Hati-hati bermanis-manis dengan pasangan, jangan sweet sangat takut nanti semut datang mengganggu. Tidak semua orang mampu melihat bahagia orang lain.
Nama juga manusia, rambut sama hitam, hatinya lain-lain. Mungkin segelintir juga tumpang rasa bahagia melihat kebahagiaan orang lain. Tak kurang juga merasa dengki dan turut ingin bersama merasai kebahagiaan itu.
Hati-Hati Bermanis-Manis Dengan Pasangan
Jadi berhati-hatilah iya. Ikuti perkongsian Azizul Zairi dan hadam baik-baik ya:
Hati-hati bermanis-manis dengan pasangan.
Haritu ada terbaca komen, jangan sweet sangat dengan pasangan takut nanti semut datang. Agaknya ini yang dimaksudkan.
Ads
Jangan Sweet Sangat!
Pertamanya saya kenal beliau sebagai bekas kenalan tempat kerja lama, jadi saya kira mungkin beliau pm (private messages) untuk jemputan kahwin atau sebagainya hal yang mustahak. Jadi saya reply lah cara baik.
Keduanya waktu pm saya sedang kerja dan tak pula terfikir panjang cara terbaik untuk mengakhiri conversation jadi ingatkan dengan beri nombor telefon isteri nanti beliau akan ‘faham2’ sendiri lah.
Lagi pula, kalau ditolak mentah-mentah khuatir juga nanti jadi dendam. Tapi last tu memang sudah block teruslah.
Tapi insyallah kalau kita terangkan baik-baik dia faham. Cuma risau isteri saya berkecil hati jadinya balik kerja semalam saya terus tanya, ada ke dihubungi perempuan nama sekian-sekian, isteri saya cakap tak ada. Mujurlah juga.
Ads
Surah al-Furqan, ayat 74: “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa.”
Mingguan Wanita : Langkah terbaik adalah jauhkan diri seperti mana yang telah dilakukan oleh penulis. Jangan mengundang masalah dalam rumah tangga, sebaiknya hindarkan diri sedari awal.
Khabarkan kepada seluruh ibu yang ada di dunia,
Bahawa pekerjaan mereka setiap hari adalah pekerjaan yang mulia.
Bahawa rutin mereka setiap hari adalah rutin yang mulia.
Taufiq Razif
Kagum dengan kesabaran dan kemuliaan para ibu di seluruh dunia.
Mingguan Wanita : Ternyata menjadi ibu bukan satu tugas yang mudah, namun jadilah seorang ibu mengikut kemampuan diri. Tidak perlu bandingkan diri sendiri dengan orang lain.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Ada sesetengah suami cukup sensitif dengan gelaran ‘geng takut bini’. Kononnya, kalau nampak suami buat kerja rumah, adalah suara sinis dan sindiran.
Mungkin orang dulu-dulu bolehlah dikatakan ada yang tergolong geng takut bini sebab hanya suami seorang yang bekerja dan segala urusan rumah bergantung pada isteri. Suami dianggap raja. Tapi, keadaan sekarang sudah berubah.
Isteri turut sama bekerja dan membantu suami untuk tambahkan kewangan keluarga. Jadi, memang patut suami tolong isteri buat kerja rumah. Barulah sama-sama berkongsi rasa dalam rumahtangga.
Perkongsian daripada Firdaus Mokhtar ini ada betulnya. Rumahtangga adalah tempat untuk berkongsi. Jangan harapkan segala kerja rumah di bahu isteri. Suami kenalah sama-sama tolong.
Dulu masa kecil, saya selalu tertanya-tanya kenapa abah selalu buat kerja rumah. Antara yang selalu abah buat ialah basuh kain. Dia akan basuh semua kain baju dan sidai siap.
Walau pun basuh guna mesin basuh, tapi mesin basuh yang semi auto tu. Bukan macam kita sekarang, automatik penuh. Masukkan baju, letak sabun, mulakan mesin tahu-tahu sudah sahaja nanti.
Mesin semi auto ni kena bilas kainnya. Dah siap basuh, keluarkan air basuhan, bilas satu satu baju yang dibasuh, masukkan ke bahagian spin untuk keringkan. Begitulah selalu saya tengok abah buat.
Ada juga banyak waktu lain, saya tengok abah vakum rumah. Daripada bilik tidur utama, membawa pula ke bilik anak-anak, ke bilik tetamu juga, sudahnya di ruang tamu yang besar.
Basuh pinggan dan kemas dapur juga selalu abah buat. Cuma masak sahaja tak selalu, mungkin tak mahir ke situ. Tapi kerja rumah lain, banyak kali saya tengok abah buat.
Dan setiap kali abah buat tu, bukannya waktu ummi bekerja. Waktu yang sama ummi ada di rumah. Tapi ummi pastinya sedang buat kerja lain lah.
Abah sedang basuh kain baju, ummi memasak. Abah asyik vakum rumah, ummi sedang
kemaskan almari baju kami adik-beradik lelaki ni. Entah macam mana berteraburnya.
Oh ya, abah dulu ada buat kolam ikan depan rumah. Itu semacam satu terapi buat dia. Tenang mungkin bila dengar bunyi air kolam dengan puluhan ikan koi yang berenang-renang tu kan. Jadi ada masa kena bersihkan kolam pula.
Saya pelik dulu sebab selalu dengar tugas buat kerja rumah ni tugas mak mak. Bukan kerja ayah ayah. Kalau ayah buat kerja macam-macam ni, sebab mak garang. Tapi saya diamkan sahaja.
Bila dah besar ni baru lah saya faham. Iya, bila dah berumahtangga ni. Rupanya bukanlah isu geng ayah takut geng mak.
Rupanya perkahwinan ini kuncinya ialah berkongsi. Berkongsi hati dan segalanya. Bila kita dah jadi suami isteri, semua benda kita kena kongsi antara suami dan isteri.
Kongsi perasaan, kongsi rasa, kongsi harta, duit, anak dan macam macam lagi. Antara yang utama, kongsi masa yang kita ada.
Kawan-kawan, kita masing-masing cuma ada 24 sehari. Tak ada yang lebih. Jadi rumahtangga kita juga sama, cuma ada 24 jam sahaja.
Jadi 24 jam ini lah yang kita kongsi. Dulu abah dan ummi sama-sama kerja. Abah kerja waktu tetap, ummi kerja kilang jadi ada shift kerja. Maka berdepan masa kerja dan waktu duduk rumah inilah mereka berbahagi tugas.
Kalau harapkan seorang sahaja buat kerja rumah, mesti tak terkejar. Bayangkan kalau isteri seorang buat kerja rumah semua, suami asyik keluar melepak jumpa kawan-kawan. Balik harap semua benda selesai, tak jadi juga.
Hidup suami isteri dah tak boleh ada sikap ‘masa aku, aku yang susun. Masa kau, kau buat sendiri’. Sebab 24 jam itulah yang kita kongsi sama-sama.
Waktu di tempat kerja tak apa lah kita nak letak masa kita sendiri, waktu di rumah nanti kita kena letak masa itu kita dan pasangan kita yang punya. Tambahan pula masa dalam hari bekerja berapa jam sahaja kita ada di rumah dengan keluarga.
Tambah tolak waktu kerja dan tidur, mungkin tinggal 6-7 jam sahaja. Sedangkan tugasnya banyak. Nak kena masak, jaga anak, tengok anak belajar buat kerja sekolah, nak iron baju sekolah anak, waktu nak makan sama-sama, nak solat jemaah sama, nak tengok tv pula, anak kecil ajak main, baju nak kena basuh, nak mandi bersihkan diri, tidurkan anak-anak.
Pheww. Banyak tak sebut lagi tu. Ini belum kita sebut kalau ada pasangan yang sedang demam. Sakit dan tak larat nak buat kerja.
Maka, berkongsilah masa yang ada. Kena ada timbang rasa dan tolak ansur. Kena susun mana keutamaan dalam masa-masa yang berbaki dalam sehari.
Kadang sebab tak dapat letak masa dengan betul, pasangan akan rasa kita tak ada dengan dia. Kita memang rasa ok sahaja, ada je dekat rumah. Tapi waktu waktu penting dan melelahkan dia tu, kita tak ada. Momen yang setengah jam itu dia akan rasakan semua kerja rumah dia buat.
Sebab apa? Sebab kita tak selalu ada untuk uruskan sedikit hal penting bersama dengan pasangan kita.
Begitulah.
Mingguan Wanita : Isteri pun kerja untuk bantu suami. Jadi, tak salah pun suami tolong isteri buat kerja rumah. Sekurangnya, ringanlah tugas isteri dan isteri pun tak stres.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Jika ada simptom, hari ketiga bergejala paling sesuai buat RTK antigen di rumah untuk mengetahui sama ada mak, ayah positif atau negatif virus Covid19.
Sekiranya mak, ayah ingin melakukan RTK antigen pada hari pertama bergejala, tidak ada masalah. Tetapi ujian perlu diulang lagi pada hari ketiga. Tindakan ini adalah sebaik-baiknya mengikut Dr Arisman.
Saya puji masyarakat kita kebanyakan sudah bijak mengambil inisiatif sendiri atau langkah paling berhati-hati dengan melakukan ujian kendiri RTK di rumah sebaik sahaja gejala muncul hari pertama.
Rata-ratanya datang ke klinik beritahu “Saya dah buat RTK pagi tadi di rumah, negatif doktor.”
Alhamdulillah. Tahniah untuk diri anda sendiri yang melakukannya. Ini step yang sangat membantu kami frontliner kesihatan khususnya dalam mengawal penularan wabak Covid musim Omicron khususnya.
Tetapi jika berjumpa saya di klinik, saya pasti akan selalu nasihatkan kepada pesakit-pesakit yang timbul gejala saluran pernafasan atau demam untuk periksa ulang ujian kendiri air liur atau swab pada hari KETIGA bergejala.
Jika ujian negatif dan demam masih tidak reda, maka datang semula berjumpa doktor. Perlu risau ada banyak lagi penyakit lain di luar sana, misalnya denggi, influenza, pneumonia dan lain-lain.
Ada juga pesakit yang jawab “Saya dah buat RTK dah doktor, 5 hari lepas tapi negatif.”
Saya jawab semula, “tapi encik punya gejala baru mula kelmarin. Ujian 5 hari lepas dah tak boleh pakai dah. Encik kena buat ujian yang baru untuk lihat ada virus Covid atau tak pada sakit sekarang.”
Mingguan Wanita : Pastikan stok RTK antigen sentiasa ada di rumah, jika tiada sekalipun, mudah dibeli di mana-mana farmasi berdekatan. Sama-sama kita jaga kita. Nak mudah beli sahaja ONLINE.