Luluh hati tengok jasad terbaring kaku, pemandu ambulan tak sangka anak mangsa kemalangan. Tiada apa yang lebih menyebakkan tatkala diuji dengan kehilangan ahli keluarga yang kita sayangi.
Apatah lagi ianya satu pemergian mengejut kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Pengalaman seorang bapa yang juga pemandu ambulan yang diarahkan untuk mengambil mangsa kemalangan bertukar menjadi memori sedih apabila mangsa tersebut adalah anaknya sendiri.
Dalam kejadian kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal dan lori trelar di Kilometer 38, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu, petang semalam, pemandu ambulan Mohd Taqwa Ismail, 49 sama sekali tidak menyangka mangsa kemalangan itu adalah anak lelakinya, Muhammad Aiman Mohd Taqwa.
Dirinya yang bertugas di Klinik Kesihatan Sungai Tong mengakui hatinya luluh tatkala mendapati jasad anaknya sudah terbaring kaku di jalan raya.
Arwah terlibat kemalangan dengan lori dan meninggal di tempat kejadian
Memetik laporan Berita Harian, dalam kejadian itu, anaknya, Muhammad Aiman, 21, yang juga kakitangan Unit Landskap Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu terbabit dalam nahas selepas motosikal ditunggangnya bertembung sebuah lori di lokasi kejadian, kira-kira jam 4.30 petang.
Taqwa berkata, dia mendapat panggilan meminta untuk mengambil mangsa kemalangan di lokasi kejadian untuk dihantar ke Hospital Setiu.
“Namun apabila sampai di situ, saya seakan-akan mengenali motosikal itu dan apabila melihat nombor pendaftarannya, baru sedar rupanya anak sendiri menjadi mangsa kemalangan.
“Sejak saya bertugas menjadi pemandu ambulans kira-kira 21 tahun lalu, ini adalah pengalaman pertama terpaksa berdepan situasi membabitkan ahli keluarga sendiri.
Ads
“Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan sebak dan sedih saya ketika itu walaupun sebelum ini pernah mengambil mangsa kemalangan lagi serius tapi tidak terlalu beremosi seperti ini,” katanya di sini, hari ini.
Dia berkata, Aiman baru sahaja lima bulan bekerja di TTI dan kerap berulang-alik dari tempat kerja dan pulang ke rumah di Sungai Tong.
“Selalunya Aiman bawa bekal ke tempat kerja tetapi semalam dia berjanji mahu pulang untuk makan petang bersama saya di rumah.
“Kebetulan malam sebelum kejadian, saya sempat memasak ikan lampam goreng yang dibawa balik dari Tasik Kenyir dan dia sempat makan serta meminta lebihan ikan itu disimpan untuk dimakan keesokan harinya,” katanya.
Pihak pengurusan tempatnya bekerja menyifatkan arwah Aiman sebagai pekerja yang tekun, pendiam, rajin dan disenangi kawan kawan. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman
Katanya, Aiman anak kedua daripada lima beradik hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Zulnilawati Idris, 47, merupakan anak yang pendiam tetapi sangat disenangi ramai kerana pandai menyesuaikan diri.
Ads
“Arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Belara kira-kira jam 11.30 pagi tadi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan muka.
Katanya, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Tong di sini dari Kuala Nerus.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, Muhammad Aiman yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya tetapi gagal.
“Lalu bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Afandi berkata, pemandu lori berusia 30 tahun yang dalam perjalanan ke Hulu Terengganu dari Kok Lanas, Kelantan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Mayat Muhammad Aiman dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini untuk dibedah siasat. Kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Benarlah kasih sayang seorang ibu itu sangat suci dan tiada penghujungnya. Walaupun diri diseksa, jiwa remuk dilukai namun tetap memilih untuk mempertahankan anak-anak yang disayangi.
Dakwa Diri Hanya Terjatuh
Mendakwa dirinya hanya terjatuh walaupun hakikat sebenar, seluruh badan warga emas ini penuh dengan luka, lebam dan kesan patah. Tidak terjangkau dek akal bagaimana kecederaan begitu hanya akibat jatuh sahaja, namun itu yang diberitahu mangsa berusia 64 tahun ini kepada polis apabila ditanya mengenainya.
Demi kasih terhadap dua anak dan seorang menantu, si ibu malang itu menafikan dakwaan dirinya menderita akibat didera, sebaliknya rela dianggap jatuh.
Terkurung Dalam Rumah
Terdahulu, dia diselamatkan pihak berkuasa selepas ditemui penduduk terkurung dalam rumahnya di Flat Desa Wawasan 1, di sini jam 1 tengah hari kelmarin. Ketika ditemui, dia yang hanya berkain batik, cuba keluar melalui pintu jeriji besi yang berkunci di hadapan rumah dan penduduk kemudian menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya ke lokasi sebaik laporan diterima dan wanita itu terus dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk rawatan.
“Pemeriksaan doktor mendapati mangsa luka di bahagian kepala dan badan, lebam di seluruh badan dan dikhuatiri cedera patah yang lama dipercayai didera.
“Keadaan mangsa bagaimanapun stabil dan masih dirawat di HBM.
“Susulan itu polis menahan dua anak kandungnya masing-masing seorang lelaki dan perempuan berusia 32 dan 35 tahun selain menantu perempuan berusia 28 tahun yang juga OKU,” katanya di sini, semalam.
Tekanan Perasaan & Masalah Mental
Nik Ros Azhan berkata, siasatan pihaknya mendapati mangsa tinggal bersama ketiga-tiga suspek di unit berkenaan dan mereka menghadapi masalah kewangan sehingga sering mengalami tekanan.
Beliau berkata, pemeriksaan awal kesihatan ke atas semua suspek dilakukan di Hospital Bukit Mertajam, Doktor pakar mengesahkan mereka mempunyai masalah mental dan mengalami tekanan perasaan, namun tiada rekod rawatan psikiatrik sebelum ini.
“Mangsa pula masih belum jalani pemeriksaan mental, namun mempunyai sejarah kemurungan. Dalam keterangannya, dia mendakwa jatuh dan tidak dipukul anaknya tetapi berdasarkan kecederaan, dipercayai dia dipukul dengan kayu.
“Di rumah itu, mereka dikatakan jarang makan dan keadaan begitu daif daripada semua segi. Ketiga-tiga suspek tidak bekerja dan akan mengemis jika kehabisan duit bantuan menyebabkan mangsa dikurung di dalam rumah.
“Siasatan mendapati anak perempuan mangsa menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM400 (rekod di Perak), manakala menantunya RM400 daripada JKM Penang,” katanya.
Menurutnya, ada dua kanak-kanak berusia enam dan 10 tahun tinggal di rumah itu yang juga cucu mangsa, sudah diserahkan kepada saudara terdekat untuk penjagaan sementara.
Katanya, ketiga-tiga suspek juga dalam proses temuduga untuk menyambung kontrak sewa unit di flat berkenaan yang didaftarkan atas nama menantu mangsa sejak 2016.
“Kami masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa,” katanya.
MW: Tahniah buat para penduduk yang prihatin menghubungi pihak berkuasa, sekaligus menyelamatkan wanita warga emas ini daripada terus terseksa dan menderita. Semoga kejadian ini membuka mata bahawa, masalah mental dan tekanan perasan jangan dibiarkan, segeralah dapatkan rawatan di pusat kesihatan kerana boleh membahayakan orang sekeliling.
Musim cuti sekolah ini, dekat seharianlah anak-anak berkumpul di rumah. Bila dah ramai-ramai, teringin pula nak makan pizza. Nak buatnya lambat dan ambil masa. Lebih mudah order online.
Sebenarnya ada cara mudah dan pantas nak buat pizza tanpa yis. Perkongsian daripada Puan Ummul Omar ini akan mudahkan kerja mak-mak di dapur.
Cuma 25 minit saja dah boleh dapat 1 pizza saiz Large. Kalau beli online tu mahu satu saiz large dekat RM25. Cuba kalikan pembelian dengan 2, tak ke RM50 melayang untuk pizza saja.
“Sekarang kan musim cuti sekolah. Anak-anak minta nak makan pizza mama buat tapi aduhai. Malas betul nak buat sebab lambat siap. Order lagi senang kan?”
“Nah resepi MUDAH dan PANTAS buat pizza tanpa yis. 25 minit je dah siap dari gaul doh sampai bakar. Jimat masa. Jimat duit. Boleh buat aktiviti dengan anak-anak musim cuti sekolah ni.”
Bahan-bahan Pizza Tanpa Yis
1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan kecil yogurt asli (100ml) Tomato puri
Topping ikut suka (dalam ni ada nenas, olive, cili benggala, cendawan) Mozarella cheese (tiada dalam gambar, Masa nak masak nanti letaklah ya)
Uli Tepung Sampai Jadi Doh (Rujuk Video)
Siap Uli Tepung, Ikut Step Ini
1. Sebelum mula, panaskan oven pada suhu 230•c.
2. Gelekkan doh atas tray. Jangan tebal sangat.
3. Ratakan puri tomato atas doh. Taburkan topping. Last sekali yang paling best. Letak mozarella cheese banyak-banyak.
4. Bakar pada oven suhu 230 •C selama 10 minit sampai masak. Pastikan oven dah panas sebelum masukkan pizza.
Nota : Resepi ini membolehkan mak-mak dapat 1 pizza saiz large.
Nah! Hasil Pizza 25 minit. Rotinya lembut di dalam, rangup di luar. Puas hati makan. Magikkan?
Zulin Aziz Selamat Jalani Pembedahan. Syukur alhamdulillah, selepas berkongsi tentang dirinya yang akan menjalani pembedahan Apendiks dan Batu Hempedu semalam, pagi ini pelakon itu memberitahu dirinya telah selamat menjalani pembedahan.
Terdahulu menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Zulin berasa takut dan tidak bersedia untuk masuk ke dewan bedah.
“Salam semua. Sebentar lagi saya akan menjalani pembedahan. Appendix & batu hempedu. Doakan saya semoga selamat & dipermudahkan segala urusan yaa? Jujurnya saya takut. Tak ready,ingat gastric tapi terus kena masuk bilik bedah. Allahu Akhbar.
“Ya Allah panjangkanlah umurku, permudahkanlah urusan kami, Berikanlah aku kesembuhan dari segala penyakit, Amin Ya Rab Ya Mujib Ya Karim,” kongsi Zulin yang turut memohon orang ramai untuk mendoakan agar urusannya dipermudahkan sebelum masuk ke dewan bedah.
Zulin Aziz Selamat Jalani Pembedahan
Terbaru Zulin memaklumkan dirinya sudah selamat menjalani pembedahan.
Menurut perkongsian terbaru juga, Zulin rasa sangat bersyukur kerana semuanya berjalan lancar. Pada awalnya sewaktu berada di dalam dewan bedah dia sangat takut namun selepas terjaga dia berasa dahaga (kerana berpuasa) dan bahagian perut rasa bengkak.
Zulin turut berkongsi apa yang terjadi sebelum dia meminta suami membawa dirinya ke hospital.
Malah dia juga menerima pengajaran agar selepas ini dirinya menjaga pemakanan yang sihat. Zulin juga bersyukur kerana mendapat petunjuk awal dari Allah.
Zulin juga memohon maaf jika dirinya mendatangkan kesulitan pada pihak produksi untuk projek penggambaran. Namun jika kondisinya sudah Okay dia akan teruskan kerjasama.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...