Mak-mak yang bekerja memang tak menang tangan uruskan rumah tangga. Tetapi demi keluarga tercinta, walaupun penat segala kerja rumah dilakukan seperti biasa. Kadang-kadang rasa tak terkejar, tetapi pendamkan saja dalam hati.
Lebih berat bila suami hanya menjadi pemerhati dan tak ambil pusing isteri yang lakukan satu demi satu kerja rumah. Daripada memasak, mengemas dan juga menguruskan anak-anak. Kalau suami berat tulang hendak menolong isteri, sekurangnya hargai isteri yang jadi “BIBIK”selepas balik kerja itu.
Ikuti perkongsian Puan Kamalia Kamal dan fahami apa yang dia ingin sampaikan :
Gais, bibik cuti empat hari bermula hari ini sampai ahad. So, Kak Kay akan ambil alih tugas bibik hingga ahad nanti.
Perkara pertama yang buat Kak Kay angin bila pegang jawatan bibik ini adalah scope kerja sapu halaman.
1. 20 minit masih tak siap lagi. Sungguh tak produktif aku rasa. Dengan 20 minit, Kak Kay boleh siapkan 3 page ebook, edit satu video klien, jawab pm dm di ig, approve request staff, buat research design.
3. Baru nak masuk rumah aku nampak tepi rak kasut bersepah. Automatik aku jadi marie kondo buang semua benda yang semakkan mata. Habislah bibik ngamuk balik nanti aku buang pasu bunga dia… hehehehe
4. Tak masuk rumah lagi jam sudah pukul 10 pagi. Nak masuk tengahari.
5. Khairullah sudah menangis hendak susu, depan tv masih bersepah. Hmmmm. Relax Kay, ini hal kecil.
6. Basuh botol susu, tak payah bancuh susu tepung, takpe khai dah 7 tahun, tuang je susu fresh mil, selesai. Sudah pukul 11 pagi. Nasi belum masak, lauk satu apa pun tak siap lagi.
8. Belanja Fateh, Khai, Inas aiskrim, in return semua kena buat kerja
9. Inas basuh pinggan sidai baju, Khai kemas semua bilik basuh semua botol susu, Fateh sapu dan vakum rumah, Maria susun kasut dan susun mainan.
10. Esok semua wajib marie-kondokan bilik masing-masing
11. Suami aku time inilah kelas mengajar dia penuh back to back.
12. And im done for today.
Isteri Akan Murung
Jujurnya, Kak Kay ini wanita bekerjaya. Ada duit , ada kereta, ada suami yang bangun malam bagi anak susu, ada bibik.
Ads
Bayangkan kalau kita ada kawan yang belajar diploma degree master, jadi isteri , kerja dalam masa sama, anak dua, bibik tiada, suami ala raja, memang akan depresi, murung dibuatnya.
Suami kalau masih blur apa yang Kak Kay cakap ini, sila ambil penyapu dan sapu rumah dari depan ke belakang. Bagaimana perasaannya habiskan 40 minit hanya sapu rumah saja sedangkan you seorang yang high achiever .
Just imagine,
Isteri tu masuk sekolah menengah straight A student, masuk universiti graduate pointer 3.5, kerja pun terus jadi eksekutif, sekali balik rumah kene buat kerja yang rasa “eh apa ini?” Tambah pula suami pun lalui hal yang sama cuma dia ala raja duduk depan tv mengadap handphone semata.
Ads
Kau tak juling biji mata?
Isteri, wajib tahu apa pekara yang utama apa yang tak. If not you akan burnout dan makan diri sendiri.
Suami Jangan Layan Isteri Seperti Hamba
Suami jangan sembang ala raja sangat, isteri awak high achievers orangnya, jangan layan seperti hamba.
Kalau berat tulang nak tolong kerja rumah, hire pembantu, paling kurang pun haruslah belajar appreciate si isteri yang jadi bibik lepas office hour ini.
Isteri, kene guna konsep mak mertua Kak Kay
“Buat mana yang mampu, utamakan perkara yang utama”
Jangan over do it,
kelak you bawa mudarat pada diri sendiri .
Pastikan kita jaga diri kita sendiri, be gentle to yourself fokus diri, badan kita nak pakai lama ni, sayang diri sikit please honey…
Jemput share kisah isteri sebagai bibik ini.
Follow Kamalia Kamal, kak kay menulis kisah relationship dan kehidupan setiap hari.
MW: Buat mak-mak bekerja dan dalam masa yang sama uruskan rumah tangga dan keluarga, lakukan mengikut kemampuan diri. Jangan ambil pusing pandangan orang, paling penting diri sendiri.
Pasangan semakin tawar hati, jangan pandang ringan, segeralah baiki hubungan suami isteri. Dalam kehidupan rumah tangga, kadang-kala kita menghadapi cabaran yang menguji ketahanan dan keserasian antara suami isteri. Salah satu isu yang sering timbul ialah perasaan ‘tawar hati’ atau hilang minat dalam hubungan.
Pasangan Semakin Tawar Hati, Jangan Pandang Ringan
Apabila keadaan ini berlaku, hubungan mungkin terasa hambar, dan tanpa usaha memperbaikinya, perasaan ini boleh membawa kepada keretakan yang lebih serius. Oleh itu, adalah penting untuk mengenal pasti punca dan cara mengatasi masalah ini bagi memastikan hubungan yang lebih sihat dan bahagia.
Punca Pasangan Semakin Tawar Hati dan Cara Memperbaikinya
Pernah tak ternampak pasangan yang sudah tua di restoran, di taman atau di mana-mana sahaja, nampak sangat romantik dan saling sayang-menyayangi. Mereka sering berpegangan tangan, berkepit seperti orang muda dan bergelak ketawa.
Kadang-kala tangan suami di pinggang, tangan isteri pula memeluk lengan suami, yang suami suapkan makanan untuk isteri, yang isteri suapkan makanan buat suaminya, secara spontan si suami nampak mencium atas kepala isterinya dan isterinya jelas menunjukkan riak wajah kebahagiaan.
Kita yang menyaksikan insiden itu tersenyum sendirian. Di dalam minda kita tercetus keinginan untuk merasai nikmat kebahagiaan seperti itu nanti.
Tapi, kenapa baru beberapa tahun berkahwin, ramai yang sudah tawar hati dengan pasangannya? Orang di hadapannya tidak lagi menarik dan tidak lagi mencetuskan kecintaan di dalam hati.
Sentuhan tidak lagi meremangkan bulu roma dan mengakibatkan renjatan elektrik manja. Perkataan istimewa itu telah bertukar menjadi biasa. Perkataan bahagia itu lama kelamaan makin dipertikaikan oleh diri sendiri.
Bahagiakah aku? Kenapa aku rasa terlalu biasa? Kenapa tidak seperti dulu? Adakah aku sudah tidak mencintai dia?
Sedang asyik mengelamun, kita dilempang dengan realiti. Anak sudah berderet, rumah dan kereta sama-sama tanggung hutangnya. Setiap bulan pasti ada masalah yang timbul.
Segeralah Baiki Hubungan Suami Isteri
Kenapa perkara ini terjadi? Kerana semakin lama perkahwinan itu kehilangan manisnya? Ini antara sebab-sebabnya.
1. Curang
– Ini adalah perkara paling utama yang menyebabkan pasangan tawar hati. Sesungguhnya pengalaman dicurangi sangat tidak boleh diubati. Tidak kira lah berapa kali. Sedangkan yang pertama kali itu sendiri sudah amat menyakitkan, inikan pula yang kedua, ketiga dan seterusnya. Jika anda pernah curang, tidak kira anda suami atau isteri, andalah punca pasangan anda tawar hati. Jangan buat tak tahu pula.
2. Melebihkan orang luar berbanding pasangan
– Sama ada ibu-bapa atau adik-beradik sendiri. Apabila sudah berkahwin, tiada orang lain yang lebih faham apa yang kita lalui melainkan pasangan hidup kita. Jadi, apabila pasangan anda sudah menjadi orang yang tidak penting di dalam membuat keputusan keluarga, pastinya mereka semakin hari semakin tawar hati dengan anda.
3. Tidur berasingan
– Amalan tidur berasingan ini amat merosakkan. Alasan biasa ialah anak ganggu, tertidur di sofa kerana melayan tv, isteri tidur dahulu kerana suami bermain game atau tidak langsung rasa keperluan untuk tidur bersama. Pasangan yang belum berkahwin bersungguh-sungguh menyorok sana sini, sewa hotel dan sebagainya untuk tidur sekali secara haram, tetapi pelik pasangan yang berkahwin tidak mahu kenikmatan tidur bersama pasangan.
4. Tidur bersama tetapi jiwa tiada
– Hanya beberapa inci sahaja yang menjarakkan antara suami dan isteri, tetapi pada hakikatnya, pasangan ini sangat jauh kedudukannya. Seorang di dunia Facebook, seorang lagi di Instagram. Kedua-duanya melihat kegembiraan keluarga lain tanpa berusaha untuk memperbaiki keluarga sendiri. Ada yang langsung tidak mempedulikan pasangan di sebelah sehingga memakai earphone supaya tidak membuat bising dan dunia sementara itu tidak diganggu.
5. Pasangan makin kurang memandang muka dan mata
– Nampak seperti tidak penting, tetapi pandangan mata ini sangat memberi erti. Apabila seseorang bercakap atau mendengar orang lain bercakap, adalah amat penting kita ada “eye contact” yang menunjukkan adanya hubungan kuat pada masa itu. Apabila pandangan ini telah tiada, ini bermakna yang mendengar tidak lagi fokus manakala yang bercakap akan terasa tidak berguna atau tidak penting. Dari sini datangnya perasaan tawar hati itu.
6. Tiada lagi sentuhan secara rawak
– Sesuatu keadaan atau benda, apabila ianya sentiasa sama, pastikan akan menjadi suatu yang bosan dan berulang-ulang. Sentuhan rawak ini penting kerana ia bagaikan memberi sentuhan baru di dalam rutin kehidupan yang sama. Sama ada kucupan secara tiba-tiba, pelukan tanpa dirancang atau usapan yang tdak dipaksa. Semua ini umpama memberi nafas baru di dalam kehidupan berumah tangga.
7. Terima kasih yang sudah luput tarikh
– Kita sering berbicara mengenai tanggungjawab suami dan isteri, tetapi pernah tak kita bincangkan mengenai kepentingan berterima kasih kerana menunaikan tanggungjawab itu? Walaupun ianya satu tanggungjawab yang perlu dilakukan, daya usaha itu perlu diperakui dan dipuji.
“Terima kasih sayang kerana susah payah kerja untuk cari rezeki sayang dan anak-anak”.
“Terima kasih sayang kerana basuhkan baju abang”. “Terima kasih sayang kerana bantu abang bayarkan duit pengasuh setiap bulan”. “Terima kasih sayang kerana sanggup berkorban keinginan abang demi kami”.
Mudah, tetapi susah. Apabila tiada lagi perakuan sebegini, kasih sayang itu semakin lama semakin terhakis.
8. Tiada lagi komunikasi dua hala
– Semuanya saya, saya, saya apabila yang sepatutnya ialah kami, kami dan kami. Pandangan pasangan tidak lagi diendahkan. Semua perkara yang ingin dilakukan tidak lagi dibawa berbincang. Yang suami tidak peduli, yang isteri tidak mengendahkan. Apabila tidak lagi bercakap dengan bahasa yang sama, perasaan sayang itu semakin pudar warnanya. Akibatnya, akan lebih pergaduhan dari perbincangan.
9. Hubungan kelamin tidak lagi menjadi kebiasaan
– Antara kenikmatan alam perkahwinan ialah tiada lagi tembok pemisah antara seorang lelaki dan seorang wanita. Kedua-duanya bebas meluahkan kecintaan secara fizikal antara satu sama lain. Ianya halal dan amat disarankan. Namun, apabila ianya menjadi semakin kurang, ikatan kuat yang mengikat suami dan isteri bakal putus pada bila-bila masa sahaja.
10. Tiada lagi layanan mesra
– Balik kerja tidak disambut, makan suami tidak terjaga, isteri jarang memasak, keperluan isteri tidak dipandang suami, masa rehat isteri tidak menjadi kepentingan, keadaan rumah yang tidak terurus hasil dari tiada kerjasama dan hanya fokus pada anak-anak sahaja. Semua perkara ini umpama kanser yang merebak secara perlahan.
11. Tidak lagi menjaga penampilan diri
– Perkahwinan sepatutnya tidak menjadi sebab untuk tidak lagi menjaga penampilan diri. Dahulu sebelum berkahwin, si suami sangat segak umpama pelakon terkenal dan si isteri bersiap cantik bak bidadari apabila bertemu. Namun, setelah berkahwin, semuanya hilang. Bagaimana perasaan itu boleh kekal sama? Sudah semestinya akan berbeza.
12. Tidak ingat tarikh-tarikh penting
– Bukan perlu ingat tarikh, hari, masa, saat kali pertama bertemu pun. Cukup sekadar mengingati tarikh ulangtahun perkahwinan dan hari lahir. Ramai yang sudah tidak mempedulikan lagi tarikh ini. Sebenarnya tarikh ini amat penting untuk kembali menyegarkan semula bibit-bibit cinta.
Kembalikan rasa cinta di dalam hati, ambil iktibar dari perkara di atas. Jika ada situasi di atas berlaku di dalam keluarga anda, berubahlah ke arah yang lebih baik. Rawat ia sebelum terlambat. Jika suatu hari nanti hati itu sudah tiada, buatlah apa pun, ianya menjadi tidak berguna lagi.
Ini antara cara untuk detikkan kembali rasa cinta itu:
1. Pergi bercuti
– Bercuti adalah satu aktiviti yang sangat penting sebenarnya. Cuma ianya perlukan kos. Jadi, rancanglah dan kumpul duit sedikit-sedikit untuk tujuan itu. Beritahu kepada pasangan mengenai niat ini supaya pasangan akan lebih bersemangat. Pastikan percutian itu tidak ada tekanan dan lebih ke arah santai. In Shaa Allah sekembalinya dari percutian itu, hubungan akan menjadi lebih erat.
2. Cuba benda yang baru
– Jika kita sudah biasa dengan rutin harian dan kehidupan, cubalah perkara baru. Tanyalah isteri atau suami, apa yang sudah lama diingininya tetapi tertahan kerana tiada maklumbalas positif.
Sebagai contoh, si isteri suka berjalan di IKEA. Jika sebelum ini anda menolak kerana malas, ubahlah, layankan permintaan isteri itu. Kadang-kala bukan mereka nak beli apa pun, cuma nak merasakan kenikmatan berangan dan khayalan rumah idaman mereka.
Atau, si suami suka sedikit kenakalan di bilik tidur, apa salahnya layan. Mungkin suami ada hasrat mahu isterinya memakai jenis pakaian yang disukainya, pakaikan je. Bukannya susah pun. Keseronokan itu akan sama dirasai.
3. Utamakan masa dengan keluarga berbanding orang lain
– Keluarga dahulu, baru orang luar. Tanamkan dalam minda. Ingat, apabila kita tua nanti, apabila kita sakit nanti, bukan kawan-kawan yang akan jaga kita, tapi pasangan kita sendiri. Apabila pasangan semakin sedar yang dia kembali penting di dalam hidup pasangannya, rasa cinta itu dengan sendirinya akan berputik kembali.
4. Mula pegang tangan pasangan apabila berjalan atau sedang berehat di rumah
– Sentuhan ini sangatlah penting. Ia bakal mengalirkan perasaan cinta tanpa perlu sebutan dan pandangan. Gunakanlah ianya sebaik mungkin.
5. Sambutlah pasangan anda apabila mereka pulang
– Segala kepentan, keletihan bakal pupus sebaik disambut dengan mesra tatkala pulang ke rumah. Apabila kepulangan itu dimulakan dengan positif, pastinya keadaan selepas itu akan jadi lebih baik.
6. Berhenti membebel di atas perkara yang kecil
– Jika ianya kecil dan boleh diselesaikan sendiri, lepaskanlah. Janganlah bising dan membebel kepada pasangan dan membuatkan ianya menjadi besar. Sangat memenatkan sebenarnya membebel dan mendengar bebelan di atas benda yang sangat kecil. Cukup sekadar memaklumkan sahaja. Banyak beza antara memberitahu dan membebel. Satu dibuat dengan tenang dan ringkas. Satu lagi dibuat dalam keadaan tegang dan terlalu lama.
7. Kembali berhias untuk suami, kembali menjadi segak buat isteri
– Tidak kira di luar atau di rumah, jagalah penampilan. Jika selama ini selepas mandi anda tak sikat rambut pun, biarkan je mengerbang macam Mak Limah, ubahlah. Jika selama ini anda pakai t shirt buruk je setiap kali keluar dengan isteri, cuba ubah dan pakai yang segak-segak untuk si dia. Saya jamin dia akan tersenyum manis.
8. Buat aktiviti bersama di rumah
– Sama ada memasak, menghias rumah atau melayan drama, filem dan rancangan tv. Buatlah bersama supaya ada sesuatu yang menggembirakan. Ia bakal meningkatkan perasaan sayang dan membina komunikasi yang baik.
9. Beri ME TIME untuk pasangan
– Suami atau isteri perlukan ME TIME sekali sekala. Sama ada suami berjumpa rakan, berkonvoi atau isteri ke salon, spa atau berjalan dengan adik-beradik, rakan atau ipar wanita. Tak perlu selalu pun, sekali-sekala pun sudah cukup. Apabila seorang pergi, seorang lagi ambil alih tugas. Ini bakal memberi manfaat lain seperti membuatkan suami atau isteri lebih memahami tanggungjawab pasangannya.
10. Lebihkan ciuman dan pelukan
– Janganlah tetapkan dalam minda ciuman dan pelukan itu hanya untuk seks sahaja. Ianya merangkumi lebih dari itu. Cuba mula tetapkan dalam minda yang ciuman dan pelukan itu adalah cinta dan kecintaan. Ciuman mesra bakal mendetikkan rasa sayang, pelukan pula menambah rasa cinta dan ketenangan. Amalkan selalu, perbanyakkannya. Saya jamin keluarga anda akan lebih bahagia.
11. Mula mendengar
– Lelaki sering ada masalah fokus mendengar, wanita pula ada masalah pendengaran dikaburi dengan percakapan dari mulut sendiri. Lebihkan mendengar dan ingat apa yang didengari. Cuba dengan apa sebenarnya yang ingin disampaikan. Jika ada kemampuan dan keperluan, buatlah. Pasti anda akan lebih dihargai.
Semoga dengan perkongsian ini lebih ramai pasangan membuka mata dan menerima hakikat yang perhubungan mereka di dalam bahaya. Tetapi, janganlah kecewa. Masih ada masa untuk orang yang telah sedar. Buatlah bahagian kita dengan sebaiknya.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ini tak, bila isteri buat kerja baik kat dapur atau tengah lipat kain. Suami biarkan isteri sorang-sorang. Tak nak temankan sebab bimbang nanti boleh bernanah telinga dengar isteri membebel sebelah tu.
Haa.. cuba dengar luahan hati Aimi Nawi yang mewakili orang rumah ini. Sebab banyak betulnya dan suami kenalah sedia hadam agar hubungan rumah tangga molek terpelihara.
Ini Masalah Orang perempuan
Orang perempuan ni bila dia dah penat kerja seharian, sampai rumah dia pun kalut nak masak makan malam, dia tak minta pun suami tolong masak sekali.
Takat duduk dekat dapur sambil berbual, berjenaka, bergurau senda dengan dia pun dah cukup. Tak lah dia rasa buat kerja sorang-sorang. Penat pun tak terasa sebab sambil masak tu bahagia je dia.
Orang perempuan ni bila dia hadap kain 2-3 bakul menggunung, dia tak harap sangat pun suami tolong lipat kain tu sekali. Kalau lipat, Alhamdulillah ringan sama dipikul berat sama dijinjing kan.
Tapi takat tok laki duduk sebelah berbual, dengar bebelan yang esok paginya confirm dia lupa dah dia bebel apa tu pun dah cukup bahagiakan dia. Dapat pulak bonus sambil dia melipat kain tu kau picit-picit sikit bahu dengan pinggang dia. Lenguh oiii lipat kain.
Orang perempuan ni bukanlah gila pujian sangat pun. Tapi memang Allah dah cipta perempuan ni lebih lembut dan hatinya lebih sensitif.
Dia bukan minta hadiah mahal pun. Tak minta barang mewah. Emas pun dia tak merengek nak. Kalau dapat Alhamdulillah. Suami yang suka belanja isteri memang murah rezeki kan. Ustaz yang cakap okay.
Isteri Kalau Dia Membebel Lagi, Kira Jiwanya Masih Okay
Haaa orang perempuan ni dia tak hadap sangat la semua tu. Tapi yang buat dia bahagia dan berbunga hati bila sambil dia masak tu kau peluk belakang dia sambil cakap thank you awak penat kerja pun awak masak jugak untuk saya dan anak-anak.
Yang hati dia boleh kembang sampai tidur malam pun tersengih bila kau puji dia masak sedap walaupun sayur masin nasi bau hangit.
Dia nak kan sedikit penghargaan je. Tak miskin pun kalau kau puji dia dan cakap thank you kan. Tu pun susah nak buat. Nak beli jiwa isteri pun malas. Dia tau dah kau tak romantik. Tapi romantik dengan menghargai lain okay.
Dan orang perempuan ni satu masalah dia kalau dia membebel lagi kira jiwa dia okay lagi. Tapi kalau dia dah mula senyap, malas nak kata apa, bahaya oii. Maksud nya dia dah mula fed up dengan kau.
Dekat Facebook sekarang ni banyak dah jugak orang lelaki sendiri selalu share pasal cara nak faham isteri, apa orang perempuan nak, macam mana nak beli jiwa orang perempuan. Contoh paling best Ustaz Ebit.
Tapi tu la kan. Golongan yang membaca benda-benda ni pun orang perempuan jugak. Patutnya golongan suami lah yang baca sebab boleh belajar untuk faham isteri masing-masing kan.
Orang perempuan suka baca sebab dia rasa orang yang menulis tu menyampaikan isi hati dia. Kalau ada lelaki di alam realiti macam tu cemana?
Kesimpulannya, beli jiwa isteri kunci kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga. Betul ke?
Bak kata Ustazah Rohamiah Muda, kebersihan dalam rumah bukan tugas isteri semata. Sebaliknya, suami dan anak-anak pun terlibat sama. Membersih dan kosongkan sinki sebelum tidur misalnya.
Hal inilah yang kadang kita terlepas pandang. Bila dah terlalu penat, walau pinggan secawan pun tinggal saja dalam sinki. Tunggu esok sajalah baru cuci.
Saya ke dapur untuk meletakkan cawan ke dalam sinki. Saya melihat di dalam sinki beberapa cawan lagi yang belum dibasuh. Biasalah, anak-anak minum air, cawan diletakkan di dalam sinki.
‘Pagi esoklah basuh cawan-cawan ni. Mata dah mengantuk!’ bisik hati saya sambil meletakkan cawan ke dalam sinki. Lagipun, cawannya hanya ada beberapa biji sahaja. Tak banyak pun!
Ketika saya ingin beredar, tiba-tiba suami datang bersama cawan di tangan.
Saya terus berkata, “Abang, cawan tu letak je lah di dalam sinki. Mengantuk dah ni. Nak tidur.”
“Basuh! Apa pula tinggalkan bekas tak berbasuh di dalam sinki. Ni mewarisi kepapaan. Tahu tak, kepapaan!”
Saya mendengar omelan suami dengan rasa bersalah. Tetapi, rasa mengantuk menguasai diri.
“Allah. Penat sangat ni, bang,” kata saya seperti memohon simpati.
Kemudian, saya beredar dengan meninggalkan suami di dapur.
Sedaya Upaya Kosongkan Sinki Sebelum Tidur
Pagi esoknya, saya ke dapur untuk membuat sarapan serta membersihkan cawan yang belum dibasuh semalam.
Eh, tiada sebiji pun cawan. Semua telah dicuci oleh suami. Saya melihat ke dalam bakul sebelah sinki. Cawan yang saya minum semalam ada di situ.
Allahu … rasa terharu dengan kebaikan suami. Walaupun ia kecil, tetapi kesannya sangat mendalam di hati.
Selepas kejadian itu, saya cuba sedaya upaya untuk kosongkan sinki sebelum tidur.
Kawan,
Sebenarnya apa yang dikatakan oleh suami adalah benar.
Saya pernah mendengar dan membaca tentang sunnah nabi supaya tidak membiarkan bekas tidak berbasuh sebelum tidur.
Biarkan Bekas Makanan Tak Berbasuh Sebelum Tidur, Warisi Kepapaan
Kenapa?
Kerana hukumnya adalah makruh. Keadaan mewarisi kepapaan dan kemiskinan. Ini kerana sisa makanan yang dibiarkan pada bekas makanan kita tanpa dibersihkan akan menjadi ‘habuan’ syaitan. Ini kerana syaitan sangat sukakan kepada makanan yang kotor lagi busuk. (Disebut dalam Kitab arab Ta’limul Muta’allim).
Jadi, sebaiknya sebelum tidur bersih sinki daripada bekas makanan yang tidak dibasuh.
Sebenarnya, kebersihan di dalam rumah tangga bukan urusan isteri semata-mata, bahkan tanggungjawab bersama, iaitu isteri, suami dan anak-anak.
Sebiji cawan jika bertangguh untuk dibasuh dan dikumpul di dalam sinki, ia akan penuh. Ketika itu, mulalah rasa malas untuk mencucinya.
Sebelum tidur, pastikan sinki kosong.
Moga coretan ini bermanfat buat isteri, suami dan anak-anak.
Sumber/Foto : Rohamiah Muda , penulis buku Diakah Jodohku?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Gadis 15 tahun hilang sejak Oktober 2025 dan keluarganya merayu bantuan orang ramai. Baca laporan penuh dan ketahui ciri-ciri Qaseh untuk membantu pencarian.