Kali ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya kita menyambut ramadan lari daripada kebiasaan. Tahun ini kita menyambut bulan ramadan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung. Sudah tentu apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Barangkali selama ini, kita hanya fokus kepada kerja semata-mata. Berbeza kali ini kita dapat menyambut dengan cara tersendiri.
Disebabkan masing-masing perlu duduk diam di rumah dan ada setengahnya pula perlu bekerja di rumah maka kita miliki sedikit masa untuk melatih anak-anak. Melatih anak-anak untuk bersiap-sedia menghadapi ramadan tak lama lagi.
Begitulah kita. Sebelum mahu menghadapi bulan puasa, macam-macam dosa kesilapan yang telah kita buat. Kalau kita renung-renungkan balik, mudah betul kita ini terpesona dengan sesuatu yang nampak menarik dan seronok.
Tapi, kerana kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang Dia kehendaki, Allah datangkan rasa insaf dan mengambil pengajaran supaya kita tak ulang kesilapan yang lalu.
Dan sebenarnya, kalau pun kita terjebak dengan suasana yang tidak bagus , percayalah itu semua adalah hikmah yang Allah tetapkan untuk kita ambil ibrah.
Ibrah untuk peribadi kita sendiri dan sebagai pengajaran buat masyarakat seluruhnya. Tiadalah Allah tetapkan sesuatu itu sia-sia. Melainkan kealpaan manusia itu sendiri boleh membawa kepada kecelakaan.
Ads
Ramadan Bakal Tiba
Lagi pula, sikit hari saja lagi kita akan menjejak ke bulan tarbiah. Mungkin inilah cara Allah hendak ketuk hati kita lagi supaya beringat-ingat tentang kebiasaan yang sudah sekian lama kita amalkan.
Berlebih-lebihan.
Dalam pada kita fahami, Islam itu indahnya dengan kesederhanaan.
Dulu, rutin berpuasa macam biasalah. Kepala otak kita asyik fikir nak sahur, nak berbuka nanti mahu menu apa. Balik kerja mahu singgah bazar beli sedikit juadah berbuka. Kadang sebab nafsu hendak macam-macam terbeli banyak dan tak habis pun. Sudah membazir jadinya.
Belum lagi kira baru nak masuk pertengahan Ramadan, manusia sudah mula serbu bazar raya. Tinjau baju dan kuih muih. Melihat masjid semakin berkurang lapis barisannya. Yang tinggal tua-tua.
Bila tahun ini , kita menghadapi wabak dan terpaksa PKP , banyak hikmah kita dapat. Dekat pula dengan bulan puasa kan. Jadi , banyak latihan boleh kita buat.
Yang mana latihan-latihan ini sebenarnya berguna untuk kita menguatkan rohani kita sendiri. Bukan saja takat puasa malah didikan ini kita terus jernihkan sampai raya.
Ini antara latihan yang boleh kita lakukan untuk menghadapi Ramadan dan menghidupkan suasananya.
1. Latih tidur dan bangun awal. Biasakan dari sekarang. Bagitahu anak-anak isteri suami kita perlu get ready untuk suasana Ramadan.
Ads
2. Sudah boleh biasakan diri dengan zikir. Kalau sebelum ni kita terfokus hal-hal kerja , tergosip sana-sini, cuba kawal dan boleh zikir istighfar sampai biasakan di bibir.
3. Mula dating dengan Quran. Carilah kelas Quran online ke. Kelas tadabbur surah ke. Tadarus ke. Lagi eloknya sudah rancang dan agihkan berapa juzuk untuk tadarus satu keluarga.
4. Fokus perkara bermanfaat. Mula hidupkan suasana Ramadan. Kita mahukan pengampunan Allah. Kita buat sama-sama satu keluarga. Ajak anak-anak. Jangan rasa mereka kecil tak perlu turut serta. Biarlah PKP ini menjadi kenangan indah buat mereka walaupun mungkin situasinya penuh ujian dan kesukaran.
5. Lakukan taubat dan tazkiyatun nafsi. Kalau semalam kita resah gelisah. Inilah masanya untuk kita berdoa. Moga Ramadan ini terbuka pintu taubat, pintu hidayah, pintu pengampunan buat kita sekeluarga. Jangan tinggal doa. Istighfar. Taubat. Yakin. Allah Maha Mendengar Maha Pengampun .
6. Rancang jadual Ramadan. Kebanyakan kita duduk di rumah. Buat sama sama jadual Ramadan. Isteri dah boleh tanya suami , nak agihan juzuk dan waktu tadarus masa bila. Pagi nak fokus kerja apa. Tengahari ada apa. Petang aktiviti apa. Malam aktiviti apa. Tidur mesti pukul berapa. Kalau kita tak hairan langsung bab pengurusan masa agaknya setakat mana saja keberhasilan ibadah puasa kita bersama keluarga tahun ini.
Ads
7. Latih berjimat. Masa PKP ni masa kita berjimat sangat. Yang bergaji mungkinlah tidak terlalu terkesan. Namun bagi yang kerja sendiri sebenarnya ini bukan masa untuk rungutan. Allah bagi ujian pada kita untuk kita menghadir rasa kebergantungan dengan-Nya. Latih hati kita begitu.
8. Latih puasa lebih awal. Mungkin sudah ramai mula berpuasa bermula Rejab dan Syaaban sama ada sunat atau pun puasa ganti. Seeloknya, latihlah berpuasa sebelum Ramadan tiba untuk biasakan body kita.
9. Latih Ikhlas ibadah kerana Allah. Inilah bulan untuk kita melatih ikhlas. Bulan untuk menghadirkan keikhlasan ibadah semata mata kerana Allah. Kerana keikhlasan ibadah itu sukar maka kita harus kuat menempuh bolak balik hati kita sendiri.
Sahabat ,
Gunakanlah masa yang kita ada dengan perkara bermanfaat. Elakkanlah kita terjerumus dengan perkara mensia-siakan waktu. Kerana waktu itu perkara tinggi dalam agama. Maka peliharalah.
Mudah-mudahan kita terbawa bawa dalam rasa mahu menghidupkan hati dalam bulan puasa ini.
MW: Semoga ramadan kali dapat memberi lebih makna untuk kita semua. Inilah masanya untuk kita solat berjemaah dan berterawih bersama keluarga. Semoga semua amalan kita diterima-Nya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sesungguhnya setiap manusia ada kisah silamnya, kita jaga aib orang, Allah jaga aib kita. Sebagaimana kira menjaga aib sendiri, begitulah juga kita menjaga aib orang.
Hati-hati dalam kata-kata dan tindakan, jangan sampai membuka aib orang lain. Bimbang dalam tak sedar membuka aib orang lain, padahal orang itu telah berubah.
Cuba fahami apa yang disampaikan Firdaus Shakirin ini baik-baik:
Setiap Manusia Ada Kisah Silamnya
“Dia tu dulu bercerai sebab sibuk dengan kerja… Sebab itu laki dia tinggalkan dia…”
“Sekarang baru pakai tudung, dulu rambut merah tu…”
“Isteri dia lari bawa anak-anak sebab dia tu hisap dadah…”
Kita, bab bercerita aib orang, atau hendak bercerita keburukan orang, memang nombor 1…
Ringan saja mulut kalau kena dekat orang lain… Cuba kita join perbualan yang menceritakan tentang aib diri sendiri… Agak-agak, apa kita rasa…
Happy?
Kita Jaga Aib Orang
Setiap manusia ada titik hitamnya… Setiap manusia ada kisah silamnya…
Kita semua pendosa yang ingin ke syurga dan kita tak sempurna maka oleh sebab itulah kita ada buat salah, silap, dosa dalam hidup kita…
Tapi kita tak cerita dekat orang…
Kita tak cakap dekat orang kita pernah lari dari rumah… Kita tak cakap dekat orang yang kita tak penah sembahyang…
Kita simpan elok-elok, kita jaga dengan rapi sebab itu adalah aib kita, dosa kita, kekhilafan kita, kebodohan kita…
Allah Jaga Aib Kita
Sekarang kita sudah berubah…
Kita sudah sedar, kita dah bertaubat, kita sudah tak ulang… Tapi orang yang tahu kisah kita, dia tak macam kita… Bila-bila masa dia boleh keluarkan semula aib-aib kita untuk dijaja dan dicerita…
Asal ada yang tak kena saja, maka dengarlah nanti aib kita daripada mulut orang-oranh yang tak tahu apa-apa langsung…
Bila orang dengar, bila orang lain tahu, maka sikap mereka, persepsi mereka, pandangan mereka terhadap diri kita akan berubah…
“Ingatkan baik, rupanya tak…”
Dia nilai kita mengikut apa yang sampai ke pengetahuan dia sekarang… Walhal benda itu berlaku dulu, sudah lama…
Dosa Besar Penyebar Aib
5 tahun, 10 tahun lepas telah berlalu… Kita pun dah tak macam itu…
Dosa besar si penyebar aib ni… Dosa besar orang yang tak menyimpan aib orang lain…
Nanti Allah buka aib dia, tunjuk pada semua orang… maka masa tu baru dia tahu yang aib dia sebenarnya lebih besar dan banyak daripada aib orang yang dijajanya…
Kesan terhadap kehidupan dia lebih teruk dan dahsyat daripada kehidupan orang dijajanya…
Sebagaimana kita simpan aib sendiri, simpanlah juga aib orang lain…
Mingguan Wanita : Sebaiknya, hati-hati dalam berbicara apatah lagi perihal orang lain. Beringatlah bahawa penyebar aib berdosa besar. Tapi aib dan jenayah itu berbeza iya.
Dalam resahnya kita semua dengan virus pandemik Civid-19, kerajaan menggesa khususnya kita yang beragama Islam mengambil kesempatan melaksanakan solat hajat dari rumah pada esok hari.
Seluruh umat Islam di Malaysia disarankanmenyahuttitahYang di-PertuanAgong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan sama-samamenunaikansolathajatserentak di seluruh negara darikediamanmasing-masing.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk DrZulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata Solat Hajat itu boleh dilaksanakan selepas solat Zuhur di rumah dan tempat masing-masing serta memenuhi hari Jumaat dengan zikrullah, taubat dan munajat kepada-Nya.
Beliauberkata, Yang di-Pertuan Agong (semalam), menitahkan kepadanya supaya memberi cadangan untuk melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara bagi kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi sukar ini.
“Berdasarkan taakulan saya (membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik), dengan ilham daripada-Nya, tarikh dan waktu yang sesuai bagi cadangan pelaksanaan solat hajat serentak di seluruh negara adalah pada Jumaat (esok) 27 Mac 2020 bersamaan 3 Syaaban 1441H selepas solat Zuhur di rumah dan tempat masing-masing,”kongsinya kepada media.
Bagi yang masihsamar-samar dengan bagaimana caranya solat sunat hajat dilaksanakan. Jom belajar dan manfaatkan ilmu ini bersama MW.
Apa itu Solat Sunat Hajat
Solat sunathajatbolehdilakukan pada siang dan malam.Iadilakukanapabilaadasesuatu hajat yang baik untuk dipohon kepadaNya.
Solat Hajatinimempunyaikelainan terletak pada sujud terakhirnya, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah SWT disertakan dengan niat apa yang dihajati, Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan akan dimakbulkanNya.
Solat hajatbolehdilaksanakansecarabersendirianatauberjemaah, samaada pada waktusiangmahupunmalamhari.Lebih afdal Solat Hajatbersendiriansewaktusuasanasunyi selepas tengah malam (sebaiknya ketika 2/3 malam iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan, lebih khusyuk seperti mana heningnya suasana ketika itu.Solat Hajatdilakukandenganpelbagaicara dan iabolehdidirikansehingga 12 rakaat dan paling minima adalah dua rakaat.
Cara melakukansolathajat
Lafaz dan niatsolathajat :
Niat Solat HajatUsollisunnatalhajatirak’atainilillahitaala (maksudnya sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala)
A) Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini 41 kali).
Atau pilihan kedua :
B) Tasbih berikut sekali
Solat hajatdilakukansekurang-kurangnya dua rakaat dan sebanyak 12 rakaat. Namun solat hajat paling afdal adalah 12 rakaat, disertai dengan enam kali salam.
Penutup, andasemuadigalakkanmemohondoasemoga virus Covid-19 segeraditemuipenawarnya. Lenyapkanlahiadari peta dunia, jauhkanlahiadariterusmenyakiti. Kembalikanlah kesejahteraan Malaysia dan ekonominya, murahkanlahrezekibuatkitasemua, mohondiberikanketenangandalamtegangkitamengharunginya, berikanlahkesihatan dan kebaikanbuatmereka yang berdirimenjadibentengterpalingdepanmemerangi virus ini.KepadaMu kami memohonpertolongan dan sandarkanharapan. Semoga Allah makbulkandoa dan harapankitadenganizinNya. Insyaallah…
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jadilah syurga untuk dikenang. Jagalah diri agar tidak dinerakai. Kita hidup bukan sekali. Justeru perjalanan seterusnya perlu dibekali. Apabila kita mensyurgai maka nama kita akan diingati dan kita terus didoai biarpun sudah lama kita pergi.
Ikuti perkongsian daripada Dato’Dr. Azhar Haji Sarip, NLP Gold Master Trainer (NFNLP, USA), juga penulis ruangan MUNAJAT di dalam Majalah MINGGUAN WANITA. http://www.spiritual-nlp.com
Tinggalkan Nama Baik
Jika diberi pilihan, saya yakin kita semua mahu meninggalkan nama baik yang bakal menjadi sebutan biarpun setelah ketiadaan kita di dunia nanti.
Jadi, kita akan berusaha untuk menjadi orang baik lagi bermanfaat kepada mereka yang berada di sekeliling kita.
Berbuat Baik Itu Satu Tabiat
Misalnya seorang perompak yag dianggap jahat yang membantu orang susah itu sesuatu yang melapangkan dadanya biarpun hakikatnya dia seorang perompak. Justeru, kesimpulannya ialah, melakukan kebaikan itu adalah satu tabiat.
Jika tabiat ini dapat kita terapkan dalam hidup maka kita akan tetap melakukan kebaikan biar apa pun status kita. Dia mungkin dikeji orang kerana seorang perompak tetapi ada juga yang mengenangnya kerana kebaikannya.
Tak Perlu Berlakon
Kita juga tidak perlu berlakon untuk kebaikan kerana kebaikan itu adalah tabiat yang datang daripada satu keterbiasaan hati dan perasaan. Kita juga tidak perlukan mewar-warkan kebaikan kita kerana tidak semua orang suka dengan apa yang kita lakukan. Lebih buruk ia akan membawa sakit hati mereka dan menyakitkan hati kita.
Memadailah Dikenang Yang Tersayang
Jadi, memadai kita dapat meninggalkan nama pada orang yang kita sayang. Memadai kita dikenang oleh orang yang disayang sehingga akhir hayat mereka. Mereka akan sentiasa menghargai kita. Mereka akan selalu mengingati apa yang kita lakukan kepada mereka kerana setiap perlakuan kita kepada mereka disertai dengan kasih pernah menjadi syurga mereka sewaktu hayat kita di dunia.
Saya pernah mendengar satu nasihat yang saya rasa sangat baik. “Jadilah syurga untuk pasangan kamu.” Sangat benar. Kita perlu menjadi syurga bukan sahaja untuk pasangan tetapi pada anak-anak kita.
Perasaan Yang Tulus
Kita dikatakan syurga bagi mereka apabila keberadaan kita sentiasa dinanti. Kita dinanti bukan kerana apa tetapi keberadaan kita sangat menyenangkan hati mereka. Biarpun kita tidak memberi harta tetapi kita memberi satu kesenangan perasaan yang datang secara tulus.
Menjadi syurga tidak sesukar yang dijangkakan kerana kita tidak perlukan wang berjuta dan harta yang bertimbun. Kita dikatakan syurga apabila kita tidak melakukan apa yang tidak disukai dan menyakitkan hati. Kita sentiasa menjaga hati mereka agar tidak terguris kerana mereka mungkin sudah banyak terguris dengan orang lain.
Kita jadi penyejuk hati mereka kerana hati mereka mungkin sudah tinggi suhunya. Kita sentiasa menyokong tanpa memaksa. Kita sentiasa mendengar biarpun telinga sudah mula menjadi tuli. Kita sering terlepas pandang untuk menjadi syurga. Mungkin kerana kita sentiasa mahu disyurgai tanpa mahu mensyurgai.
Jangan Sampai Melukakan
Saya selalu memberitahu mereka yang bertanya, cara mudah untuk menjadi syurga ialah jaga perbuatan kamu jangan sampai perbuatan kamu melukai pandangan mereka. Jaga tutur kamu jangan sampai lidah kamu menikam perasaan mereka.
Jaga diri kamu jangan sampai dia menghidu bau hingga menjauhkan dia dari kamu. Kita boleh bermanja tetapi jangan sampai mengada-ngada. Kita boleh bergurau tetapi jangan sampai merosakkan hubungan. Kita boleh menasihati tetapi jangan sampai kita meninggi diri. Kita boleh meminta tetapi jangan sampai membebani.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anzalna Nasir meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan anak-anak di sekolah susulan peningkatan kes rogol pelajar. Ibu prihatin ini menyeru agar semua pihak lebih peka terhadap keselamatan pelajar.