Setiap isteri apabila berumah tangga dan memiliki keluarga pasti ingin lakukan yang terbaik untuk Keluarganya terutamanya anak-anak. Bila melihat saban bulan suami sesak, pasti isteri cuba membantu apa yang patut maklumlah saling berkongsi hidup.
Sebenarnya bila isteri bekerja adalah untuk kurangkan beban suami dan bukan ambil alih segala bebanan suami serta nafkah juga wajib suami bagi pada isteri.
Sebab hukum menunaikan nafkah ini adalah wajib… Bila seorang isteri itu menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri, maka suami wajib bagi nafkah kepada si isteri…
Tiada alasan untuk tidak menunaikan nafkah…
Isteri Bekerja, Nafkah Tetap Wajib Bagi
Isteri bekerja, isteri berniaga, isteri ada pendapatan sendiri sekalipun, suami masih wajib tunai nafkah…
Ads
Nafkah tak dikira void atau boleh dielakkan atau terbatal jika isteri itu ada kemampuan untuk berbelanja untuk dirinya sendiri…
Mentaliti nowadays, “Awak ada duit, awak belilah barang dapur… Awak ada gaji, awak bayarlah yuran anak-anak…”
Suami kena ganti duit yang isteri gunakan tanpa rela ke atas perbelanjaan-perbelanjaan dan tanggungan-tanggungan yang berada dibawah tanggungjawab suami…
“Bersyukurlah saya bagi awak kerja, bagi awak berniaga, bagi awak cari duit sendiri…”
Ads
Wrong… dia bekerja, berniaga dan ada pendapatan untuk mengurangkan beban suami, bukan mengambil alih bebanan suami… Banyak yang lepas tangan bila isteri sudah ada duit sendiri sebab pada fikirannya, dia sudah tak perlu tunai nafkah bila mana isteri itu ada duit sendiri…
Isteri Bekerja Bukan Ambil Alih Bebanan Suami
Dia biar isteri beli kelengkapan dapur, dia biar isteri bayar bil utiliti, dia biar isteri bayar hutang-hutang kereta dan rumah… Asbab, duit isteri banyak dari duit dia… Maka isterilah kena bayar serba-serbi…
Another mistake… Suami tetap perlu cuba untuk bayar setakat kemampuan yang ada, beli keperluan setakat kemampuan yang ada, usaha sedaya-upaya menyara keluarga dengan kemampuan yang ada…
Tak cukup, sudah hampir habis duit yang ada, baru isteri akan tolong…
Ini sepatutnya budaya rumah tangga yang sihat dan bahagia…
MW: Bab nafkah ini memang jadi tanggungjawab suami dan wajib ditunaikan. Tidak kiralah isteri miliki pendapatan lebih banyak sekali pun, nafkah tetap wajib diberi pada seorang isteri.
Sumber: Firdaus Shakirin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ini bukan mengharapkan anak lelaki buat kerja-kerja rumah dan memasak sepanjang hidupnya, tetapi menjadikan dia manusia yang serba boleh. Dia boleh menukar tayar, boleh memanggang daging, mencuci pakaian, memotong rumput di halaman rumah dan sebagainya.
Nak tahu cara mudah nak mendidik anak lelaki biasa dengan semua kerja rumah ini macam mana? Semak perkongsian daripada doktor Taufiq Razif ini…
Biasakan Anak Lelaki Buat Kerja Rumah
Saya pernah tengok ada anak lelaki jadikan mak dia hamba. Daripada buang sampah sampai la basuh mangkuk jamban pun maknya yang terpaksa buat.
Selidik punya selidik rupanya si emak terlampau manjakan si anak lelaki!
Niat dah baik tapi caranya tu salah. Anak mungkin berhak jadi raja hanya ketika umurnya di bawah 2 tahun tapi bukannya sampai umur 20 tahun!
Tanpa sedar kasih sayang tadi menjadi ‘delicious poison’ yang membunuh kepimpinan dalam diri si anak tadi.
Sebab tu la :
+ jangan takut bagi anak lelaki cuci pinggan
+ kena berani suruh anak lelaki buang sampah
+ kena tegas suruh anak buat kerja mengemas
+ kena biasakan anak lelaki memasak
+ kena ajar anak yang kerja rumah bukannya kerja orang perempuan semata
Ini semua adalah persediaan hidup untuk menjadikan anak seorang pemimpin. Pemimpin adalah orang yang memahami dan tahu keperluan orang yang di bawah tanggungjawabnya suatu hari nanti.
Taufiq Razif
Bapa yang percaya anak takkan bertukar pondan hanya kerana pandai memasak dan mengemas rumah!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bayangkan.. nak berjalan pun sampai tak lepas nak jejak lantai tu. Sebab dikelilingi permainan anak yang banyak. Bukan tak boleh belikan anak permainan, cuma ada panduannya.
Ibu ini, Hanisah Zulkifli berkongsi cara dan tip mengurus permainan anak yang banyak tu. Dan mengapa permainan yang terlalu banyak ini menjadi punca ibu stress.
Minimalis : ‘Permainan Anak Yang Banyak’ Rupanya Ini Punca Stress Ibu
Baru saya tahu selama ni, inilah punca stress saya. Mainan anak yang terlalu banyak!
Saya akan jadi stress bila anak mula sepahkan mainan. Penuh di lantai. Sampai nak jalan pun kadang-kadang terpijak. ‘Nikmat’ terpijak tu hanya Allah saja yang tahu. Lagi bertambah stress dibuatnya!
Jadinya saya terus ambil mainan anak-anak, letakkannya di dalam plastik dan simpan di dalam setor untuk sementara waktu.
Saya hanya tinggalkan 3 jenis mainan sahaja untuk Shahid. Blok kayu, Knob Puzzles dan Stacking Cup.
Permainan yang sesuai dengan umur Shahid sekarang. Cukup satu bulan nanti, saya akan gantikan pula dengan mainan yang lain.
Tip Susun, Elak Permainan Bersepah
Tips ini saya dapat daripada Dr. Nabilah Solehah di seminar minggu lepas. Bila saya aplikasikan tips ni di rumah, nampak lapang bilik kanak-kanak bijak soleh solehah tu sekarang.
Dan tiada lagi mainan bersepah di sana sini. Hati pun tenang tak perlu kutip mainan setiap pagi.
Jangan risau ibu ayah, anak akan jadi lebih kreatif bila mainan terhad kerana mereka akan cenderung meneroka keadaan sekeliling dan mampu untuk merangsang daya imaginasi mereka nanti.
Daya imaginasi ini amat penting bagi anak-anak. Memetik kata-kata Einstein,
“The true sign of intelligence is not knowledge, but imagination.”
“Tanda kecerdasan yang sebenar bukanlah pengetahuan tapi imaginasi.”
Selain daripada itu, daya fokus anak juga akan lebih panjang kerana apabila terlalu banyak pilihan mainan, anak akan mencari mainan yang lain jika permainan sebelum itu memerlukan penyelesaian masalah dan mereka tak dapat selesaikannya.
Nak kurang stress rumah bersepah dengan mainan anak, ibu ayah bolehlah guna tips ini. Dan seronoknya apabila mainan terhad, anak-anak akan lebih menghargai mainan yang ada.
Sharekan tips awesome ini pada ibu ayah yang lain supaya kita dapat mendidik anak tanpa rasa stress.
MW :Dah faham kan mak ayah, sebenarnya banyak cara nak bagi anak seronok dan berkreatif.
Sebelum kahwin, semuanya akan nampak indah. Tapi bila sudah kahwin, segala yang kurang atau lebih, terus terserlah. Apa yang kelihatan indah sebelum ini terus lenyap dan yang nampak hanyalah kekurangan pada setiap pasangan.
Janganlah begitu, setiap yang berkahwin bukan untuk sehari dua tetap kalau boleh hingga ke jannah. Pasanganlah yang terima kebaikan dan keburukan kita serta mampu susah senang bersama.
Begitu juga dengan isteri. Jangan kerana dahulu, isteri seorang yang langsing, kini selepas beranak pinak, semuanya jadi ‘kembang’ dan tidak cantik seperti sebelum berkahwin. Ketahuilah, itulah pengorbanan seorang isteri yang sanggup bersusah payah demi suami dan keluarga tercinta.
Antara perkongsian daripada Imam Muda Hassan ini diharap dapat membuka mata pasangan terutamanya suami yang mungkin merasakan keadaan fizikal isteri tidak lagi seperti dahulu, semasa awal-awal kahwin. Lebih teruk lagi, bila pasangan mula mengeluh dan merasakan isteri tidak seksi lagi.
Jangan dilihat pada kekurangan, tapi fokuslah pada kelebihan yang ada pada isteri. Allah sudah kurniakan kita pasangan yang baik, bersyukurlah, tidak ada wanita yang sempurna. Setiap manusia ada lebih ada kurangnya.
Kalau ingin semuanya sempurna, itu bukan manusia lagi, itu Malaikat namanya!
Suami yang telah bergelar ayah lagilah perlu memahami, isteri yang melahirkan anak kebiasaannya akan mengalami kenaikan berat badan yang mendadak.
Isteri makan banyak sebab dia bimbangkan anak dalam kandungan semasa hamil dan selepas bersalin, isteri perlukan makanan yang banyak untuk menyusukan anak pula.
Berterima kasihlah sebab dia telah mengandungkan anak kita selama 9 bulan lebih, itu juga akan membuatkan perutnya mula melebar, hingga mudah buncit selepas selamat melahirkan.
Begitu juga, bila anak sudah membesar, bila anak-anak tidak habis makanan, isteri kita jugalah ‘mangsa’ menghabiskan makanan anak-anak kerana tidak mahu menjadi sahabat Syaitan yang suka membazir.
Teman nyatakan beberapa manfaat Isteri yang kelihatan gemuk:
1. Isteri yang gemuk merupakan petanda yang dia seorang yang bahagia.
2. Isteri yang gemuk menjadikan suami lebih aman sebab selamat duit poket suami daripada kos-kos kecantikan diri. Wanita yang takut gemuk pasti memerlukan kos kecantikan diri yang tinggi.
3. Suami tidak perlu pening kerenah isteri yang terlalu memilih makanan. Wanita yang takut gemuk terlalu takut memilih makanan hingga menyebabkan suami menjadi stress.
4. Isteri yang gemuk tidak terlalu obses dengan penampilan dirinya sebab dia hanya perlu tampil hebat untuk suaminya sahaja. Jadi suami tidak perlu takut dengan pandangan lelaki luar terhadap isterinya.
5. Isteri yang gemuk akan memberikan pelukan yang lebih hangat kepada suaminya. Bersyukurlah kerana kehangatan cinta semakin bertambah.
6. Isteri yang gemuk selalunya seorang yang lucu dan mudah dibawa bergurau kerana banyak tempat yang boleh dicubit manja oleh suaminya.
Apapun, bukanlah bermaksud isteri yang kurus itu tidak romantik. Isteri yang kurus juga banyak kelebihannya.
Bagi isteri yang sudah berisi, jagalah kesihatan dan penampilan diri juga. Buatlah kerana untuk kebahagiaan suami, sebab mata lelaki Allah jadikan suka melihat kepada wanita yang cantik, berusahalah untuk jadi cantik pada pandangan mata suami, ianya akan beroleh pahala buat isteri. Kesihatan amat penting untuk terus bahagia! Tak terkecuali juga untuk suami ya!
Hassan Adli,
Suami yang kurus
MW: Bila kita terima kekurangan dan kelebihan pasangan, kita tak akan terfikir untuk mencari yang lain. Dialah pasangan sehidup semati.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...