Sumber/Sumber Foto: Instagram Nad Zainal

Baru-baru ini sewaktu menghadiri sebuah majlis yang menampilkan dirinya sebagai duta, Nad Zainal berdepan detik cemas apabila terpaksa menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan segera.

Nad yang kini sedang sarat mengandung anak kedua, menyatakan kejadian tersebut berlaku disebabkan dirinya mengalami kekejangan pada kaki.

“OKlah, kaki saya saja cramp. Jangan risau semua. Saya dah rendam kaki. Terima kasih kakak medic yang urut kaki tadi.

“Sorry buat semua panik. Doakan baby bersabar dah tunggu due datenya,” luahnya menerusi laman Instagramnya.

Nad Zainal “Buat Yang Whatsapp Tanya Dah Bersalin Tu, Belum. Baby OK!”

Nad Zainal Dijangka Bersalin Penghujung Mac

Nad yang dijangka bersalin penghujung Mac ini menjelaskan lagi kakinya mudah mengalami kekejangan pada sebelah malam sejak hamil.

Nad Zainal “Buat Yang Whatsapp Tanya Dah Bersalin Tu, Belum. Baby OK!”

IKLAN

“Sebelum insiden naik ambulans, sebenarnya Nanad kalau malam, kaki mudah kena ‘simpul biawak’.

“Buat yang whatsapp tanya dah bersalin tu, belum. Baby OK!

“Kaki saya semalam masa sidang media dah mula kejung, itu yang duduk saja. Nasib baik ada pasukan perubatan.

“Tak sangka penutup majlis event MommyHana, kita naik ambulans,” tambahnya lagi ketika berada dalam ambulans, dia sempat berbual dan bertanyakan fungsi siren kenderaan perubatan itu.

IKLAN

“Pertama kali naik ambulans, sempat borak apa fungsi single siren dengan double siren tau. Sempat ambil ilmu ambulans,” kata Nad.

Baca Disini Juga:

Bakal Berempat, Berseri-seri Wajah Nad Zainal Hamil Empat Bulan

IKLAN

“Sampai Satu Tahap Saya Menangis, Fizz Cakap Tak Payah Pedulikan Orang, Janji Sempurna Di Mata Dia” Almy Nadia

“Macam Mana Saya Di Lokasi, Begitulah Saya Di Luar” – Nad Zainal

“Nasib Tak Bersalin”

Nad Zainal “Buat Yang Whatsapp Tanya Dah Bersalin Tu, Belum. Baby OK!”

Nad juga memohon agar dirinya dipermudahkan untuk bersalin kelak.

“Doakan agar semua dipermudahkan. Terima kasih. Nasib tak bersalin. Kalau tak, kena letak nama Hana atau Hanafi la semalam,” luahnya lagi.

Sumber/Sumber Foto: Instagram Nad Zainal
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI