'Maaflah Mama, Papa Adik Tak Sengaja..’ Sayu Lihat Tubuh Kecil Ini Diserang Sawan Lebih 40 Kali Sehari

Adik Eusuf Muhammad, 3 tahun disahkan mengalami sindrom Lennox Gestaut (LGS) yang boleh menyebabkan dia diserang sawan kadangkala jumlahnya lebih 40 kali dalam sehari.

Buat masa ini, ibu dan ayahnya gigih mengumpulkan dana untuk pembedahan memasang alat penstabil gelombang otak. Kosnya menelan belanja, RM130 ribu. Allahu..

Tentunya hati lebih sayu sebaik saja anda menghabiskan nukilan Akhtar Syamir yang menceritakan kisah Adik Eusuf ini. Moga impian keluarga ini mahu memenuhkan dana bantuan Adik Eusuf menjadi nyata. Mingguan Wanita panjangkan kisah ini agar anda pembaca sudi membantu.

 

‘Maaflah Mama, Papa Adik Tak Sengaja..’ Sayu Lihat Tubuh Kecil Ini Diserang Sawan Lebih 40 Kali Sehari

Assalamualaikum Uncle Dan Aunty

Boleh tak adik kenalkan diri? Nama adik, Eusuf Muhammad.
Alhamdulillah mama melahirkan adik dengan sempurna pada 24 April 2015 di Bandar Baru Bangi. Adik seronok sangat dilahirkan di dunia. Ada papa, ada mama dan adik beradik yang lain. Diorang semua sayang kat adik. Adik tak sabar nak membesar dan bermain. Nanti adik nak pergi sekolah jumpa kawan – kawan baru.

Tapi… Masa adik nak sambut hari lahir yang pertama, kepala adik rasa sakit sangat. Mama kata adik diserang Enchepalitis. Adik tak tau ape tu. Nak sebut pun adik tak pandai. Tapi mama kata ada jangkitan kuman kat tisu otak adik. Mama kata lagi, jangkitan tu dah rosakkan otak kiri depan adik. Adik takut sangat bila mama cakap macam tu.

Maafkan adik, mama. Adik tak dapat nak berseronok dan bermanja dengan mama macam dulu. Adik cuba untuk senyum, adik cuba untuk gelak tapi adik tak larat. Kepala adik sakit sangat. Adik tak dapat nak berjalan dengan stabil macam orang lain.

Adik Selalu Diserang Sawan.. Bermacam-macam Jenisnya

Adik kesian tengok mama dengan papa terpaksa tengok adik je sepanjang masa. Selalu adik tak sedar, tapi mama kata adik selalu diserang bermacam – macam jenis sawan. Sampaikan beberapa kali kepala adik benjol sebab adik tak boleh kawal otot adik sampai adik terjatuh. Adik jadi lembik. Mama kata adik kena Head Drop Seizure.

IKLAN

Haritu Doktor bagitau mama, adik disahkan menghidapi Sindrom Lennox Gestaut (LGS). Mama kata sawan adik ade banyak jenis sampaikan satu hari boleh 40 kali adik kena sawan. Adik akan menggeletar satu badan tau.

Adik cuba kawal diri tapi tak boleh. Bila adik demam ke selesema ke lagi banyak sawan tu datang. Kesian kat adik kan? Kalau Aunty dengan Uncle nampak adik macam tu, jangan salah faham tau. Kesian kat mama dengan papa. Bukan adik sengaja.

Tapi mama dengan papa ade bagi adik topi. Cantik sangat, adik suka. Macam pemain ragbi. Pernah sekali tu adik jatuh, nasib baik adik pakai topi. Tak sakit sangat. Terima kasih mama dan papa.

Mama Cakap Kena Pakai Alat Di Kepala Tapi Harganya RM130 Ribu

Setiap bulan adik kena jumpa pakar Neuro kat PPUM. 2 tahun dah mama dengan papa bawa jumpa Doktor. Sekarang adik dah 3 tahun. Macam – macam ubat adik makan untuk kawal sawan adik.

Doktor Pakar ada nasihatkan mama dengan papa pasang satu alat kat kepala adik. Doktor kata ini untuk masa depan adik. Mudah sikit mama dengan papa jaga adik. Doktor cakap lagi, alat ni dapat bantu adik walaupun bila mama dengan papa takde nanti.

IKLAN

Mama cakap, Doktor cadangkan adik pakai alat penstabilan gelombang otak iaitu Vagal Nerve Stimulator (VNS).

Tapi… alat ni mahal sangat. Harga dia RM100,000. Nak implan kat kepala adik pun kos dia RM30,000. Semua sekali kos dia RM130,000 tau. Adik kecik lagi. Adik tak mampu nak tolong mama dengan papa.

Kesian kat mama dengan papa setiap hari berusaha untuk cukupkan duit. Papa ada jual t- shirt untuk bantu adik. Kalau Aunty dengan Uncle nak beli t-shirt, boleh pm papa ye. Nak tengok pun boleh kat wall papa.

Doktor Pakar dah tetapkan 20 September 2018 ni untuk pembedahan implan alat tu.

 

IKLAN

Adik Cuma Nak Happy, Dapat Senyum Untuk Mama & Papa

Adik mintak tolong sangat Aunty dengan Uncle yang baca kisah adik ni tolong mama dengan papa. Adik nak jadi macam kawan – kawan adik yang lain. Adik nak happy, nak senyum untuk mama dengan papa. Adik tak nak susahkan mereka lagi. Tolong adik ye. Adik hargai semua bantuan Aunty dan Uncle.

Ni nombor akaun mama dengan adik. Boleh pm mama atau email papa di idzfanidris@gmail.com kalau nak tanya apa – apa.

Maybank : 5123 5205 4134
Djasriza Binti Jasin

Bank Muamalat : 1601 0009 3777 28
Eusuf Muhammad Bin Idzfan

Terima kasih Aunty dan Uncle. Adik sayang semua yang sudi bantu dan kongsi post adik ni.

Eusuf Muhammad Bin Idzfan

Nota :

Penulisan ini adalah olahan saya sendiri. Saya terpanggil untuk membantu adik Eusuf. Marilah sama – sama kita bantu adik Eusuf, Puan Djasriza Jasin dan Tuan Idzfan Idris. Mereka berhak menjalani kehidupan bahagia seperti kita.

Bantulah dan kongsilah post ini.

Sumber/Foto : Akhtar Syamir , BroOhsem

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI