Pertunangan merupakan satu tempoh untuk pasangan supaya lebih mengenali sebelum melangkah ke fasa berikutnya iaitu alam perkahwinan. Siapa sangka tempoh bertunang boleh jadi sungguh lama sehingga mencecah hampir setengah abad.Namun kalau dah jodoh akhirnya ditakdirkan berkahwin juga.
Itulah yang berlaku bagi sepasang kekasih dari London ini yang akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin selepas bertunang selama 48 tahun, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Tangguh Perkahwinan
Dave Scott, 78 dan Pamela, 72, bertemu pada tahun 1969 ketika Scott berumur 26 tahun.Empat tahun selepas itu, mereka bertunang namun tidak melangsungkan perkahwinan disebabkan beberapa kekangan.
“Saya telah mengadakan majlis pertunangan pada tahun 1973 dan ia merupakan satu malam yang hebat,” ujar Scott.
Tambahnya, kehidupan menjadi sedikit rumit selepas itu sehingga menyebabkan mereka berdua terpaksa menangguhkan perkahwinan.
“Kami berdepan banyak dugaan hidup. Saya kerap tidak bekerja, ibu bapa saya jatuh sakit, dan pada tahun 1989, Pamela didapati hamil.
“Kami amat terkejut kerana pada waktu itu, dia berusia 40 tahun dan saya berusia 46 tahun. Disebabkan itu, perkahwinan terpaksa ditangguhkan lagi,” katanya.
Ads
Buat Keputusan Berkahwin
Bagaimanapun, ketika anak mereka, Dean memberitahu rancangannya untuk berkahwin dengan gadis pilihannya pada Oktober ini, Scott dan Pamela berasa sudah tiba masa mereka mendirikan rumah tangga.
“Kami berkahwin sebelum Dean. Dia terkejut kerana kami berdua akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin selepas satu tempoh yang lama,” katanya.
Mingguan Wanita : Tahniah buat pasangan ini, selepas 48 tahun bertunang, akhirnya berkahwin juga dan secara rasminya menjadi pasangan suami isteri. Namun dalam Islam, disarankan mempercepatkan majlis pertunangan dan perkahwinan iya.Jangan bertunang lama-lama.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun telah menjadi yatim piatu setelah kedua ibu bapanya meninggal kerana coronavirus dalam masa 100 hari.
Melalui laporan yang dipetik daripada NBC NEWS, akaun GoFundMe telah dibentuk untuk membantu Raiden Gonzalez dari San Antonio, Texas, setelah dia kehilangan ayahnya Adan Gonzalez pada bulan Jun sebelum ibunya Mariah Gonzalez meninggal pada bulan Oktober.
Raiden bersama ibu bapanya Adan dan Mariah
Tinggal Bersama Nenek
Raiden bakal menyambut ulang tahun kelimanya pada 22 November ini. Dia kini tinggal bersama neneknya dari sebelah ibunya, Rozie Salinas.
Puan Salinas mengatakan tragedi mula menimpa keluarganya setelah salah seorang rakan kerja Adan diuji positif untuk Covid-19 awal tahun ini.
Adan dimasukkan ke hospital pada 3 Jun dan meninggal tiga minggu kemudian pada 26 Jun.
Pemandu lori itu digambarkan sebagai “salah seorang daripada dua orang yang paling sakit di hospital” oleh doktor yang merawatnya.
Mariah yang juga seorang guru sekolah sangat bersedih dengan kematian suaminya. Dia telah merancang acara peringatan untuk suaminya. Namun Mariah telah meninggal dunia hanya beberapa jam setelah jatuh sakit.
Bercakap mengenai cucunya, Puan Salinas memberitahu NBC News: “Disebabkan dia anak emak, Raiden amat merindui ibunya. Malah pagi ini dia memberitahu saya bahawa dia berharap dapat bertemu ibunya semula. Dia hanya menginginkan ibunya kembali semula.”
“Maksud saya, apa yang harus saya katakan kepadanya? Anda tahu, saya baru mengatakan kepadanya bahawa mereka sekarang malaikat mengawasi kita dan melindungi kita.”
Tambah Salinas: “Raiden yang membuatkan saya mampu meneruskan hidup. Berkali-kali dia mengingatkan saya bahawa dia menyayangi saya. Dia selalu berterima kasih kepada saya kerana menjaganya, tetapi harus fikir mengenai dirinya. Ini keadaan yang sukar untuk diproses.”
