Memang ada benarnya, isteri yang bercakap adalah lebih baik daripada isteri yang tiba-tiba senyap tanpa diketahui punca. Senyap seorang isteri boleh sebabkan dirinya ‘makan hati’, rasa tawar hati dan paling bimbang dah tak ambil peduli pasal suami.
Isteri bercakap lebih baik daripada isteri senyap.Bila dia bercakap, tak kisah la dia nak marah kita ke, dia nak berleter kita ke, dia nak kata apa saja kat kita, sekurang-kurangnya kita tahu apa yang dimarahkannya, apa yang dileterkannya, apa yang dikatakannya.
Kalau dia senyap, tetiba dia tak bercakap, kita sendiri pun tak tahu apa yang silap, kat mana yang silap.
Orang perempuan ni, cara dia zahirkan fikiran dia, cara dia luahkan perasaan dia adalah melalui kata-kata…tapi bila dia dah banyak berkata-kata dan kata-kata itu satu pun tak masuk kepala suami dia, maka dia akan FED UP.
Dia tak terus senyap macam tu saja.. Dia akan senyap bila dah banyak kali dia marah, dah banyak kali dia berleter… senyap tu tak bagus untuk dia walaupun pada kita, kita sangat suka isteri senyap.
Senyap isteri tu boleh makan diri dia, buat dia rasa tawar hati dan tak nak peduli suami.
Ads
Take Note Isteri Marah Atau Berleter
Masa isteri dah senyap, pujuk rayu ni adakalanya berguna, adakalanya tidak…jadi, take note siap-siap untuk setiap isi kandungan ketika dia marah, ketika dia berleter.
Salah silap kita ada dalam tu sebenarnya.Pastikan dia tak marah untuk benda yang berulang, dia tak berleter untuk benda yang sama…kalau dia dah senyap, minta maaf pun sia-sia.
Dia punya keras tu, makan hari la baru dia akan kembali bersuara.
Mingguan Wanita: Setuju sangat, biarlah isteri rajin bercakap daripada senyap tiba-tiba. Komunikasi dalam rumahtangga sangat penting, untuk keharmonian suami isteri.
Memang ada benarnya suami isteri perlu ‘penat sama-sama, rehat sama-sama’ malah tak perlu ada sesiapa terkorban dalam pengurusan rumahtangga!
Dalam melakukan kerja-kerja rumah, lakukanlah bersama-sama dan semampunya. Dalam waktu yang terhad, apa yang lebih penting ialah objektif setiap ahli keluarga gembira dan dapat meluangkan masa bersama-sama.
Saya isteri yang bekerja. Saya bekerja jauh dari rumah. Sampai rumah dah maghrib. Hari hari begitulah jadual saya.Sampai rumah katakanlah 7.30pm. Dalam jadual saya, pukul 10 adalah waktu anak masuk tidur.
Jadi, saya hanya ada masa 2 jam setengah untuk buat semua ni,
1. Mandi
2. Solat
3. Ajar anak mengaji
4. Masak
5. Kemas dapur
6. Basuh pinggan
7. Sapu sampah
8. Basuh kain
9. Sidai kain
10. Angkat kain
11. Lipat kain
12. Gosok kain
13. Susun kain
14. Susun pinggan
15. Tengok homework anak
16. Sembang dengan suami
17. Sembang dengan anak
Kalau saya nak pastikan saya mampu buat kesemua 17 perkara tu dalam tempoh 2 jam setengah, sorang-sorang, dengan berkualiti, saya tak sepatutnya duduk di planet bumi. Saya sepatutnya sudahpun menjadi bidadari sorga.
Jadi, sebab saya rasa mustahil saya boleh buat semua tu setiap hari dalam tempoh 2 jam setengah, maka saya memilih untuk buat semua itu dengan timeline saya sendiri, dan mengikut cara saya yang saya mampu.
1. Anak dan suami dapat perhatian sewajarnya
2. Rumah tidak terlalu bersepah
3. Perut masing-masing kenyang
4. Kami semua dapat habiskan masa yang berkualiti bersama walaupun sekejap
5. Kami semua gembira
Apa apa sahaja yang saya buat atau tak buat, saya pastikan kelima-lima objektif tersebut tercapai.
Rasa mampu masak, masak. Tak mampu masak, order. Yang penting tak ada yang mengamuk lapar.
Rasa larat kemas rumah, kemas. Larat sapu, sapu, larat vacuum, vacuum. Tak larat, kemas meja aje sudahlah. Kemaskan yang superficial je, kemaskan kawasan yang nampak jelas di mata: atas sofa, atas meja, depan tv. Yang lain, esok esok lah buat. Yang penting, rumah tak sehingga ke tahap tongkang pecah.
Basuh kain biasanya memang mudah, tekan tekan je. Tapi nak jemur tu kadang dah tak larat. Kalau kami laki bini masih larat, sidai. Tak larat, suami bawa je pergi laundry, keringkan. Kalau suami pun dah tertidur, tak larat nak bangun pergi laundry, aku biarkan aje. Esok aku tekan balik mesin tu, ha basuh lagi sekali. Benda boleh rileks, buat apa stress.
Baju? Alah..larat lipat, lipat. Tak larat saya susun je bakul bakul tu dalam bilik baju. Tutup pintu. Settle. Ada masa lapang, hujung minggu, lepak dalam tu sambil pasang lagu, slow slow lipat lah. Bukan jadi serbuk pun baju baju tau kalau lambat lipat. Chill aje udah.
Sapu sampah dan vacuum? Larat, buat. Tak larat, kutip sampah yang besar-besar. Lap pakai kain lap kalau ada benda yang tumpah tumpah bawah meja, dah. Nak mop bagai kau tunggu ajelah hujung minggu. Nak berkilat sangat lantai tu setiap masa nak buat apa? Cermin?
Iron baju? Kalau larat iron semua hujung minggu, iron. Tak larat iron je sikit sikit. Tak sempat sebelum tidur, esok subuh aku bangun awal sepuluh minit dari biasa, ha iron. Apedehal.
Yang penting, ini. Bagi saya, ini yang wajib:
Spend time dengan anak. Kita dah tinggalkan dia sepanjang hari. Biarkanlah dia nak bergelumang dengan kita selama 2 jam setengah tu. Itu je masa yang kita ada dengan dia.
Ajar anak mengaji. Seboleh boleh kami suami isteri cuba untuk tak skip rutin yang ini.
Spend quality time together. Setengah jam pun jadi. Waktu dinner, wajib duduk semeja. Sembang, gelak, bahan each other. Kalau sempat, kami tengok Netflix sesama. Sekejap pun tak apa. Dapat tengok satu episod naruto pun jadi.
Buat breakfast pagi-pagi (cipta menu yang boleh dibuat dan dimakan segera) untuk anak dan suami. Saya suka spend time dengan anak dan suami sebelum masing-masing berpisah ke destinasi masing-masing. Sekejap pun jadi. Sebab nak jumpa semula nuuu maghrib nanti.
Keinginan untuk rumah yang berkilat, bersih, dan tersusun macam muzium tu adalah kehendak kita sahaja. Ia bukan keperluan. Kita takkan mati dan menyesal kalau rumah kita bukan rumah yang paling berkilat di daerah kita.
Tapi, memberi masa dan perhatian yang secukupnya kepada anak adalah suatu prioriti yang kita tak boleh tolak ansur dah. Yang itu ya, kita akan menyesal apabila suatu hari nanti, dia rupanya-rupanya dah besar dan tak mahu sembang dan spend time dengan kita dah. Masa tu, kita duduk lah dalam rumah yang berkilat macam muzium tu dengan suasana yang sangat sunyi.
Rumah yang berkilat dan tersusun macam muzium tak boleh beri kita kebahagiaan pun. Ia hanya beri kita kepuasan yang sementara. Sebabnya esok lusa, bersepah balik.
Tapi fokuslah dengan objektif yang lebih utama, kemenjadian anak anak dan memori yang dicipta bersama untuk dikenang sampai bila bila.
Tapi betul, saya boleh hidup dengan timeline dan pace macam ni kerana saya dianugerahkan suami yang memahami, rajin membantu, mengambil separuh daripada tugasan rumahtangga bersama dan anak juga sudah boleh membantu banyak benda.
Tapi, percayalah, kesefahaman itu bukan dicipta overnight sahaja. Ia sudah pun melalui proses pertengkaran, kemerajukan, perbincangan, latihan, mesyuarat, persidangan, dan ngauman ngauman serta sedu sedan yang mendayu-dayu.
Tapi, selagi Allah ada dalam setiap perbalahan tu, insyaallah kita suami isteri akan baik baik sahaja. Saya teguh dengan modul ‘penat sama sama, rehat sama sama’. Jangan mengalah selagi objektif modul tak tercapai!
Tak perlu ada sesiapa yang terkorban pun dalam struggle pengurusan rumahtangga.Selagi kita suami isteri masing-masing cuba lapangkan dada untuk cuba memahami dan bersifat ihsan towards each other, Allah akan bantu kita.
Doa banyak banyak pada Allah…ya Allah, kau berilah ilham kepada suamiku agar dia faham isi hati ku ni ya allah….doa begitu selalu.
Suami ni, dia bukan macam anak-anak, boleh ditengking tengking kalau tak dengar cakap, bukan boleh dipecah perintah kalau nak minta dia buat sesuatu. Tapi, jika kena caranya, insyaallah dia akan buat apa yang kita harapkan dia buat dengan seikhlasnya juga.
Yang saya tulis ni, bukan tips. Tapi ini kisah hidup saya yang baru sepuluh tahun berumahtangga. Alhamdulillah, segalanya makin tenang, dan kurang dah tunggang langgang.
Bagi yang baru meniti setahun dua tahun tiga tahun empat tahun tu, sabar…sabar..sabar…tenang…banyakkan komunikasi..merajuklah, menangislah, memintalah, bersuaralah…agar akhirnya isi hati kita sampai kepada suami.
Orang lelaki ni otak dia slow sikit bab faham isi hati isteri ni. Kita kena luah luah luah luah luah banyak banyak banyak banyak kali sampailah dia register, oh begitu rupanya yang bini aku nak. Hahahaha!
Rileks k, jangan stress.. mak mak bawak bertenang. Buat apa yang termampu. Kita semua dah usaha dah sebaiknya. Mak mak memang semua akan berusaha pastikan yang terbaik untuk anak dan rumahtangga nya.
Buat saudara mara adik beradik ipar duai jiran tetangga dan sahabat handai, jangan sibuk judge rumahtangga orang lain tu tak kemas lah, tak berkilat lah, tak bersih bersinar lah, bini orang tu malaslah, tak rajin masaklah apa lah yee.
Itu rumahtangga dia, suami dia, anak anak dia. Dan boleh sahaja objektif dia dan kita tak sama. So SOP pengurusannya pun tak sama. So kita senyap aje sudah. Tak puas hati, kemam aje diam diam. Tak payah sibuk. Selagi tak ada perkara yang menyusahkan kita, biarkan mereka. Kau sakit mata? Pejam. Kau sakit hati? Ha tu kau punya pasal. Selagi dia tak kacau kau, sudah.
Suami, teruskanlah berbuat ihsan kepada isteri. Percayalah, Isteri anda pasti sedang sentiasa mencuba melakukan yang terbaik untuk anda dan anak anak, dengan cara yang dia tahu, dan dengan kudrat yang dia mampu.
Kalau ada sesiapa yang hasut fikiran anda agar jangan bantu isteri, biarkan isteri buat sendiri sebab itu tugas isteri, kalau bantu isteri tu tandanya anda takut bini, ha kau pergi hembus auzubillahi minasyaitooonnn nirrrajimmmm kat ubun ubun dia. Kalau nampak tak lut, kau azankan je kat telinga dia bang. Bisikan syaiton sungguh!
Isteri happy, anak anak happy, anda sendiri pun akan happy. Bahagia itu kita yang cipta.
Ciptalah.
(Eh ya Allah, bila aku baca balik, panjangnya! Anda dah baca sampai bottom line ni kira tahniahlah!
Mingguan Wanita: Memang ada benarnya, pengurusan rumah tangga setiap orang tak sama. Buatlah semampunya ikut SOP sendiri dan lakukanlah bersama-sama. Paling penting luangkan masa bersama-sama anak dan keluarga.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Suami hidap penyakit misteri. “Selesa tidur dalam kereta, panas bila naik rumah.” Begitulah situasi yang dialami seorang guru selepas menghidap penyakit misteri setahun lalu.
Kereta itu menjadi rumah keduanya sejak setahun lalu. Pelik tetapi itulah hakikat yang perlu dilalui keluarga ini. Nampak pada kasar macam tak selesa tetapi itulah pilihan guru ini.
Keluarga seorang guru yang menghidap penyakit misteri terpaksa menjadikan kenderaan pelbagai guna (MPV) sebagai ‘kediaman’ apabila lelaki itu akan berubah sikap sejak hampir setahun lalu.
Menurut Wan Zaidah Wan Bakar, 53, ini berikutan suaminya Azhar Nor, 56, secara tiba-tiba boleh bertukar perwatakan menjadi seorang yang panas baran dan pelupa apabila naik ke atas rumah mereka.
Katanya, suaminya mula menghidap penyakit misteri selepas menjalani pembedahan pada bahu kiri akibat mengalami penyakit Raja Satong (bengkak atas tubuh), tahun lalu.
“Selepas menjalani pembedahan itu, doktor memaklumkan suami yang mengajar di sebuah sekolah di Hulu Besut disahkan menghidap penyakit hati menguncup serta terdapat batu pada hempedu.
“Perut suami juga membesar dan mengeluarkan air kejernihan menyebabkan pembedahan terpaksa dilakukan untuk memasang tiub,” katanya.
Mengulas lanjut, Wan Zaidah yang bertugas di pejabat Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (Ketara), suaminya bertukar menjadi seorang panas baran dan pelupa jika naik ke atas rumah selepas menjalani rawatan.
“Selepas mengalami penyakit misteri dan bagi mengelakkan saya dan anak-anak menjadi mangsa kemarahannya, suami sendiri memilih untuk tidak naik ke atas rumah.
“Dia akan menghabiskan masa termasuk tidur, makan, buang air besar dan kecil di dalam kenderaannya.
“Sejak menjadikan kenderaan sebagai penginapan mulai akhir April tahun lalu, MPV ini pernah mengalami kerosakan pada kotak gear kerana enjin sentiasa dihidupkan 24 jam,” katanya.
Wan Zaidah yang mempunyai enam anak berusia 13 hingga 24 tahun, berkata dia membelanjakan kira-kira RM100 sehari untuk kos bahan bakar kenderaan berkenaan.
Selain itu, katanya, dia juga berbelanja RM3,000 sebulan untuk membeli lampin pakai buang dewasa, tisu basah dan ubat-ubatan.
“Saya bersama anak-anak mendirikan pondok di halaman dan terpaksa bermalam dalam khemah secara bergilir-gilir untuk menjaga suami yang bermalam di atas kenderaan,” katanya.
Mengulas kos rawatan, Wan Zaidah memaklumkan sudah membelanjakan lebih RM20,000 untuk mengubati penyakit misteri dialami Azhar termasuk menggunakan khidmat perubatan tradisional.
“Bagaimanapun, usaha dilakukan tidak berhasil apabila penyakit misteri yang dialami suami semakin teruk dan kini saya terpaksa menggantikannya sebagai ketua keluarga,” katanya.
Mingguan Wanita : Semoga cikgu ini dikurniakan kesembuhan dan kembali sihat seperti sediakala. Penyakit misteri ini bukan hanya menguji kesabaran orang yang sakit, malah orang yang menjaganya juga.
Memang ada benarnya, bila setiap kali suami buat salah namun isteri yag meminta maaf, pastinya ego suami ‘menang’ namun hati-hati rumahtangga boleh hilang serinya. Dalam rumahtangga perlu ada tolak ansur dan jangan malu untuk mengaku salah. Turunkanlah ego masing-masing demi keharmonian suami isteri.
Ada segelintir suami, bila dia buat salah, dia ambik pendekatan untuk DIAM.
Dia buat tak tahu kat isteri dia, dia tak bercakap dengan isteri dia, dia dingin dengan isteri dia, dia pulaukan isteri dia.
Sehari dua, isteri mungkin boleh hadap…kalau dah sampai berminggu-minggu dia buat macam tu, isteri dah mula rasa lain macam…maka isteri pun minta maaf.
Isteri minta maaf sebab highlight kesalahan suami,isteri minta maaf sebab tegur kesalahan suami, isteri minta maaf sebab dia yang buat suami diam, jadi dingin tak bercakap.
Sebenarnya, inilah yang dinamakan EGO…sendiri salah, tapi sendiri tak nak mengaku. Sendiri salah, sendiri nak protes tak nak bercakap…sendiri salah, sendiri yang buat tak tahu kat isteri dengan harapan, isteri pulak jadi salah dalam hal ni.
Benda ni tak pelik, benda ni normal. Banyak jadi dalam kehidupan rumahtangga pasangan di Malaysia. Modus operandi suami bila salah, bila kantoi, bila menyakiti dan melukai hati isteri adalah dengan tidak bercakap, pulaukan isteri dan layan lebih kurang ja pada isteri smpai si isteri pulak jadi tertekan sehinggalah dia buat pilihan dan keputusan untuk minta maaf.
Ego menang tapi rumahtangga hilang seri dan silap hari bulan, hilang sekali isteri.Elakkan la ya, tak jatuh hidung dengan minta maaf bila buat salah.
Mingguan Wanita:Sebenarnya tak kira lah siapa pun yang buat salah, baik suami atau isteri, turunkanlah ego dan mengaku kesalahan sendiri. Tak rugi pun meminta maaf pada pasangan demi keharmonian dalam rumahtangga.
Ibu bapa anak kanak-kanak yang tertinggal di dalam kereta semalam dilihat sukar mengawal perasaan dan hanya menangis ketika menunggu jenazah anak di Unit Forensik Hospital Rembau.