Sebaik melangkah alam perkahwinan, perkara yang paling dirisaukan buat isteri adalah penerimaan mentua terhadap dirinya. Bolehkan dia menerima menantu seperti anak sendiri atau sebaliknya.
Ada seetengah mentua ni, pandangan dia lain macam sedikit. Ada saja menantu tak kena di matanya.. Kalau boleh apa yang anaknya buat semua betul. Ini belum lagi cara masakan, uruskan rumahtangga yang sememangnya 100% tak seperti yang diinginkan.
Sebagaimana dia layan anaknya, begitulah dia mahu menantu melayan seperti yang dia lakukan. Silap haribulan, suami isteri boleh bergaduh dan bercerai berai dek kerana campurtangan mentua.
Terimalah menantu seperti anak sendiri, salah atau silap tegurlah dengan berhemah. Dan bukalah tangan seluasnya menerima menantu seperti yang dikongsikan oleh Tok Abah ini.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Ads
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
“Walau mustahil, setiap hari doa dia kembali sihat.” Isteri tabah jaga suami koma selepas terlibat kemalangan tiga tahun lalu.
Biarpun hidupnya berubah sekelip mata, namun sebagai isteri dia akur sebagai isteri dia perlu berada di sisi suami.
Walau Mustahil
Walaupun hilang tempat bergantung, wanita ini tetap tabah meneruskan kehidupan seharian selepas suaminya terlantar koma akibat kemalangan sejak tiga tahun lalu.
Menurut Nur Syamsinar Sudin, 30, hidupnya berubah sekelip mata apabila suami, Azizi Ibrahim, 32, terbabit dalam kemalangan di Tanah Merah pada Januari 2019.
“Hati mana yang tidak sedih melihat keadaannya yang terlantar begini, setiap hari saya berdoa semoga suami akan kembali sihat, boleh bangun dan berbual, walaupun itu adalah mustahil.
“Suami koma sejak tiga tahun lalu, tempurung kepalanya terpaksa dibuang, selain patah tengkuk dan dua pergelangan tangan.
“Selepas kemalangan itu, suami saya terpaksa menjalani pembedahan tiga kali di kepala dan tulang belakang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil, Gua Musang, Kelantan.
Isteri Tabah
Tambah Nur Syamsinar, suaminya mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan untuk membeli lampin pakai buang dan susu.
“Untuk menampung perbelanjaan seharian bagi membesarkan anak, saya terpaksa menjual nasi kerabu setiap hari.
“Pendapatan yang diperoleh tidak menentu, hanya cukup makan untuk kami anak beranak.” Katanya.
Terdahulu, Nur Syamsinar menerima kunjungan rombongan Yayasan Kebajikan Muslim diketuai Pengurus Projek Sektor Kemiskinan, Muhammad Azri Abdul Jalil yang menyampaikan bantuan makanan.
Mingguan Wanita : Memang berat bila hilang tempat bergantung apatah lagi melihat keadaan suami yang cukup berbeza. Namun wanita ini tetap memilih untuk terus kuat menjaga suami dan uruskan keluarga. Ternyata dia memang seorang wanita yang hebat!
Jangan meremehkan kiraan membeli emas yang dikongsikan, Bro Ohsem, Akhtar Syamir ini. Nampak angka tu macam main-main kan. RM3 sehari.. tapi dengan cara inilah sebenarnya paling berkesan untuk mak-mak miliki sebentuk cincin emas jenis Coco yang jadi idaman.
Kalau ditunggu-tunggu nanti harga segram emas makin lama makin tinggi. Jadi, mulakan terus membeli emas dari sekarang. Anda takkan pernah rugi pun bila miliki emas dalam simpanan. Itulah kelak jadi modal yang bantu kita dapat duit bila memerlukan.
Nak capai impian beli cincin coco ini, kenalah mula menyimpan RM3 dari sekarang. Hadamkan cara kiranya ni.
Cara Kiraan Mudah Beli Sebentuk Cincin Emas Coco
Matematik ringkas untuk bagi orang nampak bagaimana mudahnya nak beli cincin emas 2g. Cincin coco dalam gambar tu emas 916 beratnya bawah 2g tau.
Katakanlah harga emas semasa RM245 untuk 1g dan tiada kos upah (banyak kedai dah free upah sekarang).
Kalau emas 2g, bermakna RM245 x 2 = RM490. Nampak nak dekat RM500 dah. Banyak betul boleh beli dengan RM500 kan? Cincin nampak membazir sangat.
Tapi, cuba kita bahagikan RM490 tu kepada 3 bulan? Dia jadi RM163. Maknanya bila gaji je, simpan RM163. Ulang selama 3 bulan.
Mungkin masih berat? Bahagikan dengan 6 bulan. Korang akan dapat RM82. Ini bermakna, hanya perlu simpan RM82 sahaja sebulan. Lepas 6 bulan, dapat sebentuk cincin.
Rupanya Nak Beli Emas Cuma Simpan RM3 Sehari Je
Kalau setengah tahun dapat sebentuk cincin, setahun kan boleh dapat 2 bentuk? Kan best setahun dapat 2 bentuk cincin?
Ini benda yang anda boleh nampak dan boleh rasa simpanan tu. Bila-bila saat memerlukan datang, boleh digunakan untuk membantu.
Cuba tengok balik RM82 sebulan tu. Dalam sebulan ada 4 minggu lebih kurang. Jadi, seminggu kumpul RM20.50. Kalau bahagikan dengan 7 hari, rupa-rupanya RM3 je sehari !
Nampak tak? Nak gembirakan diri, nak gembirakan isteri, RM3 je sehari. Ada budak sekolah, duit belanja dia lebih dari RM3. Tapi dengan RM3 je kita boleh beli kegembiraan.
Bayangkanlah.
Adakah pandangan korang makin jelas sekarang? Kadang-kadang kita bukan tak mampu, cuma kita tak nampak jalan je.
*Artikel ini diterbitkan dengan keizinan penulis, Akhtar Syamir.
“Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa. Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi, http://t.me/broohsemfans“
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Orang lelaki paling takut bila kawan-kawan dia gelar dia ‘Takut Bini’. Macam satu malapetaka besar dah menimpa hidup kalau dilabel semacam itu.
Walhal, bukannya isteri spesies harimau kumbang apatah lagi singa. Isteri cuma nak suami faham saja yang dia sebenarnya ‘ambil peduli’.
Tapi dari sudut pandangan suami pula berbeza. Istilah ‘Takut Bini’ tu dahsyat sangatlah bunyinya. Sampai bila isteri ambil tahu, sanggup dia marah-marah, putuskan connection komunikasi asalkan isteri tak cari.
Aduhai! Cuba fahamkan apa yang Muhammad Taufiq (Along) ini terangkan. Suami-suami yang ada sejenis ego ini akan lebih faham dan jelas dengan istilah ‘Takut Bini’ itu sendiri.
Takut Bini?
Siapa pernah digelar takut bini oleh kawan-kawan, adik beradik, saudara-mara. Angkat tangan! Cuba Along nak tengok.
Mesti tak ada yang ngakukan. Takut kawan perlikan. Along pun sama di gelar TB (Takut Bini). Lantaklah kawan-kawan nak ejek.
Cerita Along.. wanita bergelar isteri (bini) ini memang istimewa dan semangat dia terlalu kuat.
Along bukan takut isteri Along. Tetapi Along masih belajar untuk respect dan hargai isteri Along (biasalah ego lelaki kan).
Banyak masa mereka uruskan hal rumah tangga. Sibuk jaga anak, siapkan hal sekolah anak, hantar dan ambil anak kat sekolah. Makan minum anak. Itu belum hal Along lagi.
Hal Rumah Dia Buat Semua
Penat tak penatnya seorang isteri ini, diterangkan dengan jelas oleh Along. “Berus gigi pun dia tahu bila kena tukar.
“Gillette Along pun dia yang beli. Kadang-kadang diri sendiri pun tak terurus.
“Along makan pun tak sempat. Along mata kadang lebam sebab COD balik lewat (tak cukup tidur).
“Tapi Along malam boleh tidur lena, banding isteri Along berjaga susukan anak, tukar lampin anak dan betulkan posisi anak.”
Anak Sakit Seminggu Di Hospital, Dia Diam Je
Cerita penat isterinya dirasai ketika menjaga anak sakit di hospital. “Isteri Along lagi penat.
“Bila anak sakit demam, semput, masuk hospital.. macam Cinta kena tahun lepas. Seminggu kat DEMC. Tapi dia diam je.
“Berkampung kat DEMC tidur sana. Malam-malam kat DEMC isteri pun sempat selimut kan Along.
“Dia buat tu untuk pastikan Along esok tak ngantuk kat tempat kerja. Bila Along terjaga bangun disuruh tidur balik.
“Tak apa Mama boleh jaga Cinta, Pa tidurlah esok kerjakan.”
Sebab itu, Along cuba luangkan masa dengan isteri. Cuba jadi pendengar setia.
Tatkala along COD @ Meniaga balik lewat isteri Along akan Call “Bila nak balik, balik awal takut papa eksident lagi”.
Selalu risau keadaan Along. Siap tanya jadual Along. (Kau rasa..)
Tak Nampak Susah Payah Isteri
Nak happy kan isteri, along bawa jalan-jalan tapi biasa lah mulut Along bising “Habis duit je jalan-jalan”
Isteri Along dan anak sulung Along dah biasa kena bebel.Tak bawa diaorang jalan-jalan macam-macam perangai jadinya. Bila bawa tiba-tiba manja-manja pula kat Along.
Tak Ada Istilah Takut Bini, Ini Betulnya
Along dulu tak nampak. Lepas balik Seminar baru Along tahu. Kadang-kadang isteri Along dah makan. Along bawa juga ke kedai makan.
Temankan Along makan. Tu pun dia dah suka. Belum belikan BMW lagi (kau rasa) dia happy tak (tak mampu pun Along) Saja cakap..
Betullah perlu hargai isteri setiap hari. Jadi tak ada istilah Takut Bini cuma kita cuba jaga hati isteri kita supaya tak berbalah. Tu je sekian.
Sumber/ Foto: Facebook Muhammad Taufiq
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu hilang ingatan akibat komplikasi bersalin anak ke-18, "semua benda tak ingat kecuali Qurannya...". Insiden seorang lelaki kurang upaya dibelasah di Terengganu cukup mendatangkan...