Puan Salinas merancang untuk mengadakan majlis ulang tahun khas untuk Raiden pada akhir bulan ini dengan acara pandu lalu yang menampilkan kelab trak, penunggang basikal, kelab Mustang, kereta klasik, kelab Jeep, serta pasukan bomba.
“Sambutannya pasti meriah.”
Dia juga merancang untuk mengadakan acara peringatan untuk anak perempuan dan menantunya selepas Krismas.
Pantai Timur lumpuh, air cecah paras bumbung. 5 korban jiwa dilaporkan.
Hujan lebat yang melanda sehari dua ini telah mengakibatkan Terengganu dan Kelantan dilanda banjir besar. Situasi kali ini agak luar biasa kerana banyak daerah lumpuh terutama di Besut yang dikategorikan sebagai kritikal kerana paras air terlalu dalam. Rumah-rumah ditenggelami hingga paras bumbung bahkan ruang hospital juga dimasuki air.
Kawasan Hulu Terengganu, Kemaman, Setiu, Marang dan lain lagi juga teruk dilanda banjir hingga lebih 20,000 penduduk dipindahkan.
Tidak hanya Terengganu, Kelantan juga diuji dengan banjir besar kali ini. Dilaporkan sebanyak 35 jalan yang terjejas akibat banjir di Kelantan ditutup termasuk kepada kenderaan berat.
Portal eBanjir Kelantan melaporkan jalan yang ditutup itu membabitkan lima daerah iaitu Pasir Mas, Machang, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat.
Pasir Mas merekodkan 11 jalan yang ditutup, diikuti 10 di Machang, tujuh jalan di Pasir Puteh, empat di Tanah Merah dan tiga di Tumpat. Banjir besar yang terjadi juga telah meragut lima nyawa termasuk dua kanak-kanak kecil dan tiga beradik yang terpegang tiang elektrik semalam.
Banjir besar yang menimpa Pantai Timur ini menyamai banjir besar yang terjadi di Selangor tahun lalu yang mana rakyat bergelut minta diselamatkan selain bekalan makanan yang sangat-sangat diperlukan kala ini. Marilah berdoa agar saudara Islam kita di negeri terjejas dilindungi Allah dan banjir ini segera surut.
Walaupun sudah berusia 60 tahun, namun pakcik ini gigih cari rezeki demi sesuap nasi. Bukan itu saja, walaupun hanya mendapat wang sebanyak RM10 hingga RM15 sehari dengan mengutip tin dan botol kosong namun warga emas ini tetap berusaha keras dan tidak pernah patah semangat.
Malah penulis sendiri hampir menitiskan air mata tatkala menonton video yang dikongsi oleh Datuk Seri Aliff Syukri menerusi entri yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya. Ternyata kisah pakcik ini cukup menyentuh perasaan apatah lagi dikala ramai yang hidup susah sewaktu Pandemik Covid-19 ketika ini.
Cari Rezeki “Pakcik Jangan Sedih, Pakcik Kena Kuat Demi Keluarga”
“Sayu Dan sedih melihat nasib pak cik ini bersama seorang isteri yang hidup bergantung kepada Tin Dan juga Botol Kosong…tapi sy puji sbb mereka rajin mencari rezki halal.
“Saya memberhentikan kereta dan sempat berborak dengan pak cik ini berkenaan dengan beliau. Beliau sudah tidak larat sbb sbb dah berumur 60Tahun.
“Bayangkan dengan RM 5 ke RM 10 sehari, apakah yang boleh dilakukan. Dengan sewa rumah perlu dibayar RM 200 hingga RM 300 . Beliau juga cakap pada musim covid ni lagilah teruk dan terjejas.
Teringat Arwah Abah
“Apabila saya melihat nasib pak cik ini, saya amat bersimpati saya teringat kepada Arwah Abah sy yg dah tua.
“Sebab itulah saya mengulurkan sedikit rezeki apa yang saya ada dan sokongan daripada anda semua yang membeli produk @dherbsholdingshq dan @as.legacymalaysia saya dan tudung saya @as.hijabofficial untuk saya berikan kepada mereka.
Cari Orang Yang Betul-Betul Susah
“Kepada anda di luar sana yang ingin menyalurkan sumbangan, anda boleh hubungi nombor telefon yang saya beri ini.
“Kepada anda yang memerlukan bantuan daripada saya untuk anda membantu anda tetapi saya perlu cari orang yang betul-betul susah boleh DM Kepada pada saya atau Manager saya @iwan_utaraa akan bawa sy utk bantu anda,” terang Aliff.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.