Mentua juga manusia biasa, yang kadang kala alpa hingga bersikap suka membanding-bandingkan menantu sendiri. Yang berharta disayang, yang kurang dipandang sebelah mata. Bahkan suka pula membandingkan menantu kesayangannya dengan menantu orang lain pula. Boleh macam tu?
Tak semestinya menantu kaya, anak anda bahagia. Boleh jadi anak itu suka memandang hina pada isterinya. Tak semestinya menantu bijak pandai, anak anda bahagia. Boleh jadi dia suka memperbodoh-bodohkan isterinya. Tak semestinya menantu berdarjat, anak anda bahagia. Boleh jadi dia melihat isterinya sebelah mata saja. Tak semestinya menantu ada gelar sarjana agama, anak anda bahagia. Boleh jadi ilmunya cuma di akal sedangkan akhlaknya entah ke mana.
Tiada Manusia Layak Menilai Manusia Lain
Oleh itu kepada mentua yang suka ‘tayang’ menantu siap bagi tahu apa pangkat, di mana kerja, berapa gaji, berapa buah banglo dan kereta mewahnya, cubalah beringat. Tiada siapa dapat menilai kejayaan manusia itu melainkan Penciptanya. Malangnya apabila para mentua tengah berkumpul sakan bersembang tiada isu lain yang jadi kegemaran melainkan tayang kemewahan anak menantu.
Dalam keseronokan menjadi ahli kelab pencen, banyak perkara yang seharusnya dijadikan panduan dalam berkawan. Jangan sesekali lukai perasaan orang lain dengan cuba membanding-bandingkan anak menantu kita dengan anak menantu mereka. Jika berkawan sudah seperti saudara kandung memanglah seronok sebab hati kita sentiasa suka apa yang kawan kita suka tetapi jangan sesekali lupa Nabi Yusuf juga didengki saudara kandungnya apatah lagi kita.
Anak-anak Nabi saja mendengki adik tirinya bagaimana pula kita yang bukan anak Nabi mestilah lebih jahil dari mereka. Hati manusia susah hendak diduga, seeloknya hindarkan rasa megah diri untuk mengelakkan daripada penyakit hati.
Ads
Urusan membangga-banggakan anak menantu boleh jadi membawa kesan positif jika mahu memberi pengajaran pada orang lain. Tetapi jangan pula terbakar amal soleh kita disebabkan hasad dengki yang tular akibat tabiat suka tayang hebat.
Tiada siapa mampu menilai anak sendiri inikan lagi menantu, hanya kepada Allah kita serahkan urusan mereka. Peliknya jika jumpa menantu dua kali setahun tapi duduk sebumbung. Boleh jadi dalam ketawa anak kita sebenarnya dia sedang menutup aib suaminya. Dalam tangisannya pula boleh jadi dia sedang belajar tentang kehidupan sebenar di bawah penjagaan seorang lelaki yang sebenar.
Mentua Tiada Hak Campur Urusan Rumah Tangga Anak
Sebagai ibu bapa tiada hak untuk mencampuri urusan rumah tangga mereka melainkan mereka meminta kita menjadi pendamai bukan penghasut. Apa yang tersembunyi tak perlu dikorek dan apa yang mereka kongsi seharusnya diraikan. M
aka itu tak perlu tayang pada dunia apa yang kita tak nampak. Berpada-padalah dalam urusan membanggakan zuriat. Jangan melampau pujian diberi kerana ia boleh merosakkan hati.
Kalau begitu, berdosakah jika kita suka ‘tayang’ menantu? Tidak, bahkan dianjurkan jika itu merupakan suatu cara mengukuhkan hubungan persaudaraan, tak kenal maka tak cinta. Memperkenalkan menantu kepada kawan-kawan adalah ibadah kerana ia menepati sunnah Rasul s.a.w yang menggesa kita bersilaturahim. Rasulullah s.a.w bersabda: “Al-Rahim itu bergantung di Arsy. Dia berkata: Sesiapa yang menyambungku maka Allah akan menyambungnya dan sesiapa yang memutuskanku maka Allah memutuskannya.” (Hadis Muttafaq ‘alaih)
Pilih Menantu
Panduan memilih menantu telah diajarkan melalui wahyu, Allah tunjuk kepada kita bagaimana ciri-ciri menantu semulia Nabi Musa AS. “Wahai bapaku ambillah dia sebagai pekerja kerana sesungguhnya orang yang paling baik adalah yang kuat lagi amanah.”
Ads
Ciri-ciri kepemimpinan seorang lelaki jelas terserlah dengan rasa belas kasihannya kepada wanita membuat dia kelihatan lebih gagah. Malangnya lelaki zaman sekarang ramai yang minta dilayan lebih dan dijaga melebihi raja-raja.
Makan pun isteri yang carikan, kerja-kerja berat semua serah kepada isteri bagaimana pula kita suka memuji menantu-menantu sebegini dengan pujian mencecah awan? Entah-entah solat pun tak buat, agama tak pakai, sibuk saja dengan urusan dunia. Bukankah yang terseksa anak kita juga?
Memenuhi Syarat
Menantu kebanggaan yang semestinya disyukuri oleh para mertua seharusnya mementingkan kekuatan akal, fizikal dan spiritual sebagai penjaga anak kita. Nafkah zahir dan batinnya hanya boleh dipenuhi dengan tiga kekuatan tersebut.
Kemudian amat menjaga kesucian pergaulan, keikhlasan hati dari syahwat sehingga begitu ketat menundukkan pandangannya. Zaman ini masihkah ada lagi orang yang mencari menantu sebaik Musa atau agama tidak lagi menjadi syarat penting? Oleh itu tak payahlah tayang menantu jika tak cukup syarat lelaki segagah Musa.
Ads
Sumber: Dato’ Dr. Haji Juanda Haji Jaya, Perunding Undang-Undang Keluarga Islam
Ramai suami yang takut hilang rezeki tetapi suka buat pasangan kecil hati dan layan tak elok pada anak-anak. Malah ada yang jenis bergaduh siap naik tangan. Lepas itu, mengeluh cakap duit tak cukup!
Allah… berubahlah sebelum terlambat dan untuk ‘tampar’ diri sendiri, bacalah perkongsian Ustaz Ebit Lew ini.
Semalam lalu pasar malam ramai orang, tengah berjalan ternampak seorang abang bersama isteri dan 3 orang anaknya. Dia sedang marah-marah isterinya. Menjerit perkataan kesat dan maki hamun isteri. Anak-anak semuanya di marah depan ramai orang. Sedih saya…
Saya cuma doa, ya Allah berilah hidayah pada abang ini untuk berubah. Dia baik tapi dia jahil. Beri dia sifat lemah lembut, tak sanggup tengok orang maki hamun dan malukan isteri dan anak-anak depan ramai orang macam tu.
Cara Murahkan Rezeki Suami
Malam tadi sebaik sampai masjid. Masa nak turun kereta. Ada seorang abang ini sapa saya. Ustaz ebit lew ke? Kenal saya tak. Takkan tak kenal dah. Ko balik berapa hari. Sapa lak yer, puas pikir.. rasa macam tak sebaya. Dia lebih tua dari saya, dalam hati saya kata. Terima kasih ya Allah kabulkan doa saya.
Ustaz pernah ceramah tempat saya di kl. Saya balik sekejap jer katanya..
Boleh saya nak tanya apa doa supaya rezeki mencurah-curah. Sebenarnya hidup saya sempit banyak hutang. Tak pernah cukup..kerja sendiri. Berniaga sikit-sikit…muka dia berubah. Dah lama buntu. Tak pernah cerita dengan sesiapa..
Saya tanya dia..ada mak ayah lagi tak?
Dah tak ada ustaz…
Selalu tak doakan mereka. Ziarah kubur mereka. Sedekah amalan buat mereka..
Abang ada berapa orang anak. Ada 3 ustaz. Sayangi isteri. Masuk rumah beri salam. Peluk keluarga. Itulah kuncinya. Doa isteri dan anak-anak abang penting. Allah yang bagi rezeki. Dia punya semuanya.
Dia terus kata. Tulah ustaz. Saya baran pada isteri dan anak-anak. Penyakit tu tak boleh buang lagi.
Betul abang. Penyakit kita tetapi kenapa nak sakitkan isteri dan anak-anak. Itulah sebab utamanya abang. Walau isteri dan anak kita tak balas panas baran kita. Mereka sabar. Tapi Allah maha melihat. Dia bagi rezeki pun sentiasa sayang kita. Allah bagi amanah isteri anak anak. Supaya kita jaga mereka. Jangan sakiti mereka. Jangan jadikan mereka orang dizalimi. Doa mereka makbul. Doa ahli keluarga kita. Mungkin dia tak bantu berniaga. Tak bagi duit pada kita. Tak bagi idea. Tetapi doa mereka ajaib. Doa isteri dan anak-anak kita.
Jangan Sakitkan Hati Isteri
Ramai orang baik, rajin, tapi selalu sakitkan isteri dan anak-anak. Hari-hari kata anak bodoh, tak guna, degil. Akhirnya semua doa itu kembali pada diri kita sendiri. Keluarga maksudnya bahagia, tempat perlindungan, cinta, hormat, tanggungjawab, jujur… jika rumahtangga jadi tempat marah, maki hamun, menyakiti… apa lagi yang tinggal.
Belajarlah sayangi mereka. Abang tunggulah. Tengoklah bagaimana rezeki abang lepas ni. Janji Allah rezeki dalam silaturrahim, solat, dan rajin berusaha.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
15 tahun tinggal di rumah kebajikan, raya tahun ini seorang ibu gembira sambut raya di rumah yang dibeli anaknya. Raya kali ini lebih bermakna buat Rasima Yunos, 61, kini mampu meraikan hari gembira itu di rumah baharu yang dibeli oleh anak lelaki sulungnya.
Menurut akhbar Shin Min Daily News, Rasima dan seorang lagi anak lelakinya berpindah ke pangsapuri dua bilik di Sengkang, Singapura.
15 Tahun Tinggal Di Rumah Kebajikan
Keluarga itu kehilangan rumah pada 2009 selepas suami Rasima meninggal dunia. Wanita itu tidak mampu membayar balik pinjaman perumahan dan dia tiada pilihan selain menjual pangsapuri empat bilik milik mereka.
Ibu Gembira Sambut Raya Di Rumah Baru Yang Anak Beli
Dia kemudian berpindah ke rumah kebajikan, manakala anak lelakinya dihantar ke Rumah Anak Yatim Darul Ihsan. Ramadan dan Syawal kali ini berbeza mereka sekeluarga kerana dapat menyambut di rumah sendiri.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Walau Dapat SPM 2G Sebaknya Ayah Faham, Doakan Anak Gadis Jadi Solehah & Hargai Usaha. Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 telahpun diumumkan. Tahniah pada anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang dan pada mereka yang kurang memberangsangkan janganlah berduka.
Sebagai ibu bapa, yakinlah bahawa anak-anak kita telah berusaha sebaik mungkin untuk melakukan yang terbaik. Walau apa pun gred keputusan mereka, terima dengan hati yang terbuka. Ibu bapa harus sentiasa memberi dorongan dan sokongan tanpa berbelah bahagi.
Walau Dapat SPM 2G Sebaknya Ayah Faham, Doakan Anak Gadis Jadi Solehah
Biarpun anak tidak dapat memberikan keputusan peperiksaan SPM dengan cemerlang atau markah A, ayah kepada gadis yang bernama Nurasyiqin menerusi akaun TikTok@notekinn.__ yang viral tetap hargai anaknya yang memperolehi gred 1B 2C 2D dan 2G.
Malah menerusi kapsyen di status video tiktok yang dikongsi gadis itu juga memohon maaf kerana tidak berjaya memperolehi keputusan yang baik dan berdoa agar suatu hari nanti dapat membahagiakan kedua ibu-bapanya.
Namun warganet begitu teruja apabila bapa Nurasyiqin memberikan reaksi yang positif selain memberikan kata-kata positif kepada anaknya.
Menerusi video pesanan bapanya dalam nota suara benar-benar menangkap jiwa dan sikap bapanya yang positif menyentuh hati sesiapa yang mendengar.
“Kau dah cuba tak apalah lang, mana yang dapat je, sekurang-kurangnya akhlak jaga, maruah diri jaga. Kerajinan kau, taat pada ibu bapa, jadi anak yang solehah,” luah bapa Nurasyiqin.
“Ayah Faham Saya Sakit Masa Tu”
Malah menerusi ruangan komen Nurasyiqin juga menyatakan dia telah melakukan sehabis baik dan ayahnya sangat memahami kerana pada waktu itu dia sakit.
“korang !!! thankyou tau , semoga doa ii korang berbalik dkt korang , jangan sad ii tau , InsyaAllah one day dpt banggakan parents , Aminn”
“btw saya dah cuba buat sehabis bole , ayah faham saya pun sakit time tu , jawab exam dgn perut luka jahit hehe” tulis Nurasyiqin.
Isteri lebih berjaya, bersyukurlah kerana dapat membantu suami dan kurangkan beban suami. Di rumah, masih menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri. Bukan mudah, tapi...