Bilik Air Sentiasa Wangi, Guna Pelembut Pakaian & Ubat Gegat, Mudah & Jimat! Bilik air yang bersih dan wangi merupakan impian bagi setiap penghuni rumah. Selain bilik air perlu sentiasa dalam keadaan bersih, bonus jika ia selalu dalam keadaan harum mewangi. Kita nak gunakan rasa seronok bahkan tetamu yang datang nak gunakan bilik air pun rasa selesa.
Sebenarnya ada cara mudah untuk buat sendiri pewangi bilik air ni. Barulah bilik air kekal sentiasa wangi. Tak perlu beli pewangi mahal-mahal, hanya gunakan 2 bahan je. Memang mudah dan menjimatkan.
Cuba buat sendiri pewangi bilik air seperti yang dikongsikan oleh Puan Azlin Alias ini. Memang mudah dan menjimatkan.
Tips jimat namanya. Insyaallah bilik air sentiasa wangi Dan ubat gegat tu Tak cepat kecut.
Bahan-Bahan:
Pelembut Pakaian
Ubat Gegat
Bekas lilin/ bekas kosong
Cara Membuat:
1. Masukkan ubat gegat ke dalam bekas lilin.
2. Kemudian tuangkan sedikit pelembut pakaian ke dalam bekas lilin tadi.
DIY ‘Fluted Wall’ kemas dan cantik, kos bawah Rm500 puas hati buat sendiri. Jika di rumah dinding kosong je selama ini, boleh ubah wajah serikan dengan buat sendiri ‘Fluted Wall’. Hasilnya memang nampak cantik dan kemas malah berbaloi dapat lebih jimatkan kos bila buat sendiri berbanding upah kontraktor.
Baca perkongsian daripadaShaher Fuadini sebagai rujukan;
Baik, Alhamdulilah kalini hendak berkongsi projek yang sebenarnya sudah sekian lama dah nak masuk 2 tahun idea untuk buat macam ini. kebiasaannya corak ini orang ramai panggil ‘fluted wall’ ataupun wall strip atau strip wall. Mana-mana je lah yang penting design di garis corak-corak macam strip gitu.
Saya dah banyak survey kontraktor-kontraktor hiasan dalaman untuk keluasan 11 kaki x 10 kaki semuanya quote tak lari dari RM 8000.00 ke RM 10,000. Mahal kan? memang lepas buat ni rasa macam ni lah last buat benda ni.. Memang berkicap.
Mungkin inilah masa yang sesuai untuk mulakan projek, mengisi masa lapang yang ada. haha.. Dalam post ini saya akan beritahu dari A-Z proses amatur pemasangan Fluted wall ini dan semua pembelian secara online iaitu shopee.
1. Lekat kayu(saya gunakan mdf board) ke dinding.
2. gap filler
3. wood filler
4. cat undercoat
5. cat warna yang kita nak apply.
Saya sertakan gambar-gambar proses untuk rujukan dan penerangan lebih lanjut di setiap gambar.
Masa yang diambil untuk siapkan fluted wall ini memakan masa selama 2 hari sahaja. haha.. 2 hari pun berpeluh baq hang.. Rasa give up dah sebab kena deal sebatang sebatang. Masa di pertengahan pemasangan rasa macam menyesal pulak.. tapi daku teruskan jua.
Untuk kayu saya gunakan jenih mdf board dengan ketebalan 6mm lebar 1 inci dan panjang 5 kaki. Dalam proses ini, saya perlukan lebih kurang 134 batang. Seller mdf board di shopee yang saya beli ini boleh buat custom size.. so jangan risau.. bagitau je berapa lebar nak, die akan potong siap-siap dengan ketam sekali, memang tinggal gam aje. Setel.
Untuk cat pula saya guna nippon paint wood undercoat dan nippon paint matte white easy wash.
Jadi total kerugian untuk projek fluted wall ini:
1. MDF Board ( 1 inci x 6mm x 5 kaki) : 134 batang (RM 1.90 sebatang x 134) = RM 254.60 2. Wall sealer : Selleys liquid nail ( 2 botol) = RM 24.00 3. Gap Filler : Selley Gap Filler (2 botol) = RM 15.00 4. Nippon paint under coat 1 litre : RM 38.00 5. Nippon Paint Matte White Easy Wash 3 litre : RM 98.00 jadi total semua adalah sebanyak RM 429.60
Tools macam caulk gun, jig saw saya tak masukkan sebab memang dah ada. boleh guna untuk projek-projek seterusnya.
Jadi dengan berbekalkan keyakinan dan kecekalan dan sedikit ilmu kemahiran hidup bersepadu, alhamdulilah siap juga. mungkin dari sudut craftmanship tu tak lah sekemas kontraktor hiasan dalam yang memang hari-hari buat kerja tu kan.. tapi alhamdulilah.. puas hati buat sendiri dan yang penting cukuplah cantik pada pandangan mata saya bila balik dari bergaduh di mahkamah setiap hari.. haha..
