Pakaian seragam pramugari bagi sesetengah syarikat penerbangan lazimnya mempunyai potongan baju ketat mengikut bentuk badan, terdedah pada bahagian tertentu malah memerlukan memakai kasut bertumit tinggi untuk ‘kelihatan anggun’ ketika menjalankan tugas.
Gaya Lebih Selesa & Sopan
Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang murah Ukraine, SkyUp Airlines berani membuat kelainan dengan melakukan perubahan dalam pakaian seragam rasmi pramugarinya kepada gaya yang lebih selesa dan sopan.
Ia dilakukan susulan hasil tinjauan yang dilakukan syarikat itu yang mendapati kebanyakan krunya meluahkan rasa tidak selesa serta bosan dengan gaya kasut tumit tinggi, skirt dan blaus ketat.
Keselesaan Maksimum Ketika Bertugas
Justeru, syarikat penerbangan berkenaan memberi pilihan kepada pramugarinya untuk mengenakan pantsuit berona jingga yang merangkumi blazer longgar, baju T putih, seluar panjang beserta kasut sneaker Nike Air untuk mendapatkan keselesaan maksimum ketika bertugas. Malah gaya penataan rambut juga ditukar daripada sanggul kepada gaya ‘braid.’
Pramugari senior SkyUp Airlines, Alexandrina Denysenko berkata bahawa adakalanya dia tidak memiliki masa terluang untuk duduk ketika penerbangan untuk merehatkan kakinya yang bengkak setelah menghabiskan masa berjam-jam dengan memakai kasut tumit tinggi.
Ads
Menurut Denysenko, tidak dinafikan bahawa memakai kasut tumit tinggi membuatkan penampilan menarik tetapi pramugari terpaksa menahan derita kesakitan pada kaki.
Malah katanya, jika kru kapal perlu melakukan pendaratan di atas permukaan air atau pemindahan kecemasan, ia amat tidak selesa.
Pelancaran Rasmi 22 Oktober
Pembaharuan pakaian seragam baru itu akan dilancarkan secara rasmi pada 22 Oktober ini. Dalam pada itu, syarikat penerbangan terbabit turut melancarkan pakaian seragam baharu untuk pramugara.
Ads
Benarlah keselesaan adalah kunci utama dalam menggayakan apa jua pakaian. Bila selesa, secara automatik tugas menjadi lebih lancar. Semoga pembaharuan yang dilakukan oleh SkyUp Airlines ini menjadi inspirasi kepada syarikat penerbangan lain.
Baca Lagi Di Sini:
Minta Nombor Telefon Tak Dilayan, Beri Kad Nama Hilangkan! Akhirnya “Pramugari” Disatukan Dengan “Penumpang”
3 Tahun Jadi Pramugari, Hilang Kerja Kini Jual Tong Gas
Ads
Mulianya Hati Pramugari, Sanggup Menyusukan Bayi Menangis Kehabisan Susu Formula Dalam Pesawat!
Mingguan Wanita: Wah memang terbaik, inisitif dan perubahan yang dilakukan oleh syarikat penerbangan tambang murah Ukraine, SkyUp Airlines. Lebih menghormati wanita dengan berpakaian sopan dan pastinya kru yang bertugas juga dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih selesa. Semoga menjadi ikutan syarikat penerbangan lain diseluruh dunia juga.
Adibah sebak kehilangan kucing, “Bobby, Kau hantar kepadaku 15 tahun lalu ketika aku jatuh tersungkur”. Begitulah antara luahan yang dikongsikan oleh Adibah Noor yang kini merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) apabila salah seekor kucing kesayangannya menghembuskan nafas terakhir.
Adibah yang dikenali sebagai seorang pencinta kucing untuk rekod sebelum ini memiliki lebih 40 ekor kucing peliharaan pelbagai baka termasuk kucing jalanan yang dibela di rumahnya. Antara kucing-kucing tersebut diberi nama Along, Marco dan Billy.
Adibah Sebak Kehilangan Kucing
Terbaru kucing kesayangan pemilik nama sebenar Adibah Noor Mohamed Omar yang diberi nama Bobby telah menghembuskan nafas terakhir selepas 15 tahun mewarnai kehidupan Adibah. Malah Adibah berasa sebak apatah lagi Bobby banyak berjasa terhadap dirinya.
“Bobby baru sahaja menghembuskan nafas terakhir dalam pelukan saya. Terima kasih Allah atas kurnia dan kasih sayang-Mu, yang telah Kau salurkan melalui Bobby, yang Kau hantar kepadaku 15 tahun lalu ketika aku jatuh tersungkur.
“Bobby mesti gembira di syurga okey sayang. Bobby doa untuk Ma (panggilan buat dirinya) ya sayang,” luah Adibah menerusi akaun Instagram rasminya.
Sebelum itu Adibah telah berkongsi Bobby sedang sakit dan mengalami sawan.
“Bobby sedang sakit. Berusia 15 tahun kalau ikut usia kucing, 77 tahun (usia manusia).
“Saya (ketika itu) sedang memeluknya, bersedih dan berdoa dengan kuat untuk belas kasihan Allah,” katanya menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasminya.
Seperti diketahui umum, sebelum ini Nad punyai masalah paru-paru berdarah hingga dia dimasukkan di ICU.
Selepas hampir sebulan dirawat di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor Nad kembali pulih.
Baharu Pulih Sakit, Nad Zainal Selamat Menikahi Ungku Ismail
Syukur kini pasangan pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail sudah bergelar suami isteri.
Sebelum ini Nad mula menjalinkan hubungan rapat dengan Ungku Ismail selepas sama-sama terlibat menerusi drama Cina Buta, kemudian berlanjutan sebagai rakan kongsi menjayakan program berbentuk travelog dalam saluran YouTube milik pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu.
Terbaru menerusi akaun Instagram Nad Zainal memuat naik beberapa keping foto.
Malah turut sama dimuatkan sekeping gambar dahinya dicium Ungku selepas disatukan dalam sebuah majlis pernikahan.
“Alhamdulillah,” tulis Nad ringkas.
Pemilik atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin itu turut berkongsi jumlah mas kahwin yang diterimanya iaitu sebanyak RM1,000 berserta gelang tangan emas daripada pengantin lelaki.
Turut ditulis, tarikh kedua-duanya disatukan sebagai suami isteri iaitu pada 23 Januari lalu bersamaan dengan 1 Rejab 1444 Hijrah.
Pesakit wanita cabut lari insurans tak ‘cover’ bil rawatan hospital. Gara-gara insurans diambil tidak melindungi penyakitnya, seorang pesakit wanita melarikan diri dari wad sebuah hospital swasta semalam tanpa membuat pembayaran.
Berikutan itu, jururawat hospital berkenaan membuat laporan polis. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata pesakit berkenaan yang berusia 32 tahun pada mulanya mendaftar untuk mendapatkan rawatan di hospital terbabit jam 6.40 petang kelmarin sebelum dimasukkan ke wad.
“Bagaimanapun, pada 9.30 malam pihak hospital memaklumkan kepada wanita itu yang insuransnya tidak boleh digunakan sebelum dia memberitahu enggan meneruskan rawatan dan mahu keluar wad.
“Jururawat kemudian memberitahu doktor bertugas sebelum proses keluar wad dilakukan terhadap pesakit terbabit yang turut diminta menjelaskan bayaran dan mengambil ubat di farmasi,” katanya ketika dihubungi.
Tidak Buat Pembayaran
Menurutnya, pada 10.40 malam pesakit berkenaan didapati tiada dalam wad dan dikesan tidak membuat pembayaran serta mendaftar keluar dari hospital.
“Kakitangan hospital cuba menghubunginya namun pesakit berkenaan tidak menjawab panggilan telefon dan satu laporan polis dibuat jururawat.
“Susulan itu, polis menghubungi pesakit terbabit namun tidak dijawab dan cuba mencarinya di rumah bagaimanapun wanita berkenaan tiada selain pintu berkunci,” katanya.
Alami Sakit Perut
Katanya, siasatan awal mendapati wanita berkenaan ke hospital swasta itu kerana mengalami sakit perut dan memberitahu dia mempunyai insurans ketika mendaftar masuk wad.
“Pemeriksaan mendapati pesakit mengalami gastrik namun syarikat insurans yang diambilnya mendakwa mereka tidak melindungi penyakit dihidapi wanita itu membuatkan dia keluar wad.
“Kita masih menjalankan siasatan lanjut serta sedang mengesan pesakit berkenaan,” katanya.
Mingguan Wanita:Macam-macam hal. Pesanan bagi yang mengambil sebarang polisi insurans, pastikan ambil tahu dulu jenis-jenis penyakit yang pihak insurans lindungi, bagi mengelakkan perkara sebegini. Jika ingin mudah hubungi sahaja agen yang kita berurusan untuk pengesahan lanjut.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...