Sayunya hati melihat seorang wanita yang tetap gigih mencari rezeki hanya dengan menjual face mask dan tisu di bahu jalan dengan terpaksa membawa anak kecilnya.
Ibu Ikhtiar Cari Rezeki, Berniaga Tisu & Face Mask Tepi Jalan
Menerusi perkongsian menerusi Facebook Puan Dzuriasikim Dzulkeflimemaparkan sekeping gambar yang kelihatan terlihat susuk seorang ibu yang begitu gigih mencari rezeki tatkala Pandemik Covid-19 yang begitu mencabar ini.
“Sebelum kita mengeluh untuk hal hal yang kecil, lihatlah di sekeliling dan bandingkan hidup kita dengan orang lain yang lebih tidak bernasib baik.
“Walaupun tahu face mask dan tisu banyak dijual dikedai, wanita ini tetap berniaga dibahu jalan dengan membawa anak kecil dan kain rentang yang dipegangnya dengan tulisan “Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya menjual tisu dan face mask” sebagai ikhtiar untuk menyara kehidupannya,” kongsi Dzuriasikim.
Bukan itu saja malah wanita tersebut juga terpaksa berlari kecil meninggalkan anak kecilnya sebentar untuk ke kereta yang berhenti membeli tisu mahupun face mask yang dijual.
“Setiap kali ada kereta yang berhenti untuk membeli, dia berlari kecil dan meninggalkan anak kecilnya. Lalu menangislah si kecil kerana melihat ibunya sedikit jauh darinya. Wanita itu kemudian berlari lagi kepada anaknya.
“Apa alasan kita untuk keluar mencari rezeki. Terlalu banyak nikmat yang sedang Allah berikan tetapi kita sering sibuk mengira kekurangan dan menangis atas fikiran kita sendiri.
“Hidup ini adalah pilihan.
“Menjadi bahagia itu pilihan.
Ads
“Jika mahu berasa kaya lihatlah kepada yang dalam kekurangan.
“Jangan bandingkan hidup mu dengan yang lebih senang,” terang Dzuriasikim.
Kasih Ibu Tidak Bersyarat
Menurut Dzuriasikim, ternyata kasih seorang ibu tidak bersyarat. Terdapat lima pengajaran daripada kisah wanita tersebut.
5 pengajaran dari kisah ini;
1. Jika kita berasa susah, ada orang lain yang lebih susah. Bersyukurlah. 2. Orang yang berusaha, tidak akan pernah sia-sia. 3. Rezeki itu sifatnya tidak akan pernah habis. Biarpun sederetan orang berniaga benda yang serupa, jika telah tertulis bahagian mu, rezeki mu akan tetap ada. Yakin bahawa rezeki itu dari Allah. 4. Selagi ada kemahuan, pasti akan ada jalannya. Jika ada banyak alasan, bererti kita belum cukup mahu. 5. Kasih ibu tidak pernah bersyarat.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ads
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Selebriti Zahirah MacWilson berkongsi khabar pilu perkembangan kesihatan neneknya yang kini sedang keuzuran dan semakin menunjukkan tanda-tanda halusinasi yang teruk.
Ibu kepada dua cahayamata itu tidak berkongsi lanjut mengenai penyakit dihidapi neneknya, namun pelakon Harimau Malaya: The Untold Journey itu memuat naik video di Insta Story miliknya memaparkan keadaan neneknya dan meluahkan kesedihannya.
“She’s getting worse. Asyik cabut topeng oksigen, tak nak pakai.
“Halusinasi, merungut, percakapan yang spontan yang tidak jelas, tiba-tiba menjerit, merengek sakit, nak bangun nak balik, enggan makan dan minum,” katanya.
Zahirah turut berkongsi terlalu pilu melihat keadaan neneknya berhadapan dengan situasi tersebut. Ibu kepada dua cahayamata ini mengakui sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Sementara itu, ibu Zahirah, Maslinda Yusoff turut berkongsi keadaan terkini ibunya, Faridah Binti Nyak Mohd bersama sekeping foto ibunya itu.
“Ya Allah berikanlah ampunan kepadanya sayangilah dia, maafkan dan ampunilah dia “ Faridah Binti Nyak Mohd.
Sebelum ini, Zahirah pernah memaklumkan neneknya telah mengalami kegagalan buah pinggang, lemah jantung dan paru-paru berair. Mingguan Wanita mengambil kesempatan untuk mendoakan kesihatan nenek Zahirah dan semoga dipermudahkan segala urusan.
Pembunuhan Bersiri, Wanita Racun Kawan-Kawan Sendiri Apabila Diminta Hutang! Memang melampau dan kejam apabila sanggup membunuh rakan-rakan sendiri dengan racun apabila tak mahu membayar hutang dan wang dipinjam.
Seorang wanita yang didakwa kerana meracuni mangsanya, berdepan 14 pertuduhan membunuh, kata polis Rabu lepas dalam kes pembunuhan bersiri antara paling kejam di Thailand.
Racun Mangsa Guna Sianida
Sararat Rangsiwuthaporn dituduh menipu wang mangsa-mangsanya berjumlah ratusan ribu baht sebelum meracuni mereka dengan menggunakan sianida.
Dia ditangkap minggu lalu kerana kaitan dengan sembilan kematian mencurigakan yang berlaku sejak beberapa tahun lalu, namun polis kini memperluaskan siasatan mereka.
Suaminya yang merupakan seorang pegawai polis berpangkat tinggi turut berdepan dakwaan penyelewengan berkaitan pembunuhan bersiri tersebut, kata Timbalan Ketua Polis Thailand, Surachate Hakparn Rabu lalu.
Bunuh Apabila Minta Hutang
Surachate berkata, Sararat memperdaya 15 orang supaya mengambil kapsul sianida yang kononnya pil herba, namun seorang daripada mereka terselamat.
“Dia meminjam wang daripada ramai kenalan kerana mempunyai banyak hutang kad kredit. Sararat mula membunuh mereka apabila mangsanya meminta wang dikembalikan.
“Kami masih menyiasat jumlah wang yang diterima daripada mangsa-mangsanya,” kata Surachate kepada pemberita.
Kedua-dua Sararat dan suaminya menafikan tuduhan terhadap mereka.
Hamil 4 Bulan
Sararat yang sedang mengandung empat bulan, berdepan 14 tuduhan melakukan pembunuhan terancang dan satu dakwaan cubaan membunuh, namun polis masih menyiasat tiga lagi kes berkaitan.
Pada minggu lalu, pasukan penyiasat meluaskan kawasan siasatan melibatkan lima wilayah dengan kebanyakannya terletak di barat Bangkok
Polis pada awalnya mengesyaki wanita itu membunuh seorang rakannya di wilayah Ratchaburi, barat Bangkok pada pertengahan April lalu.
Media tempatan menyatakan bahawa mangsa rebah di tebing Sungai Mae Klong selepas melepaskan ikan dalam satu upacara agama Buddha.
Selepas menyoal siasat suspek, polis mengaitkannya dengan kes keracunan sianida yang lain.
Pasangan selebriti kontroversi, Aliff Aziz, 33, dan Bella Astillah, 30, sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini, hari ini.
Aliff melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat, kira-kira jam 1.10 tengah hari. Lafaz itu kemudian disahkan mengikut hukum syarak oleh Wan Mohd Najib.
“Bahawa saya menceraikan isteri saya dengan talak satu mulai hari ini,” lafaz Aliff.
Tenang Seorang Wanita
Bella yang tampak tenang ketika lafaz diucapkan, bersetuju tidak menuntut mutaah dan nafkah iddah. Sebelum ini, Aliff dan Bella pernah bercerai talak satu pada 16 Mei 2019, namun, mereka mengambil keputusan untuk rujuk semula.
Peguam syarie mewakili Bella, Azmi Mohd Rais berkata, perbincangan dibuat antara kedua-dua pihak termasuk terma yang dipersetujui.
“Dalam perjanjian itu, ada terma di mana defendan hadir melafazkan cerai dan plaintif melepaskan hak mutaah dan nafkah iddah serta kedua-dua pihak tidak akan menuntut harta sepencarian.
“Aliff lepaskan hak penjagaan anak-anak kepada Bella sepenuhnya. Aiff juga tidak akan menuntut nusyuz sekiranya ada dan perjanjian itu ditandatangani hari ini,” katanya.
Peguam mewakili Aliff, Hadi Salleh mengiyakan semua terma dan mengakui anak guamnya setuju melafazkan cerai.
Untuk rekod, Bella memfailkan perceraian daripada suami, Aliff pada 11 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Kisah Rumah Tangga Jadi Bualan Hangat
Sejak Mac lalu, rumah tangga Bella dan Aliff, menjadi topik hangat apabila Aliff didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhainies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu. Kes tersebut dikhabarkan akan dibicarakan tidak lama lagi.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...