Jangan mudah beranggapan isteri tak kerja akan bebankan suami dan paling teruk dikatakan menghabiskan duit suami saja.
Bukan isteri tak kerja kerana nak goyang kaki di rumah dan hanya mengharapkan duit suami saja. Usah mudah menilai orang lain sebab mereka ada alasan tersendiri.
Selalunya orang akan kata, bila isteri bekerja sekurangnnya dapat membantu dan kurangkan beban suami. Masing-masing ada pendapat tersendiri.
Hakikatnya, isteri tak kerja dan hanya menghabiskan duit suami tidaklah dianggap berdosa. Sebab memang dah tanggungjawab suami dalam memberi nafkah untuk isteri.
Tak perlu nak ‘jaki’ atau cemburu kalau isteri tak kerja. Ada alasannya seperti yang dikongsikan oleh Firdaus Syakirin ini.
Kalau ikut melayu, isteri yang tak bekerja, jadi surirumah sepenuh masa, isteri macam ni kerjanya menghabiskan duit suami.
Inilah pemikiran melayu.
Sebabnya dia tak ada sumbangan dalam bentuk kewangan untuk meringankan beban suami. Dia guna pula duit suami beli barang dapur, beli baju, mekap dan sebagainya.
“Isteri macam ni adalah BEBANAN untuk suami…”
Pemikiran begini datang dari hati yang JAKI. Maksudnya, jaki itu dengki, iri hati, tak puas hati, cemburu.
Ads
Itu Tanggungjawab Suami
Walhal dalam islam, dah menjadi tanggungjawab suami untuk menafkahi isteri. Adakah isteri perlu bekerja untuk beli makanan sendiri? Tak. Ada suami untuk tanggung, isteri perlu ada pendapatan ke untuk beli pakaian dan alat perhiasan? Tak, ada suami untuk belikan…
Sebab itu tanggungjawab suami selepas berkahwin, semua suami kena sediakan.
Isteri tak wajib cari pendapatan dan isteri boleh je “habiskan duit suami”
Kalau itu mindset orang kita terhadap surirumah, tak ada salah pun dalam afama, tak berdosa pun isteri guna duit suami selagi penggunaan itu tak membazir, ianya adalah untuk keperluan isi rumah, anak-anak dan dirinya sendiri.
Ads
Nak ikut melayu ke atau nak ikut Islam? Tepuk dada tanya iman masing-masing. …
Mingguan Wanita : Bekerja atau tidak, isteri ada alasan tersendiri. Jangan risau tentang rezeki, semuanya telah diatur olehNya.
Cabaran ibu ayah masa ini bukan sekadar memberikan pendidikan akademik yang baik untuk anak-anaknya. Menjadikan anak-anak lebih berdaya tahan lasak dengan ujian kehidupan itu juga bukan mudah untuk dilakukan.
Lebih lagi dalam berdepan zaman ‘segalanya terhidang di depan mata’. Namun, itu bukan alasan untuk tidak mempersiapkan mental dan emosi anak-anak.
Sebagaimana yang dikongsikan Liyana Marzuki ini. Pesannya agar ajarlah anak-anak untuk lebih berdaya tahan lasak. Kerana kepandaian semata masih belum mencukupi untuk mempersiapkan anak-anak berdepan dengan realiti kehidupan serba mencabar ini.
Dulu kita belajar, nak berjaya dalam hidup kena ada dua benda. IQ dan EQ.
IQ (Intelligence Quotient) bermaksud kepandaian otak memahami ilmu dan menghafal benda.
EQ (Emotional Quotient) pula bermaksud keupayaan menjaga perasaan, hormat orang lain, merendah diri, jujur dan punya jati diri. Paling penting tak malu jadi diri sendiri.
Sekarang kita diberitahu ada dua lagi konsep penentu kejayaan seseorang. Kena tambah dari IQ dan EQ yang disyaratkan dulu.
Iaitu Social Quotient (SQ) dan Adversity Quotient (AQ).
SQ merujuk kepada keupayaan seseorang untuk bersosial. Jaga hubungan dan menambah rakan. Ikut peraturan sosial dan etiket seperti tepati waktu untuk menjaga perasaan orang lain. Buat orang senang.
Mengikut pakar, mereka yang ada EQ dan SQ yang tinggi, lebih berjaya dalam hidup walaupun punya IQ rendah.
Yang terakhir sekali ialah AQ, ini merujuk kepada keupayaan seseorang menghadapi cabaran dan kesusahan hidup. Lagi kental seseorang itu, lagi tinggi AQ nya, dan lagi berpotensi menjadi insan cemerlang.
Saya dulu belajar di London, duduk zon 6. Uni di zon 1, 1.5 jam perjalanan naik tube. Tukar 3 train pulak tu. Sanggup duduk zon 6, sebab itu yang paling murah boleh dapat.
Duit tak pernah cukup lah. Kadang ambil upah jadi tour guide juga. Jadi babysitter pun ada.
Room mate saya sanggup jadi cleaner masa cuti. Just nak ada duit tambahan untuk belajar. Itu cara kami dan ramai di kalangan kita yang belajar di luar negara, nak ada extra belanja dan hidup masa tengah susah.
Disebabkan itu, ramai kalangan kita belajar erti ketahanan atau “grit”. Datang la apa saja, kita takkan putus asa. Kita hadap saja.
Budak sekarang lain benar peelnya. Posting ni tunjukkan bukan saja AQ ke laut, segala SQ, EQ malah IQ juga jauh tersasar.
Pepatah cakap:
“Do not prepare the road for our Children, prepare our Children for the road”
Itu mungkin kita semua kena hadam.
Ajar anak-anak kita, TAHAN LASAK itu lagi penting dari jadi pandai. Kalau setakat pandai, tapi lembik segala, apah pun tak guna!
Cara nak kenal si dia adalah jodoh kita yang tertulis di luh mahfuz, ini diajarkan Al-Quran. Pernikahan adalah satu ibadah. Ia adalah penyatuan jiwa lelaki dan wanita. Allah menjadikan pernikahan sebagai halal untuk memenuhi tuntutan seksual dan jalan mendapatkan zuriat.
Jika kita meniatkan sesuatu yang baik ketika mahu mendirikan rumah tangga maka Allah akan mempermudahkannya. Ini berdasarkan satu hadis sahih Bukhari dan Muslim.
“Segala amalan adalah berdasarkan niat, setiap orang mendapat apa yang diniatkan. Justeru, barang siapa penghijrahannya adalah kerana Allah swt dan Rasulullah saw, maka ianya akan menuju kepadaNYA.
“Sesiapa yang penghijrahannya kepada dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini, maka penghijrahannya adalah hanya untuk apa yang diingini”
1)Sejak dari awal perkenalan, semuanya mudah. Dalam erti kata lain kita dapat merasakan perasaan ini jauh di sudut hati kita. Malah semasa berkenalan pun, kita merasakan hubungan itu berlalu dengan cukup mudah. Kita cukup senang hati menerimanya dan hati kita langsung tidak rasa gusar atau ragu-ragu tentangnya. Malah hati kita akan selalu terdetik, inilah lelaki yang bakal jadi suami saya.
Di dalam al Quran surah An Nur ayat 32 ada dinyatakan tentang jodoh ini.
“dan nikahkanlah orang-orang bujang dari kalangan kamu, dan orang-orang soleh dari hamba lelaki dan hamba perempuan kamu. Dan jika mereka orang-orang yang fakir nescaya Allah akan menjadikan mereka kaya, dan Allah sangat luas dan sangat mengetahui (Surah An Nur ayat 32)
2) Kita rasa tenteram ketika bersama dengannya. Masa yang sama kita berasa selamat ketika bersamanya. Langsung tiada perasaan risau di hati kita. Jika ini yang kita rasakan, telitilah surah Ar Rum ayat 21 ini yang bermaksud:-
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
3) Anda dapat rasakan dia sekepala dengan anda. Dia tak akan tinggalkan anda sama ada saat susah atau pun senang. Ini dirujuk kepada surah As Syurah ayat 74 bermaksud :-
(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar dan Melihat.
4) Dia memahami diri anda. Dia mudah menerima kekurangan anda dan anda menerima kekurangan dirinya tanpa ragu-ragu. Si dia juga buat anda rasa selamat dan bahagia tatkala bersamanya. Malah anda tidak dapat membayangkan apa akan terjadi jika hidup tanpanya. Jika ini yang anda anda rasakan, surah Al Furqan ayat 74 menyatakan ini.
Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.
Jika ada beberapa ciri ini, yakinlah bahawa dia adalah jodoh anda yang telah ditetapkan di luh mahfuz lagi. Sentiasalah berdoa agar jodoh itu adalah adalah lelaki yang mampu membawa kita ke jannah.
JEANS BURUK JANGAN DIBUANG, BOLEH DIBUAT TOTE & SHOPPING BAG. SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sebaik melangkah alam perkahwinan, perkara yang paling dirisaukan buat isteri adalah penerimaan mentua terhadap dirinya. Bolehkan dia menerima menantu seperti anak sendiri atau sebaliknya.
Ada seetengah mentua ni, pandangan dia lain macam sedikit. Ada saja menantu tak kena di matanya.. Kalau boleh apa yang anaknya buat semua betul. Ini belum lagi cara masakan, uruskan rumahtangga yang sememangnya 100% tak seperti yang diinginkan.
Sebagaimana dia layan anaknya, begitulah dia mahu menantu melayan seperti yang dia lakukan. Silap haribulan, suami isteri boleh bergaduh dan bercerai berai dek kerana campurtangan mentua.
Terimalah menantu seperti anak sendiri, salah atau silap tegurlah dengan berhemah. Dan bukalah tangan seluasnya menerima menantu seperti yang dikongsikan oleh Tok Abah ini.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.