningsih binti Selamat Harta dengan kain kafan dan mas kahwin sebanyak Rp2.58 juta (RM753) dibayar tunai.
Lambang Ikatan Cinta Hingga Ajal Pisahkan
Sesuatu yang amat jarang terjadi tetapi Baiq Sri Ratna mempunyai alasan kukuh kenapa dirinay memilih kain kapan sebagai mahar perkahwinannya.
Katanya, kereta yang ditawarkan adalah bersifat kesenangan dunia semata.
Ads
“Kenderaan juga ditawarkan kepada saya, tapi itu hanya duniawi, meskipun kita akan perlukan juga akhirnya.
“Tapi kain kapan kafan ini mengingatkan kita dengan kematian dan ia melambangkan ikatan cinta sampai ajal yang memisahkan kita. Ia juga diperlukan ketika mati di mana kita hanya membawa kain kapan sahaja.
Tambahnya, niatnya kain kafan yang diletakkan di bekas yang terbuka itu dapat mengingatkan tetamu untuk selalu mengingati kematian selain menjalani kehidupan dengan penuh kesyukuran.
Difahamkan, pemilik video terbabit, Febriana Dwi Sulastri mendedahkan pengantin terbabit adalah ibu saudaranya.
NASIHAT DAIÉ SYED UNTUK SENTIASA ROMANTIK DENGAN PASANGAN.
Biasanya Tikus Belanda atau lebih dikenali sebagai ‘Guinea Pig’ dijadikan sebagai binatang peliharaan kerana kecomelannya. Namun siapa sangka, di Ecuador haiwan ini turut dijadikan sebagai salah satu perisa aiskrim dan jualannya paling laris!
Aiskrim Perisa Tikus Belanda
Seorang wanita, Mara del Carmen Pilapana menjual aiskrim unik berperisa tikus belanda. Aiskrim haiwan yang dikenali penduduk tempatan sebagai ‘cuy’ itu dijual pada harga AS$1 (RM4.20).
Cuy biasanya dimasak sebagai hidangan tradisional oleh penduduk negara Amerika Latin termasuk Colombia, Peru dan Bolivia.Di Ecuador, tikus belanda dimasak dengan garam bersama hidangan kentang dan sos kacang.
Bagaimanapun, Pilapana mencuba sesuatu yang baharu dengan menjadikan daging tikus belanda sebagai aiskrim.Dia menghasilkan perisa unik itu dengan memasak dan menyediakan pes daripada daging tikus belanda, yang rasanya dikatakan menyamai daging ayam,” lapor akhbar The New York Post.
Produk Paling Laris
“Keluarga dan suami saya sendiri menganggap saya gila. Mereka tidak fikir sesiapa pun akan sukakan aiskrim ini tetapi sekarang ia produk kami yang paling laris,” kata Pilapina.
Perniagaan kecilnya cuma menggunakan dua buah meja di tempat terbuka bersebelahan beberapa klinik gigi dan kedai. Setiap minggu, Pilapina akan menyediakan 150 hidangan aiskrim tikus belanda.
Ibu kepada tiga anak itu hilang pekerjaan sebelum mula menghadiri kelas latihan untuk usahawan. Selepas enam bulan menguji perisa yang sesuai, dia mula menjual beberapa jenis aiskrim sejak awal bulan lalu.
Selain menghasilkan aiskrim perisa tikus belanda, wanita ini turut menjual aiskrim perisa kumbang dan cendawan, yang kebiasaannya dimakan sebagai snek masin oleh penduduk tempatan. Malah dalam fikirannya turut merancang untuk menghasilkan aiskrim perisa baru seperti ketam, ayam dan khinzir.
MW: Memang luar biasa perisa aiskrim yang wanita ini jual. Berani mencuba daripada luar kebiasaan.
Wanita pencinta haiwan bela 100,000 lipas dalam rumah. Sungguhpun sayangkan haiwan biarlah berpada-pada, jangankan haiwan perosak seperti lipas pun nak dibela.
Seorang wanita di New York, Amerika Syarikat (AS) yang digelar ‘Snow White’ oleh rakan-rakannya kerana menyayangi haiwan, telah ditahan kerana menyimpan 100,000 ekor lipas di dalam rumahnya, lapor akhbar Daily Star semalam.
Bela 300 Haiwan Lain
Selain itu, Karin Keyes, 51, dikatakan turut memelihara kira-kira 300 haiwan dalam keadaan yang ‘kejam’ termasuk 118 arnab, 150 burung, tujuh kura-kura, tiga ular dan 15 kucing.
Pegawai berkata pada Selasa lalu, apabila anggota penyelamat melangkah masuk ke dalam rumahnya, mereka terpaksa memakai sut hazmat untuk mengelak terjejas akibat keadaan yang ‘bertoksik’.
Bau yang terhasil daripada air kencing dan lantai yang dipenuhi najis itu dikatakan sangat busuk sehingga mereka dinasihatkan untuk tidak berada di dalam rumah lebih daripada beberapa minit.
Dijadikan Tempat Bertemu Pelanggan
Keyes yang merupakan seorang pekerja sosial, mula menimbulkan syak wasangka awal bulan ini apabila anggota bomba dipanggil ke hartanahnya di New York. Rumah itu turut dijadikan tempat untuk bertemu dengan pelanggannya.
Pelanggannya dikatakan telah melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa, lapor agensi berita NBC New York.
“Keyes mendapati sebuah kedai haiwan akan ditutup dan pergi menyelamatkan haiwan-haiwan itu kerana tidak mahu ia hilang tempat tinggal.
“Apabila dia mengetahui mana-mana haiwan sakit atau perlukan rumah, dia mengambilnya dan membawa ia pulang,” kata rakan kepada Keyes, Danielle Ward.
Didakwa Tuduhan Mengurung Haiwan
Pendakwa raya mengesahkan bahawa semua haiwan itu dijangka bertahan hidup. Bagaimanapun, beberapa kumpulan pakar haiwan telah dipanggil untuk membantu bertindak balas terhadap situasi tersebut.
Keyes telah didakwa dengan beberapa tuduhan mengurung haiwan dengan kejam dan dihukum penjara jika sabit kesalahan.
Mingguan Wanita: Sayangkan haiwan pun, biarlah dijaga dengan cara yang betul. Kalau haiwan perosak seperti lipas pun nak dibela, memang tak kena caranya.
Dek kerana penat sangat nak memasak. Isteri ini Puan Amira Aziz order saja makanan segera secara online untuk dia dan anak-anak. Yang jadi lucunya, bila rider makanan sampai depan rumah, tengok-tengok suami sendiri yang hantar.
Sudahnya, terkantoilah dengan suami sendiri yang dia tak masak hari itu.
Apa pun, mereka suami isteri ini sama-sama bekerja dan faham akan situasi yang dihadapi oleh pasangan masing-masing. Dan kisah sweet ini dikongsikan oleh Puan Amira dalam grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official.
Anak-anak Kita Order McD Je..
“Nie bukan masak tak jadi.. nie kantoi tak masak dengan suami.
Suami saya rider mcd..hari nie tiba-tiba malas nak masak.. cakap dengan anak-anak kita order mcd jew laa hari nie. Anak-anak pun suka laa..saya ingat kan dapat dekat rider lain..saya tunggu jugak rider tu call saya..tapi tak call-call.. tunggu dalam setengah jam dengar bunyi hon.. sekali keluar tengok suami sendiri yang hantar order tu.. patut laa dia tak call..hehe”
Perkongsiannya itu mendapat 85k tanda suka dan lebih 6K komen, membuatkan Puan Amira menegaskan sekali lagi dalam postingnya itu yang dia bukannya ibu yang malas masak.
“Saya cuma penat.. sebab saya pun berkerja jugak.. bila balik kerja saya sambung tengok anak-anak dekat rumah.. sebab suami saya buat order sampai malam..takut orang salah faham pulak.. ingat saya pemalas”
Dua-dua Bekerja, Asuh Anak-anak Sendiri Depan Mata
Pasangan suami isteri ini adalah pekerja di restoran makanan segera McDonald. Yang mana, Puan Amira bekerja sebagai pekerja sambilan dan suaminya penghantar makanan.
Katanya, “ Aku dengan laki aku dua-dua ada SKM(Sijil Kemahiran Malaysia) boleh jew minta kerja hotel.. tapi masing-masing tak nak terikat dan kena ikut shift.. sebab kita orang dah ada anak-anak.. walaupun kitaorang dua-dua kerja.. anak-anak kitaorang yang jaga sendiri.
Alhamdulillah rezeki aku dapat masuk pagi jew.. tu pun dah kira rezeki kan..suami aku kerja tak ada waktu.. pukul berapa dia nak pergi, pukul berapa dia nak balik.. ikut suka dia.. pun kira rezeki jugak kan.. anak-anak pun membesar dekat rumah sendiri, membesar depan mata kitaorang.. aku tak malu pun aku hanya pekerja mcd jew.. walaupun gaji tak banyak mana..j anji kerja aku Halal dan Allah pun permudahkan banyak urusan kami laki bini.”
MW : Alhamdulillah.. semoga keluarga Puan Amira dilimpahi rezeki yang banyak. Sebenarnya beruntung dapat besarkan anak-anak depan mata dengan tangan sendiri ini.
Rita Rudaini dedah sekolah sorok kes buli 'bawah karpet'-"Pelajar senior pukul, ikat pelajar di pokok sampai tak boleh berjalan." Pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini mendedahkan pengalaman pahit apabila salah sebuah sekolah yang pernah menjadi tempat anaknya menuntut dikatakan terbabit dengan kes buli yang serius, namun cuba ditutup oleh pihak pengurusan sekolah.