Sumber /Sumber Foto : Instagram Elly Mazlein

Haider Mateen hero baru Elly Mazlein dan suami, Mohamad Azlan. Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon popular Elly Mazlein yang baru saja melahirkan bayi lelaki.

Haider Mateen Hero Baru Elly Mazlein & Suami

Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom selamat melahirkan bayi lelaki yang juga anak keduanya di sebuah pusat perubatan di Selangor pada pagi Sabtu, 23 Oktober lalu.

Haider Mateen Hero Baru Elly Mazlein & Suami, “Semoga Keluarga Kecil Kami Kekal Bahagia” Haider Mateen Hero Baru Elly Mazlein & Suami, “Semoga Keluarga Kecil Kami Kekal Bahagia”

Seperti mana yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya, Elly bersyukur dengan kelahiran bayi lelaki yang diberi nama Haider Mateen Mohamad Azlan.

“Assalamualaikum, saya selamat bersalin pada 23 October 2021 pukul 12.23 pagi tadi. Alhamdulillah mama dan Haider sihat.

“Terima kasih suami jaga mama sepanjang mengandung sehingga bersalin. Bertambah seorang lagi seorang dalam keluarga comel kita, syukur ya Allah.

“Suami, emak dan jururawat membaca surah Yasin, beri ayat mudahkan bersalin. Syukur, cepat Haider nak jumpa mama dan papa.

“Dengan ini saya nak memperkenalkan anak kedua, Haider. Selamat datang ke dunia kegembiraan kecil saya,” tulis Elly.

IKLAN

 

Haider & Sefhia Hadiah Paling Bermakna Buat Suami

Perkongsian terbaru, Elly turt berkongsi ucapan sempena hari lahir suaminya. Paling membuatkan suaminya terharu, Haider dan Sefhia merupakan hadiah paling bermakna buat Mohamad Azlan.

Haider Mateen Hero Baru Elly Mazlein & Suami, “Semoga Keluarga Kecil Kami Kekal Bahagia” Haider Mateen Hero Baru Elly Mazlein & Suami, “Semoga Keluarga Kecil Kami Kekal Bahagia”

Happy birthday Suami, Suami cakap dengan hadirnya Haider & Sefhia tu hadiah paling bermakna buatnya.

“Kakak Manja paling excited.

IKLAN

“Selama ini kakak Manja hanya kenal dua Hero dalam hidupnya.

“Siapa lagi, Atuk & Papa Awan Nano la. Dan Alhamdulillah kali ni hadir seorg lg hero dalam hidup dia, Haider. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah syukur syukur Ya Allah

“Semoga keluarga kecil kami kekal bahagia, dipermudahkan segala urusan & diRahmati Allah S.W.T Amin.

“Welcome home Haider Mateen Bin Mohamad Azlan,” luah Elly.

Baca Disini Juga :

IKLAN

“Ada Rezeki Lebih, Bantu Apa Yang Mampu Supaya Ramai Boleh Merasa” Elly Mazlein

‘Foto Scan ‘Baby’ Tunjuk GOOD..’ Elly Mazlein Doakan Yang Sedang Usaha Diberi Zuriat

“Moga Baby Haider Baik-Baik Saja Dalam Perut Mama, Sabar Ya” Elly Mazlein Mohon Doakan Haider Dilahirkan Cukup Minggu

Untuk pengetahuan Elly telah mendirikan rumah tangga dengan seorang guru, Mohamad Azlan pada 18 Januari 2020.

Elly juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan bercerai setahun selepas itu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 5

Sumber /Sumber Foto : Instagram Elly Mazlein

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI