Mungkin mempunyai sebab yang tersendiri sepasang suami isteri di India menamakan anak mereka sebagai Corona dan Covid sempena kelahiran bayi kembar itu dalam suasana ‘lockdown’ sedang dikuatkuasakan di negara itu susulan penularan pandemik koronavirus (Covid-19).
Lambang Kejayaan
Memetik laporan Daily Mail, bayi kembar itu telah dilahirkan di Dr BR Ambedkar Memorial Hospital pada 27 Mac lalu dan nama Corona serta Covid itu dipilih oleh pasangan tersebut sebagai melambangkan kejayaan di atas kesulitan yang dihadapi.
Verma berkata, dua anaknya itu (kembar lelaki dan perempuan) berjaya dilahirkan selepas berjaya mengharungi segala dugaan menyebabkan dia dan suami mengambil keputusan menamakan anak mereka dengan nama Corona dan Covid.
Ads
Tanda Kenangan
Ia sebagai tanda kenangan yang tidak akan mereka lupakan berikutan kemunculan pandemik itu yang sudah menjangkiti ribuan manusia di dunia.
“Virus itu sememangnya berbahaya dan mengancam nyawa tetapi wabak tersebut telah berjaya membuatkan ramai orang sedar soal kuman, kebersihan serta berjaya menanam tabiat-tabiat baik yang lain.
“Disebabkan itulah, muncul idea untuk menamakan mereka (anak kembar) dengan nama ini. Staff hospital memanggil anak lelaki saya Corona dan anak perempuan, Covid,” kata wanita tersebut yang juga telah mempunyai anak perempuan berusia 2 tahun.
Ads
Bayi kembar berkenaan dilaporkan dilahirkan secara ‘caesar’ dengan beberapa komplikasi.Bagaimanapun pasangan suami isteri itu memberitahu, mereka berkemungkinan menukar kembali nama anak itu nanti.
Ads
Bagi menangani penularan Covid-19, India melaksanakan perintah berkurung selama 21 hari. Data terkini lebih 2,300 kes telah dilaporkan positif Covid-19 di India dengan 56 kematian.
Melahirkan di dunia, berpantang di syurga, ibu muda lahirkan anak ke 11 meninggal dunia. Besar pengorbanan seorang ibu yang mengandung kerana tidak tahu risiko apa yang menanti sepanjang kehamilan. Bahkan islam mengangkat darjat dan kemuliaan wanita hingga dijanjikan pahala syahid akhirat jika meninggal ketika mengandung dan melahirkan anak.
“Syuhada’ (orang-orang mati syahid) yang selain terbunuh di jalan Allah itu ada tujuh: mati kerana wabak taun adalah syahid, mati lemas adalah syahid, penderita penyakit bengkak yang panas pada selaput dada adalah syahid, mati kerana sakit perut adalah syahid, mati kerana kebakaran adalah syahid, yang mati tertimpa runtuhan adalah syahid, dan seorang wanita yang meninggal kerana melahirkan adalah syahid.” (HR. Malik (16/558), Abu Dawud (20/3105), An-Nasai (21/1847), juga Ibnu Majah (24/2909)
Berkata Syu’aib Al Arnauth Hadis ini adalah sahih.
Kematian seorang ibu muda, Nur Zaihan Abdul Halim yang meninggal ketika melahirkan anak ke 11nya sangat dicemburui. Diberitakan allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya ketika berjuang melahirkan anak bongsunya.
Innalilahiwainilaihirojiun. Arwah Nur Zaihan meningal selepas melahirkan anak ke 11Anak-anak yang ditinggalkan ibu dan moga Allah memelihara mereka
Dirinya disahkan meninggal dunia selepas melahirkan bayi kecilnya. Difahamkan, bayinya dapat diselamatkan walau dilahirkan awal sedikit iaitu 32 minggu dan kini di tempatkan di NICU, HUKM.
Dari nukilan dikongsikan adiknya, dirinya berkongsi rasa sedih dialami.
Beranak di dunia , Berpantang di Syurga Ditidurkan di dunia, Dibangunkan di Syurga.
Masih terkilan. Masih tak percaya pemergiannya. Hilang tempat mengadu. Hilang seorang kakak. Hilang tempat bergaduh. Hilang penyeri kami semua.Dari kecil sampai kini susah senang bersama. Aku rindu mu Yong. Terngiang-ngiang lagi suaramu. Allahuuu. Dalam kenangan. Doakan arwah Nur Zaihan dimasukan ke dalam syurga bersama-sama orang yang beriman. Semoga suami dan anak yang lain tabah dengan segala dugaan.
Bayangkan betapa sedihnya hati si isteri apabila menemui nota menyayat hati yang ditulis suami buat keluarga selepas dirinya meninggal dunia akibat coronavirus atau Covid-19.
Jonathan Coelho mahu keluarganya mengetahui betapa mereka amat bermakna buat dirinya jika ditakdirkan dirinya tidak selamat melawan coronavirus.
Isteri Jonathan, Katie Coelho dalam kenyataannya pada Today memberitahu suaminya itu meninggalkan nota yang menyayat hati untuk keluarganya sebelum dia meninggal dunia pada hari Rabu. Jonathan meninggal dunia akibat serangan kardiak yang disebabkan oleh coronavirus di hospital yang terletak di Connecticut.
Berikutan dengan kematian Jonathan, isterinya Katie, 33, telah menemui nota itu selepas telefon suaminya itu dikembalikan semula kepadanya.
Bangga Dapat Jadi Suami Dan Bapa
Katie telah berkongsi apa yang ditulis pada nota itu ke laman sesawang GoFundMe yang telah dibuat oleh rakan keluarga mereka yang bernama Katie Slayton.
“Saya amat menyayangi kamu semua dengan sepenuh hati dan kamu semua telah memberikan kehidupan yang terbaik yang saya impikan,” tulis bapa kepada dua orang anak ini seperti yang tertulis dalam laman web tersebut.
Foto kredit gofundme.com
Nota selebihnya menyatakan rasa bertuah dan bangga Jonathan kerana menjadi suami kepada Katie dan bapa kepada Braedyn dan Penny.
Jonathan turut memuji isterinya dengan menyatakan Katie adalah insan paling cantik dan ibu paling penyayang yang pernah ditemuinya. Dia juga mahu Katie meneruskan hidup dengan penuh kegembiraan dan bersemangat. Sikap itulah yang membuatkan Jonathan telah jatuh cinta pada dirinya.
Inilah Cinta Sejati
Dalam satu siaran berita yang telah dikeluarkan, lelaki berusia 32 ini bertanggungjawab mencari rezeki untuk isteri, anak lelakinya Braedyn,2, dan anak perempuannya Penelope, 10 bulan.
Katie dalam kenyataan bertulis mahukan orang ramai untuk mengingati betapa suaminya itu amat menyayangi mereka semua.
“Jonathan mahu semua orang tahu betapa dia rasa dirinya amat diberkati dengan kehidupannya yang telah dilaluinya. Betapa berusahanya dia melawan (coronavirus) untuk kekal berada bersama kita semua, dan dia juga mahu memastikan betapa dia amat mengambil berat terhadap kita.
“Saya mahu orang ramai mengingati bahawa inilah rupa cinta sejati, dan dalam keadaan sakit dan derita, cinta sejati tidak mustahil masih ada.”
Anak sulung pasangan ini Braedyn dilahirkan dengan masalah neurologi teruk yang dikenali sebagai cerebral palsy.
Menurut page Facebook yang dibuat oleh keluarga bagi merakamkan perjuangan Braedyn, ternyata Jonathan amat menghargai masanya bersama Braedyn dan Penelope.
Foto kredit gofundme.com
Hilang Cinta
Tulis Jonathan lagi dalam nota tersebut, “ Melihat awak menjadi ibu terbaik buat anak-anak adalah perkara paling hebat yang pernah saya alami. Beritahu Braedyn yang dia adalah kawan baik saya dan saya amat bangga menjadi bapanya.
“Saya juga amat bangga dengan apa yang telah dilakukannya dan minta dia meneruskan apa yang telah dilakukannya. Beritahu Penelope bahawa dia adalah seorang Puteri dan boleh dapat apa sahaja yang dia mahukan dalam hidupnya. Saya amat bertuah.”
Katie dalam kenyataannya berkata, “Nota itu amat bermakna sekali.”
Nota tersebut juga dapat menunjukkan bahawa betapa hebatnya Jonathan sebagai seorang bapa. Dalam keadaan dirinya bersedih nota ini akan sentiasa menjadi peringatan betapa suaminya amat menyayanginya.
“Ini juga adalah peringatan sedih bahawa saya hilang cinta tersebut sepanjang saya hidup nanti, dan suami saya risau dia tidak akan pulang ke rumah. Nota ini mengandungi kata-kata akhirnya. Kata akhirnya, ‘Saya Cinta Kamu’ adalah kata-kata yang saya amat bersyukur kerana dapat mengetahuinya tetapi akan menghantui saya setiap hari.”
Hampir Sembuh Tetapi Tubuh Tidak Dapat Melawan Lagi
Jonathan telah diuji positif Covid-19 pada 26 Mac 2020. Menurut page GoFundMe, Jonathan telah dimasukkan ke hospital dengan masalah pernafasan teruk.
Katie telah memberitahu Today bahawa suaminya itu ada kontak dengan individu yang mempunyai virus tersebut dua hari sebelum dirinya disahkan positif. Kontak itu berlaku ketika Jonathan berada di tempat kerjanya yang terletak di bangunan mahkamah berhampiran kediaman mereka.
Jonathan telah menghabiskan masa 28 hari di hospital, di mana 20 hari darinya dia bergantung pada alat bantuan pernafasan. Katie memberitahu dalam page GoFundMe itu bahawa suaminya hampir untuk sembuh tetapi tubuh suaminya itu tidak dapat melawan lagi.
“Rasa sakit yang kami rasa itu tidak dapat dijelaskan. Insan yang kami anggap segala-galanya buat kami telah dirampas daripada kami,”tulis Katie.
“Hati saya bukan sahaja patah malah telah berkecai. Saya dan anak-anak akan menjalani kehidupan seterusnya tanpa Jonathan. Dan saya tidak tahu bagaimana kami akan melakukannya,” akhiri Katie.
Rupanya kita boleh buat sendiri lampu pelita raya dengan menggunakan minyak masak. Malah lebih jimat dan tahan bernyala sampai ke subuh. Bukan apa jika nak beli pelita raya yang dah siap boleh tahan juga harganya.
Bila pasang pelita di rumah, barulah meriah malam 7 likur nanti.Buat sendiri je ikut cara yang dikongsikan dalam video TikTok Fadildil12 ini. Memang paling mudah cepat dan paling murah kosnya.
Bahan Diperlukan:
Cawan kaca atau bekas plastik
Minyak masak
Pewarna merah atau apa-apa pewarna
Air Pelampung sumbu
Mingguan Wanita: Wah menariknya buat lampu pelita raya guna minyak masak ni. Mudah nak buat dan jimat kos. Memang berseri malam 7 likur bila pasang pelita macam ni, malah boleh tahan sampai ke subuh. Kena cuba nanti.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...