Aktor kelahiran Gemas, Keith Foo mengakui hatinya sebak saat terbabit dalam misi kemanusiaan dan amal baru-baru ini di Negeri Sembilan.
Keith yang juga turut membintangi drama KL Gangster Underworld musim kedua yang akan bersiaran di platform WeTV bermula 10 Disember ini rasa sangat bertuah kerana
berpeluang menghulurkan bantuan bersama St John Ambulans Malaysia cawangan Negeri Sembilan (SJAMNS),.
Malah dia juga berkesempatan menghulurkan bantuan kecemasan dan kebajikan kepada sebahagian mangsa banjir yang melanda di sana.
Banyak Kali Sertai Misi Kemanusiaan
Bicara duta produk suplemen kesihatan Crystal C White, ini bukan misi pertama dijayakannya.
“Sudah banyak kali saya turut serta dalam misi seumpama ini. Cuma sejak menyertai SJAMNS awal tahun lalu pembabitan saya lebih kerap tertumpu di negeri berkenaan.
Ads
“Antaranya dalam program derma darah, kesedaran Bantuan Pernafasan Kecemasan (CPR), perkhidmatan ambulans sempena hari perayaan, pengedaran peralatan perlindungan diri (PPE) ke hospital dan klinik.
“Yang terbaru ini saya menghulurkan bantuan makanan kepada keluarga 55 ahli keluarga yang terjejas teruk akibat banjir melanda di Seremban. Hati saya tersentuh ketika itu. Ada golongan tua yang terlantar dan uzur terkesan dengan ujian itu,” katanya.
Menurut bapa tunggal kepada si comel Skylar Raymond Foo itu ada keluarga dan individu yang terjejas teruk.
“Bayangkan saat berdepan dengan pandemik, kemudian tanpa diduga air bah yang datang menguji lagi keteguhan hati mereka.
“Harta benda, kereta dan pelbagai lagi rosak teruk dek banjir hingga sukar untuk diperbaiki. Saya dimaklumkan banjir baru baru ini pada waktu malam mencecah ketinggian dua meter.
“Ada antara mereka yang tidak sedar air naik sampai paras katil. Ada yang terperangkap hingga perlu diselamatkan pihak bantuan,” sambungnya.
Sumbangan Ikhlas
Kata Keith, dia bersyukur jenama produk yang melantiknya sebagai duta itu banyak menyumbangkan derma sekali gus menyokong kerja amal ini.
Ads
“Saya bersyukur orang kuat produk itu, Leinaa dan Reena tak berkira dalam soal menderma. Sumbangan ikhlas mereka amat saya hargai.
“Tak lupa SJAMNS yang membuka ruang saya berkhidmat untuk masyarakat,” katanya.
Berpeluang Pandu Van Ambulans
Difahamkan juga Keith juga berpeluang memandu ambulans saat menjayakan misi berkenaan.
“Sudah beberapa kali juga saya memandu ambulans. Malah saya juga pernah menghadiri kursus untuk membawa kenderaan itu.
“Cuma entahlah baru baru ini saya rasa agak stres kerana memikirkan tanggungjawab yang dilunaskan membantu masyarakat itu cukup besar,” akhirnya.
Asalnya ibu mentua ini, Nani Tok Timoon sekadar berkongsi kisah menantunya yang mengidam makan bubur lambuk versi Kelantan. Itulah dulu lauk yang pernah arwah Mamanya masak sebelum sakit. Ibu mentua pula, walau berasal dari Kelantan tapi tak pernah lagi membuat bubur lambak versi Kelantan ini.
Demi nak tunaikan keinginan menantu hamil 3 bulan, ibu mentuanya ini berusaha cari resepi, bahan-bahan masakan sampai dapat penuhi hajat menantunya itu. Sweet betul ibu mentua ini.
“Hai semua.. Nak citer sikit kejadian 2 makanan yang saya masak hari ni. Ada cerita menarik di sebalik bubur lambuk dan teresek jantung pisang.
Alkisah..
Dari semalam menantu saya yang tengah mengandung 3 bulan, bagitahu teringin sangat nak makan bubur lambuk versi Kelantan. Katanya teringat arwah Mama selalu buat masa sebelum arwah sakit.
Sebenarnya… walaupun saya orang Kelantan, tapi dah umur 50-an ni tak pernah buat, cuma makan yang masa kenduri jaa. Apa yang saya tahu bahan nak buat ni kena ada banyak pucuk-pucuk dan daun kayu, rasanya kat bandar tempat saya ni takda benda tu.
Saya pun call mak saya, tanya resepi bubur lambuk. Katanya nak bagi sedap mesti wajib ada pucuk midin, daun kaduk, kalau takda, tak berapa jeliro, kata oghe Kelate. Dah dapat resepi buat bubur lambuk. Saya tanya Mak, masak apa hari ni. Mak kata dia baru selesai masak Teresek Jantung Pise. Haah… Saya terus teringat nostalgia zaman arwah nenek selalu masak teresek jantung pise yang sangat sedap. Saya minta resepi untuk teresek sekali.
Kat mana la aku nak cari jantung pisang, pucuk-pucuk semua. Satu nak penuhi keinginan menantu, satu lagi nak penuhi keinginan saya. Teringat kawan kata kalau nak cari sayur yang rare , boleh gi pasaraya CS.
Saya cakap kat menantu, “Sue.. ibu nak gi CS, cari bahan nak buat bubur lambuk. Tapi ibu tak janji ada pucuk midin, daun kaduk. Sue kata, arwah Mama dia pernah buat guna daun cekur manis.”
Masa kat CS, tengok sayur yang ada, yang sesuai daun cekur manis, daun selasih, daun kesum dan keledek oren untuk bubur. Ada jantung pisang. Saya beli hati, pedal, kaki, leher ayam untuk buat teresek. Bahan lain dah ada kat rumah.
Haa.. Jadilah hari ni bubur lambuk dan teresek jantung pise. Ya Allah.. Seronok menantu makan bertambah. Anak-anak kata, walaupun bubur tu nampak tak comel, tapi sedap yakmat.
Teresek pulak, che somi kata sedap rasa macam rendang. Tak jemu makan, nak bagi cukup lawan saya goreng ayam. Perhh.. Selera bertambah nasi. Nak pulak nasi panas.
Begitulah kisah kejadian hari ni.
Pesanan Kak Nani , masak dengan IKHLAS, KASIH SAYANG, NIAT nak bagi suami dan anak-anak HAPPY. Baca DOA masa tengah masak supaya makanan kita masak ni boleh bagi suami, anak-anak INGAT kat kita, makanan tu jadi manfaat kat tubuh badan. Biiznillah
Jangan lupa pulak, masuk dapur tu mulakan dengan Taawuz.. Auzubillahiminassyaitonirrojim, Bismillah, dan selawat Nabi, juga minta perlindungan Allah dari musibah masa tengah masak yer. Ini pesanan Kak Nani, kat dapur ni macam-macam boleh jadi musibah, maklum la segala benda bahaya ada kat dapur. Faham sendiri la yer.
Teringat masa sebelum nak kahwin dulu, arwah nenek Kak Nani pesan, sampai sekarang ingat. Nenek kata, orang perempuan ni kena pandai jaga 2 benda ni, ikat hati suami dengan dua perkara ni, layan perut dan layan n4fsu suami.
Haha.. Biar betul Mok (panggilan).. Habis tu tak payah jaga muka ko? Mok kata, “kalu muka cantik pun, suami cari lain kalu mu tak pandai jaga makan, jaga n4fsu dia. Kalu nak suami sayang ikat perut suami tu“.
Adoii.. Pedas telinga ni dengar. Tapi betul, apa yang Mok pesan tu yang Kak Nani buat. Syukur sampai sekarang, suami tetap makan kat rumah, orang lain masak tak sama dengan bini dia masak, katanya laa.
– 2 cawan beras di rendam satu jam bagi kembang.
– Lepas sejam, masak dengan air 2 x ganda dari masak nasi biasa.
– Masak biar jadi bubur. Pastikan api kecil , dan kacau selalu supaya cantik dan tak berkerak.
Sementara tunggu nasi jadi bubur, sediakan bahan untuk rencah dan hiasan.
5 biji bawang merah – ditumbuk 3 ulas bawang putih – ditumbuk Halia sebesar ibu jari – ditumbuk Lada hitam 2 sudu – ditumbuk Santan 1 pek kecil – Kak Nani guna santan segar 6 ekor ikan sardin / kembung / pelaling – dibakar / kukus.. dibuang tulang, ambil isi dan tumbuk. Budu setengah botol – Kak Nani guma budu cap Ketereh, itu je yang ada. 1 kiub ikan bilis knorr/maggi Garam secukup rasa
Pucuk midin – Kak Nani tak bubuh sebab tak ada Daun kaduk – hiris Daun kesum – ambil daun saja, Dedaun cekur manis Daun salang – kat kampung di perak banyak daun ni. Kak Nani tak bubuh. Daun kunyit – guna sehelai potong halus macam buat rendang Daun selasih (basil) – yang fresh, bukan yang kering dalam botol. Optional. Kak Nani bubuh. Ada orang tak suka. Daun ni dia ada bau dan rasa, biasanya orang masak spageti taruh daun selasih, buat makan laksa johor pun sedap. 3 biji ubi keledek oren – dipotong dadu. Kalau besar 1 biji pun dah cukup. Cili api Siam 10 biji – biarkan sebiji.
1. Bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam, ikan yang ditumbuk, masukkan dalam bubur nasi yang dah elok kejadiannya. Masukkan semua. Kacau rata.
2. Masukkan keledek yang dipotong dadu , jangan lupa sentiasa kacau bubur supaya tidak hangit.
3. Masukkan daun-daun semua dan cili api. Kacau lagi.
4. Masukkan seketul kiub ikan bilis. Dan masukkan santan.
5. Masukkan budu. Ini rahsia sedap bubur lambuk. Budu ni banyak jenis dan brand. Kalau nak sedap budu Tempayan la, ori kelantan.
6. Sebelum masuk garam, rasa dulu ya, sebab budu tu dah masin. Kalau kurang, baru tambah garam.
5. Masak sampai keledek empok, daun dah cukup layu. Biar secukup rasa. Angkat.. Dah siap
6. Hidang dengan bawang goreng buat sendiri, sedapnya tak terkira.
Jantung Pisang 2 biji – buang kulit yang merah keras tu, ambil yang tinggal. Kuning, dibelah dua, dan di hiris. Rendam dalam air garam nak buang rasa kelat dan getah. Rendam selama 20 minit. Buang air rendam, dan basuh, perah jantung pisang. Ketepikan dulu. Hati ayam, pedal ayam, kaki ayam, leher ayam
(Tips : semua basuh dan rendam dalam air dan campur cuka. Nak bagi bersih dan hilang bau hanyir. Rendam dalam 5 minit. Potong kaki, hati, pedal, leher. Bilas bersih). Nak banyak dan ramai nak makan, lebihkan. Kak Nani buat banyak, sebab anak ramai, yang kaki makan, boleh simpan dalam bekas, simpan dalam peti ais, letak bahagian beku, tahan, nak makan keluar kan, biar dia defrost, dan panaskan. Masukkan hati, pedal, kaki, leher dalam kuali. Biarkan sekejap sementara ready bahan lain
2 biji bawang besar – dibelah dua dan dipotong (masukkan dalam kuali biar duduk dengan ayam, gaul) 6 biji bawang merah kecik 3 ulas bawang putih Halia sebesar ibu jari Lengkuas sebesar ibu jari Cili kering 10 tangkai – dibuang biji, rebus dan kisar. Nak pedas, lebihkan. Boleh juga pakai cili serbuk 3 sudu 3 sudu besar serbuk kari daging/ayam jenama apa pun tak kisah
(Tips : serbuk kari dan serbuk cili atau cili kisar di bancuh dengan sedikit air dan gaul rata. Jadikan pes. Ketepikan dalam 10 minit bagi sebati dan rempah mesra. ) 3 sudu besar rempah biji ketumbar – ini rahsia bagi sedap. Goreng tanpa minyak, sampai wangi dah bangkit bau, angkat tumbuk dalam lesung. Separuh tumbuk kasar, dan separuh tumbuk halus. Santan pekat 1 kotak – Kak Nani guna santan fresh, lebih sedap dan lemak. 3 sudu besar kerisik Asam keping 2 keping Nise atau gula melaka Garam
1. Bawang merah, bawang putih halia, lengkuas dikisar halus. Masukkan dalam kuali tadi.
2. Masukkan pes kisar tadi. Gaul rata. Dengan perkakas ayam tadi. Pasang api. Masak biar keluar air ayam tadi . Tambahkan air dua gelas. Kacau rata dan tutup kuali. Biar reneh sampai agak-agak dah jadi pekat atau oghe kelate kata mati awas. Sentiasa tengok dan kacau, takut hangus.
3. Masukkan semua ketumbar dan jantung pisang. Gaul rata. Tutup balik periuk.
4. Masukkan santan, asam keping dan kerisik. Gula melaka. Garam secukup rasa.
Kacau rata. Kalau rasa kering, tambah air sikit. Supaya cepat empuk jantung pisang.
Bila semua dah empuk, dah masak, boleh la angkat dan hidang panas-panas.
Kalau ikutkan teresek ni ada orang buat kering. Bagi Kak Nani, lebih suka pekat berkuah, sebab sedap dimakan dengan nasi panas. Lawan pula ayam goreng, semua bertambah nasi.
Okay.. Rasa dan sedap bergantung kepada cara masak, jenis bahan, dan lidah.
Adibah Noor mengakui sejak tiga minggu lalu dia telah mengalami masalah saraf iaitu Bell’s Palsy hingga menyebabkan dia sukar untuk berkata-kata.
Menerusi entri di laman sosial penyanyi, pengacara dan pelakon ini juga dia telah berkongsi fotonya sedang menjalankan rawatan.
Akuinya Bell’s Palsy telah menyerang bahagian muka sebelah kirinya.
Difahamkan Adibah juga kini sedang menjalani rawatan fisioterapi sebanyak 12 sesi.
Menerusi luahannya di portal Harian Metro, Adibah dapati bibirnya tidak dapat berkata apa-apa seperti kebiasaan.
“Imbas kembali tiga minggu lalu sebenarnya perkara ini sudah berlaku. Ketika itu saya perasan ketika berkumur sewaktu gosok gigi. Secara tiba-tiba air terpancut keluar dari mulut dan macam bocor.
“Jadi saya pun pergi ke set penggambaran dan dapati bibir tidak dapat nak mengucapkan kata-kata seperti biasa. Ia macam senget sikit,” ungkap Adibah.
Penyanyi ini juga menerangkan sebutan huruf T menjadi terlalu rapat dan huruf S pun bunyi lain.
“Memandangkan ia berlaku pada hujung minggu dan saya masih sedang bekerja (shooting), jadi saya tak dapat pergi hospital.
“Pada keesokan harinya saya pergi jumpa doktor dan dia terus panggil doktor pakar,” sambungnya.
Adibah juga terkejut apabila doktor mengesahkan dia mengalami Bell’s Palsy.
“Ia keadaan yang menyerang saraf pada bahagian muka sebelah kiri.
“Jadi, sejak tiga mggu lalu, saya setiap hari pergi buat fisioterapi untuk cepat baik sebab saya nak kerja dengan normal.
“Sebab alhamdulillah, adalah juga orang panggil shooting. Saya tak nak lah muka senget,” hurainya yang turut memberitahu banyak perubahan yang berlaku selepas menjalani 10 sesi rawatan.
Difahamkan juga Adibah menambah sesi rawatan dan Insya Allah akan sembuh tidak lama lagi.
“Sebelum ini kalau senyum bibir tak naik langsung. Sekarang okay lah sikit. Cuma, macam hari ini saya dapati ketika bercakap bibir tak senormal sebelum ini. Walupun ada banyak perubahan.
“Apa boleh dikatakan, saya hampir sembuh dan semakin pulih. Perkara ini tak perlu masuk wad pun. Saya cuma datang hospital setiap hari buat fisioterap di wajah,” jelas Adibah.
Pelakon terkenal Datuk Seri Eizlan Yusof mengumumkan berita gembira kehamilan isterinya, Datin Seri Natasha Rosa pada sambutan hari ulang tahun perkahwinan pertama mereka 12 Disember lalu.
Kiriman doa dikongsikan buat isterinya itu yang kini hamil lima bulan. Malah, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan mereka.
Pelakon berusia 49 tahun ini juga berkongsi pengalaman mengandung isterinya. Ternyata di awal kehamilan, alami morning sickness yang teruk.
“Alhamdulillah dah stabil. Dalam tempoh dua tiga bulan pertama agaka huru hara. Tasha tak selera makan dan muntah semula lepas makan. Morning sicknessnya teruk.”
Selepas melalui fasa pertama itu, isterinya semakin berselera makan malah berat badan pun bertambah. “Alhamdulillah, tiada permintaan makan yang bukan-bukan. Yang penting, dia dan anak dalam kandungan sihat.”
Sepanjang kehamilan isterinya itu, Eizlan sudah pun membawa isteri menjalani pemeriksaan kehamilan untuk beberapa kali. Dan isterinya berada dalam keadaan baik.
Bukan saja dirinya gembira, malah anak-anak dari perkahwinan terdahulu, Vie Zaara, 12, Zareef Yusof, 10 dan Vie Zaalia, 7 sama teruja menerima kehadiran adik baru mereka kelak.
Akui bapa ini, anak-anaknya yang lain memang sukakan adik. Kerap kali bertanyakan pada mama Tasha nya bila mereka boleh dapt adik.
Bila saja tahu yang mama nya mengandung, lebih teruja anak-anak ini. Anak-anak pun sama macam ayah mereka, tak kisah jantina adik baru mereka kelak. Yang penting, lahirnya sihat dan selamat.
Video call Janna Nick dalam live TikTok Aliff Syukri jadi perhatian apabila menyentuh isu Azar Azmi. Susulan itu, Azar turut dedah pernah tinggal RM28.