Kata orang, tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia hanya Allah yang tahu, begitulah tuah bagi Josua Hutagalung. Seorang pembuat keranda jadi jutawan segera, pabila dirinya jual batu angkasa umpama terima gaji selama 30 tahun.
Sudah tentu bukan sahaja kita, dia juga tentu tidak menyangka seketul batu yang jatuh di atas bumbung rumahnya mempunyai nilai yang terlalu tinggi.
Pembuat Keranda Jadi Jutawan Segera
Seorang pembuat keranda di Indonesia menjadi jutawan segera selepas batu angkasa jatuh di atas bumbung rumahnya ketika kejadian pada Ogos lalu.
Josua Hutagalung, 33, berada di kediamannya di Kolang, Sumatera Utara ketika meteorit berukuran seperti saiz football itu menimpa beranda.
Menurutnya, dia telah menjual batu angkasa seberat 2.2 kilogram yang mempunyai nilai kira-kira 1.4 juta pound (RM7.6 juta) yang bersamaan gaji diterima untuk tempoh selama 30 tahun.
“Saya sedang membuat keranda apabila terdengar dentuman yang kuat hingga menyebabkan rumah saya bergegar. Batu itu terlalu panas untuk dipegang. Oleh itu, isteri saya menggunakan cangkul dan membawanya masuk ke dalam rumah,” ujarnya.
Jelasnya, wang diterima hasil jualan meteorit tersebut menyebabkan dia memilih untuk berhenti kerja dan berhasrat mahu membina gereja baharu di kampung didiaminya.
Harap Batu Angkasa Bawa Tuah
“Saya mengimpikan untuk mempunyai seorang anak perempuan. Saya harap ia akan membawa tuah kepada kami,” kata bapa kepada tiga anak itu.
Sementara itu, pakar batu angkasa, Jared Collins memberitahu dia mendapat tawaran yang tinggi untuk membeli batu angkasa itu.
Collins kemudiannya menghantar meteorit tersebut ke Amerika Syarikat yang kini disimpan di Pusat untuk Penyelidikan Meteorit di Arizona State University.
Batu Angkasa Yang Sangat Jarang Ditemui
Batu angkasa itu diklasifikasikan sebagai CM1/2 carbonaceous Chondrite, jenis yang sangat jarang ditemui dan dipercayai mengandungi asid amino unik dan unsur primordial lain.
Difahamkan, serpihan meteorit itu turut dibeli pengumpul kedua dan kini dijual di laman eBay. – Agensi
MW: Beruntung pembuat keranda ini, mendapat rezeki yang tidak dijangka. Inilah dinamakan batu bukan sebarang batu.
Tip basuh baju putih ini memang khas buat mak-mak yang ada anak sekolah atau suaminya yang bekerja pakai kemeja putih. Ya, mudah dan tak payah gigih berus di bilik air sebab masuk mesih basuh pun baju putih akan cuci bersih tanpa kotoran.
Macam mana nak buat, anda kena cari bahan yang dikongsikan Puan Zakiah Hassan ini dulu…
Bahan-bahannya:
Sabun A1 (beli kat kedai Eco) atau sabun cap kapak/buruh (ada di Mydin)
Sabun basuh baju (cecair atau serbuk)
Air
Mesin basuh (nak basuh tangan pun boleh)
Cara-cara Basuh Baju Putih:
1. Lemporkan baju sekolah agama dulu ke dalam mesin basuh.
2. Bubuh sabun basuh biasa.
3. Setkan mesin dengan mode speedy soak (ikut jenis mesin basuh).
4. Bubuh air.
5. Guntingkan suku sabun kuning ke dalam mesin basuh (nak sagat pun boleh).
6. Tenyehkan sabun kuning di leher baju kemeja, hujung lengan, poket..atau kesan kotoran yang lain. Lepas tu jangan lupa lempor dalam mesin.
7. Tutupkan mesin basuh.
8. Pergilah keluar berjimba dengan anak2 dan suami. Disarankan pergi shopping atau makan berat. Setakat minum cendol bawah pokok tak sempat siap.
9. Balik rumah dah siap.
10. Sidailah baju putih tersebut sambil kembang hidung hinshinsss melihatkan kebersihannya.
Mak Ramli tak sental langsung leher baju budak darjah 1 tu. Maka kurang sedikit muscle lengan MR..kohkohkoh.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Air mata warga Pal4stin tumpah di tepi pantai, kecewa bantuan Sumud Frotilla ditahan. Di sebalik penahanan kesemua 497 aktivis Global Sumud Flotilla semalam, ada kesedihan yang tak termampu diungkap dengan kata-kata.
Warga Palestin yang menanti penuh pengharapan di tepi pantai Gaza, mengharapkan bekalan makanan dan ubatan tiba melalui misi Global Sumud Flotilla, akhirnya menangis kecewa apabila menerima khabar bahawa kesemua aktivis telah ditangkap secara tidak sah oleh tentera Zionis di perairan antarabangsa semalam.
Luahan seorang warga Palestin Khalidmtr.409653 di threadsnya semalam yang berkongsi situasi sepi di pantai dan tangisan dirinya menyaksikan betapa hancurnya hati rakyat Palestin yang mengharapkan misi kemanusiaan ini berjaya sampai ke pantai mereka yang sudah lama terkepung antara hidup dan mati angkara zionis.
Dalam luahannya, Khalid menyifatkan semalam adalah sebagai detik paling memilukan buat dirinya dan warga Palestin yang menunggu dengan penuh pengharapan misi Global Sumud Frotilla sampai ke pantai mereka.
“Hati ini benar-benar hancur. Semua kapal dalam misi Sumud Flotilla termasuk yang terakhir telah ditahan. Kami terlalu berharap sekurang-kurangnya satu akan sampai, namun tiada satu pun dibenarkan melepasi sekatan. Mengapa kapal yang hanya membawa bantuan kemanusiaan pun disekat?” tulisnya dengan nada kesal.
Pemuda Palestin ini turut menggambarkan dirinya pulang dengan jiwa yang kosong, seakan meninggalkan sebahagian rohnya di tepi laut. Namun di sebalik derita, Khalid tetap berdoa agar kru flotilla dilindungi dan berharap suatu hari nanti, kapal-kapal bantuan itu akan berjaya menembusi sekatan dan tiba di Gaza dengan selamat.
“Diri ini begitu berharap sekurang-kurangnya satu kapal akan sampai kepada kami. Tapi mungkin ada hikmahnya, Allah lebih mengetahui. Terima kasih kepada semua kru Flotilla yang sanggup mengambil risiko besar ini.
“Aku berdoa semoga Allah melindungi mereka, menjauhkan mereka daripada bahaya. Dan terima kasih juga kepada semua yang menyokong serta menguatkan diri ini dengan kata-kata yang baik. Aku masih berharap suatu hari nanti kapal-kapal bantuan akan selamat sampai kepada kami,” tambahnya lagi.
Harapan yang kini terlerai selepas bantuan misi kemanusiaan ini dipintas zionis dalam perairan antarabangsa
Sehari sebelum mengetahui kesemua aktivis Global Sumud Frotilla telah ditangkap, pemuda ini dan adiiknya turut menulis impian mereka.
“Saya dan perempuan saya sedang menunggu Global Sumud Flotilla. Kami menunggu dengan penuh harapan agar ia tiba kepada kami dengan selamat. Keluarga kami di Gaza sedang menderita setiap hari tanpa makanan, ubat-ubatan selain keselamatan yang tiada jaminan.
“Kami di sini sangat memerlukan sokongan semua. Tolong jangan berdiam diri. Sebarkan kisah kami dan jika mampu bantulah kami untuk terus bertahan,” katanya yang turut berkongsi sarapan pagi yang sangat ringkas, sekadar menahan lapar dari penderitaan yang dideritai warga Palestin selama ini.
Sarapan pagi ringkas dinikmati sekadar mengalas perut dari kebuluran.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Khamis tengahari ini, Malaysia dikejutkan dengan berita pilu pemergian pelakon sepanjang zaman, Zainal Ariffin Abd. Hamid atau lebih dikenali dengan panggilan Zaibo.
Rasa sayu kehilangan itu turut dirasai oleh pelakon terkenal Erra Fazira. Pada usia 62 tahun, allahyarham Zaibo menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 1.30 tengahari.
Beliau menderita kanser esofagos. Kanser yang dihidapinya itu langsung tidak disedari telah pun sampai ke tahap empat, sehinggalah Ramadan lalu beliau tak boleh menelan makanan.
Rasa hati Erra atau nama sebenarnya Fazira Binti Wan Chek dicatatkan dalam instagramnya. Sungguh bagi Erra, Abang Zaibo adalah insan yang baik hati malah mereka pernah menunaikan umrah bersama.
Sayu Hati Ini Kehilangan Abang Zaibo Yang Baik Hati
Innalillahiwainnailaihirojiun..
“Abang Zaibo kini telah tiada, dia telah kembali kepadaNya. Sesungguhnya mati itu pasti.. dunia hanya sementara.”
“Abang Zaibo yang saya kenali, sangat baik orangnya.. seorang abang dan ayah yang tak lokek ilmu dan selalu memberi nasihat. Kami pernah berlakon bersama.. pergi menunaikan umrah bersama.”
Rupanya, Erra sendiri dalam perancangan mahu melawat arwah abang Zaibo. Namun, belum sempat hasrat dicapai, Allah lebih sayangkan Abang Zaibo.
“Baru rancang dengan kak Intan untuk ziarah abang Zaibo besok.. tapi Allah lebih dahulu menjemput abang Zaibo.”
“Ya Allah.. sayu hati ini kehilangan insan yang sangat baik hati ini. Meskipun sudah lama tidak ketemu, keramahannya, kebaikkan sentiasa melekat di hati.”
Erra Fazira Masih Pegang Resepi Masakan Abang Zaibo
“Abang Zaibo sangat pandai masak, malah ada antara resepinya saya pegang hingga ke hari ini.”
“Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosa abang Zaibo dan terimalah segala ibadahnya walau sekecil zarah.. moga dengan rahmatMu, Dikau letakkan dia di kalangan hambaMu yang beriman dan menjadi penghuni syurga kelak. Amiiinnnnn.”
Moga damai dan bahagia di sana abang Zaibo.
Teman-teman, mari kita sama-sama sedekahkan AlFatihah buat arwah Zainal Ariffin Abdul Hamid (Zaibo) moga Allah tempatkan beliau bersama hamba-hamba yang soleh.. amiiin.