Hilang 3 beradik sekelip mata kemalangan maut, pelajar tahfiz pelik adik beradik tak muncul. Ajal maut di tangan Allah taala. Hasrat berkumpul adik beradik berkongsi kegembiraan balik bercuti berakhir dengan tangisan apabila hasrat itu berakhir dengan tragedi menyayat hati.

Janji adik beradik mahu mengambil adik balik bercuti di maahad tahfiz berakhir dengan tragedi apabila tiga dari mereka meninggal dunia sementara seorang lagi alami kecederaan parah.

Pelajar tahfiz, Nurul Syafiqah Yusri sepatutnya pulang ke kampung halaman di Kulai, Johor, pada Sabtu bersama abang, kakak dan dua adiknya, namun hasrat itu tidak kesampaian apabila tiga daripada mereka maut dalam perjalanan menjemputnya di pusat tahfiz tempat dia belajar.

Nurul Syafiqah, 18, berkata, dia berasa pelik apabila bapa saudaranya yang ‘muncul’ di pusat tahfiznya di Jerantut dekat sini, kerana sepatutnya adik-beradiknya yang akan datang mengambil, sebelum diberitahu mengenai berita buruk itu oleh bapa saudaranya.

“Saya menghubungi keluarga Sabtu lepas untuk meminta dijemput hari ini. Sejak pagi saya sudah bersiap menanti kehadiran kakak dan abang, tetapi tiba-tiba pak cik yang sampai pada 10 pagi dan beritahu mereka sudah tiada,” katanya semasa ditemui di pekarangan Unit Forensik di Hospital Jengka di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi semalam, abang Nurul Syafiqah, Ahmad Basyir, 27, kakaknya, Siti Fatimah, 20, dan adiknya, Saiedah, 15, maut selepas kereta Perodua Kancil dinaiki mereka terbabas di Kilometer 165.8 Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1) di sini pada Sabtu.

IKLAN
Hilang 3 Beradik Sekelip Mata Kemalangan Maut, Pelajar Tahfiz Pelik Adik Beradik Tak Muncul
Kemalangan maut di lebuhraya LPT ini mengakibatkan tiga beradik meninggal serentak sementara seorang lagi cedera parah
Hilang 3 Beradik Sekelip Mata Kemalangan Maut, Pelajar Tahfiz Pelik Adik Beradik Tak Muncul
Terbabas dipercayai punca kemalangan maut ini terjadi

Kemalangan itu turut menyebabkan adik bongsu mereka, Adawiyah, 11, cedera parah di kepala dan dirawat di zon merah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh.

Nurul Syafiqah berkata, jenazah Ahmad Basyir, Siti Fatimah dan Saiedah yang masing-masing anak kedua, lima dan tujuh daripada lapan beradik akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Jengka 11 di sini, sebaik urusan bedah siasat selesai, kerana mereka pernah menetap di tanah rancangan itu sebelum berpindah ke Kulai.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Muhatair Muhammad, 40, menyifatkan semua anak saudarnya itu sebagai anak yang baik dan sangat rapat antara satu sama lain, dan kali terakhir mereka bertemu tiga hari lepas.

IKLAN

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- 4 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata, Suami Isteri Terlibat Kemalangan Maut Ketika Konvoi Motosikal

“Saya ke rumah mereka di Kulai dan sempat membawa Saiedah serta Adawiyah berjalan-jalan…semasa itu, mereka ada memberitahu tak sabar nak ke Jerantut bagi mengambil Nurul Syafiqah,” katanya.

IKLAN

Komander Operasi PPgB Shamsul Affendy Sulaiman dari Balai Bomba dan Penyelamat Maran, memaklumkan, pihak mereka tiba di lokasi mengesahkan kejadian terbabit telah melibatkan 4 orang keseluruhan mangsa di mana 3 daripadanya meninggal dunia di tempat kejadian setelah disahkan oleh pegawai perubatan yang hadir. Seorang lagi mangsa pula mengalami kecederaan parah dan dihantar ke hospital untuk diberi rawatan. Kesemua mangsa merupakan adik beradik.

Operasi mengeluarkan mangsa dijalankan oleh pasukan seramai 8 orang anggota menggunakan peralatan Rescue Tool sebelum mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan seterusnya. Sumber :- BERNAMA

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI