Sememangnya jadi isteri bukan mudah, macam-macam ujian datang bila bergelar isteri. Ada yang diuji dengan sikap suami yang makan hati, kemudian ada pula suaminya baik , ibu mertua pula bermacam ragam.
Macam-macam ujian timbul bila bergelar isteri. Bagi yang kuat iman dan tinggi sabarnya, mungkin dia sanggup bertahan hingga hujung nyawa. Namun jika sudah takdirnya rumah tangga yang dibina berakhir di tengah jalan, maka menyerah sajalah.
Tapi itulah, masih ada lagi isteri di luar sana yang sedang bertahan dengan ujian-ujian yang dihadapkan Allah SWT terhadapnya…
Diselitkan sisa-sisa kesabaran, kekuatan dan ketabahan yang masih ada dalam diri untuk melalui hari demi hari…
Kalaulah “isteri” itu satu pekerjaan, sudah lama dah letak jawatan, cari pekerjaan yang baru, yang lebih bahagia, malah yang lebih gembira atau yang tidak ada hendak bersengkata dan tak dimengata oleh sesiapa…
Hati sendiri pun lebih terjaga… Jiwa tenang, fikiran tak serabut…
Bila Bergelar Isteri Pelbagai Ujian Datang
Mungkin ada yang akan merasa lelah, segelintir pula mungkin ada yang akan mengalah dan mungkin juga ada yang akan menyerah…
Namun ingatlah, walaupun hidup ini jadi tak seindah yang kita bayangkan dulu, namun kita masih boleh berubah… Berubah untuk mengubah apa yang kita lalui dan alami…
Kadang-kadang perubahan yang kecil itulah yang akan membawa kesan yang besar dalam hidup kita…
MW: Tak kiralah sama ada mak-mak menyerah atau Bersabar dengan ujian yang datang dalam rumah tangga, pilihlah jalan yang terbaik. Fikirlah kepentingan diri sendiri daripada menjaga hati orang.
Sumber: Firdaus Shakirin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Setiap kali sebelum tidur, mahupun bangkit dari tidur, selain mengucapkan syukur atas nikmat kehidupan pemberianNya, mak ayah mengharapkan anak-anak membesar jadi anak yang soleh.
Selain mendorong dan tunjukkan jalan kebaikan, jangan pernah mak ayah lupa untuk mendoakan anak-anak. Perkongsikan Nor Fatihahnoorini adalah amalan harian yang dilakukan untuk anak-anaknya.
Anak-anaknya pun seronok bila Umi membacakan doa sambil tangan diletakkan pada ubun-ubun kepalanya. Minta agar Umi selalu buat, setiap kali mahu ke sekolah. Indahnya.
Inilah amalan yang mak ayah lain boleh sama-sama buat.
Letakkan tangan di ubun-ubun kepala anak. Mulakan dengan asmaul husna, Ya Fattah Ya Alim Ya Nur Ya Hakim Ya Rashid Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Latif Ya Zaljala liwal ikram YA ALLAH BUKAKAN PINTU KEFAHAMAN DAN ILMU PENGETAHUAN, CAHAYAKAN HIKMAH KEBIJAKSANAAN, KECERDASAN DAN KEPINTARAN KEPADA ANAK ANAK KAMI DAN JAGAKAN ANAK KAMI DALAM JAGAANMU DAN PENGAWASANMU YA ALLAH.
Seterusnya titipkan doa ini.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
الرَّحْمَنُ (1) عَلَّمَ الْقُرْآنَ (2) خَلَقَ الْإِنْسَانَ (3) عَلَّمَهُ الْبَيَانَ (4)
Pasakkan niat ibu ayah buat anak-anak.
Ya mujib.
Petang semalam, selepas makan sebelum ke sekolah agama. Humairaa mendesak saya.
“Umi, cepat la umi. Cepat la. Tangan kat kepala.”
Kalut-kalut menyiapkan mereka saya tidak perasaan lagi.
“Kenapa dengan kepala Humairaa.” tanya saya.
“Umi! Cepat la doakan Humairaa. Letak tangan kat kepala. Humairaa nak pandai macam orang lain.”
Allahu. Sebak saya mendengar permintaan tulusnya . ALLAH Arrahman, Engkau yang mengingatkan anak kecil ini Ya allah. Apabilaku terlupa doakannya seperti biasa Humairaa ingatkan uminya.
Lalu, saya letakkan tangan di ubun-ubun kepala Humairaa bersama titipan doa ini dengan genangan air mata. Humairaa turut sama membaca doa ini dengan lancar.
“Umi, Humairaa dah boleh hafal doa ini masa umi doakan Humairaa.” ujarnya penuh makna.
Subhanallah
Terimalah doa ini.
YA MUJIB
Suami ni, kalau dia dah berkehendak akan sesuatu, isteri tak berdaya lagi nak haling. Termasuklah dalam soal poligami atau ‘buka cawangan baru. Kalau tak boleh secara terang, dia akan buat secara diam-diam. Percaya tak?
Ada lelaki yang sejak awal lagi sudah ‘pasang niat’ dan berhasrat untuk berkahwin lebih daripada satu. Sebabnya, hanya dirinya sendiri yang tahu. Ada yang pada awal perkahwinan dah bagi hint pada isteri akan hasratnya itu. Ada juga yang memang ‘diam’ saja hingga akhirnya dia bertindak bila tiba masanya.
Bab ini memang wanita sukar nak faham. Tak macam wanita. Bila dah berlakunya pernikahan, insya-Allah pada suami akan diserahkan segala kasih sayang. Berbeza dengan lelaki. Hati mereka ada banyak ruang untuk dikongsikan dan didiami oleh beberapa orang wanita!
Memang benar, dalam Islam poligami dibenarkan dan Rasulullah s.a.w sendiri turut memiliki lebih daripada seorang isteri. Sebab itu, ramai lelaki kalau soal poligami akan sentiasa jadikan alasan ‘hendak ikut sunah Rasulullah’. Tapi, bab lain kenapa tak pula diikut dan dicontohi?
Sebenarnya kalau betul pun suami hendak berpoligami, bertindak dengan wajar. Pertama, bnerterus terang dengan isteri walau pun itu perkara paling pahit dan payah nak dilakukan. Ramai lebih rela kahwin diam-diam hingga ke luar negara daripada berterus terang dengan isteri pertama.
Kenapa ye? Alasan suami pun banyak. Ada yang cakap, tak nak lukakan hati isteri. HELLO! Sah-sah hati isteri dah terobek dek perangai suami itu. Tak adalah maknanya bagi alasan ini. Selain itu, sebenarnya lelaki malas nak konflik katanya. Tapi, bayangkan kalau isteri tahu sendiri?
Ada kalanya lelaki suka bertindak tekad tanpa memikirkan dulu apa natijahnya. Memang berpoligami hak suami, tapi apakah isteri tiada hak untuk tahu? Bertahun-tahun berkongsi susah senang bersama, dilupakan pengorbanan isteri begitu saja?
Tidakkan mereka terfikir, perkara itu satu perkara yang tak boleh ditutup. Lambat laun akan diketahui juga. Jadi, kenapa tak nak berterus terang dari awal?
Rasanya lebih ramai wanita yang tak sanggup berpoligami berbanding yang rela. Suami kalau betul-betul hormat dan sayang isteri, kena berterus terang dengan isteri sebelum kahwin lain. Mungkin perang besar akan berlaku tapi dalam masa yang sama sebenarnya suami menghormati isteri kerana dalam hal itu, masih sanggup berterus terang biarpun tahu risiko yang menanti.
Memang isteri akan marah, sedih dan sebagainya. Namun dia tetap rasa sedikit bersyukur suami tak membelakangi dirinya. Pada saat itu, isteri sebenarnya diberikan pilihan. Walau pun pahit namun demi sayang dia sanggup izinkan. Atau dia pilih untuk berpisah kerana tak sanggup berkongsi kasih. Itu terpulang pada penilaian isteri waktu itu.
Banyak sebab lelaki hendak berpoligami. Ada yang menjadikan zuriat sebagai alasan, nafsu, selain kerana jatuh cinta buat sekian kalinya walau pun usia dah senja!
Namun, jangan sesekali menjaja kelemahan diri isteri untuk meraih cinta baru! Sebagai suami, patutnya jaga aib isteri. Kalau pun isteri ada kekurangan daripada kaca mata suami hingga perlu ‘kahwin lagi’ untuk mencari bahagia daripada persepsi diri mereka, namun dia taka da hak nak jaja buruk isteri. Seolah-olah meletakkan punca suami kahwin lain kerana isteri yang banyak kekurangan. Tak patut tu. Macamlah suami tu serba sempurna!
Lelaki, walau pun dilayan bak ‘raja’ oleh isteri, kalau hatinya sudah berpaling arah, memang tak makan pujuk. Jadi, isteri tak perlu terlalu kecewa hingga timbul stres.
Untuk suami, berlaku adillah kalau memang pilih jalan poligami. Segalanya bergantung pada. Kalau dapat dicorakkan dan dibimbing dengan baik, tak mustahil madu-madu dapat hidup harmoni!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Anak zaman sekarang dengan dahulu sangat berbeza. Kalau dahulu, mereka telah diajar dengan pelbagai kerja rumah. Tak kira anak lelaki mahupun anak perempuan. Masing-masing sudah ada kerja yang telah ditetapkan oleh mak ayah.
Berbanding dengan anak sekarang, mereka lebih terdedah kepada gajet yang sentiasa melekat pada tangan terutamanya pada hujung minggu. Tapi rasanya tidaklah semua anak.
Baik anak lelaki atau anak permpuan, mak ayah kena ajar anak bekerja atau lebih tepat lagi kerja rumah. Bukan untuk meng’hamba’kan mereka tetapi ajar mereka erti tanggungjawab. Bukan pada keluarga tetapi mungkin tahu erti tanggungjawab pada keluarga mereka bila sudah mendirikan rumah tangga.
Jangan nak bezakan kerja rumah sama ada anak lelaki atau peremnpuan, mak ayah kena ajar dua-duanya kena ada tugas kerja di rumah. Tak perlu nak harapkan pada anak perempuan sahaja sebab anak lelaki pun kena tahu kerja rumah dan perlu tolong keluarga.
Kalau anak sudah dijadikan raja pada waktu kecil, risau ia akan terbawa sehingga besar. Itulah antara perkongsian daripada Intan Salwani tentang didik anak sejak kecil.
Hassan ni suka buat aktiviti. Tenaganya pun banyak. Kalau tak tidur, memang asyik bergerak je. Lari sana sini, lompat sana sini, panjat sana sini.
Jadi, rugilah kalau tenaga Hassan yang banyak tu Mummy tak gunakan sebaiknya. Daripada dia menyepah mainan, baik Mummy minta Hassan bantu kerja-kerja Mummy.
Anak-anak kecil ni, jangan disangkakan tak mampu bantu kita. Walaupun tubuhnya kecil, tapi ada tugas-tugas mudah yang mereka boleh buat. Kalau mereka dah biasa buat, mereka takkan canggung untuk buat sampailah mereka besar.
Peranan kita sebagai ibu bapa pula ialah untuk menerapkannya dengan konsisten dan secara menyeronokkan supaya mereka suka. Yang penting, beri reward kepada mereka setelah selesai tugasannya.
Tak sukar pun, kalau yang kecil macam Hassan ni, kita berikan tanda ‘good’, puji-pujian, atau pelukan pun mereka dah suka sangat. Kalau anak yang besar sikit, bolehlah ‘reward’ mereka dengan kasih sayang dan ilmu.
Anak-anak yang sudah biasa bekerja sejak kecil, Insya Allah sampai besar pun akan rajin membantu. Tapi kalau dari kecil sudah dijadikan seperti Raja, dikhuatiri terbiasa pula bersikap sedemikian sampai besar.
Tiada istilah terlalu kecil untuk mula membantu. Macam kata orang dulu-dulu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Jadi ibu semua, jom kita ajak anak-anak bantu kita. Tugasan kita pun jadi ringan, anak-anak pun dapat manfaatnya.
MW: Bagi kerja pada anak, kerja yang senang dan mudah. Kenalah tengok kepada usia dan kemampuannya.
Masalah milia seed sekitar mata, 3 cara ini boleh singkirkan terus dari wajah. Ya, jangan sesekali pandang remeh kalau ada biji kecil di bawah mata, anda kena rawat!