Memang ada benarnya keutamaan dan keperluan setiap orang ada berbeza-beza. Tak perlu kita nak letakkan penanda aras, ‘standard’ yang sama, apatah lagi nak ‘jatuh hukum’ apa yang terbaik buat orang lain. Jalani sahaja kehidupan dan keluarga, mengikut acuan dan rentak sendiri.
Hadamkan perkongsian daripada Puan Nurul Izzah Zainolini sebagai panduan;
KEUTAMAAN KITA BERBEZA
Kita akan selalu jumpa nasihat atau tips kewangan /tips berbelanja yang lalu lalang di FB. Ada yang akan kata duit jangan banyak berhabis kat kereta, pakai wira 2nd hand lama pun tak apa. Ada yang kata, duit jangan meriah berhabis kat rumah. Kalau boleh duduk rumah flat 2 bilik sekangkang kera, yg ansuran bulanan rm500 sudah. Rumah besar-besar mahal buat jadi beban hidup sahaja.
Ada jugak yg bermazhab, buat apa la terbeban dengan kereta dan rumah mahal tapi tak boleh nak berjalan ke mana-mana. Duit tak cukup nak holiday puas-puas. Duduklah terperuklah dalam rumah yang mahal tu apa dapat? Lebih baik saving tu boleh bawak kita pusing satu dunia. Luas permandangan luas pengalaman.
Tak payah judge kalau keutamaan orang lain berbeza dengan kita. Kita tak tahu asbab pilihan setiap orang yang ada pelbagai sejarah, latar belakang dan punca sesuatu pilihan tu diutamakan. Ada orang spend banyak kat kereta sebab rumah dia dalam kereta. Kerja dia lasak ke sana sini pakai kereta. Dia nak beli kereta sedap agak-agak mahal itu keutamaan dia. Biarpun rumah dia ala-ala setinggan.
Ada orang keutamaan dia adalah rumah yang selesa. Nak isteri dan anak-anak selesa dan merasakan rumah adalah syurga mereka. Bila penat seharian bekerja, rumahlah tempat berehat, berhibur atau hotel baginya. Tak payah nak tala pi rumah urut atau pusat hiburan bagai bila stress or penat kerja. Rumah yang selesa adalah segala-galanya baginya. Tambah pula bagi yg jenis suka menerima tetamu dan ahli keluarga datang bermalam. Itulah kepuasan hatinya bila dapat sediakan kediaman yg besar dan selesa utk ramai berkumpul.
Ads
Same goes to yang suka travel satu dunia. Kejap-kejap vacation, sikit-sikit check in negara itu ini. Tapi aset masa depan tiada. Rumah masih menyewa. Kereta pun macam besi buruk.
Kawan, biarlah. Keutamaan dia barangkali nak tinggalkan memori yang indah-indah untuk isteri dan anak-anak dengan travel bersama. Mungkin itulah caranya untuk family bonding. Seeru ala barakatillah. Mungkin dengan banyak menjelajah bumi Tuhan bertambah tinggi imannya. We just don’t know.
SELAGI TIDAK
Selagi tidak sampai menyusahkan orang lain, selagi tidak sampai mengemis dan meminta-minta dek kerana gaya hidup kita. Selagi tidak melanggar batas sehingga menunjuk-nunjuk dan merendah-rendahkan pilihan gaya hidup orang lain,teruskan!
Ingat, apa yang jadi kepuasan bagi kita, tak semestinya sama untuk orang lain. Lahir daripada perut ibu yang sama pun lain seleranya. Inikan kita yang bau-bau bacang pun tiada.
Ads
Gambar: kami suka check in mall. Tengah serabut dapat check in mall adalah satu terapi even hanya dapat secawan kopi Salted Caramel Machiatto.
Mingguan Wanita: Ada benarnya keutamaan setiap orang berbeza-beza, tak perlu kita nak ‘jatuh hukum’ apa yang terbaik jika keutamaan orang lain berbeza dengan kita.
“Alhamdulillah Maryam dah ada geng” Fizo Omar kini ayah kepada dua puteri. Tahniah diucapkan buat pelakon dan usahawan berjaya Fizo Omar dan isteri Fazeera Nazri yang telah dikurniakan anak perempuan.
“Alhamdulillah Maryam dah ada geng” begitulah ucapan daripada wargant menerusi akaun ctfatrh.
“Alhamdulillah Maryam Dah Ada Geng”
Kelahiran anak sulong pasangan itu menjadikan Fizo bergelar ayah kepada dua orang puteri, puteri pertama, Wan Maryam lahir menerusi perkahwinan terdahulu dan sudah berusia 5 tahun.
Untuk rekod sebelum ini Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.
Fizo kemudian bertemu jodoh dengan Fazeera dan berkahwin pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.
Terbaru Fizo Omar berkongsi berita gembira apabila isterinya, Fazeera Nazri selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor.
“Alhamdulillah. Satu lagi hadiah yang indah dikurniakan oleh Allah SWT.
“Isteri saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin.
“Ibu dan bayi sekarang berada dalam keadaan sihat dan selamat,” ungkapnya.
Terima Kasih Doa Semua
Fizo juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak hospital kerana telah memberikan perkhidmatan terbaik kepada isterinya sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah bersalin.
“Terima kasih juga atas doa semua untuk isteri dan bayi saya,” ujarnya.
“Assalamualaikum, Baby Girl’ Warganet
Menerusi ruangan komen warganet memberikan ucapan tahniah buat Fizo dan isterinya.
Kes buli Zara Qairina, siasatan akhir polis terhadap 60 saksi tak menolak wujudnya unsur tersebut. Kes buli terhadap arwah Zara Qairina, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar sudah di peringkat akhir siasatan di mana seramai 60 orang telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Ini termasuklah nama seperti Kak Wana, Kak Dedeng dan Tomboi yang dikaitkan dengan kejadian melibatkan arwah Zara yang dikatakan jatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekolah berkenaan.
Kes Buli Zara Qairina
Kematian Zara Qairina mencetuskan gelombang #justiceforzara di mana orang ramai mahukan satu siasatan telus dilakukan sama ada wujud unsur buli atau tidak
Siasatan Akhir Polis Terhadap 60 Saksi Tak Menolak Wujudnya Unsur Tersebut
Dalam siasatan menyeluruh oleh pihak polis, tidak menolak wujudnya unsur buli dalam kematian pelajar ini namun menyerahkan kepada Bukit Aman untuk analisis menyeluruh.
Hal ini disahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun kepada media semasa sidang media di lobi IPK Sabah, di sini, hari ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun memaklumkan seramai 60 saksi termasuk pelajar, kakitangan sekolah sudah dipanggil memberikan keterangan dalam kes arwah Zara
Jauteh berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan unsur buli dalam kes itu, namun menyerahkan kepada Bukit Aman untuk analisis menyeluruh.
“Sekarang ini siasatan menjurus kepada dua elemen iaitu punca kepada kematian dan juga persekitaran.Siasatan kes ini akan diserahkan kepada Bukit Aman untuk analisis menyeluruh,” katanya.
Mengenai dakwaan kononnya kes itu membabitkan anak atau ahli keluarga kenamaan termasuk dirinya sendiri, beliau menafikannya dan menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak sihat.
“Saya ingin tegaskan, tiada anak saya yang sedang atau pernah bersekolah di situ.
“Ini bererti ada netizen yang sengaja menimbulkan sesuatu yang tidak sihat kepada perkara ini,” katanya memaklumkan siasatan juga tidak menjurus ke arah dakwaan kononnya pelajar itu anak kepada individu berpengaruh.
Beliau dalam pada itu, menegaskan siasatan dalam kes ini dijalankan dengan penuh profesionalisme dan ketelusan, mengambil kira emosi pelajar yang menjadi saksi.
“Netizen mahu siasatan yang menyeluruh. Itu sebab kita ambil sedikit waktu untuk menyiapkan siasatan ini. Membabitkan 60 saksi dan juga semua saksi ini pun kita tidak dapat ambil secara terus.
“Kita juga memikirkan bahawa saksi-saksi ini adalah pelajar di sekolah itu yang mungkin hanya melihat atau mendengar ataupun berkawan dengan mangsa,” katanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebaknya catatan, Farah Ahmad, isteri kepada pengarah filem Pitt Hanif yang dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Mela, Jerantut, Pahang. Sejak petang semalam, Farah berada di lokasi kejadian bersama-sama team SAR yang mencari suaminya.
Pitt Hanif merupakan anak pelakon veteran terkenal Fauziah Nawi. Kejadian yang menimpa anak pelakon itu berlaku kira-kira jam 1 tengah hari semalam, apabila bot fiber yang dinaikinya bersama rakan jurukameranya, Sham Mokhtar terbalik dan terbelah dua.
Sham berjaya diselamatkan, namun Pitt terus dibawa arus deras.
Tulisnya,
I know u @pitthanif
Be strong.
Insyaallah kita akan jumpa. Masa jalan masuk jalan kat jambatan Farah rasa Pitt ada. Be strong tau.
Bomba terpaksa stop usaha pencarian hari ini (semalam) sebab dah lewat akan sambung esok.
Terima kasih kawan-kawan yang datang dari KL, bomba dan orang kampung. Insyaallah kita jumpa yer Pitt. Because I know u my man.
Farah tunggu ok.
Hari ini usaha mencari masih diteruskan dan isteri ini begitu mengharapkan berita terbaik buat keluarga mereka.
Menunggu Berita Terbaik Untuk Anak-anak..
Salam Subuh.
Alhamdullilah terima kasih alam kerana cuaca yang baik. Semoga Allah mendengar doa-doa yang dipanjatkan buat suamiku, Pitt Hanif.
Ampitt my man my totties Farah still here waiting for you. Moga Allah memberi berita yang terbaik untuk anak-anak kita yer Pitt.
I still need u my congkiang congkueh.
#prayforpitthanif
Doa Dari Rakan Artis Untuk Pitt Haniff
Ramai rakan artis terkesan dengan kehilangan Pitt Hanif, yang disifatkan sebagai individu yang baik ini. Masing-masing memanjatkan doa agar urusan mencari Pitt dipermudahkanNya.
Kata pelakon, Rita Rudaini, “Allahuakbar.. kawan-kawan, sama-sama kita doakan.. moga sahabat kami director Pitt Hanif selamat. Ya Allah hanya kau yang Maha Besar. Selamatkanlah sahabat kami semua saudara Pitt. Baru lepas kol ibu tadi. Saya pulak yang nangis.. kuatnya hati seorang ibu.”
Tulis Sherry Al-Hadad, “Minta semua tolong panjatkan doa kepada rakan kami Pitt Hanif supaya dipermudahkan urusan penyelamat untuk mencari beliau yang hilang di Sungai Pahang. Terima kasih semua.”
Kongsi pelakon Saharul Ridzwan, “Minta jasa baik semua untuk mendoakan Pitt Hanif. In Sha Allah, semoga semuanya selamat dan dipermudahkan segala urusan. Be strong kak Farah Ahmad dan ibu, Fauziah Nawi. Amin Ya Rabb.”
Rita Rudaini dedah sekolah sorok kes buli 'bawah karpet'-"Pelajar senior pukul, ikat pelajar di pokok sampai tak boleh berjalan." Pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini mendedahkan pengalaman pahit apabila salah sebuah sekolah yang pernah menjadi tempat anaknya menuntut dikatakan terbabit dengan kes buli yang serius, namun cuba ditutup oleh pihak pengurusan sekolah.