‘Tak halang, bantu pilih calon bapa tiri.’ 3 beradik kongsi duit buat majlis nikah ibu kesayangan mereka.
Tiga beradik ini bukan saja tidak pernah menghalang ibu mereka berkahwin lain, malah pernah juga sama-sama memilih calon suami yang terbaik buat ibu.
Sporting betul keluarga ini, tapi benarlah mengapa perlu dihalang apatah lagi ibu mereka telah menemui calon yang sesuai sebagai peneman hingga ke hujung nyawa.
Tak Halang
Syawal ini paling bermakna buat Faizatul Najirah Ahmad Zalil bersama dua adik-beradiknya apabila dapat meraikan hari bahagia ibu mereka, Nor Arini Ismail yang kembali bergelar isteri selepas lapan tahun hidup ‘solo’.
Lebih menarik, Faizatul Najirah, 28, bersama kakaknya, Fatini Syukriah, 29, serta adik bongsu, Ahmad Zafran, 26, sepakat berkongsi wang bagi menganjurkan majlis pernikahan wanita kesayangan mereka pada 15 Mei lalu.
Tidak setakat itu, Faizatul turut berpeluang mendandan wajah Nor Arini, 55, yang sah menjadi isteri kepada Zainur Ariffin, 65, pada majlis yang diadakan di Homestay Ayahwan Paloh, di sini.
Bantu Pilih Calon Bapa Tiri
Kisah perkahwinan Nor Arini dan Zainur mendapat perhatian warga net selepas Faizatul Najirah memuat naik video rombongan pengantin lelaki hadir untuk menyunting ibunya di TikTok, baru-baru ini.
Menyingkap cerita sebenar, cerita Faizatul Najirah yang juga jurusolek dan menetap di Padang Air Tepoh, Kuala Nerus, Terengganu, ibunya sudah hidup sendirian selepas berpisah dengan bapa kandungnya, lapan tahun lalu.
Ads
Katanya, sejak itu, Nor Arini hanya fokus membesarkan mereka hingga masing-masing sudah berkeluarga.
“Emak pernah nyatakan hasrat untuk berkahwin sebelum ini, malah pernah berkawan dengan lelaki, cuma ditakdirkan jodoh emak dengan abah (Zainur) walaupun tempoh perkenalan mereka amat singkat iaitu empat bulan saja.
“Kawan emak yang memperkenalkan abah. Ikutkan abah pernah mengajak emak berkahwin pada November tahun lalu tetapi emak menolak kerana belum bersedia.
“Namun, akhirnya dia terbuka hati untuk bertunang pada Februari lalu sebelum melangsungkan perkahwinan pada Isnin minggu lalu,” katanya.
Menurut Faizatul Najirah, dia serta kakak dan adik tiada halangan buat ibu mereka berumah tangga lagi, malah pernah membantu memilih calon yang sesuai sebagai bapa tiri mereka.
Ads
Akhirnya, Zainur datang dalam hidup Nor Arini dan mereka menerimanya selepas latar belakang bapa tirinya itu yang diyakini dapat membahagiakan keluarga.
“Kami bukan mahu masuk campur urusan peribadi emak cuma biarlah dia berkahwin dengan seseorang yang boleh menjaganya dan membimbingnya terutama dari segi agama.
“Alhamdulillah, jodoh emak sampai dan semuanya dipermudahkan kerana anak kandung abah juga boleh menerimanya.
“Sedih dan berat juga melepaskan emak kerana sebelum ini kami adik-beradik menjaganya dan kini dia sudah berpindah ke Seksyen 19, Shah Alam. Kami relakan dengan hati terbuka demi kebahagiaannya.
“Lagipun, kami adik-beradik sudah berumah tangga dan sedar emak juga berhak ada teman hidup untuk menjaganya dan menjadi tempat meluahkan perasaan,” katanya.
Dalam pada itu, Faizatul Najirah terharu dengan doa dan kata positif diterima selepas memuat naik video ibunya menjadi raja sehari.
“Tak sangka akan tular kerana niat saya muat naik video di situ untuk kenangan saja, namun mungkin yang melihat rasa unik kerana bukan rombongan kahwin anak tetapi emak. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan emak dan abah.
“Diharap, video itu membuka mata anak di luar sana untuk beri peluang kepada ibu bapa mereka yang sudah lama solo untuk berkahwin lagi jika itu yang dimahukan dan ada calon sesuai,” katanya.
Mingguan Wanita : Semoga jodoh sang ibu dan suami baru akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Insyallah.
Lagi bayi lelaki berusia sembilan bulan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Baling apabila tidak sedarkan diri selepas diberi makan buah epal lenyek oleh pengasuh di sebuah taska di Taman Mesra, Kupang, Baling.
Mangsa, Muhammad Fawwaz Mohd Fadlan berada di ruang dapur taska terbabit diberi makan buah epal lenyek oleh pengasuh dalam jam 9.15 pagi.
Namun tiba-tiba mangsa menangis dengan kuat kerana ingin mengikut penyelia pengasuh sebelum tiba-tiba dia tidak sedarkan diri.
Selepas Makan Epal Lenyek
Menurut laporan daripada Harian Metro, penyelia terbabit kemudian terus membawa mangsa ke Klinik Kupang dan ketika itu masih bernyawa sebelum dirujuk ke Hospital Baling.
Bagaimanapun sebaik tiba di hospital mangsa disahkan meninggal dunia dan pemeriksaan tiada kesan luka atau lebam di badan.
Mayat bayi itu dihantar terus ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat.
Cerita Dari Si Ibu
“Saya berada di sekolah ketika kejadian dan pihak taska ada menghubungi, tapi tak sempat menjawab kerana sedang mengajar sehinggalah kawan sekerja memberitahu kejadian itu setelah pihak taska menghubunginya pula.
“Saya difahamkan anak diberikan buah epal yang telah dipotong dan dilumatkan, malah makanan sama disuap kepada anak pengasuh yang seusia anak saya.
“Anak saya belum ada gigi, mungkin ketika mengunyah dia tertelan terus dan pengasuh yang menyangka anak tercekik cuba mengorek kerongkongnya dengan jari, tetapi tiada apa-apa.” Luah Munirah.
Agak sedih namun ibu kepada mangsa, Munirah Abd. Rahman, 38, dan suaminya, Muhammad Fadlan Saidin, 38, menerima takdir tersebut walaupun mengakui masih terkejut dengan kejadian yang menimpa bayinya itu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bahaya makan ikan tilapia tak dimasak sempurna, ibu anak seorang kudung kedua belah kaki & tangan. Gara-gara memakan ikan tilapia yang tidak dimasak sempurna, terjadi peristiwa yang menggerikan bagi seorang wanita. Bahkan dirinya kini sedang bertarung nyawa selepas kedua belah kakinya terpaksa dipotong.
Memetik laporan Berita Harian, seorang ibu dari Amerika Syarikat (AS) kehilangan kedua-dua tangan dan kakinya selepas dijangkiti kuman pemakan daging, selepas memakan ikan tilapia yang dipercayai tidak dimasak sempurna.
Makan Ikan Tilapia Tak Dimasak Sempurna
Wanita dari San Jose, California, Laura Barajas, 40, menjalani pembedahan kecemasan pada Rabu selepas dimasukkan ke hospital selama lebih sebulan bagi melawan jangkitan berkenaan.
Ikan tilapia yang tidak dimasak sempurna boleh membahayakan nyawa pemakannya.
Ibu Anak Seorang Kudung Kedua Belah Kaki & Tangan
Menurut rakannya, Anna Messina, Barajas yang juga ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu jatuh sakit beberapa hari selepas dia memasak dan makan ikan yang dibelinya dari pasar tempatan pada akhir Julai.
“Dia hampir kehilangan nyawanya dan bergantung kepada alat pernafasan.
“Dia terpaksa ditidurkan untuk tujuan rawatan. Jari, kaki dan bahagian bawah bibirnya hitam. Dia mengalami sepsis dan buah pinggangnya gagal berfungsi,” katanya kepada stesen berita tempatan di kawasan teluk San Francisco, Kron4.
Messina percaya jangkitan itu disebabkan Vibrio vulnificus, bakteria yang telah diberi amaran mengenainya oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), AS pada 1 September.
Menurut CDC, orang ramai boleh dijangkiti Vibrio vulnificus dengan mengambil makanan laut mentah atau kurang dimasak mahupun mendedahkan luka di permukaan air laut.
Tambahnya, kira-kira 150 hingga 200 kes jangkitan dilaporkan setiap tahun di AS dan sekitar satu daripada lima orang yang dijangkiti meninggal dunia.
Messina turut mewujudkan halaman khusus di media sosial untuk membantu membayar perbelanjaan perubatan rakannya, iaitu ‘GoFundMe’, di mana sehingga kini lebih AS$35,000 (RM163,940) berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai. – AGENSI.
Nur Latifah Cherdiq Hanania, indahnya nama anak keenam Johan dan Ozlynn. Pemilihan nama yang indah dan unik ini rupa-rupanya sudah ada dalam simpanan pasangan suami isteri popular ini sejak tujuh tahun lalu.
Nur Latifah Cherdiq Hanania, Indahnya Nama Anak Keenam Johan & Ozlynn
Menurut Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, 39, yang kini masih dalam pantang selepas melahirkan anak keenam pada 3 September lalu kini dia dan suami cukup bahagia dengan kehadiran seorang lagi cahaya mata.
Selain Ariq, rumah tangga mereka diserikan lima lagi permata hati iaitu Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan seorang bayi yang baru dilahirkan yang diberi nama Cherdiq.
“Alhamdulillah genap 21 hari, lahirnya Nur Latifah Cherdiq Hanania.. di hari Jumaat yang indah pada 3 sept.. nama yang telah disimpan 7 tahun dahulu.. akhirnya dapat jugak kepada pemilik sebenar..
“Syukur kepada Allah kami diberikan peluang merasa nikmat sekali lagi, bermata panda di malam hari.. berebut sape nak bergendong baby.. 3 putera dan 3 puteri.. akhirnya suami kata ok cukup takat ini.
Jangan Putus Asa, Bersangka Baik Dengan Allah
“Kepada kesayangan kami yang masih belum punya rezeki.. jangan putus asa.. sentiasa bersangka baik pada Allah..
“Kadang tanpa kita sedar ada nikmat lain yang Allah bagi.. tapi tetap kami mendoakan untuk kalian supaya Allah memberi peluang untuk kalian merasa nikmat hamil, melahirkan dan membesarkan anak sendiri.
“Semoga ada rezeki kalian.. ketahuilah tiada apa yg senang dalam dunia ini.. membesarkan setiap anak jugak ada ujiannya.. semoga kita semua sentiasa bersyukur atas nikmat dan ujian Allah.. ujian kami.. kehilangan bonda tercinta,” luah Ozlynn.
Sumber/Sumber Foto : Instagram jozlynnhanania’s
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...