Hampas kopi, kalau mak-mak tahu kegunaannya tentulah tidak akan buang begitu saja. Jangan membazir sebab ada banyak manfaat bila kita gunakan.
Bukan setakat untuk tanaman, tapi hampas kopi ini boleh membantu untuk dapatkan kulit yang licin dan lembut. Inilah yang dikongsikan oleh Suhaili Baharudin tentang kegunaan yang pelbagai.
Hampas kopi jangan dibuang. Ada banyak manfaat kita boleh gunakan dan konsepnya janganlah membazir.
Kopi kampung – kopi yang selalu kita minum di rumah atau kedai biasa atau mamak tu. Ia diproses dengan dipanggang sampai legam dan dicampurkan pula dengan marjerin, gula dan bahan-bahan lain untuk rasa umphhh.
Kopi grind – Ini biasanya di cafe-cafe yang kita tengok ada mesin gedabak canggih tekan suis tretttt keluar kopi tu. Ia tak dicampur dengan bahan-bahan lain. Memang solid biji kopi tu saja yang dipanggang. Kira pure beans la ni. Dah tentu ia lebih sihat.
Antara kegunaan hampas kopi.
1. Taburkan pada pokok tanaman supaya menjadi baja organik. Sebaiknya tunggu beberapa hari sebelum tabur sebab hampas kopi masih panas. Tunggu sejuk betul dulu ya.
Jangan ditabur pada anak pokok yang masih kecil atau yang baru nak hidup. Tak sesuai.
Ads
2. Boleh taburkan juga pada rumput keliling rumah sebagai baja dan siput vavi cukup benci hampas kopi ni. Selamatlah tanaman kita dari makhluk perosak.
3. Selain tu boleh campurkan dengan bahan buangan dari dapur untuk kompos. Sayur lebihan + hampas kopi + sedikit tanah dan tutup bekasnya.
Selepas beberapa hari ia akan jadi organik top soil! Yang bertukar jadi tanah hitam yang sangatlah menyuburkan pokok.
4. Semut, lipas dan segala yang merayap juga tak suka aroma kopi. Jadi tabur atau letak di keliling rumah dan tukar setiap 2 minggu.
Ads
5. Jadikan sebagai aroma bilik tidur. Wangi bilik okey. Ia juga boleh bertindak sebagai deodorize kalau bilik bau kepam tu. Boleh juga letak dalam kereta. Sungguh fresh bau nya.
Elakkan letak pewangi dalam bilik contohnya fragrance oil. Tu semua sintetik dan tak menyihatkan pun. Bayangkan kita dan anak-anak menyedut bauan sintetik setiap hari?
7. Lumur pada kulit dan ia akan bertindak sebagai exfoliator. Gosoklah pada segala celahan dan bahagian yang kau rasakan suram itu. Nanti lepas bilas dengan air biasa gerenti kulit kita rasa lembut dan smooth aje.
Ads
8. Hampas kopi sebagai skrub muka. Jangan digonyoh kasar pulak sebab kulit muka kita ni lembut dan nipis. Sapu lite-lite aje. Buat lah 3 kali seminggu sebagai reward self care.
.
Selamat mencuba!
Mingguan Wanita : Banyak kegunaannya. Lepas ni jangan buang, buatlah yang mana mak-mak suka seperti dalam perkongsian ini.
Rahsia kurus, tentu ramai yang mencari-cari tip untuk kurus nampak ramping dan paling penting perut kempis. Inilah menjadi idaman setiap wanita.
Tak kurang juga mencuba pelbagai jenis produk semata-mata untuk kurus. Sayangnya, kalau tersilap boleh buat badan naik mencanak-canak. Belum lagi penyakit lain yang tiba-tiba datang.
Jadi, tak perlulah nak cuba ubat kalau kita tidak tahu keberkesanan dengan badan kita. Cuba cara Ibu Azzah ini, rahsia kurus yang dia amalkan adalah dengan minum air lemonade sahaja.
Alhamdulillah perjuangan ibu untuk turunkan berat badan semakin nampak ketara hasilnya. Sedikit lagi nak capai ideal weight. Bukanlah mudah tapi tak susah jika bersungguh nak ubah.
Bayangkan dari 80 kg, sekarang dah capai 60 kg. Bila tengok balik video live dan video-video dalam group kelas PJJ, tak sanggup nak tengok diri sendiri yang bulat, kembang setaman. Paling sedih bila orang teka umur jauh lebih tua dari usia.
Sebab tulah ibu tekad ubah lifestyle. Cara makan dan mula exercise. Amik masa 3 tahun jugaklah nak capai berat sekarang.
Jadi, jangan expect hari ni niat nak kurus cam Ibu Azzah, sebulan nak dapat hasil terus memang taklah. Kena sabar, konsisten dan disiplin. Kelaut tu biasa tapi cepat-cepat naik ke darat.
Cuma yang ibu perasan, dalam seminggu dua ni sejak ibu amal minum hari-hari lemonade dari 2 biji lemon, berat cepat sangat turun. Perut pun kempis lain macam. Suka sangat!
Tapi, yang paling ketara, selera makan jadi berkurang.
Bahan:
2 biji lemon
2 sudu gula kelapa – jenama ococ
2 sudu madu – jenama ococ
750 ml air
Caranya:
1. Perah lemon, tapis dan ambil jus. Ibu guna thermomix. Kisar 2 saat saja dengan air. Dapat banyak jus.
2. Selepas itu, campurkan terus dengan gula kelapa dan madu
3. Masukkan ais.
4. Ulang-ulang minum.
Seronoknya boleh buat perut kempis. Kena cuba.
.
Mingguan Wanita : Wah, seronoknya kalau dapat turun dengan berat ideal. Bonus bila perut pun kempis. Tak adalah orang tengok macam mengandung 4 bulan…sedih.
Teringin hendak ada pokok pudina di rumah? Cubalah tanamnya dengan menggunakan keratan batang yang segar. Cara ini lagi mudah sebab kita tak perlu semai anak benih pokok ini terlebih dahulu.
Pudina atau mint, dengan nama saintifiknya Mentha Arvensisi, diketahui umum banyak sekali manfaatnya. Yang paling terkenal dan mudah disediakan adalah teh pudina. Teh pudina dikatakan mampu untuk menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut. (Cramps and colic).
Dengan banyak lagi manfaat lainnya, tentunya bila kita tanam sendiri, maka mudahlah kita untuk mendapat bekalan pudina bila-bila masa sahaja. Bila kena caranya, sebenarnya mudah saja tanam pudina ni. Benih pula boleh beli pudina yang dijual di market.
Kalau dapat keratan fresh, lagi tinggi peratusan pudina untuk hidup. Di bawah saya kongsikan pula cara penyediaan keratan pokok pudina/mint untuk ditanam. Sesiapa saja boleh tanam. Tiada alasan lagi tak boleh tanam pudina.
2. Sediakan pasu yang diisi tanah. Tanah boleh beli tanah nursery yang siap guna. Atau guna tanah sedia ada.
3. Siram tanah sampai air menitis dari bawah pasu. Dengan kata lain, sampai tanah betul-betul basah.
4. Sediakan batang/keratan batang untuk ditanam. (Rujuk Gambar)
Potong batang dalam 4-5 inchi dari pucuk.
Setelah dipotong, sekarang buang pula daun yang paling bawah.
Setelah dibuang daun yang paling bawah.
Kemudian buang pula pucuk. Sebelah kanan yang dah siap potong.
5. Cucuk batang dalam tanah, paras daun paling bawah.
6. Letak tempat teduh.
7. Siram hanya apabila tanah nampak agak kering.
8. Selepas seminggu, Insya Allah akan mula naik pucuk baru.
9. Selepas itu, baru boleh letak baja, kalau boleh yang organik.Jika menggunakan baja npk, usahakan jauhkan dari batang pokok. Boleh menyebabkan lecur.Lepas ni, senang saja nak dapatkan pudina. Boleh buat teh bila-bila masa. Mudahkan? Jom tanam pudina.
-Nota PENTING :
KERAT selalu pudina yang dah membesar. Untuk jangka hayat yang panjang. Inilah tujuan dibuang pucuk, untuk menggalakan batang yang berada di antara daun membesar. Pokok cepat rimbun dan banyak.
Rupanya amalan petua lama kaedah ‘tarik dahan’ sehingga melengkung boleh membuatkan pokok Limau purut rendang, berbuah lebat dan berdaun lebar! Pokok limau purut ni boleh je ditanam dalam pasu di tepi rumah, malah banyak khasiatnya untuk kesihatan mahupun kecantikan diri.
Bagi mak-mak yang suka berkebun dan ada tanam pokok limau purut ni bolehlah ikut petua lama yang dikongsikan oleh Mohd Amri ini. Memang puas hati hasilnya, pokok berbuah lebat dan berdaun lebar-lebar walaupun hanya tanam dalam pasu.
Berikut perkongsian tersebut;
Sebelum ini pernah saya kongsikan berkaitan tanaman limau purut. Pokok ini saya tanam di dalam pasu sahaja, tetapi telah memberikan hasil yang sangat luar biasa.
Kali ini saya berkongsi pula cara saya lebatkan pokok limau purut menggunakan kaedah atau petua yang dikongsikan oleh “orang lama”. Sahabat, memang menjadi jadi pokok lebat daun juga buahnya.
Tapi sahabat berkebun semua kena ingat, ini adalah satu teknik untuk melebatkan pokok sahaja. Perkara asas seperti baja, cahaya, booster, siraman tetap kena on. Kalau tidak nayaaa laa!
Pokok ini wajib ada setiap rumah. Satu pokok pun sudah memadai. Time nak bertomyam, time gatal kepala, sangatt memerlukan ya. Hehe.
Bahan Diperlukan:
Tali
Kawat Besi
Cara Membuat:
1. Ikat kawat besi mengelilingi pasu.
2. Selepas itu, ambil tali/dawai dan ikat pada mana-mana bahagian ranting pokok limau purut.
3.Kemudian tarik tali/dawai ranting tersebut sehingga dahan melengkung.
4.Setelah itu, ikat tali/dawai tadi pada kawat besi yang mengelilingi pasu tadi.
Apabila dahan dan ranting melengkung, ia akan membuatkan pokok rendang, berbuah lebat, berdaun lebar dan banyak mengeluarkan cabang dahan serta pucuk baru.
Apapun, boleh rujuk video tutorial saya di bawah.Selamat berkebun.
Mingguan Wanita: Menarik kaedah ‘Tarik Dahan’ yang dikongsikan ini. Ada tanam pokok limau purut boleh cuba kaedah ini, barulah pokok rendang, berbuah lebat, berdaun lebar dan banyak mengeluarkan cabang dahan serta pucuk baru.
Inkues Zara Qairina bermula 3 September 2025, seramai 195 saksi dirakam percakapan. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar...