Tak dinafikan ramai golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19, hingga ada yang terputus bekalan makanan harian. Rezeki lebih yang ada tak salah untuk dikongsikan dengan mereka yang memerlukan.
Rupanya dalam diam, pelakon veteran Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 64, menggerakkan Akademi Wan Maimunah and Friends (WNF) yang ditubuhkan pada 2019 untuk menghulurkan bantuan kepada golongan terkesan dengan impak penularan pandemik COVID-19.
Baru-baru ini, Akademi WNF bersama Badan Kebajikan Guru Sekolah Kebangsaan Desa Aman (BKGSKDA), Selangor mengagihkan 100 bakul makanan kepada keluarga murid sekolah terbabit.
Sediakan 100 Bakul Makanan
Sudah hampir 50 tahun menceburkan diri dalam industri seni, Wan Maimunah yang yang cukup terkenal dengan watak air mata memberitahu, projek itu mendapat sokongan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia).
“MERCY Malaysia menyediakan 100 bakul makanan untuk diagihkan kepada anak-anak yatim, miskin dan asnaf di Sekolah Kebangsaan Desa Aman (SKDA).
“Ramai keluarga murid di sekolah itu yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Dengan izin Allah, saya terpanggil untuk membantu serba sedikit.
“Saya sedih mendapat tahu keperitan dilalui murid sekolah itu melalui anak saya, Rosnita Ismail yang juga guru di SKDA.
“Jadi apa salahnya, saya berusaha dengan badan kebajikan sekolah terbabit untuk menghulurkan sumbangan,” katanya.
Proses Agihan Secara Pandu Lalu
Sebagai permulaan, proses agihan bantuan yang dikendalikan secara pandu lalu di lobi SKDA menyerahkan 70 bakul makanan. Baki 30 bakul makanan akan diagihkan Sabtu ini, di lokasi sama.
Wan Maimunah berkata, dia menangis sebaik mendapat tahu ada ibu bapa yang menghubungi kakitangan sekolah dan memberitahu mereka terputus bekalan makanan selepas dijangkiti COVID-19.
Ads
“Apabila mendapat tahu kebanyakan kakitangan dan murid di sekolah itu terkesan akibat impak penularan COVID-19, takkanlah saya berdiam diri.
“Saya diberitahu ada keluarga yang cuba mendapatkan bantuan jiran tetapi tidak disahut. Benar, perkara ini tidak terjadi kepada kita, jadi kita mungkin tidak faham.
“Namun, Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada kami anak-beranak untuk membantu. Alhamdulillah, kami dapat berganding bahu agih bantuan agar mereka dapat meneruskan hidup,” katanya.
Agihan Ikut Prosedur SOP
Wan Maimunah berkata, dia memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi ketika bantuan diagihkan.
“Saya sedar mengenai risiko jangkitan. Jadi, saya sentiasa memakai pelitup muka, sarung tangan dan sebagainya ketika membuat agihan. Selebihnya, saya berserah kepada Allah dan bertawakal,” katanya.
Sebelum ini, Ramadan lalu, Wan Maimunah menyumbang 100 bakul makanan kepada insan memerlukan.
Ads
“Saya tidak pandai membuat surat atau mengirim e-mel memohon sumbangan orang ramai. Semua ini dilakukan atas bantuan anak dan suaminya yang tidak putus berusaha.
“Mudah-mudahan ada lagi pihak yang sudi memberi sumbangan untuk diserahkan kepada golongan memerlukan,” katanya.
Ikhlas Beri Bantuan
Wan Maimunah juga bersyukur banyak pihak sudi bekerjasama dengan Akademi WNF mengagihkan bantuan kepada golongan memerlukan.
“Apa yang saya usahakan ini bukanlah mengharapkan balasan atau mengejar nama. Saya ikhlas membantu kerana tidak sanggup mendengar kisah sedih mereka yang terkesan dek pandemik COVID-19.
“Insya-Allah, selepas ini saya mahu merealisasikan majlis qiamullail bersama artis legenda seperti Norlia Ghani, Mek Habsah, Shaharuddin Thamby dan ramai lagi,” katanya.
Akademi WNF ditubuhkan selepas Wan Maimunah dinobatkan Tokoh Wanita Negeri Melaka pada 2019.
Mingguan Wanita : Alhamdulillah, tahniah Wan Maimunah atas usaha kecil ini namun besar maknanya bagi golongan yang memerlukan. Semoga ramai antara kita yang dapat mencontohi usaha seperti ini.
Virgoun curang kerana penampilan isteri macam mak-mak, Inara pernah diberi RM30,000 untuk cantikkan diri. Kisah kecurangan penyanyi Virgoun mendapat liputan meluas dari media.
Pelantun lagu Surat Cinta Untuk Starla ini dilihat agak keji kerana kerap melanggan pelacur orang yang sama untuk kepuasan nafsunya. Bahkan kecurangannya mula terbukti selepas isterinya solat Subuh dan memohon kepada Allah agar ditunjukkan kecurangan suaminya.
Virgoun Curang Kerana Penampilan Isteri Macam Mak-Mak
Dalam proses perceraian, Inara Rusli yang mulai tampil di media dengan membuka purdah dipakainya memaklumkan, dirinya pernah rasa tidak selamat (insecure) kerana Virgoun pernah mengkritik kekurangan fizikalnya yang dilihat kurang menarik.
“Ya, mungkin penampilan seperti mak-mak yang kerjanya menguruskan tiga orang anak di rumah serta memakai pakaian destar besar membuatkan Virgoun pernah memberi saya Rp100 juta (kira-kira RM30,000) untuk mencantikkan diri,” kata Inara dalam satu temubual.
Tambah Inara lagi, dia sudah menuruti semua permintaan suaminya termasuk ke klinik kecantikan termasuk diminta bersetubuh di bulan Ramadan, Inara menyifatkan apa yang terjadi adalah kerana suaminya itu tidak menundukkan pandangan MATANYA dan lebih menurut hawa nafsu.
Kes rumahtangga mereka masih menanti perbicaraan kerana Virgoun sudah meminta maaf dan enggan bercerai tetapi hati Inara sudah benar-benar terluka kerana kecurangan yang dilakukan.
Dalam satu temubual lain, jelas Inara dirinya memakai hijab kerana Allah taala. Selepas kemelut rumahtangganya tersebar di media massa, dia membuka hijabnya juga kerana Allah taala untuk mencari rezeki membesarkan anak-anaknya. Bahkan dirinya mengucapkan syukur kerana ramai bersimapati dengan apa dialaminya dan mendoakan dirinya terus kuat menjaga tiga orang anak mereka.
“Hitung hari nak bersalin.’ Isteri terkilan suami tak sempat tatap wajah anak ketiga sementelah segala persiapan telah dibuat arwah sejak awal lagi.
Janji Allah itu pasti, bila sudah tiba ajalnya, tidak akan terlambat walaupun sesaat. Namun sebagai isteri tentu sedih menerima pemergian suami secara tiba-tiba apatah lagi dalam keadaan sarat mengandung.
Penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu, Gelugor, Pulau Pinang, semalam, tidak sempat menatap wajah anak ketiganya yang dijangka lahir pada minggu hadapan.
Menurut, Norhanazielah Hanazi, 28, dia tidak dapat menahan kesedihan dan masih terkejut dengan kejadian yang menimpa arwah suaminya, Muhamad Eizreel Muhamad Roszaidi, 25, pada pukul 4.30 pagi semalam.
Isteri Terkilan
Wanita itu pergi ke lokasi kejadian walaupun sarat mengandung untuk melihat sendiri keadaan suaminya selepas dimaklumkan kejadian tersebut oleh rakan-rakan.
“Lagi bertambah pilu apabila anak-anak berusia lapan dan empat tahun menangis apabila diberitahu bapa mereka meninggal dunia.
“Saya pula sedang menghitung hari untuk bersalin anak ketiga kami yang dijadualkan pada 27 Julai ini. Arwah yang paling tidak sabar menanti kehadiran cahaya mata ini dan segala kelengkapan sudah siap dibeli,” katanya.
Suami Tak Sempat
Norhanazielah memberitahu, arwah suaminya menghantar pesanan WhatsApp pada pukul 2 pagi untuk bertanyakan tentang keadaannya dan anak-anak.
Cerita wanita itu, sejak kebelakangan ini, arwah mahu sentiasa berdamping dengannya dan anak-anak di rumah.
“Dia sanggup tidak pergi kerja semata-mata mahu membawa kami berjalan-jalan dan makan,” katanya yang memberitahu suaminya bekerja sebagai runner.
Selain Muhamad Eizreel, turut terkorban dua rakannya iaitu Muhamad Shazwan Hakim Mohd. Abdul Sani, 22, dan Ahmad Haikal Naif Ahmad Nazrul, 19.
Jenazah Muhamad Eizreel dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda di Sungai Ara.
Mingguan Wanita : Semoga Nurhanazielah tabah menerima takdir ini dan kuat membesarkan anak-anak tanpa kehadiran suami di sisi. Berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul.
Mungkin ramai mak ayah yang dah guna mesin sonotron ini pada anak untuk buang kahak, hingus, dan batuk tetapi macam mana pula kesannya ya?
Ini dirujuk kepada pengalaman netizen di ruangan komen status seorang bekas juru rawat, Puan Myzatu Hidayah Malek, ada yang kesannya lepas cuba anak jadi makin teruk.
Namun ada juga segelintir mak ayah dapat kesan yang agak baik selepas guna mesin sonotron, jadi nak guna atau tidak terpulang kepada anda.
