Mesti ada mak-mak yang rasa serik nak bawa anak-anak berjalan. Apa tidaknya memikirkan karenah yang macam-macam, letih dan penat dibuatnya.
Malah, ada mak ayah yang rasa lebih baik duduk di rumah, bila diingatkan anak-anak yang tak ‘behave’ dan rasa malu pula mak ayah kalau anak buat hal.
Jangan begitu. Anak-anak tengah membesar memang lasak. Ada saja buat kita sebagai mak ayah rasa geram dan marah. Rasa serik pun ada bila anak buat hal di tempat orang ramai. Beum lagi bergaduh sesama mereka, menangis dan macam-macam lagi.
Sebenarnya, inilah masanya untuk mak ayah bawa anak berjalan. Semasa anak-anak masih kecil. Jangan ada rasa serik tapi raikan mereka untuk kenal dunia luar. Ciptlah kenangan sebanyak mungkin untuk kita kenang sampai bila-bila.
Inilah yang dikatakan dalam perkongsian oleh Dr. Redza Zainol. Layanlah karenahnya. Sebab anak-anak cepat membesar, cipta kenangan semasa mereka kecil untuk dikenang sampai bila-bila.
Teringat lagi betapa penatnya dulu saya bawa anak yang masih kecil pergi berjalan ke tempat yang agak jauh.
Ads
Balik rumah tu, terasa serik nak bawa anak berjalan jauh lagi. Penat sangat nak melayan kerenah masing-masing.
Ya Allah, silapnya saya fikir macam tu. Bertahun lepas tu, itulah kenangan yang anak duk sebut-sebut dan asyik teringat.
Rugi sangat bila kita tak luang masa bercuti dengan anak masa mereka masih kecil sebab peluang tu cuma datang sekejap je. Percayalah.
Bila anak dah besar, dia cuma nak keluar bercuti dengan kawan je. Barulah boleh pergi ke tempat yang lebih ‘adventure’.
Bila anak dah besar, masing-masing sibuk dengan kerja. Kalau kena kerja di negeri lain, payah dah nak balik ke rumah kita.
Ads
Masa anak kecil ni lah banyak tempat kita boleh masuk dengan kos yang lebih rendah. Ada tempat boleh masuk free je.
Masa anak kecil ni, kita bawa pergi kedai dekat rumah pun diorang dah seronok. Bayangkan kalau kita bawa anak ke pantai, ke sungai atau ke hotel yang ada kolam renang.
Saat dia tersenyum dan gelak ketawa tu la yang kita akan kenang sampai bila-bila.
Yang paling saya rindukan, masa kecil ni la kita akan paling banyak dukung dia, pimpin tangan dia dan bergambar di tempat percutian.
Dah besar ni, semua tu hanya tinggal dalam ingatan je.
Kalau boleh ambil cuti, ambillah peluang ni untuk balik berjumpa keluarga. Ambil peluang untuk bawa anak ke pantai, ke kampung atau ke pulau. Kerja pejabat kita takkan pernah habis.
Ads
Mingguan Wanita : Betul sangat. Kalau nak fikirkan kerja memang tak pernah habis, Dapat bercuti sehari dua pun anak-anak dah seronok. Yang tak tahannya, sleagi tak pergi, itulah yang akan ditanya-tanya, bila nak pergi.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Ada anak-anak yang tak faham, dan anggap perkara pemberian barang pada orang tua itu isu remeh. Yang mana, waktu hayat mereka masih ada, anak-anak hadiahkanlah barang seperti perabot, peti ais, dapur dan sebagainya. Apabila mak ayah dah tiada, anak yang memberi hadiah barangan itu tak boleh ambil balik barang tersebut. Jatuh hukum haram.
Ini yang dijelaskan oleh Ustaz Ahmad Nassri Ibrahim, yang mempunyai latar kepakaran dalam perancangan harta dan pengurusan : Faraid, Wasiat dan Hibah. Yang mana syarikat amanah wasiyyah shoppe berhad adalah pakar dalam pengurusan harta pusaka.
Haram Ambil Balik Barang, Selepas Mak Ayah Meninggal
Periuk letrik, peti ais, dapur, almari dan lain-lain perabot kita beli dan bagi kepada orang tua (ibu bapa). Bila mereka meninggal dunia kita ambil balik pemberian sebab kita kata itu semua kita yang belikan untuk ibu.
HARAM tu tuan-tuan. Barang – barang tu dah jadi pusaka.
Tidak boleh ambil sebelum mendapat keizinan semua waris. Jangan suka-suka kita main ambil balik sebab ada hak waris lain dalam harta pusaka tu. Barang yang dah bagi kat orang bukan milik kita lagi. Lain keadaannya kalau kita hanya bagi orang tua pinjam.
Jika was-was dan bimbang termakan harta batil dari harta pusaka, lebih baik kita rujuk kepada yang pakar.
Kredit foto : mynewshub.tv
Antara Persoalan Lanjut Ustaz Jawab
Soalan : Sebelum meninggal, ibu saya pesan pulangkan barang kemas yang anak-anak belikan kepada pemberinya. Saya serahkan barang tersebut kepada pemberi, itu dibolehkan ke?
Jawapan : Barang kemas itu pusaka ibu, pesanan ibu tu terpakai jika semua waris setuju. Jika ada seorang bantah kena faraid.
Soalan : Contoh barang yang dibeli oleh kakak. Benda masih berhutang, beli nama mak, bukan nama kakak. Bila mak meninggal, barang jadi pusaka, kakak dah tak mahu bayar duit ansuran sebab barang dia tak boleh ambil kat dia sebab kata jadi pusaka. Persoalannya hutang mak tu, siapa yang kena sambung bayar sebab barang nama mak. Dah kalau orang yang dok bayar tak boleh ambil barang tu. Sebab dah jadi pusaka dah tentu dia berat nak sambung bayar ansuran bulanan. Contoh macam TV, perabot, barang elektrik.
Jawapan : Ni kena bincang dengan pemberi hutang, cek perjanjian jual beli. Barang hutang ni tak sempurna milik. Kalau hutang tu boleh ambil alih bolehlah ambil barang tu contoh mesin Cooway, tukar nama dan sambung bayar.
Fitnah Dan Bahaya Pusaka Sangat Dahsyat
Kenapa Islam suruh sangat rancang harta dan urus pusaka dengan betul. Kerana FITNAH dan BAHAYA pusaka sangat dahsyat.
3 kesan pusaka tak diurus dengan baik dari sudut hukum ialah:
1. Termakan harta anak yatim.
Pemegang amanah kepada harta anak-anak yatim tidak faham amanah dan terpedaya dengan harta. 2. Termakan harta orang lain secara batil.
Ada waris yang dinafikan hak oleh waris lain. 3. Menzalimi si pemilik harta.
Ada hak si mati belum ditunaikan waris seperti upah haji, hutang dan sebagainya.
Kesemuanya adalah besar dosanya kepada waris dan terlampau besar jika ada waris anak yatim yang diabaikan.
Tolong ambil tahu perancangan harta. Kira faraid keluarga sendiri biar waris jelas apa hak mereka. Perkara-perkara asas yang waris kena tahu jika kita meninggal dunia. Jangan tinggalkan pesanan tanpa dokumen atau pesanan yang tidak boleh dilaksanakan seperti wasiat kepada waris sendiri.
Bercerita bab faraid ini memang takkan pernah habis. Lagi-lagi pada isteri yang kematian suami dan suami ada meninggalkan sedikit harta. Ketika balu dalam kesempitan, semua balu tanggung sendiri. Bila tiba bab faraid, masing-masing waris adik-beradik berebut nakkan hak.
Ini kisah benar yang berlaku yang ditangani Peguam Syarie merangkap Perunding Keluarga & Harta Pusaka, Roslina Sabiyah & Co.
Mengenai seorang isteri yang terpaksa berdepan kerenah adik-beradik arwah suami yang mendesaknya memfaraidkan harta peninggalan arwah. Tanpa mengambil kira kesusahan dirinya melangsaikan hutang suami yang ditinggalkan.
Faraid Tak Salah..
Seorang suami telah meninggal dunia secara mengejut tanpa sempat membuat sebarang perancangan harta. Beliau meninggalkan waris-waris seorang isteri, 3 orang anak perempuan, 3 orang adik-beradik lelaki dan seorang adik perempuan.
Ibu bapa telah meninggal dunia. Harta yang ditinggalkan berupa sebuah rumah teres 2 tingkat, sejumlah wang simpanan di dalam akaun KWSP dan akaun simpanan untuk menerima dan menguruskan gaji.
Isteri seorang suri rumah sepenuh masa dan 3 orang anak perempuan semuanya masih bersekolah. Walaupun rumah tersebut telah diinsuranskan, bayaran ansuran bulanan masih tetap perlu dibayar sehingga urusan pihak insurans dengan pihak bank selesai. Sekurang-kurangnya mengambil masa beberapa bulan bergantung kepada setiap bank.
Waris Ipar Enggan Bantu Bayar Hutang Rumah
Oleh kerana isteri tiada pendapatan tetap dan memandangkan adik-beradik arwah suami juga adalah waris-waris faraid suami, maka si isteri telah meminta bantuan mereka untuk turut sama membayar ansuran rumah tersebut.
Walaubagaimanapun, kesemua mereka enggan memberi kerjasama dengan alasan, rumah tersebut diduduki oleh si isteri dan anak-anaknya kenapa mereka pula yang kena membayarnya.
Kecewa dengan sikap mereka, si isteri tiada pilihan lain selain terpaksa menggadaikan kesemua barang kemas yang ada untuk menampung bayaran ansuran rumah tersebut dan juga untuk perbelanjaan harian yang lain.
Adik-beradik Arwah Tuntut Bahagian Faraid
Tiba waktu bicara pusaka, kesemua adik-beradik suami menuntut bahagian faraid masing-masing ke atas rumah dan KWSP tersebut. Hanya seorang yang sukarela menarik diri kerana kesiankan kakak ipar dan anak-anak saudaranya.
Untuk pembahagian rumah, 2 daripadanya ingin nama masuk dalam geran dan seorang lagi menolak bahagian tapi nak mohon sedikit pampasan dengan alasan nilai rumah itu tinggi. Kalau isteri tak bayar pampasan, dia juga nak nama masuk dalam geran.
Si isteri nak tolak ansuran rumah yang telah dibayar sebagai hutang daripada bahagian mereka dalam akaun KWSP tetapi mereka tak setuju. Sepatutnya hutang ansuran rumah boleh ditolak dari harta pusaka si mati tetapi mereka tak setuju.
Mungkin kerana isteri uruskan sendiri tanpa bantuan orang lain jadi mereka tak takut. Si isteri terpaksa agihkan juga bahagian KWSP secara faraid tanpa menolak hutang sedikit pun.
Yang Salah, Sikap Waris Tak Bertanggungjawab
Akhirnya urusan insurans selesai dan geran rumah dah keluar atas nama arwah suami. Si isteri tak mampu nak bayar pampasan kepada adik-beradik yang menuntut.
Mereka suruh jual rumah tersebut untuk dapatkan tunai tapi isteri tak setuju. Adik-beradik tak puashati. Si isteri buntu. Kata sepakat tak dicapai untuk tukar nama dalam geran rumah. Harta pusaka beku. Hubungan renggang.
Isteri dan anak-anak melihat rumah itu sebagai tempat tinggal untuk berteduh.
Manakala waris-waris yang lain mungkin melihat rumah itu sebagai sebuah aset hartanah yang mempunyai nilaian yang tinggi di pasaran.
Faraid tak salah. Yang salah ialah sikap waris-waris yang tak bertanggungjawab. Ambil iktibar dan jadikan pengajaran. Bertindaklah sebelum terlambat. #celikpusaka
MW :Jangan berhenti belajar, sebab banyak perkara yang tak terjangka bila melibatkan harta pusaka ini.
Buat mak-mak yang ada anak gatal-gatal kulit sampai risau nak keluar rumah. Cuba anda amalkan tiga petua ini untuk mengatasinya.
Parutan Kunyit
Sebagai mak-mak anda jangan cepat cemas, sepintas kilat masuk ke dapur dan dapatkan sepotong kunyit, bersihkan dan parut halus. Tambahkan sedikit air bersama kapur. Panaskan seketika di atas api, sejukkan seketika sebelum di sapa di bahagian gatal-gatal tersebut. tidak lama kemudian, rasa gatal tersebut mula menghilang.
Adunan Tepung Beras
Selain gatal kulit biasa, anak-anak juga tidak lari daripada masalah gegata atau hives atau urticaria? Kebiasaannya kulit akan berasa gatal satu badan dan buatkan anak anda tidak tentu arah. Selain mendapatkan rawatan dari klinik melalui pemberian ubat-ubatan. Barangkali cara ini sedikit sebanyak dapat membantu anda iaitu dengan cara mencampurkan sedikit tepung dan air. Jadikan adunan yang boleh diuli dan dikepal atau dalam erti kata lain menjadi doh. Golekkan doh tepung beras ini pada kulit yang terkena gegata.
Daun Thyme
Kadang-kadang akibat tersalah makan atau makan makanan laut berlebihan atau terkena habuk yang kotor membuatkan badan anda gatal-gatal dan kemerahan. Selain berjumpa pakar kulit, mungkin cara alami ini dapat membantu anda mengatasinya. Rebus satu sudu daun tyhme dalam periuk bersama sedikit air. Tapis airnya dan selepas itu ambil tuala kecil dan basahkan dengan air rebusan tadi. Lapkan pada kawasan yang gatal sehingga anda rasa ianya makin berkurangan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...