Pelajar santuni pengawal sekolah di pagar sekolah. Ketepikan pangkat, inilah didikan terbaik anak-anak. Hidup jangan pernah sombong. Merasa diri itu bagus adalah sifat manusia bongkak. Belajarlah menunduk diri tidak kira dengan siapa kita berhadapan.
Sombong merupakan satu penyakit hati, yang mana penghidapnya merasa bangga dan memandang tinggi diri sendiri.
Dalam satu hadis daripada Abdullah bin Mas’ud Radiallahu’anhu, Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Kesombongan adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia .” (Riwayat Muslim).
Anak-anak ibarat kain putih. Jika dididik dengan baik, insya Allah mereka akan meletakkan Allah di hadapan dalam langkah kehidupan mereka.
Namun manusia itu sifat hatinya berbeza-beza. Ada yang berasa bangga dengan pangkat dan kekayaan dimilikinya. Tak kurang juga merasakan kenapa perlu bergaul dengan orang bawahan sedangkan pangkat mereka tinggi.
Sebelum merasakan kesombongan terus meraja dalam hati, ingatlah kita balik ke alam kubur dengan kain kapan sahaja. Pangkat, darjat, kekayaan semua ditinggalkan.
Satu perkongsian video yang mampu membuat hati kita tersentuh dan dirakam oleh Azwan Mahmin dan dikongsikan di Tik Tok @oh!aldro satu situasi luar biasa yang sangat jarang kita dapat lihat.
Satu situasi di mana kesemua pelajar SK Luagan, Keningau Sabah menyalami pengawal sekolah (tak pasti sama ada waktu balik atau baru masuk ke sekolah) dan hal ini jarang terlihat di sekolah-sekolah lain khususnya di bandar besar.
Budaya hormat menghormati ini diterapkan di kalangan pelajar sekolah ini dan pastikan anak-anak diajar untuk menghormati orang lebih tua darinya tanpa mengira pangkat atau kedudukan. Ya, inilah yang patut diterapkan dalam jiwa anak-anak.
Allahu beratnya ujian yang ditanggung oleh anak kecil ini. Mempunyai penyakit kanser darah, pada masa yang sama disahkan menjadi mangsa termuda positif COVID-19 di Kelantan.Ternyata virus COVID-19 ini menyerang tanpa mengenal usia. Bukan sahaja orang dewasa yang dijangkiti wabak maut ini, bahkan kanak-kanak turut menerima nasib sama.
Tak dapat bayangkan bagaimana anak kecil yang baru berusia 2 tahun ini tidur dan tinggal berseorangan di hospital tanpa mak ayah yang dapat menemani. Pastinya menangis kepenatan dan tertidur sendiri. Mungkin mak ayah hanya dapat menemani di sebalik pintu kaca, menahan sebak dan sayu melihat anak sendiri kesakitan.
Tangguh Rawatan Kimoterapi
Adik Muhammad Fateh Aqil bin Mohd Nazmee ini yang sepatutnya menjalani rawatan kimoterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), namun terpaksa menangguhkannya selepas ujian darah yang dilakukan mendapati kanak-kanak itu positif COVID-19.
Perkara itu didedahkan oleh Persatuan Sokongan Anak-anak Kanser (PESONA) menerusi Facebook, semalam.Menerusi Facebook berkenaan, PESONA memohon orang ramai mendoakan kanak-kanak itu berusia dua tahun empat bulan yang disahkan positif COVID-19. Kisah adik Fateh berkenaan tular di Facebook sejak kelmarin dan mengundang simpati masyarakat.
Sementara itu, sumber Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan ketika dihubungi mengesahkan kanak-kanak berkenaan positif COVID-19.
“Mangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu. Kanak-kanak itu dijangkiti COVID-19 melalui keluarga,” katanya.
MW: Sama-sama kita doakan semoga anak kecil ini diberi kekuatan dan kesembuhan agar berjaya melawan virus bahaya ini. Buat mak ayah, sempena perintah kawalan pergerakan ini, jagalah anak-anak kita, pastikan mereka kekal duduk di rumah. Semoga kita berjaya memutuskan rantaian COVID-19 ini.
Sebelum ini tular rakaman video Pak Cik Abdul Hadi bersama influencer dalam sebuah program tertutup. Tindakan influencer yang memberi teguran “kasar” itu mendapat pelbagai reaksi netizen atas keterlanjuran sikapnya.
Namun ternyata, pak cik gelandangan ini langsung tak berkecil hati. Malah katanya, dia hanya serah kepada Tuhan dan mengatakan tindakan influencer memang ada betulnya.
Pak Cik Gelandangan Tak Berkecil Hati
Gelandangan warga emas yang dikenali sebagai Pak Cik Abdul Hadi mengakui dia tidak berkecil hati dengan tindakan seorang usahawan yang disifatkan telah memalukan dirinya pada Selasa lalu.
Abdul menerusi sebuah klip video turut mengucapkan terima kasih kepada netizen yang membela dan memberi sokongan kepada dirinya.
“Terima kasih banyak-banyak. Saya tidak boleh balas. Saya hanya serah kepada Tuhan. Memang dia betul. Bukan Tuhan mengubah nasib kita. Tapi kita sendiri ubah,” ujarnya menerusi temu bual yang dimuat naik di aplikasi TikTok Bernama TV hari ini.
Apabila Abdul Hadi diberitahu dia sudah menjadi terkenal di media sosial lelaki tersebut berkata, itu terserah kepada Tuhan dan apa yang berlaku adalah kuasa Tuhan.
“Tiada (kecil hati). Ikhlas dia cakap. Betul kata dia. Pak cik tidak kecil hati,” ujarnya.
Hantaran tersebut ditonton lebih 35,000 kali dan dibanjiri ratusan komen dengan rata-rata netizen berasa terharu dengan ketulusan hati warga emas itu.
Mulianya Hati Pak Cik
“Pak cik itu tidak mahu keruhkan lagi keadaan. Mungkin dia terasa hati tapi dia pendamkan saja. Mulianya hati pak cik. Dengar suaranya sudah tahu dia berasa sebak,” komen Nekchik.
“Mulut memang cakap okey. Tetapi dalam hati siapa yang tahu. Aku tetap bangkang apa yang dilakukan orang itu terhadap pak cik ini,” ujar Azrul.
Sebelum itu, usahawan dan pensohor media sosial, Carl Samsudin telah menyatakan permohonan maaf melalui laman Instagram miliknya berikutan insiden tersebut hari ini.
Mingguan Wanita : Biar setinggi mana pun kita berada, jangan lupa diri dan sombong atas apa dikecapi. Sentiasalah menunduk ke bawah dan hormati yang lebih tua biar siapa pun dia. Kadang-kadang kesusahan hidup orang lain menjadi ujian buat kita yang berjaya dan senang.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
“Jangan cari isteri saya, carilah saya”. Itulah antara luahan suami kepada Mizz Nina Essam Muhammad yang meminta Noh agar tidak mencari isterinya. Malah penyanyi popular itu boleh berhubung secara langsung dengannya di Instagram sekiranya mempunyai sebarang urusan berkaitan anak anak angkat mereka.
“Jangan Cari Isteri Saya, Carilah Saya”
Terang Essam lagi jika Noh mahu berkomunikasi dengan ahli keluarga termasuklah Mizz Nina bolehlah terus hubungi Essam di Instagram. Seperti mana dipetik meneruti portal mStar Online, Essam turut memberitahu Instagramnya masih publik.
“Kalau dia mahu berkomunikasi dengan ahli keluarga saya termasuk Nina.
“Jangan cari isteri saya, carilah saya. Kalau dia mahu berkomunikasi dengan saya, media sosial saya masih publik,” ungkap Essam yang bersedia berhadapan dengan Noh demi Musa.
Maklumat Didedah Noh Palsu
Essam menghadiri prosiding sulh berkaitan hak penjagaan anak angkat mereka di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada tadi. Suami Mizz Nina itu juga turut menjelaskan nama sebenar anak angkatnya bukan Musa Mohammad Noh bin Abdullah.
“Saya di sini ingin menegaskan nama penuh Musa yang kononnya disebut di internet tempoh hari adalah tidak benar.
“Dia (Noh) telah memberi informasi yang salah kepada semua.
“Namun begitu, saya enggan mendedahkan nama penuh sebenar Musa kerana ingin melindungi identiti dan maklumat peribadinya kepada umum,” kongsi Essam.
Mizz Nina Punya Dokumen Hak Penjagaan Yang Sah
Selain itu Essam juga menerangkan Mizz Nina turut mempunyai dokumen hak penjagaan yang sah terhadap Musa.
“Isteri saya mempunyai dokumen sah untuk menjaga Musa. Tiada seorang anak pun patut diambil daripada penjaga tanpa keizinan ibu bapanya,” kongsinya.
Selain itu untuk makluman Peguam Syarie mewakili Mizz Nina iaitu Fakhrul Azman Abdu Hassan berkata, anak guamnya memutuskan untuk memfailkan penarikan balik untuk kes penjagaan penuh bagi anak angkatnya, Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara.
Fakhrul berkata, tiada proses sulh yang berlaku pagi Isnin dan penarikan balik itu akan disahkan dihadapan hakim pada Selasa.
“Esok kes itu akan disebut di hadapan hakim untuk mengesahkan penarikan balik. Itulah perjalanan kes kami hari ini.“Jadi tiada sulh sebentar tadi sebab kami sudah memfailkan penarikan balik dan sulh dibatalkan sebab pihak Mizz Nina tidak ingin meneruskan tindakan,” ungkapnya.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Inkues Zara Qairina bermula 3 September 2025, seramai 195 saksi dirakam percakapan. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar...