Nilai bahagia setiap orang bukan dengan mengukur banyaknya duit yang dia ada, rumah besar, kereta mewah dan sebagainya. Adakah kebendaan ini yang menunjukkan mereka bahagia.
Begitulah, setiap orang ada nilai bahagia tersendiri. Jangan ingat, dengan harta kebendaan ini boleh menjamin kebahagiaan. Mungkin sesetengah merasakan ia betul dan perlu. Tak kurang juga yang langsung tidak merasakan kebendaan itulah pengukur kebahagiaan.
Jangan ukur nilai bahagia seseorang itu kerana dilihat bergambar dengan pasangan, membeli belah barang mewah, berkongi kebahagiaan di media sosial dan sebagainya. Mulalah hati berbisik dan rasa sedikit ‘cemburu’ dengan apa yang mereka ada.
Usah begitu, nilai bahagia setiap orang berbeza. Kita lihat mereka gembira tapi kita tak tahu apa yang terbuku dalam hati. Sedangkan kita yang tak punya apa-apa tapi mampu teruskan kehidupan dengan penuh kasih sayang. Ini pun dikatakan bahagia.
Berbahagialah dengan cara kita tak perlu nak bandingkan dengan orang lain. Inilah yang dikongikan oleh Firdaus Mokhtar tentang bahagia setiap orang berbeza.
Nilai bahagia atas setiap kita berlainan. Takkan pernah sama. Untuk setiap kita, pastikan ada Allah beri kebahagiaan yang berbeza.
Ada orang bahagianya dengan kerja yang dia ada.
Ada yang bahagianya dengan rumah yang dia miliki.
Ada yang bahagia dengan pendapatan tinggi yang dia usahakan.
Ada yang bahagia sebab dah berkahwin.
Ada yang bahagia dengan anak yang seorang.
Ada pula yang bahagia dengan anak yang ramai.
Ada juga yang bahagia sebab masih ada ibu bapa hidup bersama.
Ada yang bahagia bila dia masih hidup hari ini selepas pagi tadi kemalangan teruk yang boleh meragut nyawa dia.
Maksudnya bahagia ini pasti akan ada pada setiap daripada kita, cuma ia berbeza lah. Kita sendiri yang kena tahu bahagia apa yang Tuhan beri pada kita.
Namun banyak yang terjadi hari ini, kita terlalu melihat apa yang ada pada orang lain. Hal yang menjadi kebahagiaan orang itu yang kita nak ada pada kita.
Ads
Syukur Apa Yang Kita Ada
Sedangkan yang ada pada kita selama ini, tak ada pun pada orang lain.
Kita suami isteri ada kerja yang bagus, gaji yang besar, cuma mungkin suami kita malas bantu kerja rumah. Sepatutnya kita berbahagialah dengan apa yang ada dulu.
Kita sibuk banding dan perhatikan suami orang lain. Yang rajin tolong itu ini. Sedangkan suami orang tu tak ada kerja, syarikat dia kerja tutup, jadi banyak masa dia di rumah.
Begitulah lebih kurang.
Maka sebab itu, mencari bahagia itu bukan di luar sana. Tapi cari apa yang ada dekat diri sendiri.
Syukuri apa yang kita ada, itulah bahagia.
Sekali pun hal yang kecil, itu juga bahagia. Kita hargai dulu semua hal itu, percayalah nanti Allah akan beri lebih.
Itukan janji Dia.
Ads
Mingguan Wanita : Sampai bila-bila tak akan habis kalau kita asyik bandingkan diri kita dengan orang lain.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Ads
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
“Ini kali pertama suami saya kantoi curang di belakang saya. Suami berjanji takkan ulangi lagi tapi saya rasa tertipu sangat. Perlukah saya berikan dia peluang?” – Soalan daripada salah seorang klien berusia 35 tahun. Merujuk persoalan, manusia bersalah, itu pasti. Manusia tersalah, itu juga satu kepastian yang tidak boleh dikeji.
Hanya dengan kemaafan, kesilapan boleh diterima sebagai air yang mengalir, sejuk dan mendamaikan, tidak lagi menyakitkan hati. Cuma, apakah hanya dengan memaafkan, peluang masih ada? Wajarkah peluang diberi?
Sukar Melupakan
Kebanyakan manusia mampu untuk memaafkan tetapi sukar untuk melupakan dan dalam masa yang sama tidak mampu lagi memberi peluang. Apakah sememangnya sekali tersalah, tiada lagi peluang untuk seseorang itu membuktikan dia telah berubah?
Realitinya, hidup bererti memberi peluang. Koreksi diri, setiap hari kita melakukan pelbagai perkara dan sama ada sedar atau tidak, ada perkara yang menyebabkan kita berdosa kepada manusia malah kepada Allah Yang Maha Berkuasa.
Berulang Kali Membuat Kesilapan
Malah ada manusia yang berulang kali melakukan dosa saban hari hingga ke malam. Tika rasa mengantuk mendatang, kita di’mati’kan sementara dan di’hidup’kan semula awal pagi esoknya.
Walau ada yang ‘tidur’ terus kerana tidak dikembalikan-Nya nyawa, kita yang mampu terus bernafas di muka bumi ini adalah antara yang terpilih dan diberikan peluang untuk mengubah diri menjadi lebih baik – sebagai isteri atau suami, sebagai ibu atau bapa atau anak, sebagai pekerja atau majikan, sebagai jiran atau saudara malah menjadi lebih baik untuk diri sendiri khususnya sebagai hamba yang mengaku beriman kepada-Nya.
Andai Allah SWT masih kekal memberikan kita peluang saban hari dan masa, kenapa kita sebagai hamba tidak berusaha memberikan peluang yang sama?
Dikhianati
Perkara yang paling sukar untuk diberi peluang ialah apabila diri dikhianati pasangan. Dalam banyak keadaan, suami atau isteri terlalu sukar untuk memberi peluang pada pasangan membuktikannya telah berubah.
Walaupun hubungan masih diteruskan tetapi kesilapan silam digunakan sebagai senjata untuk menjerat diri agar tidak percayakan pasangan lagi. Sama juga dengan hubungan persahabatan atau persaudaraan, sekali tersalah seperti dipersalahkan sepanjang hayatnya.
Semua Orang Tak Lepas Daripada Buat Silap
Ramai yang seakan terlupa, rakan anda manusia, musuh anda manusia, pasangan anda manusia, anda juga manusia yang masing-masing tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Cinta membuatkan manusia terpedaya, nafsu pula membuatkan manusia buta. Kedua-dua keadaan ini cukup untuk menenggelamkan seseorang. Bezanya sama ada orang tersebut akan terus lemas atau berjaya diselamatkan.
Siapa yang menyelamatkan bukan penentu hala tuju masa depannya kerana yang pasti, Allah masih memberinya peluang dan harapan. Lantas, kenapa kita sesama manusia enggan memberikan peluang dan harapan yang sama?
Hebatkah anda kerana tidak duduk dalam kasutnya, melakukan kesilapan yang pernah dilakukannya? Akuilah kebenaran, hidup kita ibarat roda, ada tikanya kita di atas dan ada masanya kita di bawah. Maafkanlah dan berikan peluang kerana kelak, jika anda di tempat yang sama, akan ada orang lain yang akan memaafkan dan memberi anda peluang yang sama.
Berapa Kali Patut Diberikan Peluang?
Sejauh mana peluang boleh diberi? Sekali? Dua kali? Tiga kali? Sebenarnya, berapa jumlah peluang yang boleh diberi tidak ditentukan had minima malah tidak juga ditetapkan had maksima.
Paling utama, selagi anda berdaya menjadi hamba yang adil dan reda dengan kesan daripada tindakan anda memberikan peluang, anda bebas untuk terus memberikan peluang kepada sesiapa sahaja.
** Artikel ini dikongsikan oleh Puan Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie, juga penulis tetap ruangan RESIPI HIDUP dalam Majalah Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
‘Bekerja seorang tanggung isteri, empat anak.’ Bila utamakan keluarga, insyallah cukup semua. Paling penting dahulukan yang mana lebih utama.
Seorang suami jika dia mengutamakan isteri dan anak-anak daripada kepentingan sendiri insyallah berkat dan murah rezekinya. Ikuti perkongsian Puan Siti Suryani Yaakob ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Bekerja Seorang
Di tempat kerja saya ini ada seorang ‘abang’. Abang tak abang juga pasal lagi berapa tahun nak pencen sudah dia.
Abang ini seorang saja yang bekerja. Isteri dia suri rumah. Ada anak 4 orang. Dari dulu sampai sekarang memang dia seorang saja yang bekerja cari rezeki untuk keluarga.
Kadang saya teruja nak belajar dari orang-orang macam ni. Macam mana dengan bekerja seorang diri dapat tanggung keluarga. Dan cukup semua. Siap ada dua buah rumah pula lagi. Kisah begini lebih dekat dengan realiti. Kisah kebanyakan kita sehari-hari.
Isteri dan keluarganya adalah paling atas buat dia lebih dari semuanya.
Di office, dia makan biasa-biasa. Kadang beli nasi dengan kuah kari saja. Ada masa nak sedap sikit letak ayam satu. Banyak masa dia makan apa yang ada. Janji perut kenyang dia kata.
Tapi setiap hari Isnin dia akan bercerita. Semalam makan udang celup tepung di Kuala Selangor. Ada masa pagi-pagi datang kerja dia bagitahu ada kedai Western yang sedap. Semalam dia ke sana dengan anak isteri. Sebab isteri ajak pergi.
Bila Utamakan Keluarga
Rupanya dia tak makan sedap di office sebab dia nak makan sedap dengan keluarga dia. Untuk dia tak apalah yang biasa-biasa. Supaya dia boleh bagi untuk keluarga yang extravaganza.
Kalau buat makan-makan di luar yang tak mampu dia bawa semua, dia rela tak pergi. Dia kata tak sampai hati nak makan sedap tanpa ada anak isteri. Lepak-lepak lepas kerja tu memang tidak ada. Nak balik cepat. Nak tengok di rumah ada apa kena buat.
Kalau isteri sakit dia cuti. Biar demam biasa pun. Katanya macam mana nak tinggal. Nanti siapa yang nak masak. Tak akan isteri yang sakit itu pula nak masak. Takkan dibiar dia seorang hendak urus anak.
Saya ceritakan kisah ini supaya kita perhati. Dalam saat ramai berkisahkan suami kena sediakan emas. Suami kena sediakan duit sebanyaknya. Suami kena bagi harta benda.
Di TikTok dan media sosial merata-rata orang tunjuk hadiah dan mewah yang suami bagi pada isteri. Lalu kadang mengusik kentalnya hati kita yang rasa sudah cukup serba-serbi.
Kadang suami kita usaha bekerja bagi rezeki buat semua. Buat kita. Dan ada juga keluarga dia. Kadang sudah buat berbagai cara. Tapi rezeki dia cukup seperti itu sahaja. Secukup rasa. Tak mewah tapi ada semua.
Tapi dia ada banyak nilai baik. Yang kecil-kecil. Yang kadang masa dia tiada baru kita terasa betapa besarnya nilai kecil yang dia buat pada kita. Benda yang kadang tak nampak. Sebab dia bukan bentuk material.
Dan dia atas semuanya…
Yang mencari rezeki adalah kita. Tapi yang memberi kecukupan adalah Dia. Yang beri bahagia itu bukanlah pada banyaknya. Tapi yang beri bahagia itu adalah pada berkatnya. Berkat pada dua-dua hati yang saling berusaha bahagia membahagia.
Mampu duduk berbincang! Selesaikan masalah rumah tangga bersama pasangan, barulah seseorang lelaki mampu digelar suami gentleman.
Ternyata tak ramai lelaki yang mampu merendahkan ego dan mahu berbincang dengan isteri setiap kali berdepan dengan kemelut rumah tangga.
Namun jika ayah-ayah adalah dikalangan yang boleh duduk berbincang dengan isteri, anda memang awesome! Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik:
Mampu Duduk Berbincang
“Lelaki yang jadi suami ini kebanyakannya tak boleh dibawa berbincang…”
Betul? Setuju?
Kenapa? Sebab tiada sifat keterbukaan untuk duduk depan isteri, mengadap muka isteri, bincang dengan isteri tentang masalah rumah tangga atau pun apa-apa masalah berbangkit yang timbul dalam rumah tangga…
Bila isteri bunyi sikit saja, terus larikan diri daripada isteri, sudah buat hal sendiri…
Tak bagi peluang isteri cakap, tak nak dengar apa yang isteri hendak suarakan…Takut apa?
Selesaikan Masalah Rumah Tangga Bersama Pasangan
Takut semua yang keluar daripada mulut isteri itu adalah salah diri sendiri? Malah, takut isteri kacau apa yang kita suka buat? Takut isteri halang pergaulan kita?
Atau takut tiba-tiba isteri suruh bayar bil utiliti, isi minyak kereta? Takutkan isteri tuntut semua duit yang dia sudah belanjakan untuk keluarga?
Takutkah dengan isteri? Awak lelaki kan? Seriously?
Isteri itu bersedia bila-bila masa saja untuk bersua muka ke muka. Face to face kalau itu dapat menjernihkan suasana, dapat menghilangkan apa yang keruh, dapat memberi jawapan kepada setiap persoalan yang bermain di fikiran dia, maka dia terbuka untuk berbincang…
Untuk kebaikan hubungan dan untuk kebaikan rumah tangga. Tapi berapa banyak suami yang mampu menatap mata isteri, bincang hati ke hati, selesaikan masalah dengan isteri tanpa melibatkan emosi?
Tak ramai, tapi yang ramai adalah jenis yang egois. Bab apa yang dia hendak buat, tak boleh kacau… Begitu juga bab keluarga dan adik beradik dia, tak boleh sentuh…
Bab pengurusan kewangannya, tak boleh usik… Dan juga bab solat, ibadat dia, hal dia dengan Allah, tak boleh ditegur…
Awal-awal lagi sudah bina dinding dengan isteri, buat isteri itu macam tidak ada fungsi sebab segalanya dia akan tetap ikut cara sendiri walaupun sudah jadi suami…
Hanya lelaki yang betul-betul gentleman yang mampu duduk berbincang untuk raikan perbezaan serta cari persamaan untuk menyelesaikan apa-apa konflik yang berlaku dalam rumah tangganya…
Lelaki macam ini barulah layak dipanggil suami…
Mingguan Wanita : Sebaiknya setiap kali berdepan dengan masalah, duduklah berbincang. Dengarkan luahan pasangan dan sama-sama mencari penyelesaian agar keputusan terbaik dalam diambil demi kepentingan bersama.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...