Dikatakan kebanyakan isteri zaman sekarang kurang ajar dengan suami. Padahal, isteri bersikap kurang ajar bersebab, kadangkala suami sengaja cari salah isteri untuk tutup kesilapan sendiri.
Isteri kadang-kadang terpaksa bersikap sedemikian kerana inginkan kepastian daripada suami. Suami selalu tak jujur dengan isteri membuatkan isteri berubah laku.
Sikap kurang ajar itu kadang-kadang dicetuskan oleh suami itu sendiri tanpa dia sedar. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam sebaiknya:
Kurang Ajar Bersebab
“Isteri sekarang ini banyak yang kurang ajar…”
Saya tanya kawan itu, kenapa cakap seperti itu…
“Ya lah, suami balik rumah, tak tahu hormat suami… Asyik marah suami saja…”
Sekejap, sebelum balik rumah itu, singgah pusat snuker dahulu kan? Selepas itu pergi melepak di kedai mamak pula dengan kawan-kawan lain betul?
Agak-agak kalau terus balik rumah selepas habis kerja, isteri marah tak? Terus terang atau tidak pada isteri yang kita itu lambat sebab hendak main snuker dengan melepak dulu? Mesti tidak kan? Mesti cakap balik lambat saja bukan…
Kadangkala Suami Sengaja Cari Salah Isteri
Kita nampak salah isteri sebab kita tidak jujur dengan isteri…
Berapa ramai suami yang mahu mengaku dia ada buat salah dekat isteri?
Ads
Dan berapa ramai suami yang mahu berterus terang yang dia ada menipu isteri?
Atau berapa ramai suami yang bercakap benar tentang perbuatan dia di belakang isteri?
Kita ini sentiasa nampak tak salah disebabkan kita sendiri tak nak mengaku salah. Betul tak?
Cari Salah Isteri Untuk Tutup Kesilapan Sendiri
Haa, senyap pula… Beritahu tak pada isteri sebelum sampai rumah kita uninstall wechat, clear chat? Isteri tak friend dengan kau kan, dia nampak komen anda dekat page artis seksi pagi tadi?
Dia tahu tak kau follow group lagho? Atau dia tahu tak dalam gallery kau ada gmbar apa, video apa…
Dia tahu tak dekat tempat kerja ini kau tengah mengurat siapa…
Cakap panjang lebar pun, kau tetap nampak salah isteri juga sebab kau rasa apa yang kau buat itu tak salah sebagai seorang lelaki… Fikir dalam-dalam, guna akal yang Allah bagi…
Berapa banyak kesalahan yang kita sudah buat yang mana isteri sikit pun tak tahu disebabkan kita sembunyi dan tidak kantoi… Kalau banyak, kalau ada, maka siapa yang kurang ajar dengan siapa…
Renung-renungkan…
Ads
Mingguan Wanita : Sebagai suami dan isteri, jujurlah dengan pasangan sebaik-baiknya. Jika suami baik, insyallah isteri pun ikut baik. Betul tak? Sebenarnya isteri adalah cerminan suami. Tidak perlu menyalahkan antara satu sama lain.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Memang setuju sangat bahagia suami isteri itu bukanlah setiap masa rasa gembira, ada harinya tak bercakap dan bergaduh juga. Lumrahnya sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula dalam perhubungan perkahwinan. Namun apa yang penting, tetap berbaik semula dan mengikat ‘rasa bahagia’.
Dalam bahagia kita suami isteri, ada hari tak bercakap jugak. Ada hari tak bertegur sapa, ada hari masam muka, ada hari tengok muka pun meluat tak kira. Tapi tetap bahagia sebab bahagia tu bukan hari-hari gembira, hari-hari ketawa, hari-hari riang ria.
Ada hari yang kita tak berlaga angin, orang utara kata. Ada hari yang ada konflik, ada hari yang tak sama pandangan, ada hari yang berbeza pendapat. Ada perkara yang buat kita suami isteri jadi macam tu.
Pastu bila dah baik balik, bercakap pun macam biasa dah. Takde masam muka, mulut muncung, dah bertegur sapa macam takde apa-apa. Suami masuk tandas pun dah rindu bila time tengah baik ni.
Lumrahnya kehidupan suami isteri ni begitulah.Itu bagi kita dan kita still tafsirkan situasi dan keadaan tu sebagai BAHAGIA.
Jangan Kecilkan Skop Bahagia
Jangan limitkan atau kecilkan skop bahagia tu mestilah tak boleh bergaduh langsung, tak boleh merajuk, kena bercakap, kena senyum, kena gembira sentiasa. Hidup ni bukannya drama yang skripnya dah ada. Kadang-kadang kita tak tahu apa yang akan berlaku esok dan hari seterusnya. Perangai dan mood pasangan juga kita tak boleh nak jangka.
Ada orang kata dia tak bahagia, tapi dia sendiri tak tahu apa yang dia perlu buat untuk bahagia.
Bahagia perlu dimulai dengan rasa syukur, kemudian redha. Mungkin apa yang kita lalui dan hadapi tu perlu disyukuri terlebih dahulu dan perlu redha untuk kita rasa bahagia yang sebenar.
Orang lain mungkin melalui hari yang lebih teruk daripada hari kita.
Mingguan Wanita: Memang ada benarnya. Lumrah dalam perkahwinan ada pasang surutnya.. Ada hari-hari yang ok, dan ada yang sebaliknya. Bukan hari-hari gembira, dan tak boleh bergaduh langsung.Yang penting tetap bersama-sama hingga ke akhirnya.
Ini dilema mak ayah bila bawa anak ke klinik gigi untuk rawatan gigi anak-anak. Mana-mana mak ayah pun akan hadapi hal yang sama bila sebut rawatan gigi anaknya ‘Atasi ketakutan anak untuk rawatan gigi’.
Inilah yang dikongsikan oleh Dr. Ahmad Firdaus Mohd Haris, bapa yang juga seorang Medical Office di Hospital Ipoh ketika membawa anaknya yang bernama Daniel untuk rawatan gigi di klinik pergigian.
Bagi mengatasi kebimbangan mak ayah dengan rawatan gigi anak. Beliau berkongsi 5 tip yang boleh buat anak ‘behave’ dari mula masuk klinik sampailah selesai rawatan atas ‘kerusi’ yang anak kecil takutkan itu.
Mak Ayah Kata-kata Ini Jangan Sebut
“Nanti misi/doktor/dressar cucuk adik dekat klinik!”
“Kalau nakal, doktor tu cucuk adik!”
Kanak-kanak sering dimomok dengan ugutan begini. Kalau satu hari tak dengar momokan begini di klinik, memang tak sah.
Rasanya jika anak – anak dimomok begini, mahu ke dia duduk diam apabila dalam bilik rawatan? Doktor tak sempat buka mulut pun tak teriak. Baru nak capai stethoscope, dah melompat. Ada yang sampai meludah – ludah.
Mari saya bagi tips bagaimana nak KAWAL ANAK KETIKA DI KLINIK.
5 Tip Kawal Anak Duduk Diam Dalam Klinik Gigi
1. Kata – kata Semangat Inilah Yang Kadang Mak Ayah Lupa Sebut
Terangkan elok-elok kepada anak sebab apa ke klinik. Berikan kata-kata bunga sikit.
Jangan anggap pemikiran anak-anak ini tidak cukup matang untuk fahami apa yang kita sampaikan. You will be surprised.
2. Bawa Alat Mainan Bukan Gajet
Alat mainan tau. Kalau boleh, elakkan sebarang gadget (tablet, telefon pintar dsb.). Yang terbaik adalah buku aktiviti seperti mewarna dan melukis. Berikan anak sesuatu aktiviti yang boleh menghilangkan rasa takut.
3. Masa Menunggu Buat Ini
Sambil duduk menunggu giliran, tunjukkan anak – anak poster poster yang berada di bilik menunggu. Kan biasanya akan ada gambar anatomi badan di klinik.
Tunjuk sikit sikit tentang badan kita. Tak tau sepenuhnya pun tak mengapa. Basic basic je. Cakap lah dengan anak-anak.
“Gigi Daniel bentuk macam ni.”
“Haaa…ni jantung dekat sini. Cuba Daniel tengok.”
4. Penting Kena Tahu Masuk Ke Bilik Rawatan
Dahulukan anak ketika masuk ke bilik rawatan. Biar dia di hadapan. Jika nampak anak mula gementar, bertentang mata dengannya (eye level) dan terangkan lagi apa yang akan berlaku.
Duduk berhampiran anak, tetapi biarkan dia ‘take the lead’. Galakkan anak menjawab segala soalan doktor dengan sendiri.
5. Bab Ganjaran (Reward) Jangan Sesekali Tipu Anak
Kalau dah janji nak berikan hadiah atau belanja ais krim setelah mereka ‘behave’ di klinik, jangan lupa untuk tunaikan.
Tunjukkan kepada anak, setiap kelakuan yang baik akan ada ganjarannya. Masa ni, boleh masukkan sekali konsep pahala dan dosa untuk pemahaman anak-anak.
Macam mana? Boleh buat?
Mulakan sikit – sikit.
Ingat, jangan momokkan anak – anak dengan mitos ‘doktor jahat’. Sama juga dengan polis dan askar. Jangan takutkan mereka kepada Abang Polis. Cakap elok – elok, Abang Polis ni baik sebab membantu menjamin keselamatan masyarakat.
Isteri zaman sekarang garang, kasar dan tidak lagi lembut seperti sebelum kahwin. Fenomena isteri yang kelihatan garang, kasar dan tidak selembut isteri zaman dahulu bukanlah sesuatu yang berlaku tanpa sebab.
Isteri Zaman Sekarang Garang, Kasar Dan Tidak Lagi Lembut Seperti Sebelum Kahwin
Kudrat wanita tidak sama dengan lelaki. Keletihan mereka, baik fizikal mahupun emosi, juga berbeza. Hakikatnya, ramai wanita hari ini memikul beban dan tanggungjawab yang jauh lebih berat berbanding apa yang sepatutnya ditanggung oleh seorang isteri.
Isteri bukan sahaja memainkan peranan sebagai isteri dan ibu, malah dalam kebanyakan kes, mereka turut keluar bekerja mencari rezeki. Mereka membantu membayar bil, perbelanjaan rumah tangga, dan pelbagai keperluan lain. Apa yang mereka lakukan seringkali melebihi had kemampuan dan tenaga yang mereka miliki.
Maka, bagaimana mungkin mereka boleh sentiasa berlembut jika yang diperlukan ketika itu adalah kekuatan dan ketabahan untuk terus bertahan dalam kehidupan yang mencabar? Isteri kelihatan garang kerana tekanan. Mereka tidak lagi berlembut kerana tuntutan keadaan.
Tekanan hidup dan desakan tanggungjawab itulah yang membentuk siapa mereka pada hari ini. Jika seorang suami benar-benar memahami, sudah tentu dia akan cuba mengurangkan beban yang ditanggung oleh isterinya. Sayangnya, ramai lelaki memiliki seorang wanita, namun tidak ramai yang benar-benar memahami hati dan perasaannya.
Mereka tidak menyedari apa yang dilalui oleh isteri—kenapa dia menjadi garang, kenapa dia bersikap kasar, kenapa dia mudah marah, dan kenapa dia sering beremosi. Jangan tunggu hingga dia ‘meletup’ baru kita mahu sedar akan segala yang dipendamkan selama ini.
Sejujurnya, dia tidak pernah meminta untuk suami menggantikan tempatnya sepenuhnya—menjaga anak, mengemas rumah, membasuh pakaian atau memasak. Apa yang dia perlukan hanyalah faham dan penghargaan. Fahami dirinya, hargai segala usahanya agar semua yang dilakukan itu tidak terasa sia-sia.
Itu sahaja… adakah itu pun terlalu susah?
Cubalah bantu meringankan kerja-kerja rumah, jangan diletakkan semua beban di atas bahunya. Kekuatan fizikal dan mental lelaki dan wanita tidak sama. Wanita lebih mudah beremosi kerana mereka melalui kepayahan, keletihan dan tekanan yang tidak selalu dizahirkan.
Jangan dipersoalkan ke mana hilangnya kelembutan seorang isteri, kerana fitrah wanita itu memang dicipta sebagai makhluk yang lemah lembut. Namun, jika dia terlalu berlembut, kita pula mudah memperlekeh dan memijak maruahnya.
Ayuh kita sama-sama, sebagai suami, bantu isteri. Isteri itu bukan hamba, dan kita juga bukan tuannya. Perkahwinan adalah perkongsian—saling memahami, saling membantu, dan saling menghargai.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...