Bagi pasangan suami isteri yang bekerja, mempunyai pembantu rumah bagaikan satu ‘keperluan’ untuk membantu kerja-kerja rumah dan menguruskan anak-anak. Jika pernah ada pengalaman mengambil pembantu rumah asing sebelum ini, pasti tahu kesukaran yang dihadapi. Proses pengambilan yang lama, kos yang tinggi serta karenah agen dan pelbagai masalah lagi.
Mungkin ramai lagi antara kita yang tak tahu, bahawa pembantu rumah asing kini boleh dibuat permohonannya secara terus menerusi online.
Sistem Maid Online (SMO), oleh Jabatan Imigresen Malaysia telah beroperasi sejak 1 Januari 2018. Ia mempercepatkan proses pengambilan pembantu rumah asing (PRA) kepada hanya 10 hari berbanding memakan masa yang lama sebelum ini. Malah ia tanpa melalui agen, proses yang lebih mudah,menjimatkan masa dan kos buat majikan.
Permohonan Pembantu Rumah Asing MAID Online ini boleh dibuat secara online dengan melayari laman web Sistem Maid Online (SMO) ini.
A. Prosedur Pengambilan PRA Online
Langkah 1 hingga 3 dilakukan oleh majikan
1.Pendaftaran dalam talian bagi majikan (Daftar Masuk). Aplikasi Permohonan Online di maid-online.imi.gov.my
2.Login masuk, daftar majikan dan maklumat PRA
3.Muat naik keputusan FOMEMA
Langkah 4 hingga 9 oleh Jabatan Imigresen
4.Muat naik dokumen dan hantar permohonan
5.Semakan dokumen
6.Kelulusan
7.Notifikasi keputusan
8.Bayaran secara dalam talian
9.Cetakan PLKS
Nota Penting: Sebaik sahaja permohonan penggajian PRA lulus dan majikan sudah membuat pembayaran, majikan perlu hadir ke Jabatan Imigresen bersama PRA mereka bagi penggambilan data biometrik.Pihak Imigresen seterusnya akan mengeluarkan PLKS dan i-Kad (kad identiti pekerja asing mengikut sektor) kepada PRA.
B. Tempoh Masa Permohonan PRA Online
Prosedur permohonan oleh majikan termasuk keputusan saringan kesihatan Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA) dijangka mengambil masa 3 hingga 5 hari manakala proses oleh Jabatan Imigresen mengambil masa maksimum 5 hari.
Ads
C. Syarat Kelayakan PRA
1.Bakal PRA mestilah perempuan yang berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun semasa permohonan.
2.Bakal PRA mesti diambil daripada sembilan negara sumber yang dibenarkan seperti berikut:
1. Indonesia
2. Filipina
3. Sri Lanka
4. Thailand
5. India
6. Laos
7. Nepal
8. Vietnam
9. Kemboja
3.Bakal PRA hendaklah bebas daripada senarai syak dan senarai hitam Jabatan.
4.Bakal PRA tidak memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang aktif dengan majikan lain.
D.Syarat Kelayakan Majikan Permohonan PRA:
1.Majikan mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia atau penduduk tetap Malaysia sahaja.
2.Majikan mestilah terdiri daripada suami dan isteri yang mempunyai:
Anak berumur di bawah usia 15 tahun (yang memerlukan jagaan dan perhatian).
Anak kelainan upaya (tiada had umur).
Majikan/ isteri majikan yang sakit/ uzur.
Ibu bapa yang uzur/ sakit atau
Ahli keluarga terdekat yang uzur/ sakit (adik beradik, datuk atau nenek sahaja).
3.Bagi tujuan menjaga ibu bapa atau ahli keluarga yang uzur/ sakit, surat pengesahan daripada pegawai pakar perubatan adalah diperlukan. Majikan yang mengambil PRA bagi tujuan menjaga ibu/ bapa/ keluarga terdekat hendaklah mengemukakan bukti pertalian secara jelas.
Ads
4.Permohonan PRA bagi tujuan menjaga ibu/ bapa/ keluarga terdekat adalah terhad kepada ibu/ bapa/ keluarga yang tidak mempunyai pendapatan tetap sahaja.
5.Kelayakan pendapatan bulanan majikan adalah berdasarkan kepada jumlah pendapatan suami dan isteri. Kelayakan pendapatan isi rumah majikan adalah antara RM 3,000 hingga RM 5,000 (mengikut negara sumber).
6.Majikan yang terdiri daripada suami dan isteri hanya boleh menggaji seorang PRA sahaja pada satu-satu masa.
7.Bagi permohonan PRA yang dikemukakan oleh pasangan suami/ isteri, keutamaan hendaklah diberi supaya nama suami digunakan sebagai majikan utama.
8.Ibu atau bapa tunggal yang memenuhi syarat dan mempunyai kelayakan pendapatan dibenarkan untuk menggajikan PRA. Bagi majikan yang berstatus bujang dibenarkan untuk menggaji PRA khusus untuk menjaga ibu bapa sakit/ uzur sahaja.
Majikan berikut TIDAK LAYAK dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan PRA:
1. Diisytiharkan muflis oleh pihak berkuasa.
Ads
2. Disenarai hitam oleh Jabatan Tenaga Kerja; atau
3. Mempunyai kes-kes yang belum diselesaikan dengan Jabatan Imigresen Malaysia.
Majikan beragama Islam hanya dibenarkan menggaji PRA yang beragama Islam sahaja dan
Majikan hendaklah melengkapkan kontrak kerja antara majikan dengan PRA. Sekiranya permohonan dikemukakan oleh pasangan suami/ isteri, kontrak kerja hendaklah dilengkapkan oleh majikan utama.
E. Kelayakan Gaji Majikan
F. Kelebihan Sistem MAID Online
1.Permohonan PRA menjadi lebih cepat dan jimat kerana boleh dilakukan dalam masa singkat jika tiada sebarang masalah, berbanding mengambil masa berbulan, malah bertahun sebelum ini.
2.SMO juga lebih tepat kerana majikan akan memasukkan sendiri maklumat dan perincian peribadi dan PRA yang mahu digaji berbanding oleh ejen sebelum ini.
3.Kos yang lebih murah iaitu hanya RM1,635 berbanding RM12,000 hingga RM18,000 sebelum ini.
G.Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Sistem Maid Online (SMO) atau sebarang pertanyaan berkenaan Permohonan Pembantu Rumah Asing Online boleh berhubung terus melalui :-
No Tel : 03-88801468 (call centre Unit Pembantu Rumah Asing) Email : admin_maidonline@imi.gov.my No Tel : 03-88801555 (Bilik Gerakan JIM) (8.30 Pagi Hingga 11.00 Malam – Setiap Hari)
Alamat:
Unit Pembantu Rumah Asing,
Jabatan Imigresen Malaysia,
No.15, Tingkat 2 (Podium),
Persiaran Perdana, Presint 2,
62550, Putrajaya
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat! Diharap dengan adanya sistem Permohonan Pembantu Rumah Asing MAID Online ini memudahkan urusan para majikan serta menjimatkan kos serta masa pengambilan.
Teknik solekan dengan melukis wajah sendiri seiras pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan yang dimuat naik di laman instagram makeup up artis terkenal Alha Alfa menjadi viral. Ramai yang memuji sentuhan emasnya itu.
Rupanya di sebalik kemanisan kejayaan pemuda bernama Abdul Al-Halim Mohd Al-Fadzil ini ada cerita susah senang. Betapa bukan senang nak berjaya. Perlu tabah dan paling penting sekali.. RESTU MAK AYAH!
“Alhamdulillah tak sangka lukisan meniru wajah hero Bollywood SRK mendapat liputan dan viral. TQSMM kepada semua yang sokong & tq juga pada reporter-reporter yang call.”
“Harap sedikit sebanyak dapat memberi semangat kepada adik-adik yang sedang belajar. Yang sedang rasa susahnya hidup sebab mak ayah tak mampu.”
Ini Pesanan ‘Mahal’ Alha
1. Gali Kemahiran Diri, Beranikan Diri ‘Terjun’ Ke Lapangan Yang Anda Mahir & Minat Tu
Bukan maksud Alha nak suruh korang buat makeup juga. Mungkin ada lapangn lain yang boleh korang try amik upah. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Mungkin boleh minta upah jahit manik ke..mungkin boleh amik upah service penghantaran & pemesanan makanan ke ape.”
2. Jangan Menyusahkan Orang Sekeliling
Benda-benda ni nampak remeh tapi inilah perjalanan manis yang orang lain tak ada. Tapi kita berusaha macamana tak nak menyusahkan orang sekeliling. Jangan asyik nak pinjam duit orang. Pastu bila orang tak mampu nak tolong, cakap orang tu kedekut. Tak pasal-pasal gaduh. So dari jadi macam tu baik gaduh dengan diri sendiri.
start dengan apa-apa sekali pun..niat je nak bantu diri. Tak nak susahkan mak ayah. Korang akan rasa happy lepas tu. Maybe nasib kite tak sesenang kawan-kawan yang mak ayah diaorang jutawan. Tapi kita tak penah tau satu hari kita lagi senang dari mereka itu
4. Doa Dan Restu Mak Ayah
DOA..bila dah senang jangan lupa share sikit dengan mak ayah ok! Alha pesan kat diri sendiri juga..hehehe.
5. Abaikan Pandangan Negatif Orang
Biar je orang nak kata apa. “kau ni susah sangat ke sampai nak buat keje tambahan?” “Kau ni membazir waktu la. Baik ko study”..Akan sentiasa ada orang yang nak jatuhkan kita. Buat tak tau je TAPI FOKUS ok. Belajar jangan abai.
6. Jangan Buang Masa.. CARI KERJA CEPAT!
Setelkan kerje cepat-cepat. Ada masa lebih, cepat-cepat gi cari keeje. Now lagi mudah dah ada ONLINE JOB ok. Boleh jadi DROPSHIP. Sebulan dapat RM500 sapa nak bagikan? Lepas la sewa rumah. So mak ayah akan bangga kita tak kacau duit diorang. Dan diorang pula akan risau korang tak meminta.
Kalau nak tau, dulu kat uitm Alha pun kawan-kawan bayar tau upah GUNTING RAMBUT. Malam-malam je diorang datang kat bilik nak gunting rambut. Dapat la RM5. Tapi seronok sangat sebab REPEAT CUSTOMER ok! Ahaha dari pakai gunting potong BOARD untuk asignment sampailah dapat kumpul beli MECHINE ok! Haaaa satu kelas budak laki rambut sepesen.
7. Jangan La Asyik Down Tengok Orang Lain Mewah
Korang kene selalu ingat, ape yang kita usahakan masa sekarang, insha allah sedikit sebanyak dapat bantu masa depan kita. So jangan la asyik “down” tengok orang lain mewah. Kita pun push mak ayah kat kampung. Kita tak tau diorang tak makan kat sana.
Haa.. dah fahamkan apa pesanan kembar Shah Rukh Khan ini kongsikan. Inilah antara yang beliau lakukan sampailah hasil kerjanya meniti di bibir para peminat. Kalau tak tak adalah followe Instagramnya saja dah mencecah 323K Follower!
Tertarik betul dengan kewujudan tandas kucing di Pasir Mas, Kelantan ini. Tandas kucing ini merupakan inisiatif dari Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) demi mewujudkankan suasana bersih di kawasan sekitarnya.
Kata Yang Dipertua MDPM, Hazmi Abdul Hamid, empat unit tandas awam kucing yang terletak di Pasar Tasek Raja ini mula diperkenalkan Februari lalu.
Sebelum kewujudannya, kucing-kucing yang ada di sekitar pasar itu bebas membuang merata. Dengan adanya tandas awam kucing ini, kebanyakan kucing terbiar dah selesa gunakan tempat ‘membuang’ yang baru untuk mereka.
Katanya lagi, kucing-kucing ini pun semakin berdisiplin. Malah tahu kewujudan tandas yang disediakan khas untuk mereka.
“Mereka tak lagi membuang najis merata seperti sebelum ini.”
Secara tak langsung, usaha itu juga menjadikan persekitaran pasar lebih sihat dan bersih.
Idea Wujudkan Tandas Kucing Di Pasir Mas
Idea berkenaan mula terbit di buah fikiran selepas mesyuarat bersama MDPM dan Jawatankuasa Bandar Tasek Raja.
Dekat sekitar pasar itu saja, ada lebih kurang 600 ekor kucing terbiar.
Menariknya, pihak MDPM tetap memastikan penyelenggaraan tandas kucing awam ini berada dalam keadaan bersih.
Setiap hari akan ada kerja-kerja membersih najis untuk dibuang di tempat sepatutnya. Dengan itu, pengudaraan di kawasan itu kekal baik.
Pekerja juga menjalankan kerja-kerja menggembur pasir dan rumput setiap minggu. Jadi, tandas awam untuk kucing ini dapat berfungsi dengan baik.
Sebagaimana yang diharapkan oleh Hazmi, semoga dengan inovasi yang ada ini boleh menjadi contoh kepada pihak lain untuk mewujudkan tandas awam kepada kucing-kucing terbiar.
Mingguan Wanita :Kucing sebenarnya haiwan yang bijak dan penyayang. Dia tahu memilih tempat ‘membuang’ dan menutup najisnya dengan baik dekat kawasan berpasir.
Bila sayang kucing, mereka pun mendoakan sama. Itu pun jadi asbab murah rezeki kepada orang yang sayangkan haiwan kesayangan nabi ini.
Sumber/Foto : Sinar Harian, Utusan Malaysia
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Profesor madya akui silibus tahun satu terlalu rumit & tak sesuai daya intelektual murid. Semalam guru cemerlang, Cikgu Mohd Fadli didapati tidak bersalah oleh Lembaga Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan dan bebas dari semua pertuduhan selepas pendedahan mengenai kepincangan silibus pendidikan negara.
Membangkitkan enam perkara antaranya isu beg sekolah berat, silibus soalan terlalu tinggi, murid terlalu ramai dalam satu kelas, masa belajar subjek terhad dan lain lagi dan dirinya didapati tidak bersalah dan dibebaskan.
Hal Cikgu Mohd Fadli barangkali sudah selesai dengan Lembaga Tatatertib namun masih ramai mak ayah yang mahu tahu apa solusi kepada pendidikan dalam negara khususnya melibatkan silibus yang dikatakan tak sesuai dengan usia anak-anak.
Ini kerana banyak contoh di negara maju, murid tahun satu masih diberi soalan asas bagi mencipta keseronokan datang ke sekolah. Namun di negara kita, soalan-soalan ini dibentuk seolah murid tahun satu bakal dilantik sebagai ahli korporat atau menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD).
Pasti di pihak ibu bapa mahu tahu sampai bila isu silibus berat ini dapat diselesaikan?
Memetik dari Sinar Harian, silibus pembelajaran murid sekolah rendah tahap satu sepatutnya mengambil kira tahap kemampuan mereka dan tidak bersifat terlalu sukar sehingga membebankan.
Pakar Pendidikan, Prof Madya Dr Hasnah Toran, menjelaskan murid di tahap satu sebenarnya perlu terlebih dahulu menguasai kemahiran asas seperti mengira dan mengeja.
Menurut Pakar Pendidikan, Prof Madya Dr Hasnah Toran, ia kerana, murid di tahap satu sebenarnya perlu terlebih dahulu menguasai kemahiran asas seperti mengira dan mengeja.
Ujar Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, silibus murid di tahap satu kini diakui terlalu rumit dan tidak bersesuaian dengan daya intelektual mereka.
“Silibus yang terlalu tinggi akan menyukarkan mereka memahaminya dan berisiko menyebabkan mereka keciciran pula dalam kemahiran asas.
“Pembuat dasar sepatutnya kena fikir untuk memantapkan kemahiran tersebut dahulu dalam diri murid berkenaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Hasnah memberitahu, tidak semua dalam kalangan mereka mempunyai daya intelektual yang sama disebabkan latar kehidupan berbeza terutama pelajar tahap satu di luar bandar.
“Ramai dalam kalangan murid tahap satu yang tinggal di luar bandar tidak mendapat pendidikan awal sebenarnya. Ketika mereka baru sahaja memasuki alam persekolahan, cara pegang pensil pun mereka tidak tahu,” ujarnya.
Jelas beliau, apa sahaja silibus terbaru yang ingin dilaksanakan dalam dasar pendidikan perlu juga mengambil kira kemampuan emosi para murid.
“Kadang-kadang, kita rasa perlu terkehadapan dalam soal pendidikan sehinggakan silibus pelajaran darjah empat kita bawa kepada pelajar darjah dua. Adakah kita terfikir mereka mampu menghadapinya?” soalnya.
Ulas Hasnah, ia boleh menyebabkan diri murid menjadi tertekan dan menjatuhkan semangat mereka dalam pembelajaran.
“Akhirnya mereka rasa diri mereka kurang pandai dan tidak berguna serta tiada rasa minat lagi untuk belajar,” tambah beliau.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...