Lagi satu kalau boleh dapatkan bantuan pasangan sebab dia akan menjimatkan lagi masa pemasangan ye.. huhu. Dalam kes ini takde sape lagi dah isteri je lah yang ada membantu.
1) Ini adalah dinding sebelum yang berukuran 11 kaki x 10 kaki.
2) Ini adalah proses gam ke dinding menggunakan wall sealer yang dah beli tadi. Memang kena ada kesabaran yang tinggi.
3) Tadaa.. dah siap tampal. Lepas tu kalau ada gap guna gap filler dan joint antara kayu tu letak wood filler.
4) Lepas tu boleh dah cat undercoat biarkan selama 3 4 jam dan boleh cat guna cat kesukaan anda semua.
5) So inilah hasilnya. Simple dan memerlukan kesabaran yang tinggi.
Mingguan Wanita: Menariknya, dinding kosong terus nampak berseri bila buat sendiri ‘Fluted Wall’ ini di ruang tamu. Malah lebih jimat kos, berbanding upah kontraktor.
Duit Dalam Akaun Hilang Kena ‘Scam’, Report Ke Bank Negara Kurang 3 Bulan Dapat Balik! Memang sakit hati apabila duit yang disimpan dalam akaun bank boleh hilang sekelip mata akibat di ‘scam’. Apatah lagi nak kumpul duit bukan mudah. Memang buntu dibuatnya.
Rupanya selepas membuat laporan polis, pastikan buat juga laporan ke Bank Negara Malaysia dengan segera. Ini supaya duit yang hilang tersebut dapat dipulangkan semula dalam tempoh 2 minggu hingga 3 bulan bergantung pada kes.
Semalam member mengadu kena scam! Katanya duit dalam akaun hilang dekat RM7000 lepas dia klik link merapu dalam satu group ni.
Kes gini, selalunya aku akan terus report ke Bank Negara Malaysia lepas buat report polis.
1. Buat report polis dalam tempoh 48 jam. Kena segera!
2. Screenshot semua bukti di telefon siap-siap.
3. Isi form eLink dari BNM ni, https://telelink.bnm.gov.my/
4. Di bahagian Submission Type tu, pilih Complaint.
5. Pilih Banking untuk Category, dan Fraud untuk Sub-category.
6. Isikan details lain, dan masukkan semua fail screenshot serta gambar report polis tadi.
Selesai.
Biasanya, dalam masa kurang 3 bulan, duit kita akan dipulangkan. Dan kalau kes kukuh, dalam 2 minggu saja dah dapat balik duit tu.
Macam kes kengkawan aku, yang hilang RM17 pun ada yang buat repot gini. Mulanya member tu kata tak payah, pasal remeh. Terus kena bebel dengan aku setepek!
“Gila kau, kalau ada 1000 orang macam kau, segan tak tentu arah, dah kaya-raya dah scammer tu!” marah aku.
Memula memanglah scam kecik-kecik, kendian dia start scam ratus ribu pulak nanti. Tak memasal kau dapat saham.
Sajalah berkongsi ni, pasal aku tahu ramai yang kena scam gini, tapi pasal malu, buat senyap gitu je. Ntah apa yang dimalukan pun aku tak faham.
Sekian, nasihat sambil membebel. Sajalah berkongsi pasal aku tengok makin menjadi pulak Scammer ni sekarang kan.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika kena ‘scam’ dan duit hilang dalam akaun pastikan terus report ke Bank Negara Malaysia selepas buat report polis. Semoga ada rezeki duit dapat dipulangkan semula dalam tempoh 2 minggu hingga 3 bulan.
Kuali non stick, rasanya setiap rumah pasti akan ada kuali seperti ini. Bukan apa, ia memudahkan mak-mak untuk memasak dan paling penting, ia tidaklah melekat dan memanjangkan jangka hayat kuali baru.
Namun, kebiasaannya kuali non stick ini hanya awal-ala saja tak melekat, lama-lama ia tak tahn lama juga. Bukan setakat ada yang calar tapi bahan masakan akan melekat juga.
Jadi, mak-mak bila dah beli kuali non stick ini, jangan terus pakai atau hanya basuh saja. Nak bagi tahan lama dan tak melekat, kena sesoning dulu. Boleh ikuti perkongsian daripada video tiktok Lyndabubakar ini.
Tujuan ‘seasoning’ ialah:
1. Menutup liang yang terbuka.
2. Pre-coating permukaan untuk mengelakkan oxidation.
Caranya:
1. Basuh guna span lembut dan air sabun.
2. Masak air dalam kuali / periuk.
3. Biarkan sejuk dan basuh.
4. Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak.
5. Sapu minyak ke seluruh permukaan kuali.
6. Lepas sejuk boleh basuh dan kuali sedia berkhidmat.
Mingguan Wanita : Ingat tu kena seasoning duu, jangan terus pakai ye!
Buang bayi lelaki baru lahir belakang rumah bongkar sumbang mahram dua beradik bawah umur di Besut. Ketahui kronologi penuh, siasatan polis dan tindakan lanjut.