Cara Mandi Ibu Dalam Pantang

Ibu dalam pantang bersalin, jangan terlupa ambil tahu cara mandi masa di dalam pantang ya. Mandi pun nak kena ikut ‘rentaknya’.

Beranak kecil ‘musim panas lit lit’ memang agak mencabar, itu belum kira tengok minuman berais dan makanan sedap-sedap di atas meja. Punyalah dasyat nak kena tahan nafsu makan. Dan macam mana pula cara mandi yang betul? Ok mak-mak muda boleh rujuk petua daripada Pewaris Perbidanan Melayu Asli, Siti Aishah ini…

Ramai pula ibu-ibu muda tanya pasal aturan mandi ketika dalam pantang. Katanya mak-mak tak bagi basah rambut 44 hari.

Kalau ikut cara kaum cina, 30 hari mereka memang tak jumpa air. Bukan setakat basah rambut. Mandi pun langsung tak boleh.

So, saya nak share cara bidan-bidan Melayu Lama. Aturan dan tertibnya.

1. Mandi waktu dhuha. Maksudnya biar matahari dah tinggi sedikit. Cuaca dah suam-suam. Kalau cara kak Ice… kalau masa tu mmg musim hujan… sejuk memanjang, memang ku tak mandi la sepanjang hari tu. Key word dia, jangan lepas dah sedap mandi air suam… disebabkan suhu sekitar yang sejuk, tiba-tiba kita jadi menggigil lepas mandi. Bahaya tu. Takut tiba-tiba bentan menggigil.

IKLAN

2. Mandi air suam-suam panas untuk badan. Boleh mandi air rebusan daun herba. Kalau susah nak cari daun-daun mandi je air kosong yang suam. Janji suam-suam panas. Jangan suam-suam sejuk. Banyak beza tu.

3. Untuk kepala…. WAJIB mandi air paip biasa. Jangan basuh rambut dan muka dengan air panas. Pantang 7 keturunan tu. Kalau dilanggar, ibu mudah kena pening kepala. Rambut mudah gugur. Kulit muka cepat berkedut. Amalan ni bukan untuk ibu dalam pantang je… untuk semua sebenarnya. Laki, perempuan, tua, muda semua boleh ikut petua ni. Saya dah biasakan anak-anak sejak lepas lahir lagi. Muka rambut memang air paip biasa. Badan je air suam.

4. Mandi jangan lama-lam. Paling lama 10 minit je.

IKLAN

5. Mandi orang pantang 1 baldi besar je. Bukan 1 kolah. 1 gayung ratakan seluruh tubuh. Sabun puas-puas. Lepas tu gunakan air lebihan dalam baldi buat bilas sabun. Dah cukup

6. Mandi sehari sekali. Wanita yang mandi banyak-banyak dan lama dalam pantang kita akan nampak kulitnya tak anjal. Even kurus… tapi kulit tak firm. Muka sembap. Badan boyak.

7. Minggu pertama sebaiknya lap-lap je dulu. Dry cleaning. Ini kalau tak ikut pun tak apa. Anak no 3 kak ice memang tak mandi masa 1st week. Rasa badan lagi selesa. Maksudnya fit. Tak mudah kena ketegur angin sejuk. Muka pun nampak firm cepat dari pantang anak 1st and 2nd.

IKLAN

So, inilah tip dan aturan mandi ibu dalam pantang. Cara bidan-bidan lama. Tak ikut tak dosa. Kalau ikut jadi lawa. Tepuk dada tanya jiwa.

So bolehlah ibu-ibu dalam pantang berlawa sikit time Syawal

Jangan lupa pakai pilis di dahi. Nampak manis keibuan giteww!

Kalau tak melayu yang sambungkan seni warisan perbidanan Melayu, siapa lagi.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI