Isteri memang tak kisah jika suami membazir semata-mata untuk hobi. Syaratnya segala kemahuan dan kehendak dia dituruti terlebih dahulu. Ini tidak, kalau hobi sendiri rela habiskan ratusan ringgit, tetapi dengan isteri berkira.
Apa salahnya sesekali bersedekah dengan isteri dan beli sahaja apa yang isteri mahukan. Sudah tentu isteri bertambah sayang. Dengan isteri tak boleh berkira sangat, esok, lusa isteri juga yang dicari.
Kalau kemahuan diri sendiri boleh dibeli, tapi keperluan isteri tidak dipenuhi, itu tanda kau seorang suami yang berkira…
Suami yang kedekut dengan isteri…
Jangan ingat alam perkahwinan ini cukup dengan menyediakan apa yang wajib…
Ads
“Aku dah sediakan tempat tinggal, makan minum, maka itu sudah cukup… Kalau kau nak beli barang-barang lain selain daripada apa yang aku sediakan, cari atau guna duit sendiri…”
Tukar motor, boleh… Tukar sports rim, boleh… Beli flavour vape, boleh… beli rokok, boleh… Tukar handphone, boleh… Apa yang diri sendiri guna, apa yang diri sendiri hendak, semua boleh…
Bila Isteri Bersuara
Tapi bila isteri bersuara hendak alat mekap, isteri bersuara ajak makan luar, isteri bersuara nak beli periuk, isteri bersuara nak beli baju baru, isteri ajak pergi jalan-jalan, maka jawapannya, guna apa yang ada, jangan membazir…
Kalau kita boleh berbelanja untuk diri sendiri, itu bermakna kita juga boleh berbelanja untuk isteri…
Soal belanja isteri, penuhi kemahuan isteri ini, tak payah nak fikir jauh-jauh seolah-olah kita akan miskin esok kalau kita ikut apa yang isteri nak… Tanya sahabat-sahabat kita yang lain, yang tak pernah berkira dengan isterinya, apa manfaat dan ganjaran yang mereka dapat?
Ads
Rezeki Berlipat Ganda
Rezeki semakin mencurah-curah, rezeki semakin berlipat ganda…
Kau tak akan rasa hidup yang senang selagi kau tak buat semua ini pada isteri kau…
Banyak yang isteri sudah buat untuk kita, untuk hubungan dan rumah tangga kita… Reward lah diri isteri itu dengan tanya apa yang dia nak beli, apa yang dia teringin, ke mana dia nak pergi dan sebagainya…
Then, usaha dan cuba tunaikan ikut kemampuan…
Ads
Kalau minat dan hobi sendiri boleh di turutkan, maka “bersedekahlah” sedikit duit kita itu kepada isteri…
Sebaik2 sedekah itu kan pada ahli keluarga… Bukan pada kedai motor, kedai kereta, kedai vape, kedai rokok, kedai mancing dan sebagainya…
MW: Keraplah bersedekah pada isteri, insyallah rezeki anda berganda. Isteri juga bertambah bahagia apabila anda mula beli jiwanya dengan menunaikan kemahuan dan kehendaknya. Sudah-sudahlah habis duit untuk hobi yang tidak berfaedah dan kemudian berkira pula dengan isteri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Aplikasi 4D Quiver ini boleh didownload secara percuma oleh mak ayah yang menggunakan smartphone. Nak pembelajaran lebih seronok, kenalah muat turun dulu aplikasinya sama ada di play store untuk pengguna android dan Apple store.
Aplikasi AR Quiver yang dibangunkan ini memang menyeronokkan bukan saja anak-anak malah mak ayah pun akan jadi teruja sama.
Sebabnya setiap kali selesai mewarna pada bahan bercetak yang diperoleh dari laman web Quiver, anda boleh halakan gajet padanya dan masa itulah magik akan bermula.
Ia akan menjadikan gambar yang diwarnakan dengan apa saja warna baik pensil warna, crayon, marker pen mahupun watercolor akan menjadi hidup dan membuat aksi yang comel. Ia juga disertakan dengan bunyi-bunyian yang akan menarik minat anda.
Mak-mak Pun Teruja Sama!
“Yang ni best, mummy pun jadi jakun sekejap. Anak-anak seronok sebab lukisan diaorang color boleh hidup. Jom share n tag kat parents yang ada anak-anak kecil , mungkin bermanfaat untuk penuhi aktiviti anak-anak di hujung minggu.” – Puan Zara Razali.
Konsep yang dibawakan oleh aplikasi ini samalah seakan yang boleh dilihat dalam game Pokemon Go. Bezanya ia cuma bergerak di atas kertas yang telah mak ayah cetak saja. Pembelajaran tentunya menjadi lebih interaktif dan menyeronokkan.
Pastikan jumlah bateri mencukupi dan capaian Internet anda baik (ia diperlukan untuk sesetengah aplikasi AR)
Mentua dengan menantu selalunya menantu perempuan sering kali dianggap tidak ‘sebulu.’ Memang akan ada sahaja isu yang membuatkan hubungan mentua dan menantu menjadi panas. Seakan tidak mudah untuk seorang ibu mentua menganggap menantunya seperti anak sendiri.
Beruntungnya bila ada mentua dan menantu yang cukup rapat. Anggap menantu ini macam anak sendiri. Macam-macam dibual bila berjumpa. Kadang-kadang ‘terbalik’ pula sebab anak sendiri macam tak berapa nak rapat bukan!
Namun, tak semua dapat rezeki seperti ini. Bergantung pada seseorang itu juga nak rapat, baik dan anggap macam anak sendiri. Menantu ok, mentua pula terlebih cerewet dan sebagainya. Ada juga mentua ok, tapi menantu pula tak ok.
Ibu Mentua Nak Rapat Dengan Menantu Macam Anak Sendiri
Tak dinafikan, ada menantu dan mentua tinggal berpuluh tahun bersama serumah. Alhamdulillah semuanya tiada masalah, dah dianggap seperti anak sendiri. Tapi, ada juga yang tinggal bersama, menantu makan hati pula atau sebaliknya.
Ada satu rahsia nak tahu menantu dan mentua rapat macam anak sendiri. Pesanan daripada mentua ini adalah jangan tinggal sekali. Duduklah asing-asing.
Kawan aku (perempuan) ajak aku pergi ke rumah dia untuk beraya.
Aku nampak hubungan dia dengan mak mentua cukup rapat. Ibarat ibu dan anak kandung.
Jadi, aku pun tanyalah kawan aku,
“Rapat gila kau dengan mak mentua. Siap boleh bergurau macam mak sendiri.”
Dia respons, “Kalau nak tahu rahsia ini, hang pi direct tanya mak mentua aku.”
Jadi, aku pun pergi tanya mak mentua dia. Aku tanya dalam nada bergurau.
Jangan Tinggal Sebumbung
“Mak cik, rapat betul noh mak cik dengan menantu. Kongsi rahsia sikit. Haha”
“Mai, mak cik nak pesan sikit,” dia mula berkongsi.
“Lepas kahwin, mak cik memang akan suruh anak menantu dok jauh dari mak cik. Jangan tinggal sekali dalam serumah.”
“Pasal apa?”, aku tanya lagi.
Dia sambung bercerita,
“KALAU TINGGAL SERUMAH, SILAP HARIBULAN MENANTU DAN MAK MENTUA BOLEH BANYAK MAKAN HATI. BAHAYA TUH.”
“Tapi kalau tinggal jauh, depa cuma makan jem (sesak) bila nak balik rumah masa raya. Itu takpa, tak bahaya.
Fuh, deep sungguh pesanan mak cik ini!
Bersyukur dan beruntungnya bila mentua dan menantu ‘satu kepala’.
Anda sebagai isteri tentu rasa sangat bahagia jika suami sentiasa di depan mata dan anak-anak yang baik. Namun bayangkan jika anda dikelilingi orang yang murung. Besar kemungkinan anda juga terpalit dengan rasa kemurungan itu.Lebih-lebih lagi jika suami, orang yang paling rapat dengan diri anda sendiri yang mengalami kemurungan. Sebagai isteri, anda perlu main peranan dalam memberikan sokongan emosi buat suami menangani kemurungan itu.
Ikuti perkongsian daripada Dr. Syed Yusainee Yahya, daripada Promind Training And Consultation, yang juga penulis tetap ruangan Nota Untuk Isteri di dalam majalah Mingguan Wanita.
Masalah
Suami yang ada masalah di tempat kerja, dihimpit hal kewangan atau masalah hubungan dengan anda sangat terdedah kepada kemurungan ini. Keadaan ini adalah benar kerana kira-kira satu pertiga penduduk di negara ini mengalami penyakit kemurungan seumur hidup. Ini berdasarkan statistik Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang dijalankan pada 2015. Dengan cabaran peningkatan kos hidup hari ini pasti situasi kemurungan ini semakin mencengkam.
Anda mungkin tidak terkesan dengan keadaan ini jika suami sentiasa senyum semasa di rumah. Tetapi bagaimana jika sebaliknya? Dua hari lepas, dia balik dalam keadaan macam naga. Anak-anak yang tidak tahu apa-apa, semua ditengkingnya dengan kata-kata berapi. Semalam dia senyap dan banyak termenung. Puas anda bertanya tetapi dia kata ‘tidak ada apa-apa!’. Malam tadi dia mengigau sehingga bertempik-tempik. Semua itu tidak pernah berlaku sebelum ini. Sekarang izinkan saya bertanya. Apa yang perlu lakukan sekarang?
Faham
Pertama sekali anda tidak boleh bertindak balas tanpa faham situasi suami. Ya, anda rasa dia menengking tanpa sebab. Anda betul tetapi kena segera beristighfar dan berundur. Anda tahu bahawa itu bukan sifat suami anda yang sebenar. Salurkan apa juga ayat-ayat kasar yang dia hembus ke telinga kanan terus keluar ke telinga kiri. Jangan benarkan tengkingan itu melencong masuk ke dalam hati. Saya pasti Allah akan memberikan pahala mudah yang melimpah ruah apabila anda sebagai isteri mengamalkan tip pertama ini.
Emosi Kena Teguh
Untuk berada di samping suami yang kemurungan, emosi isteri perlu teguh dan kuat. Anda tidak tahu selama mana keadaan itu akan berlaku tetapi yang pasti emosi anda perlu bertahan selama kemurungan itu berterusan. Semua itu bukan mudah tetapi juga bukan mustahil. Seperti menakung ‘air tempayan’ maka air itu perlu dilepaskan keluar. Kalau tidak nanti jadi tempat nyamuk membiak. Bagaimana untuk melepaskan tenaga negatif itu?
Cara terbaik ialah dengan melakukan aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh. Apabila kita bersenam atau melakukan aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh maka sesuatu yang ajaib berlaku. Tubuh secara semula jadi mengeluarkan hormon dopamine, endorphin dan serotonin. Anda tidak perlu ingat nama hormon-hormon ini tetapi cukup mengetahui inilah hormon yang mendatangkan rasa lega dan gembira. Maka bila suami tidak ada maka bersenam dan kemaskanlah rumah. Pasti anda rasa lega dan sedia untuk satu pusingan lagi.
Diri Sendiri
Siapa atau apakah yang menjadi cabaran terbesar anda dalam menghadapi suami yang kemurungan? Bukan suami tetapi sebenarnya ialah diri sendiri. Apabila dalam kesedihan kita cenderung membandingkan diri dengan orang lain yang kelihatan ceria. Secara tidak sedar kita mula menghitung kesusahan yang pernah dilalui.
Yang peliknya kita hanya menghitung hal-hal yang tidak elok saja. Adakah selama hidup ini tidak ada rahmat Allah yang kita nikmati?. Oleh itu elakkan daripada membandingkan diri kita dengan orang lain yang dirasakan lebih hebat.
Jika cabaran kemurungan suami ini menjadi cabaran, pasti ada orang lain menghadapi cabaran hidup yang sepuluh kali lebih getir. Sebab itu kita perlukan agama untuk faham erti reda dalam hidup. Apa juga cabaran yang sedang dihadapi pasti bukan satu yang sia-sia. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik untuk anda kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...