Jahit Baju PPE, Cara Mak Lepaskan Rindu, Terkenang Acap Hilang

Jika anda masih ingat tentang kisah seorang pemuda bernama Acap, atau nama penuhnya Mohammad Ashraf Hassan yang hilang ketika mengikuti larian Gopeng Ultra Trail 2019, di Gua Tempurung.

Kehilangannya yang penuh misteri sehingga operasi mencari dan menyelamat (SAR) jasad Acap dilakukan berbulan-bulan lamanya. Baik oleh unit penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), badan bukan kerajaan (NGO), orang awam yang turut melibatkan mereka yang ahli dalam kehilangan ghaib ini.

Jahit Baju PPE, Cara Mak Lepaskan Rindu, Terkenang Acap Hilang
Denny Lang masih setia mencari adiknya, Acap yang masih hilang.

Ramadan kali ini sudah masuk tahun kedua Acap hilang. Begitu pun abangnya, Denny Lang masih tetap setia, mencari adiknya di Gua Tempurung tanpa sedikitpun putus harap.

Apabila negara dilanda wabak Covid-19 dan mula melaksanakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan, ibu Acap, Siti Maznah Khamis juga dalam kesibukan membantu negara menghadapi kekalutan wabak pandemik.

Malah pertengahan April lalu, Denny Lang kongsikan ibunya sibuk dengan menyediakan baju PPE untuk dipakai petugas-petugas hospital pada waktu itu.

IKLAN

Jahit Baju PPE, Cara Mak Luahkan Rindu Pada Acap

Kata Denny, mungkin itu salah satu cara untuk ibunya lepaskan rindu pada anak yang sekian lama tak dapat didakap lagi.

Tulis Denny, “Melihat petugas-petugas kesihatan bertungkus lumus memerangi wabak Covid tergambar wajah anaknya (Acap). Yang dahulunya berulang alik bertugas di makmal hospital.”

Sebelum ini, adiknya itu pernah bertugas sebagai juruteknologi makmal perubatan di Pejabat Kesihatan Muar, Johor.

IKLAN

Mungkin ni antara cara mak nak lepaskan rindu. Petugas-petugas hospitak dijahitkan baju PPE kepada mereka. Mak ambil raw item dan jahitkan untuk kegunaan jururawat dan doktor secara sukarela. Tak perlu bayar.”

Bukan saja tidak mahu terima upah, malah ketika menghasilkan baju berkenaan tahap kesihatan ibunya ketika itu diuji dengan masalah jantung. Membuatkan kondisi kesihayan ibu tak berapa memuaskan.

Semangat mak betul-betul menginsafkan saya.” Luahnya sebak. Dalam pada itu, Danny juga berkongsi perbualan wasap antaranya dengan ibu tentang usaha yang ibu lakukan ketika itu.

IKLAN
Jahit Baju PPE, Cara Mak Lepaskan Rindu, Terkenang Acap Hilang
Isteri dan anak Acap.

Kehilangan Acap ini juga meninggalkan seorang isteri, Hamizah Mohd Ali dan anak perempuan, Aisyah.

MW : Mendoakan semoga keluarga ini terus tabah menghadapi ujian kehilangan yang getir.

Baca sini : Misteri Acap hilang, doktor perjelas kemungkinan yang terjadi

Sumber/Foto : Denny Lang

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI