Dalam resahnya kita semua dengan virus pandemik Civid-19, kerajaan menggesa khususnya kita yang beragama Islam mengambil kesempatan melaksanakan solat hajat dari rumah pada esok hari.  

Seluruh umat Islam di Malaysia disarankan menyahut titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan sama-sama menunaikan solat hajat serentak di seluruh negara dari kediaman masing-masing. 

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata Solat Hajat itu boleh dilaksanakan selepas solat Zuhur di rumah dan tempat masing-masing serta memenuhi hari Jumaat dengan zikrullah, taubat dan munajat kepada-Nya. 

Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong (semalam), menitahkan kepadanya supaya memberi cadangan untuk melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara bagi kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi sukar ini. 

“Berdasarkan taakulan saya (membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik), dengan ilham daripada-Nya, tarikh dan waktu yang sesuai bagi cadangan pelaksanaan solat hajat serentak di seluruh negara adalah pada Jumaat (esok) 27 Mac 2020 bersamaan 3 Syaaban 1441H selepas solat Zuhur di rumah dan tempat masing-masing,”kongsinya kepada media. 

Bagi yang masih samar-samar dengan bagaimana caranya solat sunat hajat dilaksanakan. Jom belajar dan manfaatkan ilmu ini bersama MW.

Apa itu Solat Sunat Hajat 

Solat sunat hajat boleh dilakukan pada siang dan malam. Ia dilakukan apabila ada sesuatu hajat yang baik untuk dipohon kepadaNya.  

Solat Hajat ini mempunyai kelainan terletak pada sujud terakhirnya, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah SWT disertakan dengan niat apa yang dihajati, Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan akan dimakbulkanNya. 

Solat hajat boleh dilaksanakan secara bersendirian atau berjemaahsama ada pada waktu siang mahupun malam hari.Lebih afdal Solat Hajat bersendirian sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam (sebaiknya ketika 2/3 malam iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan, lebih khusyuk seperti mana heningnya suasana ketika itu. Solat Hajat dilakukan dengan pelbagai cara dan ia boleh didirikan sehingga 12 rakaat dan paling minima adalah dua rakaat.

Cara melakukan solat hajat 

  1. Lafaz dan niat solat hajat : 

 Jom Solat Hajat Dari Rumah Serentak Malaysia… Selepas Zohor 27 Mac 2020 

Niat Solat Hajat Usolli sunnatal hajati rak’ataini lillahi taala (maksudnya sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala)

Langkah kedua : 

  1. Rakaat pertama  

Baca surah Al-Fatihah diikuti surah Al-Kafirun atau Ayat Kursi (sekali ataupun 11 kali) 

Jom Solat Hajat Dari Rumah Serentak Malaysia… Selepas Zohor 27 Mac 2020 
Surah Al-Kafirun
Jom Solat Hajat Dari Rumah Serentak Malaysia… Selepas Zohor 27 Mac 2020 
Ayat Kursi

2. Rakaat kedua  

Baca Al-Fatihah diikuti Surah Al-Ikhlas (sekali ataupun 11 kali) 

Jom Solat Hajat Dari Rumah Serentak Malaysia… Selepas Zohor 27 Mac 2020 
Surah Al-Ikhlas

3. Langkah Ketiga :

A) Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini 41 kali).

Jom Solat Hajat Dari Rumah Serentak Malaysia… Selepas Zohor 27 Mac 2020 

Atau pilihan kedua :

B) Tasbih berikut sekali

Jom Solat Hajat Dari Rumah Serentak Malaysia… Selepas Zohor 27 Mac 2020 

Solat hajat dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat dan sebanyak 12 rakaat. Namun solat hajat paling afdal adalah 12 rakaat, disertai dengan enam kali salam.  

4. Langkah keempat : 

Wirid selepas solat hajat 

Sesudah selesai menunaikan solat sunat hajatwiridlah kalimah-kalimah berikut : 

  1. Istighfar (10 ataupun 100 kali) 

Jom Solat Hajat Dari Rumah Serentak Malaysia… Selepas Zohor 27 Mac 2020 

  1. Zikir

Jom Solat Hajat Dari Rumah Serentak Malaysia… Selepas Zohor 27 Mac 2020 

  1. Selawat (10 ataupun 100 kali) 

Jom Solat Hajat Dari Rumah Serentak Malaysia… Selepas Zohor 27 Mac 2020 

5. Langkah kelima :  

Sempurnakan solat hajat anda dengan bacaan Doa Solat Hajat seperti berikut :  

 Jom Solat Hajat Dari Rumah Serentak Malaysia… Selepas Zohor 27 Mac 2020 

 Penutupanda semua digalakkan memohon doa semoga virus Covid-19 segera ditemui penawarnyaLenyapkanlah ia dari peta dunia, jauhkanlah ia dari terus menyakiti. Kembalikanlah kesejahteraan Malaysia dan ekonominyamurahkanlah rezeki buat kita semuamohon diberikan ketenangan dalam tegang kita mengharunginyaberikanlah kesihatan dan kebaikan buat mereka yang berdiri menjadi benteng terpaling depan memerangi virus ini.KepadaMu kami memohon pertolongan dan sandarkan harapan. Semoga Allah makbulkan doa dan harapan kita dengan izinNya. Insyaallah… 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI