Sebelum berkahwin, mudah sangat pasangan nak dengar nasihat. Kiranya nak ubah perangai yang mungkin perempuan tak suka senang dan cepat terima teguran. Sanggup lakukan apa saja katakan.
Namun, bila sudah berkahwin, mulalah nampak perangai sebenar. Langsung tak nak dengar pandangan isteri apatah lagi nak ubah perangai yang mungkin rasanya tidak elok di mata isteri.
Bukan kata, semua yang isteri lakukan itu betul semuanya. Tapi sekadar nak ubah sikap yang tidak peduli kepada sikap yang lebih bertanggungjawab pada keluarga.
Sampaikan isteri sendiri mengaku, berleter sampai ‘habis air liur’ pun tak akan mampu nak ubah suami. Begitulah.
Sebenarnya, semua ini terletak pada ego suami. Jangan isteri ingat dengan berleter boleh nak ubah suami kepada yang lebih baik. Ingat, suami tidak akan berubah dengan leteran isteri. Bimbang, makin buat tak endah adalah.
Nak ubah suami ini bergantung pada pemikiran dan rasa tangungjawab suami pada keluarga. Dia boleh fikir sendiri tentang tanggungjawab. Tak perlulah isteri nak berleter berjela-jela. Suami ini ada egonya.
Itulah yang dikongsikan oleh Firdaus Shakirin tentang nak ubah suami tak perlu pun nak berleter, gaduh atau bermasam muka.
Suami takkan terus berubah hanya kerana leteran dari seorang isteri setiap hari. Malah, suami takkan terus berubah hanya kerana isteri tak bercakap dengannya, buat muka kat dia. Ingat, suami takkan terus berubah walaupun dipulau isteri, tak diendahkan isteri atau dimarahi isteri.
Begitu kentalnya hati seorang lelaki yang tak nak berganjak dari apa yang dia suka buat, mahu buat atau dia nak buat.
Tak ada siapa yang mampu ubah diri dia kalau dia sendiri tetap dengan pendiriannya.
Tahu Tanggungjawab
Tapi, bagi lelaki yang memikirkan tanggungjawab, lelaki yang memikirkan kewajipan dan bagi lelaki nak yang terbaik untuk orang yang dia sayang. Maka dia sendiri akan berubah dengan kerelaan dan tanpa paksaan.
Lelaki sebegini dia fikirkan masa depan dan nak kehidupan itu ada tujuan. Dia dalam fasa di mana setiap perbuatan dia, perangai dia, tingkah laku dia, mampu mendatangkan kesan pada orang yang berada di sekelilingnya…
Ads
Bila dia tak nak pengaruh yang tidak baik, dia tak nak memudaratkan kehidupan orang lain dengan apa yang dia buat, maka pilihannya adalah sebuah perubahan.
Beruntung seorang isteri yang dapaat seorang suami nyg mampu berubah ke arah lebih baik sebab nak ubah seorang lelaki itu tak mudah.
Mingguan Wanita : Suami yang mampu berubah, bila dia sayang pada rumahtangga yang dibina dan terima pandangan pasangan untuk jadi lebih baik.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Satu hal yang paling sukar dalam mendidik anak-anak apabila mereka mulai meniti usia remaja. Masa ini mak ayah nampak perubahan kematangan dalam diri anak.
Hakikatnya, anak kita masih lagi perlukan perhatian dan ‘guide’ dari mak ayah.
Jangan sesekali mak ayah tak ambil peduli atau beri kebebasan kepada mereka. Biarpun mereka sudah melepasi usia 10 tahun ke atas, pantau dalam masa sama sayangi mereka.
Perkongsian Puan Rehan Sidik dalam menasihati anak-anak remajanya ini ada banyak benarnya. Moga mak ayah kuat dan kental jiwa mendepani anak-anak yang meningkat remaja.
10 Tahun Dah Ya..
Masya Allah.
Cepat betul masa nya.
Sekarang, anak-anak umi dah masuk fasa remaja dah ya. Umur 13 – 17 ni, anak-anak memang nak nampak sama sokmo ngan mak dia.
Baju, tudung, kasut, lipstik..memang ikut cara mak dia. Nak tak nak, K. Han kena faham, ini masa fasa anak remaja try try nak jadi dewasa agaknya.. cam mereka sekarang ni.
Yesss!!
Mereka mahu dilihat seperti dewasa.
Mereka mahu dilayan seperti dewasa.
Mereka mahu dihormati seperti dewasa.
Mak-mak..tak salah, jika di fasa ini kita berikan anak-anak peranan dan amanah untuk digalas.
Tersilap Mencorak, Anak Remaja Mula Tunjuk Kuasa
Anak yang positif, mereka akan tunjukkan rasa tanggungjawab itu. Namun, sebaliknya.. Jika kita tersilap mencorak, mereka akan mula menunjukkan kuasa. Tak kira di rumah atau dengan kawan-kawan di sekolah.
Cuba tengok, renungg anak-anak remaja kita di rumah, pada umur ini mereka nampak besar, cantik dan kuat kan?
TAPI SEBENARNYA..
Kematangan JIWA, HATI dan CARA BERFIKIR mereka belum tentu sejajar dengan kematangan fizikalnya. Mereka perlu guide dari kita. Sangat perlu.
Ini masa untuk kita MENCORAK KEHIDUPAN anak-anak. Teruskan beri bimbingan dan sokongan tanpa jemu.
Sayang kamu.
MW : Asasnya mak ayah perlulah diperkemas dan diperkukuhkan dari kecil lagi. Fitrahnya, 7 tahun pertama kenalkan dengan keimanan. Berlembutlah dan berkasih sayanglah. Dan 7 tahun seterusnya, disiplinkan lah. Tegas tapi tak bermakna keras.
Bertahun berkongsi hidupnya, sebaiknya cubalah memahami pasangan dan terima baik, buruk pasangan yang selama ini berada di sisi. Saat bercinta memang indah, perasaan sempurna hadir setelah berkahwin dan memiliki anak. Sekian lama berkeluarga, bukan masanya untuk mencari kekurangan itu dan ini, sebaliknya cubalah serap kebaikan dan kelemahan pasangan.
Manusia tak kiralah suami atau isteri memang tak sempurna, tetapi ianya bukan penghalang untuk mencipta bahagia. Jangan sesekali terfikir bahawa ada lagi di luar sana yang lebih sempurna untuk kita. Hargailah yang sentiasa berada di depan mata.
Ikuti perkongsian, Firdaus Shakirin : Alam perkahwinan bukanlah sesuatu yang rumit, susah dan teruk… Mungkin bagi segelintir lelaki yang bakal menjadi suami atau sudah menjadi suami merasakan bahawa rumit, susah dan teruk untuk menjalani kehidupan berumahtangga. Banyak benda nak kena ikut dan buat… susah nk layan dan jaga isteri… Sebenarnya, kehidupan alam rumahtangga ni tak rumit, tak susah, tak teruk… Ianya sangat-sangat mudah dan simple…
Manusia Memang Tak Sempurna..
Perkara pertama yang perlu kita tahu untuk menjalani kehidupan rumahtangga yang tenang dan bahagia ialah :
1) Tunaikan tanggungjawab dan kewajipan sebagai suami.
– Ini yang paling utama dalam kehidupan suami isteri. Suami kena ada sifat bertanggungjawab. Hak-hak isteri perlu dipenuhi tanpa sebarang alasan kerana ianya kewajipan yang diletakkan Allah SWT ke atas bahu kita. So, kalau tak buat, maka dosa…
2) Hidupkan agama dalam rumah tangga.
– Sebagai orang islam, solat itu tiang agama… Semua perkara yang berlaku dalam hidup kita bermula dengan solat. Sebab solat itu adalah cara kita mendekatkan diri dengan Pencipta, memohon sesuatu dari-Nya. Hidup orang yang hubungannya dengan Allah terjaga lebih bahagia daripada hidup orang yang melupakan Allah SWT. Solat itu yang akan membentuk keperibadian dan perwatakan kita sebagai seorang hamba dan juga suami.
3) Jauhi perbuatan yang boleh menyakiti hati pasangan.
– Apa yang kita tak suka pasangan buat, maka kita pun jangan buat. Jaga pergaulan, jaga ikhtilat… Pelihara status sebagai suami orang itu baik-baik ketika di luar rumah atau pun di dalam rumah. Jangan sesekali melakukan sesuatu yang boleh menyakiti hati pasangan. Andai ianya kesilapan yang tak disengajakan, maka tolong jangan ulanginya semula. Ambil pengajaran untuk setiap kesilapan.
4) Hormati dan hargai pasangan.. agar lebih sempurna
– Jika ingin dihormati sebagai seorang suami, maka tolong menghormati pasangan sebagai seorang isteri. Jangan layan dia macam kuli, jaga bahasa dan tingkah laku kita terhadapnya. Apa yang dia sudah lakukan dalam rumahtangga tu, tolong tunjukkan penghargaan walaupun hanya sekadar sebuah ucapan, “terima kasih”…
5) Bertegas akan hal akhirat, bertolak ansur akan hal dunia.
– Bab solat, bab aurat, bab pergaulan ialah bab yang seorang suami perlu bertegas dengan isteri. Kena suruh isteri solat, tutup aurat, jaga pergaulan di luar rumah dan dengan siapa dia berhubung. Ini soal akhirat, perkara-perkara yang akan ditanya Allah SWT kepada seorang suami. Isteri di bawah tanggungjawab suami, maka tegur, nasihat dan bimbinglah isteri akan hal-hal agama.
Untuk hal-hal dunia seperti isteri ingin bekerja, isteri ingin berbakti terhadap orang tuanya, giliran beraya, maka bertolak ansurlah dengan isteri… Fahami situasi yang dialami isteri sebelum menuntut atau menghalang isteri daripada melakukannya…
Perkara terakhir yang ingin dinasihati ialah, sebagai manusia, kita pasti ada kelemahan, kekurangan dan keburukan. Lengkapilah semua ini dengan kelebihan yang ada pada diri sendiri… Jangan jadikan ianya sebagai penghalang untuk kita bahagia…Jangan fikir bahawa ada lagi yang lebih baik dan sempurna diluar sana utk kita… Sempurnakan pasangan kita walau siapa pun dirinya… Semoga bermanfaat…
MW: Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua, insyallah semoga Allah merahmati hubungan suami, isteri yang sentiasa meletakkan kebahagiaan di tempat yang pertama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu yang baru pertama kali menyusukan bayi, tentu pernah dengar nasihat-nasihat sebegini: “Bila menyusu baby tu, tukar-tukar la kiri dan kanan” “Ha a betul tu. Yang belah kanan tu air, yang kiri tu nasi jadi baby kena minum kedua-duanya sekali”
Entah kenapa, bayi pula lebih suka menyusu belah kiri saja. Bila suakan belah kanan, sekejap saja dia menghisap. Bila ada mak saudara atau kakak saudara kongsikan petua menyusu kiri dan kanan, ibu mula pening kepala. Serba salah, nak ikut atau tak, nasihat sebegitu.
Konsultan Susu Ibu, Puan Suraya Ali menjelaskan 7 Fakta tentang info susu badan kiri atau kanan yang sebenarnya dinamakan Foremilk Hindmilk.
Fakta #1
Hormon untuk mengeluarkan susu ibu iaitu oksitosin terletak di hasilkan di hipotalamus dan disimpan di dalam posterior pituary gland.
Sekiranya ada rangsangan dari hisapan bayi, oksitosin akan dirembeskan. Ianya membantu susu dipancutkan dari tempat simpanannya iaitu alveoli seterusnya melalui saluran (ducts) dan keluar ke puting (niple).
Fakta #2
Ideanya adalah begini. Ianya adalah susu ibu yang sama. Bukan dua jenis susu yang berbeza.
Cuma ketika penyusuan bermula, susunya banyak cecair dan rendah lemak dipanggil foremilk.
Semakin lama bayi menyusu, lemak yang berada di alveoli akan dilepaskan ke dalam susu. Lemak ini hanya akan dilepaskan apabila payudara hampir kosong. Jadi ibu mesti lama menyusu satu payudara sehingga bayi mendapat hindmilk.
Fakta #3
Sekiranya bayi tidak mendapat cukup foremilk dan hindmilk kerana ibunya asyik menukar payudara ketika menyusu, bayi akan tidak lena tidur dan kerap meminta susu selang setengah jam atau satu jam.
Bagi ibu yang baru melahirkan, ini membuatkan ibu rasa penat dan risau. Sedangkan apa yang perlu ibu buat hanyalah menyusukan bayi dengan satu payudara terlebih dahulu.
Fakta #4
Foremilk adalah susu yang kurang lemak namun tinggi lactose, karbohidrat, protein dan vitamin. Warnanya boleh jadi sedikit kebiruan.
Hindmilk pula tinggi dengan lemak dan dan kalori. Ianya berwarna lebih pekat dengan kuantiti yang sedikit.
Hindmilk penting untuk tumbesaran bayi.
Fakta #5
Sekiranya bayi tidak mendapat cukup hindmilk dan hanya minum foremilk, bayi boleh mengalami lactose imbalance (ketakseimbangan laktos) dan mungkin perutnya merasa tidak selesa (gas in baby).
Dan efeknya boleh jadi menyebabkan bayi juga tidak naik berat badan seperti yang sepatutnya. Ini akan merisaukan ibu dan mungkin mempertimbangkan untuk menukar susu tepung walaupun isunya adalah cara penyusuan.
Fakta #6
Efek penyusuan yang tidak balance foremilk hindmilknya ialah ibu tidak mengeluarkan susunya sehingga habis dan boleh menyebabkan susu tersumbat (plugged duct) atau lebih bahaya jika mastitis.
Fakta #7
Sekiranya berlarutan dimana bayi hanya minum foremilk, ia boleh membahayakan usus bayi. Terdapat juga kes yang najisnya berdarah kerana jumlah lactose dalam jumlah yang banyak dan sukar untuk dihadamkan.
Tanda Bayi Tak Cukup Hindmilk
Perhatikan tanda-tanda ini yang mungkin adalah simptom yang menunjukkan bayi tidak mendapat cukup hindmilk:
* Najisnya kehijauan dan sedikit keras.
* Bayi kerap menangis kerana kembung perut.
* Terdapat darah pada najis bayi.
* Pertambahan berat bayi yang tidak elok.
* Bayi kerap muntah.
* Ruam lampin (kerana najis yang berasid).
* Bayi kerap menangis seolah-olah tidak cukup susu.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...