Kesusahan dalam perkahwinan ini, lain orang berbeza kisahnya, hanya suami dan isteri saja yang tahu bagaimana kita hadapinya. Tak semua perkara kita perlu kongsi dengan orang luar.
Setiap pasangan pasti melalui kesusahan masing-masing dan kesusahan itu tak sama antara satu sama lain. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik.
Kesusahan Dalam Perkahwinan Lain Orang Berbeza Kisahnya
“Nak malu apa, kita bukan mengemis mintak duit orang…”
Saya pernah ke satu kedai makan ini, saya tanya kedai itu, nak tukar duit syiling tak? Dia tanya balik, ada banyak ke? Saya kata dalam RM 100 mungkin, tapi saya tak kira lagi… Dia kata boleh, bawa datang…
Saya balik, kemudian saya kira… Dapat dalam RM 75, terus bawa pergi ke kedai itu… Dia bagi duit kertas RM 75… Saya balik, saya letak dalam beg isteri RM 50, dan dalam dompet saya RM 25…
Gaji seminggu lagi…
Masa kira duit syiling, wife tanya, “Duit tak cukup ke? Mahu dia ambil duit simpanan tak?
“Tak apa, sekejap lagi abang tukar duit syiling ini, adalah duit belanja…”
Tak Perlu Malu Susah Dalam Perkahwinan
Daripada anak seorang hinggalah tiga orang anak 3 pernah buat macam itu… Benda tiba-tiba yang tak dijangka macam susu habis, pampers habis, bila tengah bulan kita beli, terus bajet jadi lari… Saya cakap dekat diri sendiri,
“Nak malu apa, aku bukan mengemis minta duit orang, pinjam sana sini, gadai barang kemas bini…”
Tanya kedai hendak duit syiling ke tak saja. Itu pun ada ketika time tanya, orang tengok lain macam. Kadang-kadang ada juga kedai yang tak nak, terpaksa pergi ke kedai lain. Untuk bagi anak bini makan, tak sempat hendak fikir tentang malu…
Ads
Kalau bergantung harap sepenuhnya pada duit bini, bolehlah nak malu… Ini duit syiling sendiri, hasil tabungan sendiri…
Tabungan Syiling Bantu Waktu Susah
Sampai sekarang saya simpan duit syiling… Nampak banyak saja, kira dan letak tepi… Selepas itu menabung lagi, nanti time sesak, time perlu untuk tukar, baru saya tukar…
Susah dalam alam perkahwinan ini, lain orang, lain kesusahannya. Ada yang sampai kena gadai barang kemas, ada yang sampai pinjam duit kawan, ada yang kena ikat perut tak makan… Tapi, kita suami, isteri tak adalah hendak beritahu semua orang yang kita ini tengah sesak, tengah susah…
Setakat mana yang kita ada, kita cuba ikhtiar guna untuk dapat duit belanja… Ada seorang kawan ini, dia cagar telefon dekat member, kalau dia tak dapat bayar, ambil lah telefon dia.
Janji ada duit hendak bagi anak, isteri makan… Sampai tahap itu… Tak pernah rasa? Untunglah, kalau pernah rasa, maka itu cuma sebahagian daripada perjalanan alam rumah tangga kita sebagai suami dan isteri… Ke depan nanti, macam-macam cabaran lagi…
Semoga kita tabah menghadapi…Insyallah…
MW: Insyallah jika pasangan setia di kala susah dan senang, rumah tangga akan bahagia untuk selamanya. Biarlah hidup susah, namun pasangan sentiasa berada di sisi.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Ramai yang sensitif bila menyebut isu poligami. Sukar untuk menemui keluarga yang bahagia dan harmoni dalam menyatukan kesemua anak-anak dan isteri-isteri.Lebih-lebih lagi sama-sama meraikan sambutan Aidilfitri.
Namun bagi Mohd Fazil Mohd Dali, 44, setiap tahun, keluarga besarnya merayakan Hari Lebaran secara beramai-ramai tanpa timbul sebarang masalah.Malah begitu seronok dapat meraikannya bersama-sama 4 orang isteri dan 14 orang anak serta menganggapnya ia rezeki yang dikurniakan Allah SWT.
“Memang seronok dapat beraya dengan empat isteri dan 14 anak, dan saya menganggap ia rezeki diberikan Allah SWT.”
Mohd Fazil bersyukur menyambut Aidilfitri bersama empat isteri, iaitu Harlinda Suparman, 44; Suhana Mokhtar, 40; Nur Izzati Mad Wazi, 33; dan Khairatul Azwa Khairul Anwar, 36, serta 14 anak berusia antara dua hingga 18 tahun daripada enam perkahwinannya.
Berkumpul Rumah Isteri Pertama
Beliau berkata, mereka lazimnya berkumpul di rumah isteri pertama pada malam raya untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri, selain memenuhi amalan akhir Ramadan dengan pengisian keagamaan yang menjadi kunci kebahagiaan.
“Selepas bertakbir raya, kami berkumpul di ruang tamu untuk membaca kitab taalim fadilat amal selama 90 minit sebelum mula membuat persiapan menyambut Aidilfitri dan saling bermaafan,” katanya yang juga pemilik gimnasium ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pandan, di sini.
Mohd Fazil berkata, persiapan wajib seperti baju raya untuk semua isteri dan anak sudah dibuat dari awal Ramadan bagi membolehkan ahli keluarganya memberi tumpuan kepada amalan 10 malam terakhir Ramadan.
Rahsia Kebahagiaan
“Ramai yang bertanyakan rahsia kebahagiaan saya dan jawapannya ialah bergantung pada sejauh mana amalan serta tanggungjawab ditunaikan sebagai seorang ketua keluarga dan bapa.
“Saya menyatukan semua isteri dan anak bukan melalui kekerasan atau paksaan tetapi secara berhemah serta kasih sayang, selain mengerjakan suruhan Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya.
“Selain solat berjemaah dan membabitkan semua isteri serta anak dengan majlis ilmu agama di masjid, amalan makan di dalam talam dan saling menyuap juga antara rahsia pengikat kasih sayang kami sekeluarga,” katanya.
Bergilir Beraya Rumah Mentua
Setiap tahun, Mohd Fazil berkata, mereka sekeluarga akan beraya di rumah mentua secara bergilir-gilir di Perak, Melaka, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
“Walaupun kami beraya bersama, saya tidak mewajibkan isteri atau anak berpakaian sedondon. Mereka bebas memilih warna mengikut cita rasa masing-masing.
“Biasanya, kami akan berkonvoi ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri sebelum berkunjung ke rumah saudara terdekat selepas bersarapan,” katanya.
Saling Membantu
Sementara itu, Harlinda berkata, beliau seronok beraya bersama tiga madu dan semua anak, malah mereka saling membantu dalam segala urusan keluarga.
“Setiap anak dilayan sama rata dan isteri juga tiada iri hati terhadap satu sama lain kerana keutamaan kami ialah muafakat, kerjasama dan saling menghormati serta membahagiakan.
“Kami bertuah kerana dianugerahkan seorang suami yang rajin berusaha mencari rezeki untuk keselesaan keluarga, terutama anak, tetapi pada masa sama tidak mengabaikan tanggungjawab mencurah kasih sayang kepada kami,” katanya.
MW: Bukan mudah untuk sepakat dan hidup dalam keadaan harmoni apabila berpoligami. Tanpa pegangan agama yang kukuh, sikap suami yang bertanggungjawab dan adil dalam mengemudi rumahtangga.
Aplikasi 4D Quiver ini boleh didownload secara percuma oleh mak ayah yang menggunakan smartphone. Nak pembelajaran lebih seronok, kenalah muat turun dulu aplikasinya sama ada di play store untuk pengguna android dan Apple store.
Aplikasi AR Quiver yang dibangunkan ini memang menyeronokkan bukan saja anak-anak malah mak ayah pun akan jadi teruja sama.
Sebabnya setiap kali selesai mewarna pada bahan bercetak yang diperoleh dari laman web Quiver, anda boleh halakan gajet padanya dan masa itulah magik akan bermula.
Ia akan menjadikan gambar yang diwarnakan dengan apa saja warna baik pensil warna, crayon, marker pen mahupun watercolor akan menjadi hidup dan membuat aksi yang comel. Ia juga disertakan dengan bunyi-bunyian yang akan menarik minat anda.
Mak-mak Pun Teruja Sama!
“Yang ni best, mummy pun jadi jakun sekejap. Anak-anak seronok sebab lukisan diaorang color boleh hidup. Jom share n tag kat parents yang ada anak-anak kecil , mungkin bermanfaat untuk penuhi aktiviti anak-anak di hujung minggu.” – Puan Zara Razali.
Konsep yang dibawakan oleh aplikasi ini samalah seakan yang boleh dilihat dalam game Pokemon Go. Bezanya ia cuma bergerak di atas kertas yang telah mak ayah cetak saja. Pembelajaran tentunya menjadi lebih interaktif dan menyeronokkan.
Pastikan jumlah bateri mencukupi dan capaian Internet anda baik (ia diperlukan untuk sesetengah aplikasi AR)
Ramai wanita hamil di luar sana terlepas pandang yang “baby bump” adalah aurat serta wajib ditutup seperti bentuk tubuh yang lain. Ditutup yakni pakailah pakaian yang longgar dan selesa untuk ibu yang mengandung apatah lagi mak-mak di kalangan wanita bertudung.
Oleh sebab itu, mak-mak kita dahulu asingkan baju mengandung dan baju biasa kerana tidak semua baju sesuai dipakai ketika mengandung. Memakai baju yang longgar ketika ibu sedang mengandung amat manis dipandang mata. Jaga-jaga ya, ada juga mata-mata lelaki yang gemar melihat “baby bump”.
Ikuti perkongsian Intan Dzulkefli dan jadikan peringatan buat kita semua. Perbetulkan jika selama ini kita salah.
Ada seseorang tanya saya. Kenapa ramai orang perempuan yang hamil apabila bergambar suka pegang bawah baby bump sampai nampak jelas bentuk perut?
Kadang tudung sudah labuh, pakaian sudah longgar tetapi apabila bergambar pegang atas bawah perut lalu nampaklah bentuk aurat tubuh.
MW: Selepas ini jagalah aurat masing-masing walaupun ketika mengandung. Semoga segala pengorbanan mak-mak mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. Insyallah.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!