Jika ikut panduan dan cara yang betul pokok daun sup yang dijaga elok mampu hidup lama bertahan sehingga 2 tahun. Memang jimat belanja dapur.
Daun sup sering ditambah dalam masakan sebagai penambah aroma bagi menyedapkan lagi makanan.Boleh dikatakan salah satu kemestianlah bagi mak-mak setiap kali beli bahan basah di pasar.
Namun, seikat kecil daun sup boleh tahan juga harganya, nak digunakan sedikit sahaja. Daripada beli, lebih baik tanam sendiri daun sup ini di rumah.Lebih jimat dan bebas racun serangga.
Namun buat mak-mak yang dah cuba tanam daun sup namun sering tak berjaya sebab pokoknya mudah mati dan tak bertahan lama boleh ikut panduan betul untuk tanam Pokok Daun Sup seperti yang dikongsikan ini.
Tanam pokok sup tak pernah menjadi?
Panduan Tanam : Daun Sup
Tapak Semaian
1. Sediakan tapak semaian, jika boleh guna kan tray semaian yang banyak dijual seperti di kedai Eco . Boleh juga guna pasu atau polybeg.
Letak Kawasan Redup
2.Basahkan tanah,semai benih ( benih daun sup kecil jadi anda perlu lah bersabar semasa semai kerana benih halus) daun sup dan tutup dengan lapisan nipis tanah ,siram benih dengan berhati-hati gunakan spray halus, tray semaian atau bekas semai tadi letakkan di kawasan redup. Jangan sesekali letak terus bawah cahaya matahari, gunakan tanah yang jenis gembur dan tidak menakung air.
Ads
3.Perlu bersabar kerana benih daun sup akan bercambah dalam 10 hari ke atas, paling lama 2 minggu.
4.Jangan biarkan tanah kering sepanjang proses semai, jika tanah nampak semakin kering, spray dengan air.
Keluar 4 Daun Alihkan Ke Pasu
5. Setelah benih tumbuh dan mengeluarkan 4 daun, boleh di alihkan ke pasu atau bekas, letak kan tempat redup yang tidak terkena cahaya matahari yang terik.
Hanya Akar Kena Tanah
6. Kerana pokok tumbuh dengan lambat, pokok yang dijaga elok mampu hidup sehingga 2 tahun. Supaya batang pokok sup tidak mudah buruk. Pastikan tanam hanya akar sahaja kena tanah. Jangan kambus/tanam pangkal pokok sekali kerana batang dahan-dahan pokok akan buruk.
Ads
Elak Terlalu Kerap Siram & Baja
7. Elakkan menyiram terlalu kerap pokok daun sup, siram mengikut keperluan di mana jika tanah sudah mula nampak kering bolehlah siram dengan sedikit air.
8. Jangan baja terlalu kerap. Membaja terlalu kerap pada pokok daun sup anda mengakibatkan pokok daun sup akan mudah layu dan mati.
9. Baja sebulan sekali atau mengikut keperluan. Boleh guna semua jenis baja subur/daun.
10. Sekali sekala siram dengan air basuhan betas kerana Pokok daun sup sangat menyukai air basuhan beras.
Mingguan Wanita:Nak tanam Daun Sup, ikut panduan betul yang dikongsikan ini. Jaga elok boleh bertahan sehingga 2 tahun! Memang jimat kos belanja dapur.
Kelapa parut memang banyak kegunaannya terutama dalam pelbagai jenis kuih muih dan masakan yang menggunakan santan. Bila ada banyak kelapa parut dan tak habis digunakan kenalah simpan dengan cara yang betul. Barulah ia tahan lama dan tak mudah rosak. Rupanya kena tabur dengan garam dan kukus dahulu selama 15 minit sebelum disimpan.
Untuk faham lebih lanjut, boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Ani Zam ini.
“Nak kongsi cara simpan kelapa parut agar tahan lama.”
Bahan Diperlukan:
Garam
Loyang
Periuk Pengukus
Cara-Caranya:
Letakkan kelapa parut di dalam loyang.
Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata.
3. Fungsi garam adalah agen yang bertindak sebagai anti pereputan
4. Masukkan loyang ke dalam kukusan yang telah dipanaskan.Kukus selama 15 minit.
5. Biarkan sehingga sejuk dan masukkn ke dalam plastik.
6. Simpan di dalam peti ais bahagian sejuk beku.
7. Kukus semula bila hendak menggunakannya.
Info Ekstra!
Boleh tahan sehingga 2 atau 3 bulan kelapa parut tersebut.
Untuk mendapatkan santan yang pekat, blender kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis. Boleh blender sehingga 3 kali kelapa tersebut untuk mendapatkan santan yang pekat.
MW: Semoga perkongsian tip ini bermanfaat buat mak-mak yang nak simpan kelapa parut agar tahan lama. Jadi tak mudah rosak dan elak pembaziran. Bolehlah digunakan bila-bila masa.
Apabila ‘pack’ dan simpan bahan mentah mengikut ‘portion’ dan jenis menu, sememangnya ia lebih senang nak masak nanti malah lebih jimat masa. Bukan apa bila bab masak memasak ni, kalau boleh memang nak ringkas dan memudahkan je. Tak perlu berlama-lama di dapur. Tip ini sangat sesuai bagi mak-mak yang sibuk berkerja, ada anak kecil dan nak jimat masa.
Boleh ikut idea yang dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar ini setiap kali selepas beli bahan mentah atau stok lauk sebagai panduan.
Baru siap pack bahan mentah untuk stock seminggu sebelum di ‘frozen’ kan. Lauk-lauk dah bersih siap-siap sekaligus semua sebelum masuk peti. Untuk bagi senang nak masak dan jimat masa.
Style Baba pack barang Baba akan pack ikut portion dan jenis menu yang nak dimasak nanti (boleh tengok gambar).
Contohnya macam set tomyam tu dalam satu bekas lauk-lauk untuk masak tomyam Baba dah satukan siap-siap. Bila nak masak defrost kan dan boleh lah lebur dalam periuk. Cepat dan mudah kan..pes pun ada skali.
Sama juga kalau nak buat singgang ikan, satu bekas tu dah ada semua..senang kan..nak masak pun jimat masa dan yang penting balik pasar, beli barang. Sekali buat semua pastu tak perlu dah nak bersusah-susah siang ikan cuci ayam tiap kali nak masak.
Mingguan Wanita: Menarik juga cara dan tip yang dikongsikan ini. Lebih mudah nak masak nanti malah sangat sesuai bagi mak-mak yang sibuk dan nak jimat masa.
Perkara yang paling ‘melegakan’ dalam kehidupan apabila bebas hutang, habis bayar ansuran bulan baik kereta mahupun rumah yang didiami. Namun perlu ambil tahu bahawa habis bayar ansuran rumah, janganlah ingat ia terus jadi milik kita. Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan. Panduan ini terutamanya bagi yang pertama kali memiliki rumah sendiri.
Bila kita sudah habis bayar ansuran rumah, jangan ingat rumah itu terus jadi milik kita.
Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan.
1.Lepaskan Gadaian Di Pejabat Tanah
Lantik peguam untuk lepaskan gadaian di pejabat tanah. Kita selalu lupa, rumah kita digadaikan kepada pihak bank semasa kita membuat pinjaman.
2.Mohon Dokumen Dari Bank
Peguam akan tulis surat memohon beberapa dokumen dari bank.
3. Isi Dokumen
Selepas dapat dokumen dari bank, peguam akan mengisi dokumen-dokumen tersebut dan kembalikan kepada pihak bank.
4. Failkan Borang Melepaskan Gadaian
Selepas peguam terima dokumen-dokumen tersebut dari pihak bank, mereka akan memfailkan borang melepaskan gadaian ke pejabat tanah di mana hartanah tersebut digadaikan.
5. Tunggu Geran Baru Siap
Selepas siap difailkan di pejabat tanah, perlu tunggu geran baru siap.
6. Periksa Butiran Geran Baru
Selepas geran baharu siap, baru boleh ambil di pejabat tanah. Perlu periksa butir-butir lanjut dalam geran agar tidak tersilap dan perlu periksa sama ada gadaian sudah ditarik balik.
7. Serah Geran Kepada Pemilik
Geran akan diserahkan kepada pemilik rumah.
Ada beberapa langkah yang tidak ditulis untuk menampakkan proses tersebut mudah dan ringkas.Nampak mudah, tapi payah untuk mereka yang tidak pernah buat.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Jadi bila habis bayar ansuran rumah, jangan ia ia automatik jadi milik kita iya. Jangan lupa lepaskan gadaian di pejabat tanah dan lantiklah peguam bagi memudahkan segala urusan bagi mendapat geran rumah yang baru.
Seorang isteri tidak seharusnya menanggung derita dalam diam. Kasih dan cinta sejati tidak pernah menyakitkan, ia sepatutnya membahagiakan. Jika luka dan tangisan menjadi teman...