Untuk mak ayah yang nak tahu lebih jelas berkaitan mesin sonotron, baca perkongsian ini.
Sonotron merupakan mesin yang telah dipatenkan pada tahun 1991 oleh penciptanya iaitu Alfonso Di Mino. Ia adalah salah satu mesin yang boleh menghasilkan Corona Discharge Beam iaitu sejenis gelombang electromagnetic yang berfrequency tinggi. Gelombang inilah yang dikatakan mampu merawat pesakit yang mempunyai masalah asma, luka yang tak sembuh disebabkan kencing manis, angin ahmar, kanak-kanak yang mempunyai masalah batuk dan kahak, gastritis, sakit sendi dan banyak lagi.(1)
Jika kita lihat pada maklumat yang ditulis oleh orang yang mencipta mesin ini, dengan jelas ia menyatakan bahawa sonotron adalah sejenis terapi yang menggunakan haba sahaja(thermotherapy)(2). Thermotherapy adalah sejenis therapy yang selalu kita gunakan untuk mengurangkan sakit terutamanya sakit sendi dan otot. Sebab itu selalunya jika otot kita sakit, sapuan krim yang memberikan rasa panas pada kulit dapat membantu mengurangkan sakit pada bahagian tersebut. Dalam paten tersebut juga, ia fokus memperkatakan berkenaan dengan rawatan sakit sendi dan juga sakit otot.
TIDAK DINYATAKAN MESIN SONOTRON INI MAMPU MEMBANTU DALAM PENYAKIT ASTHMA, STROKE DAN LUKA DIABETES.
Jika anda tidak percaya, anda boleh tekan link dibawah.
Kenapa Mesin Sonotron Bahaya Pada Kanak-kanak
Bagaimana cara ia bertindak? Apabila Gelombang berfrequency tinggi ini ditembak pada kulit, ia akan menukarkan tenaga gelombang kepada tenaga haba. Perkara inilah yang menyebabkan kulit merasa panas dan memberi kelegaan pada bahagian yang sakit itu. Jika pemberian gelombang ini terlalu lama, ia boleh menyebabkan kulit pada bahagian tersebut terbakar. Sebab itu penggunaan mesin ini kepada kanak-kanak adalah sesuatu yang berbahaya
Corona Discharge Beam menghasilkan Ozone??
Ada juga dikalangan pengamal perubatan yang percaya bahawa mesin ini mampu menghasilkan gas Ozone. Mereka menyatakan bahawa gas ozone inilah yang memberi kesembuhan kepada penyakit yang dihadapi. Dalam ujian yang dikendalikan dalam makmal, gas ozone ini telah terbukti menyebabkan penghasilan free radical scavenger di dalam badan semakin meningkat(3). Free Radical scavenger inilah yang akan meneutralkan radikal bebas yang mengganggu sistem badan. Bila radikal bebas semakin kurang, maka badan pun semakin sihat.
Berbalik kepada mesin ini, memang betul Corona Discharge Beam boleh menghasilkan gas Ozone. Tetapi Gas ozone itu sendiri adalah toksik kepada saluran pernafasan(3). Sebab itulah para saintis yang mengkaji benda ini melarang pemberian Gas ozone melalui saluran pernafasan. Dan jika betullah mesin sonotron ini boleh menghasilkan gas ozone, sudah tentu ianya berbahaya kerana pesakit tersebut akan menghidu gas ozone yang terhasil.
Kesimpulan:
1) Tiada bukti lagi bahawa rawatan sonotron mampu menyembuhkan asma, kanak2 yang mempunyai batuk berkahak, luka diabetes dan juga strok
2) Rawatan sonotron mampu merawat sakit sendi dan otot sahaja.
3) Sonotron menggunakan gelombang electromagnet dan menyebabkan kulit pada bahagian tersebut merasa panas. Jika terlalu lama menggunakan mesin ini, kulit tersebut boleh terbakar.
4) Penggunaan Sonotron pada kanak-kanak diragui boleh menyebabkan kulit mereka terbakar. Ini kerana tiada lagi kajian berkenaan keselamatan mesin ini pada kanak-kanak
5) Jika benar mesin ini boleh menghasilkan gas ozone, ia boleh mengganggu sistem pernafasan pesakit yang sedang ataupun selepas menjalani terapi sonotron tersebut.
Rujukan
1) Leaflet Sonotron. http://www.sonotron.com.my/…/Sonotron%20Aug-Oct%2008%20Leaf…
2) Paten mesin Sonotron. https://www.google.com/patents/US5249575
3) Ozone Therapy: A clinical Review. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3312702/
Nak percaya atau tidak terpulang pada Ibu dan bapa.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sejak Liga Wanita Nasional (LWN) diperkenalkan pada 2017 oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), wanita Malaysia kini punya gelanggang sendiri untuk membuktikan kebolehan. Dari sekadar...