'Tolong Viralkan! Main Pukul Je Anak Orang Tanpa Sebab’ Linda Rafar & Abby Abadi Geram Lihat Kekerasan Cikgu Ini

Pelakon Linda Rafar dan Abby Abadi nampak gayanya geram sungguh dengan aksi seorang cikgu yang tanpa alasan kukuh telah memukul salah seorang pelajarnya sampai terpelanting dari kerusi.

Video yang dimuat naik dalam lama instagram kedua artis ini mendapat reaksi yang sama daripada follower mereka. Rata-rata terkejut dengan tindakan di luar batasan sebagaimana seorang guru seharusnya bertindak.

Kata Linda Rafar dalam instagramnya itu, “Perhatian! Tolong viralkan. Sape cikgu giler ni main pukul je anak orang tanpa sebab. Sape tau dan kenal perempuan ni.

Tolong viralkan muka dia sekarang. Sape tahu tadika or taska mana. Dengar cikgu lain pun pukul jugak.”

 

‘Tolong Viralkan! Main Pukul Je Anak Orang Tanpa Sebab’ Linda Rafar & Abby Abadi Geram Dengan Kekerasan Cikgu Ini

Dah Tahu Tak Sabar, Nak Juga Jaga Anak Orang

Emosi yang sama turut dikongsikan oleh Abby Abadi. Abby menyangkal tindakan guru tersebut yang disifatkan tiada kesabaran, tetapi masih mahu menjaga anak orang lain.

IKLAN

Ini bukan kesilapan, ini memang setan! Dah tahu tak ada kesabaran nak jaga anak orang, kerja dekat tadika untuk apa?”

Tambah Abby lagi, “Hai la akak-akak. Kalau anak saya ni, saya buat benda yang sama kat akak-akak balik. Saya tak boleh benda benda gini.”

Budak itu tak ada buat salah apa pun! Kalau pun ada salah, siapa kau nak pukul anak orang macam tu? Mak bapa anak-anak ni meh ajak kita sekali cepuk penjaga-penjaga ni. Geram ni!”

 

IKLAN

‘Tolong Viralkan! Main Pukul Je Anak Orang Tanpa Sebab’ Linda Rafar & Abby Abadi Geram Dengan Kekerasan Cikgu Ini

Betul Ke Orang Melaka?

Bagaimana pun Abby sekali lagi memaklumkan tidak pasti dengan lokasi kejadian tersebut. Malah Abby merayu agar pihak Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan lanjut.

Tak pasti dimana. Tapi dimaklumkan di Melaka. Betul ke orang Melaka? PDRM mohon bertindak. Dah tangkap nanti, mohon mahkamah janganlah jatuh hukum manja-manja, bagi lebih sikit.. biar diaorang tahu erti penyesalan.”

IKLAN

Betullah seperti apa yang disarankan oleh Linda Rafar dengan Abby Abadi itu. Walau beremosi macam mana sekalipun seorang pendidik, tidak seharusnya melepaskan geram pada anak-anak murid yang masih suci hatinya.

Kerana nanti akhirnya, andalah sebenarnya yang sedang mengajar anak itu untuk menjadi seorang pendendam dan panas baran.

Video Yang Buat Linda Rafar & Abby Abadi Geram

 

 

Sumber/Foto : Instagram Linda Rafar, Abby Abadi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI