Isteri bukanlah orang gaji tetapi mereka adalah teman hidup suami.

Isteri bukan orang gaji tapi teman hidup suami, jangan sesuka hati hambakan mereka. Isteri juga ibu kepada anak-anak anda. Layanlah mereka selayaknya.

Isteri tak penat ke? Soalan yang sering terpacul dari mulut lelaki. Jawapannya PENAT TAPI KENA BUAT. Itulah hakikatnya. Biasanya orang perempuan mempunyai KPI  (ukuran prestasi) yang tinggi terutama golongan yang perfectionist.

Teman Hidup Yang Berkorban Untuk Keluarga

Selesai tugasan di tempat kerja, sambung pula tugasan di rumah. Bagi wanita bekerjaya yang tiada orang gaji atau pembantu rumah, lagilah banyak tanggung jawab mereka. Kadang baju kerja pun tak sempat tukar, tangan pantas mengemas rumah, mengurus anak-anak dan memasak.

Selepas melayani suami dan anak-anak makan, tak boleh rehat lagi ye. Kemas pula bahagian dapur. Baru hendak melabuhkan punggung, anak-anak datang menagih perhatian, si kecil nak bermanja, anak yang besar pula merengek minta diteman menyiapkan kerja sekolah. Itu belum lagi dikira order sampingan suami yang tiba-tiba mengidam kopi o panas atau roti telur selepas makan malam…

Sedar-sedar sudah lewat malam, barulah si isteri punya sedikit ruang privasi untuk dirinya. Tenaga yang sedikit berbaki itulah yang digunakan untuk ‘membelek’ dirinya. Itu pun kalau sempat, biasanya mata dah lelap dulu sebelum menelek jerawat atau kedutan di wajah.

Baca sini

IKLAN

https://www.mingguanwanita.my/lepas-kahwin-inilah-dunia-seorang-isteri/

https://www.mingguanwanita.my/suami-isteri-saling-tak-berkira-punca-rezeki-rumah-tangga-makin-lebat/

https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

Tiada ‘Cuti’

Esok pagi, dialah juga insan pertama yang bangun. Kadang, badan terasa sangat penat. Kepenatan itu dibuang jauh-jauh demi keluarga. Tangkas dia bangun menyiapkan sarapan serta bekalan anak-anak ke sekolah. Ketika ‘bersilat’ di dapur memasak, sempat lagi bekejar siapkan anak-anak mandi.

IKLAN

Usai anak-anak ke sekolah, si kecil digendong ke nurseri atau ke rumah pengasuh. Tarik nafas dalam-dalam, pecut pula kereta ke tempat kerja. Fokus dialih pula melaksana tanggung jawab sebagai pekerja. Begitulah hari-hari seterusnya, tiada cuti bagi seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu.

Bukanlah minta disanjung atas pengorbanan yang dilakukan namun saya percaya setiap wanita mengharapkan pengertian seorang suami untuk menghargainya dan berkongsi tugasan di rumah. Jika isteri boleh bekerja dan membantu meringankan beban suami menanggung keluarga, mengapa suami tidak boleh melakukan kerja rumah?

Isteri bukanlah orang gaji, layanlah mereka selayaknya. Itu hak mereka, jangan dinafikan. Jadilah suami yang bertimbang rasa, pasti rumah tangga bertambah bahagia.

IKLAN

Bebel sebab sayan, bebel sebab amanah. Sayang semua.

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI