Jangan pandang sebelah mata dan boleh dikatakan dia seorang yang hebat. Pemandu lori kontena, biasanya dipegang oleh golongan lelaki dan tidak terfikir wanita ini mampu jadikan sebagai kerjaya untuk menyara anak-anaknya.
Zahirnya, berpakaian purdah mestilah seorang yang lemah lembut tapi di sebalik kelembutan itu tersemat semangat yang luar biasa untuk menyumbang tenaga yang luar biasa. Inilah yang ada pada seorang ibu tunggal yang membesarkan anak-anaknya dengan mencari rezeki sebagai pemandu lori kontena.
Hebatnya seorang wanita yang bergelar ibu. Luaran nampak lemah lembut tapi demi keluarga mampu memberikan tenaga yang luar buasa. Inilah Nurazlinda Mahadi, ibu tunggal yang membesarkan anak-anak masih kecil dengan bekerja sebagai pemandu lori kontena.
Dalam perkongsiannya di tiktok menunjukkan dia memilih kerjaya ini untuk menyara anak-anaknya.
.
“Saya seorang pemandu lori kontena. Sayalah ibu dan sayalah ayah kepada lima orang cahaya mata,” kata Nurazlinda melalui video yang dikongsikan.
Ads
.
Ketika berada di rumah, Nurazlinda akan menjadi seorang ibu kepada anak-anaknya, yang terdiri daripada seorang anak lelaki dan empat anak perempuan.
Bila keluar bekerja, dia menjadi seorang ayan dan melakukan tugas seorang ayah untuk mencari nafkah untuk anak-anaknya.
.
Malamnya bila balik kerja, anak kecil akan bangun dan tahu ibunya sudah pulang. Paginya, dia akan ke tempat kerja semula.
Ads
.
.
Moga diberi kekuatan untuk ujian dan bersyukurlah. Allah tidak akan menguji diluar kemampuan hambanya.
.
Ads
Mingguan Wanita : Demi mencari rezeki untuk anak-anak. Hebat dan memberi inspirasi buat sesiapa yang melihatnya.
Suami ustazah turut tempelak lelaki dayus benarkan doktor periksa aurat isteri, bagai curah minyak ke api. Isu doktor lelaki yang menyeluk aurat isteri ketika bertarung bersalin yang dibangkitkan oleh seorang Ustazah, Siti Afifah Shabudin dua hari lalu nampaknya semakin panas membara.
Ini kerana selepas isu ini mendapat perhatian ramai isteri dan para suami yang mengatakan “rezeki” seseorang itu tidak sama kerana mereka terpaksa memilih hospital kerajaan kerana tiada pilihan berbanding mereka yang berkemampuan akan memilih hospital swasta untuk menemani isteri ketika bersalin, suami kepada Ustazah Siti Afifah turut menyelar lelaki sebagai dayus kerana membenarkan doktor lelaki menyeluk kemaluan isteri saat bersalin itu tiba.
Dengan nada agak meninggi suara dari perkongsian di Tik Tok @scorpion merah, kelihatan Ustaz berkenaan membangkitkan isu ini di mana katanya, para suami mempunyai masa selama sembilan bulan untuk “mengumpul duit” dan boleh memberikan keselesaan buat isteri ketika bersalin.
Dalam video yang tular ini, kata Ustaz ini (namanya tidak dinyatakan) berkata, pagi tadi dia mendengar seorang lelaki meminta isterinya duit RM10,000 kerana ingin membawa isterinya bersalin di hospital swasta kerana mahu menjaga aurat selepas isu ini tular.
Dalam kenyataan di videonya, dirinya seakan menambah api dan menempelak para suami kerana gagal menyediakan wang sebagai persediaan untuk isteri bersalin.
“Hey kamu lelaki, kamu suami. Kamulah bertanggungjawab untuk sediakan wang itu. Ketika kamu bersama-sama isteri di malam pertama, adakah kamu tidak pernah berfikir akan ada anak? soalnya.
“Jangan sedapnya saja kamu ambil. Hey lelaki dayus kamu. Sepatutnya malam pertama kamu menumpahkan air mani kamu, sembilan bulan Allah taala beri tempoh kamu bersiap sedia, memberikan tempat yang terbaik untuk isteri kamu bersalin. Hanya dikenakan beberapa ringgit sahaja, kamu sanggup serahkan maruah isteri. Murahnya maruah seorang isteri.
“Sepatutnya demi maruah, demi keselesaan, kemudahan, isteri yang berjuang lahirkan anak boleh jadi hidup boleh jadi mati. Sedang berjuang. Kamu sedap-sedap saja. Malam pertama sedap, sembilan bulan itu sedap, makan sedap, hisap rokok sedap tak fikir benda tu membazir. Maruah isteri kamu nak letak di mana. Mana letak maruah isteri kamu nie, soalnya.
Ternyata kata-katanya agak pedas dan mungkin tidak dipersetujui oleh ramai orang. Memang menjaga aurat itu wajib bagi lelaki dan wanita tapi bila menyentuh bab bersalin, anatar perjuangan hidup dan mati, agama meletakkan situasi darurah di sini.
Isu mengenai doktor lelaki menyambut kelahiran pernah diulas oleh Mufti Wilayah yang juga merupakan bekas Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli pada tahun 2018 bila mana ditanya boleh ke doktor lelaki menyambut kelahiran bayi.
Dari jawapannya, Mufti ini memaklumkan, tidak dibenarkan di sisi Hukum Syarak bagi lelaki untuk melihat kepada aurat wanita ajnabi, melainkan terdapat ḥājah (keperluan) dan ḍarurah (keperluan mendesak) untuknya.
Antara bentuk pengecualian ialah rawatan al-faṣdu (venesection, venipuncture, phlebotomy), berbekam, dan rawatan am. Ini kerana jika diharamkan akan mendatangkan ḥaraj (kesukaran) sedangkan ḥaraj dihilangkan oleh Syarak.
Justeru harus bagi lelaki merawat wanita dan wanita merawat lelaki, dengan syarat
Maksudnya: “Bahawa Umm Salamah (isteri Nabi SAW) meminta izin daripada Rasulullah SAW untuk berbekam lalu Nabi meminta Abu Taibah untuk menjalankan rawatan bekam ke atas Umm Salamah.”
Berkata Jabir: “Aku kira bahawa Abu Taibah itu adalah saudara susuan Umm Salamah atau budak kecil yang belum baligh.” Hadis riwayat Muslim (2206)
Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (4/50); Fiqh al-Manhaji (1/126-127)
Berkata Syeikh Mulla Ali al-Qari Rahimahullah bagi syarah hadis ini:-
قد صرح علماؤنا بأن غير المحرم أيضا عند الضرورة يحجم ويقصد ويختن وقال الطيبي – رحمه الله – : يجوز للأجنبي النظر إلى جميع بدنها للضرورة وللمعالجة
Maksudnya: “Telah dijelaskan oleh para ulama kita bahawa sekalipun bukan mahram boleh untuk menjalankan rawatan bekam, fasdu, dan khitan.” Berkata al-Taibi Rahimahullah: “Dibenarkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatkan pada sekalian tubuh wanita bagi tujuan darurat dan rawatan.” Rujuk Marqah al-Mafatih ٍ (no. 3103)
Justeru, termasuklah dalam kategori rawatan ini ialah menyambut kelahiran kerana ia melibat nyawa ibu dan anak jua. Kami syorkan hendak semua dawabit atau syarat-syarat yang dinyatakan di atas hendaklah dipatuhi bagi memastikan ketenangan bagi pihak pesakit, hospital dan keluarga.Wallahua’lam.
Semoga segala kekeliruan dapat diselesaikan dengan baik. Memberi pandangan memerlukan adab dan jangan sampai mengguris hati orang lain.
Majlis konvokesyen adalah hari paling bersejarah buat mereka yang bergelar mahasiswa. Ini masanya untuk mereka diraikan selepas beberapa tahun belajar di pusat pengajian.
Malah, hari paling bererti juga sebab dapat berkongsi bersama mak ayah yang turut hadir dalam majlis konvokesyen tersebut. Inilah masanya untuk membanggakan mak ayah atas kejayaan sehingga dapat merangkul scroll yang diimpikan oleh setiap pelajar.
Detik dan debaran sudah pastinya saat melangkah ke atas pentas. Tak kurang juga sorakan dan tepukan daripada mak ayah dan kawan-kawan seperjuangan di dalam dewan.
