
Lagi kejadian kanak-kanak terjatuh dari apartment di Kajang Selangor. Cukup tragis kerana anak lelaki berusia 11 tahun itu masih bersuara waktu jatuh dan akhirnya disahkan pergi buat selama-lamanya.
Kanak-kanak Terjatuh Dari Apartment

Menurut saksi, kejadian yang berlaku sekitar jam 6:50 pagi yang kebiasaannya tenang dikejutkan dengan suara sayup seorang kanak-kanak meminta pertolongan dari kawasan taman permainan kediaman apartment tersebut.
Ketika itu, sebahagian jemaah surau yang baru selesai menunaikan solat Subuh serta beberapa penduduk berhampiran bergegas ke lokasi selepas dimaklumkan melalui notifikasi komuniti bahawa seorang kanak-kanak lelaki yang masih memakai beg sekolah dipercayai terjatuh dari tingkat 7.
Dari sumber ibu yang anaknya sekelas dengan arwah, Puan Nurul Naili, Cikgu kepada arwah ada memaklumkan yang arwah masih memakai beg sekolah, dan sewaktu jatuh itu masih peluk botol airnya.
Suasana Pagi Dikejutkan Dengar Suara Sayup Minta Tolong

Panggilan kecemasan segera dibuat dan sekitar jam 7:30 pagi, pihak ambulans serta polis tiba di lokasi untuk menjalankan tindakan lanjut.
Kanak-kanak lelaki murid dari SRITIN bernama Muadz Radziq bin Muhd Nurizman kemudiannya disahkan telah meninggal dunia. Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Tiada kata yang mampu menggambarkan perasaan saat melihat sebuah keluarga diuji dengan kehilangan yang begitu berat.

Semoga ahli keluarga arwah diberikan kekuatan, ketabahan hati dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian yang berat ini.
Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, dan muliakanlah kematiannya. Luaskanlah kuburnya dan tempatkanlah dia di syurga-Mu yang tertinggi.
Aamiin.
Anda mungkin berminat dengan
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

