Bagi mak-mak yang rajin buat kek, biasanya menggunakan whipping cream ini sebagai salah satu bahan utama. Namun sedia maklum, sekotak kecil harga Whipping Cream ni pun boleh tahan harganya. Kalau berniaga, lebih jimat kos bila buat sendiri Whipping Cream ni. Nak buat pun mudah sahaja, gaul rata semua bahan dalam 6 minit dah siap!
Boleh cuba buat sendiri Whipping Cream Homemade ini perkongsian resipi daripada Soleh Fattah sebagai panduan;
“Siapa niaga kek mesti tau whipping cream dan mesti tau benda ni wajib ada standby, lebih-lebih lagi yang jual cheese cake leleh”
“Alkisah sis ni, masa agak terhad untuk keluar cari bakery supplies nak buat niaga, tapi nak jugak berniaga untuk lepaskan niat sis, berniaga sambil bersedekah. Sambil-sambil nak cut cost, whipping cream kan mahal.. maka gigih la cari resepi untuk buat whipping cream sendiri di rumah”
“Dan terhasil laa, tadaaaa.. Whipping cream homemade.. Jimat pun jimat, sedap pun sedap.(Bagi sis la) resepi sis sertakan di bawah dan jugak ada di setiap gambar.”
Bahan-Bahan:
1 sudu besar ovalette
5 sudu besar susu pekat
4 sudu besar susu powder (tak kisah brand apa, sis pakai fernleaf family)
3 sudu besar gula (boleh kurangkan kalau tak suka manis)
1 bekas ais batu (pastikan dalam ketulan kecil-kecil, senang nak mix)
Pengadun Mixer
Ads
Cara Membuat:
1.Masukkan semua bahan dalam 1 bekas, pastikan bekas besar ye, jangan pakai mangkuk kecil. Nanti whipping cream kembang semangkuk, panik pulak.
2.Gaul rata semua bahan-bahan, bagi sebati dulu. Kemudian baru mix, pakai mixer.1 minit pertama, guna kelajuan paling rendah.Alasannya, nanti ais batu terkeluar dari bekas, habis bersepah nanti.
Ads
3.Minit ke-2,boleh tingkatkan kelajuan, sederhana dalam 3 minit.Mix je sampai tak nampak ais batu tu.Masa ni akan nampak adunan ni dah berupa cream yang kembang semangkuk.
4.Bila ais batu dah takde (boleh dengar bunyi ais masa tengah mix tu) boleh tingkatkan kelajuan mixer ke maksimum, mix dalam 2 minit sahaja, jangan overbeat yaaaa..Then, siap la whipping creamnya.
Ads
Masa penyediaan: 5-6 minit sahaja
Cuba la. Yang nak share, boleh je.. Doa kan sis murah rezeki yaa.
MW: Selamat mencuba! Semoga perkongsian ini bermanfaat buat mak-mak yang nak mencuba buat sendiri whipping cream ini di rumah. Bila buat sendiri lebih yakin kebersihannya, terjamin halalnya dan jimat kos.
Senang je rupanya nak buat kuih tradisi Cakar Ayam ni, hanya perlukan tiga bahan iaitu keledek, gula dan minyak untuk menggoreng. Cakar Ayam ni sangat rangup dan manis rasanya, biasanya dijadikan kudapan snek untuk minum petang.Jika selalu mak-mak beli, apa kata kali ini cuba buat sendiri.Malah boleh juga dijadikan pendapatan sampingan. Sebab ramai juga yang memilih kuih ini untuk dijadikan oleh-oleh istimewa ketika kenduri kahwin mahupun majlis-majlis tertentu.
Berikut merupakan perkongsian resipi oleh Are Peace sebagai rujukan.
Bahan-Bahan:
2 Cawan Ubi Keledek Putih (parut/sagat kasar)
4 Sudu Besar Gula Pasir
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
2.Masukan gula pasir ke dalam minyak panas tersebut dan kacau sehingga gula cair dan menjadi keperangan.
3.Masukan ubi keledek yang telah di parut tadi, goreng sampai keperangan (kacau jangan berhenti ye masa ni).
4.Angkat dan tos kan mnyak.Masa panas-panas tu terus bentukkan supaya menjadi bulat.Masuk dalam acuan dan tekan dengan sudu,(saya guna botol yang di potong menjadi bentuk gelang, boleh rujuk gambar).
Info Ekstra!
Masukkan Gula Pasir, BUKAN air gula kedalam minyak panas.
Jangan tunggu sampai keledek tu keras ye.. sebab dia memang tak akan keras masa goreng tu.Bila dah sejuk nanti dia akan jadi rangup sendiri.
Nak makan kaya roti yang sedap ikut tekak sendiri, kenalah raji buat sendiri. Tak susah pun dan bagi anda yang nak cuba, boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh Puan Anie Kue…
Kaya roti kak Nie dibuat dengan menggunakan lebihan air gula jalamas, jom kita kacau kaya roti.
Cara-caranya:
1. Masukkan satu setengah kilo santan ke dalam periuk yang dah sedia ada air gula. Kak nie guna santan kotak, kalau santan segar lagi sedap.
2. Pukul 5 bji telur dan masukkan dalam periuk yang sama.
3. Secubit garam, pewarna kuning dan daun pandan.
4. Kacau di atas api yang perlahan sehingga pekat, angkat dan sejukkan. Simpan dalam bekas dan letak dalam peti ais. Kemudian bolehlah disapu pada roti.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebenarnya tak susah pun nak buat resepi coleslaw super sedap yang rasanya enak dan berlemak. Yang penting, bahan yang digunakan tepat. Ini cara paling mudah, tapi rasanya memang enak lemak berkrim.
Bahan-Bahan Buat Coleslaw
1 mangkuk Kubis – hiris halus
1 mangkuk lobak merah hiris halus
2 sudu besar mayones (Guna jenama ladies choice)
Sedikit gula
11/2 sudu besar susu tepung penuh krim
Sedikit limau nipis/oren
Step 1
Kubis dan lobak merah yang dah dihiris nipis tu jadikan 1 mangkuk.
Step 2
Masukkan 2 sudu mayones. Kalau tak ada jenama atas tu boleh saja gunakan apa-apa jenama yang anda suka. Gaul rata.
Step 3
Tambah sedikit gula. Ikut cita rasa anda. Masa ini cubalah rasa nak manis ke kurang manis ke, terpulang..
Step 4
Masukkan susu tepung ikut sukatan yang diberi.
Step 5
Perahkan sedikit limau nipis/oren/lemon (mana yang ada di peti ais andalah kiranya). Ini nak bagi tindak balas dan memasakkan bahan-bahan lain.
Step 6
Gaul rata dan biarkan adunan selama 12 jam dalam peti ais. Kalau dah tak sabar boleh saja terus dimakan.
Nota : Kubis hijau boleh juga diganti dengan kubis ungu atau campurkan sekali.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...