Semua orang tahu, bila dedah aurat, hukumnya apa? Mulalah ada cakap, mereka yang bertudung pun ada yang buat dosa. Alahai…Hati setiap orang tak sama.
Aurat bukan hanya dengan memakai tudung tapi aurat bagi seorang wanita muslimah baligh adalah seluruh tubuhnya termasuklah dalam kita berpakaian.
Bagi sesetengah daripada kita, merasakan selesa dengan memakai seluar jeans dan tak kurang juga dedah aurat dengan memakai seluar ketat sehingga menampakan bentuk badan.
Bukan nak berlagak baik, tapi adalah peringatan kita bersama sebagai seorang muslimah. Moga dengan perkongsian daripada Farid Rashidi ini dapat memberi kesedaran buat kita sebagai muslimah yang diredhai. Insya Allah.
Sekarang ni bukan kata anak gadis saja, mak-mak, isteri orang pun sama dah terbiasa sangat pakai seluar jeans ketat nipis (stretch jeans), seluar fit atau skinny tu.
Ingat ya, bila mana perempuan pakai seluar macam tu dekat khalayak ramai (juga gambar dan video) ia termasuk mendedahkan aurat sebab bentuk badannya jelas. Dan hukumnya jelas dan terang berdosa dan haram berpakaian seperti itu.
Ads
Ia termasuk peringatan dalam hadis Nabi SAW, bahawa terdapat dua kategori penghuni neraka yang belum pernah Nabi SAW melihatnya.
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Ada dua kelompok manusia penghuni Neraka yang belum pernah aku lihat: kaum laki-laki yang membawa cambuk seperti bontut sapi mereka memukul manusia dengannya, dan kaum perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, selalu melakukan kemaksiatan dan mengajarkan kemaksiatannya kepada orang lain, kepala-kepala mereka bagaikan punuk unta yang miring, mereka tidak akan masuk ke dalam Syurga dan tidak akan mendapatkan wanginya, padahal wangi Syurga itu tercium dari jarak sekian dan sekian.”
– [Riwayat Muslim no. 2128]
Ads
Paling mengecewakan bila si bapa, suami atau saudara lelakinya tak pernah langsung ambil tahu apa lagi tegur anak gadisnya, isterinya atau saudara perempuannya untuk elak berpakaian mendedah aurat semacam itu. Astaghfirullahal Azim.
Sedih kawan.
Semua itu akan dipertanggungjawabkan kelak. Isteri dan anak gadis, jika tak mahu diri berdosa dan bapa atau suamimu berdosa sama janganlah pakai pakaian begitu.
Dalam hadis sebut lagi, bukan kata tak masuk syurga, cium pun tak jika berpakaian tapi telanjang. Allahu Rabbi.
Simpanlah sikit rasa malu tu dalam diri ya. Tak salah nak berseluar apapun, tapi longgarkan, jangan ketat dan nipis. Atau nak sangat pakai seluar jeans ketat sampai senak tu, pakailah dalam rumah tayang untuk suami saja. Itu tak ada masalah.
Ads
Apapun, sama-sama bermuhasabah, sebab usia kita terus berganjak laju tak tunggu kita pun.
Mingguan Wanita : Moga dapat dijadikan peringatan, teguran dan muhasabah untuk diri sendiri.
Seronoknya bila dapat tahu ada tetamu nak datang rumah. Mulalah macam-macam fikir nak sediakan makan istimewa apa untuk mereka nanti.
Walaupun mungkin yang nak datang rumah itu jiran selang dua buah rumah mahupun adik beradik sendiri sekalipun, sebolehnya kita ingin berikan layanan terbaik untuk mereka. Itulah rezeki bila ada yang datang menziarah kita.
Jangan ingat, rezeki hanya duit semata-mata sebab tetamu datang rumah pun adalah satu rezeki dan keberkatana dalam rumah tangga kita.
Waima, kita hanya mampu hidangkan air manis semata-mata, ia sudah cukup dan istulah rezeki untuk tetamu yang datang.
Ingat, rezeki berkat bukan setakat ada duit berkepuk-kepuk tapi ada pelbagai cara yang kita dapat melalui rezeki berkat ini. Antara yang dikongsikan oleh Rohana Saad ini yang boleh kita jadikan panduan.
Tanda Rezeki Berkat Bukan Pada Duit banyak, TANDA REZEKI DIBERKATI ALLAH SWT
1. Kita akan sentiasa rasa cukup dengan apa yang kita ada. Kadang-kadang tu kita rasa macam lebih dari cukup. Duit tu ada keberkatan, boleh cukup belanja sebulan dan boleh sampai tahap cukup buat simpanan.
2. Bila perilaku atau keadaan dalam keluarga dilihat stabil atau bahagia, ia boleh dikatakan yang rezeki keluarga kita ada keberkatan.
3. Apabila kita terasa mudah untuk menjaga solat dan juga melakukan amal ibadah yang lain, maka boleh lah dikata kan yang rezeki yang kita peroleh itu diberkati. Rezeki yang di perolehi boleh melakukan ibadah umrah atau haji.
4. Lagi satu lagi kesan positif bila rezeki kita diberkati ialah bila orang sekeliling kita suka dekat kita atau senang dengan kehadiran kita. Perkara seperti ini boleh dilihat bila kita bersama rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain. Kehadiran kita memberi manfaat kepada orang lain dan tidak menyusahkan.
5. Seterusnya ialah apabila anak-anak cemerlang dalam pelajaran atau pekerjaan. Rezeki yang halal yang diberkati sebab duit yang kita guna buat beli makanan dan barang-barang untuk anak-anak sebenarnya ada kesannya.
6. Rumah kita orang rajin ziarah, itu maknanya rezeki kita ada keberkatan. Kedatangan tetamu sebenar nya membawa rezeki dan keberkatan di dalam rumah tangga kita.
7. Doa kita senang termakbul. Sebab Nabi SAW pernah bersabda doa yang tak dimakbul kan antara sebabnya adalah kerana makan dari rezeki yang haram.
Begitulah petanda rezeki orang yang mempunyai keberkatan. Dalam apa pun yang kita dapat di dunia ini, semua tu tak lain tak bukan adalah rezeki dari ALLAH SWT kurniakan. seperti yang terdapat di dalam ayat al-Quran, surah At-Talaq ayat 2-3:
“Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH, Maka ALLAH akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan. dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH, nescaya ALLAH mencukupkan keperluannya”
Selalunya manusia itu apabila berkaitan dengan berkah menjuruskan kepada rezeki dan menilai disegi banyaknya keuntungan yang diperolehi. Sesungguhnya segala yang dimiliki oleh manusia diatas muka bumi ini walau sebanyak mana atau sangat sedikit, mahu pun mungkin tidak punya suatu apa, sebenarnya segala itu adalah kurnia daripada ALLAH SWT.
Nabi SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya ALLAH yang Maha Luas KurniaNya lagi Maha Tinggi akan menguji setiap hambaNya dengan rezeki yang diberikan. Barang siapa yang redha dengan pemberian ALLAH, maka ALLAH akan memberkati dan melapangkan rezeki baginya dan barang siapa yang tidak redha nescaya rezekinya tidak diberkati”-(HR Ahmad)
Nabi Muhammad SAW melalui Sabda Baginda diatas sekali gus menjelaskan bahawa keberkatan dari ALLAH SWT itu tidak ditentukan amaun banyak atau sedikit rezeki yang diperolehi. Keberkatan Illahi itu terletak diatas rasa keredhaan hamba Allah keatas apa sahaja bentuk mahu pun jumlah kurniaanNya.
Sebaliknya rezeki itu sendiri merupakan ujian daripada ALLAH SWT kepada manusia sejauh mana mereka benar benar bertakwa dan berserah diri kepadaNya. “Wahai orang orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada ALLAH dengan sebenar benar takwa kepadaNya, dan janganlah kamu mati melainkan dengan berserah diri”- (Surah Ali-Imran (3) ayat 102)
Dalam kita memahami pengertian rezeki yang berkat, kita tidak boleh membataskan rezeki itu hanya pada wang ringgit tetapi meliputi kesihatan, Ilmu, sahabat, masa lapang, idea dan berbagai lagi sehinggakan kemampuan melaksanakan amal ibadah juga merupakan rezeki.
Bila kita dapat memahami makna rezeki yang berkat secara tidak langsung kita sudah menambahkan rezeki dengan meluaskan pengertian rezeki itu sendiri.
Mingguan Wanita : Selalu kita fikir, bila anak makin bertambah makin banyak perbelanjaan, risau tak cukup duit. Tapi, percayalah sedar tak sedar, anak 4-5 orang pun kita masih mampu untuk teruskan kehidupan. Sentiasa cukup. Itulah berkat rezeki anak-anak.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Program Malaysia #QuranHour yang sudah memasuki edisi ke-11 disyor untuk dimasukkan dalam kalendar rasmi pelancongan negara pada tahun-tahun mendatang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, agenda tersebut perlu diangkat sebagai usaha mempromosikan pelancongan Islamik di Malaysia.
Sehubungan itu, katanya, cadangan berkenaan akan dibawa ke peringkat Kabinet untuk dipertimbangkan.
“Penganjur telah mencadangkan kepada saya supaya pada tahun-tahun mendatang ia dimasukkan dalam kalendar pelancongan Malaysia.
“Saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kabinet, Insya-ALLAH akan membawa perkara ini dan sebenarnya tidak ada masalah besar untuk dimasukkan.
“Ia adalah sebahagian daripada Islamic tourism yang akan kita promosikan bersama-sama dengan beberapa acara lain sempena Maulidur Rasul dan peristiwa Islam lain di negara ini,” katanya selepas Malaysia #QuranHour 2025 di Masjid Negara.
Program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu mengetengahkan misi #ResetRasa selari dengan tema besar iaitu “Merdeka Dengan Rasa” berpandukan tiga surah utama: surah al-Saff, surah al-Balad dan surah Ali’ Imran.
Malaysia #QuranHour 2025 menyeru pemimpin membina dasar dengan jiwa, penjawat awam melaksanakan amanah dengan rasa, manakala rakyat bangkit membela yang tertindas.
Dengan berpaksikan al-Quran, ia menjadi jalan menuju sebuah negara Madani yang benar-benar merdeka dengan rasa, membentuk bangsa berakhlak luhur, berempati tinggi dan meletakkan ALLAH SWT sebagai pusat perjuangan.
Mengulas tema “Merdeka Dengan Rasa”, Ahmad Zahid berkata, ia selari dengan sambutan kemerdekaan negara ke-68 dan menjelang Hari Malaysia ke-62.
“Kemerdekaan adalah untuk seluruh rakyat Malaysia. Kita tidak harus melayani perbezaan warna politik, budaya, bangsa atau agama sehingga menjejaskan perpaduan dalam meraikan kemerdekaan.
“Insya-ALLAH hubungan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, serta kepelbagaian keturunan di negara ini harus mencerminkan penyatuan pemikiran dan hati nurani agar kita benar-benar bertindak sebagai bangsa Malaysia,” tegas beliau.
Kalau zaman dahulu, bila nenek moyang nak keluar rumah mesti ada ayat dan doa untuk pagar rumah. Bukan dengan amalan terpesong tapi dengan menggunakan ayat-ayat al Quran.
Dengan pagar rumah ini, bila kita nak keluar pergi mana-mana pun kita akan rasa selesa dan selamat. Moga-moga rumah terlindung dan perkara yang tidak diingini seperti pencuri atau sebaliknya.
Jangan pagar rumah dengan amalan ‘syirik’, cukuplah dengan membaca doa yang dan ayat al Quran. Semoga Allah lindungi. Amalan ini bukan hanya dibaca untuk keluar kediaman tapi juga untuk kedai dan pehabat kita.
Inilah antara doa untuk pagar rumah yang dikongsikan oleh Ida Shahida. Moga ia memberi manfaat terutamanya bagi keluarga yang selalu tinggalkan rumah untuk bertugas atau sebagainya.
Ketika rumah, pejabat atau kedai anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah, pejabat atau kedai dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut ::
1. Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH ~ (1x)
2. Berselawat ke atas Nabi SAW ~ (3x)
3. Baca Ayatul Qursi ~ (1x)
4. Baca surah Yasin (ayat ke : 9) ~ (1x)
“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun”
Bermaksud :: “Dan KAMI adakan di hadapan mereka dinding-dinding dan di belakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.