Sejak kebelakangan ini, bila sebut dewan anugerah apa-apa pasti ada sesuatu yang boleh menarik perhatian terutamanya aksi daripada pelajar itu sendiri. Namun, apa yang menarik perhatian dari perkongsian ini adalah aksi mak ayah pula.
Satu video di TikTok dikongsikan oleh Nurulmohdshah memaparkan aksi comel mak ayah mentuanya ketika menghadiri majlis konvokesyen anak mereka di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia hingga menarik perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, kamera yang sedang merakam suasana di dalam dewan itu sedang memberikan tumpuan pada tetamu yang hadir.
Menyedari kamera sedang fokus kepada mereka, pasangan ini terus mempamerkan peranti yang tertera ‘sedang mencari calon menantu’ sambil ketawa dan memaparkan gambar seorang gadis di dalam peranti lain.
Aksi itu juga membuatkan tetamu yang berada dalam dewan tersebut terhibur dan ketawa dengan gelagat mereka yang dikatakan ‘sporting’.
.
Perkongsian tersebut turut menjadi perhatian ramai kerana terhibur dengan pasangan itu dan menyifatkan mereka adalah ibu bapa yang ‘sporting’.
Mingguan Wanita : Terus yang bujang munculkan diri ni.
Nak tunjuk sweet sangat. Setiap orang ada cara tertentu untuk menggambarkan perasaan sayang dan romantik dengan pasangan. Panggilan ‘aku, kau’ tu pun ada cakap itu panggilan romantik dengan pasangan. Boleh gitu.
Tak kisahlah nak tunjuk ‘sweet’ macam maan sekalipun dengan pasangan tapi janganlah melampau sangat. Ada adab yang kena hormati antara pasangan suami isteri. Dah tnetu-tentulah pasangan kita itu orang yang paling kita sayang pun.
Mungkin video yang viral sebelum ini agak lama dan boleh dikatakan bukan satu tapi ada dua atau tiga video yang lebih kurang sama tentang nak tunjuk sewwt suami isteri. Namun, boleh dikatakan video itu juga jadi kecaman dan buat orang yang melihat rasa ‘geli’.
Rasa tidak elok dan kurang manis bila ada seorang wanita yang meletakkan sisa makanan yang dimakan ke dalam pinggan suami.
Dalam video tersebut menunjukkan pasangan ini sedang menikmati hidangan. Pada mas yang sama, wanita itu mengeluarkan sisa ketam yang dikunyahnya dan diludahkanke dalam pinggan lelaki yang berada di sebelahnya.
Walau bagaimanapun, si suami tidak menunjukkan sebarang reaksi atas tindakan isteri, malah terus menikmati makanan dan dengan selamba turut menyuapkan makanan yang diludahkan oleh isterinya.
Tindakan wanita itu bukan mendapat pujian sebaliknya membuatkan mereka yang melihat video itu menyifatkan ia tidak beradab, walaupun mereka suami isteri.
.
.
Tidak kurang juga wanita yang bergelar isteri merasa malu bila melihat aksi yang menjijikkan dan menegur kerana tidak menghormati suami yang sedang makan.
Berkongsi Makanan Yang Elok Bukan Sisa Makanan – PU Amin
.Sementara itu, pendakwah bebas, PU Amin turut mengatakan kelakuan itu tidak mempunyai adab.
“Tidak ada akhlak antara suami dan isteri sekiranya mereka benar-benar suami isteri. Nabi ajar kita adalah berkongsi makanan dalam keadaan yang baik dan tidak ada kotoran serta tidak menjijikkan.
“Perkara ini perlu dielakkan, jangan sebab kita nak tunjuk paling sweet, paling baik dan paling romantik sehingga menyalahi adab dan akhlak sebagai suami isteri.
“Jika ada sisa kotoran, maka itu adalah penghinaan bagi suami. Bukan bermakna kita sayang ister, kita kena buat bena-benda kotor. Itu kita kena elakkan,” kata PU Amin yang turut menasihatkan agar rakaman ini tidak wajar dibuat kerana ia tidak sopan dan hanya mengundang kecaman.
Mingguan Wanita : Tak tahu nak cakap apalah. Setakat tolong habiskan makanan ok lagi..itu pun yang masih elok tak ‘tergaul’ dengan bekas isteri makan. Kalau sisa makanan yang dah kunyah-kunyah…errkkk…Janganlah buat macam tu.